1) Apakah alternatif pelaburan yang ada untuk orang Islam? Setahu saya, ASB tergolong dalam kategori income fund. ASB juga tiada risiko pelaburan. Tiada caj pengurusan dan segala caj yang tersembunyi yang ditawarkan oleh institusi kewangan swasta yang menawarkan saham amanah. Dan menawarkan pulangan yang konsisten. ASB boleh dimulakan dengan RM10. Dan sila beritahu saya apakah dana saham amanah yang boleh dimulakan dengan RM 10? Adakah semua orang kampung mampu bermula dengan RM 500 - RM 1000 seperti yang ditawarkan oleh dana amanah swasta? Saham amanah apa yang dijual di pejabat pos, BSN yang ada di segala pelusuk tempat di Malaysia?
RESPOND UST ZAHARUDDIN (uzar):
Pertama, perlu difahami di dalam Islam, tidak semua perkara yang diharamkan akan ada alternatifnya. Justeru tidak harus menyalahkan Islam apabila tiada alternative. Sebagai contoh : "Apakah alternatif bagi orang ingin melakukan hubungan seks tanpa perlu bernikah? " Jawabnya : Kahwin..tapi kahwin perlukan nikah. Justeru ia sudah isu berlainan. Maka jawab yang lebih specific, tiada alternatif, cuma peggantinya ada iaitu IKUT PERINTAH ALLAH SWT, tinggalkan shahwat yang tidak menurut kehendak Allah itu.
Dalam fakta yang diberitahu penanya di atas, "ASB tergolong dalam kategori income fund. ASB juga tiada risiko pelaburan. Tiada caj pengurusan dan segala caj yang tersembunyi yang ditawarkan oleh institusi kewangan swasta yang menawarkan saham amanah. Dan menawarkan pulangan yang konsisten."
Ini bukan ciri pelaburan Islam yang telah saya sebut dahulu iaitu :-
Jaminan wang modal pelaburan tidak lupus : Keistimewaan ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin. Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ). Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah ( Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313 ) ;
Kaedah Fiqh yang diambil dari Hadith menyebut : Al-Gunm Bi al-Gurmu (profit is by taking risk) Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menhadapi risiko". Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi.
Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini (jaminan modal oleh si pengusaha atau jaminan untung atau kedua-daunya sekali) adalah sebenarnya pinjaman dengan riba (dalam bentuk untung dan modal yang dijamin, ia adalah sama dengan orang memberi pinjam duitnya kepada individu B, pada tempoh tertentu, modal mesti terjamin, untung juga terjamin).
Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram secara sepakat.
Tetapi Islam, menghalalkan jaminan modal yang datang dari pihak ketiga dan bukannya oleh si pengurus dana pelaburan itu.
Pak Di mempersoalkan lagi
"ASB boleh dimulakan dengan RM10. Dan sila beritahu saya apakah dana saham amanah yang boleh dimulakan dengan RM 10? Adakah semua orang kampung mampu bermula dengan RM 500 - RM 1000 seperti yang ditawarkan oleh dana amanah swasta? Saham amanah apa yang dijual di pejabat pos, BSN yang ada di segala pelusuk tempat di Malaysia?"
RESPOND :
•1) Keadaan kesukaran yang digambarkan tiada kaitan dengan hukum, segala kesulitan yang bersifat luaran ini tidak akan menjadikan sesuatu yang haram atau riba itu bertukar kepada harus. Ini kerana kesukaran ini berbentuk hal "tahsiniyat" iaitu perkara tambahan dalam kehidupan dan bukannya asas dan keperluan utama seseorang, buktinya ramai orang yang tidak melabur dalam dunia ni, tapi masih boleh hidup aman damai. Justeru, kesukaran dalam bentuk begini TIDAK SAMA Sekali akan menjadikan haram itu harus.
•2) Jawapan lain saya adalah, ia adalah tertakluk kepada inisiatif kerajaan sendiri, jika kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai hub Kewangan Islam Antarabangsa, sepatutnya disediakan pelaburan dengan caj minima yang lebih rendah dari yang wujud. Tetapi masalahnya, dalam pelaburan Islam yang tulen, adakah anda boleh melabur dengan RM 10 ? Adakah jumlah itu ia boleh membantu sesuatu projek perusahaan? Jawabnya, boleh iaitu apabila nilai itu dikumpul seramai puluhan ribu orang, maka untung juga akan menjadi semakin mengecil, walaupun ia kecil, tapi ia halal. Kesimpulana, ketiadaan dana amanah swasta yang halal serta membolehkan dimulakan dengan RM 10, tidak akan menjadikan seseorang itu harus melabur di tempat yang haram.
2. Apakah yang membezakan ASB dan KWSP dari sudut halal haram?
RESPOND:
Bezanya adalah :-
•1- ASB adalah pilihan sendiri untuk sertai atau tidak, tetapi KWSP adalah tiada pilihan, Ia adalah WAJIB.
•2- ASB adalah dana yang disediakan dengan tujuan untuk pelaburan dan mendapatkan keuntungan. Ini bermakna semua orang yang menyertainya adalah dengan niat melabur, guna aqad pelaburan dan ingin mendapatkan untung hasil darinya kelak.
KWSP pula bukan dana pelaburan, orang awam yang meletakkan duit di dalamnya bukan dengan aqad pelaburan tetapi dengan aqad wadi'ah (safe keeping), justeru pihak pengurusan kWSP yang melaburkannya atas insiatifnya sendiri dan jika ada keuntungan, diberikan dividen, dividen ini adalah ‘hibah' dari sudut Shariah. Cuma isu pelaburannya bercampur, ia boleh diselesaikan dengan cara mendermakan beberapa peratusan dividen yang diterima (berdasarkan fakta jumlah peratusan kaunter haram yang dilaburkan). Kemudian caruman asal adalah milik penuh si individu dan baki dividen dari pelaburan halal adalah boleh dimanfaatkan.
3. Kalau ASB haram, maka orang Islam wajib keluarkan semua duit dari ASB, maka PNB akan kehilangan berbilion ringgit duit pelabur Islam. Justeru, apa yang akan jadi dengan Maybank? Apa akan terjadi dengan pegangan strategik orang Islam dalam sektor perbankan? Bukankah Maybank bank terbesar di Malaysia. Bank kedua terbesar di Malaysia adalah Public Bank yang dimiliki oleh orang bukan Islam.
RESPOND :
Tak perlu bertindak begitu secara drastik, bagi yang belum melabur, cari dana amanah yang ada penasihat Shariah dulu, kemudian pengurusan ASB boleh bertindak berikut :-
•a- Melantik Majlis Penasihat Shariah khas untuk ASB, ASN dan lain-lain dana pelaburan. Tindakan selanjutnya boleh dan akan dibincangkan oleh Majlis Penasihat Sharian ini kelak.
•b- Menghentikan pelaburan yang telah dibuat dan menamatkannya walaupun sebelum maturity dengan menanggung sedikit kerugian demi untuk ‘HIJRAH' yang besar.
•c- Menghadkan penggunaan wang yang dilaburkan awam kepada kaunter tempatan dan antarabangsa yang disahkan Shariah. Sebagaimana Public Ittikal buat, ia mengambil IBFIM sebagai penasihat Shariah. Untungnya dari pelaburan ini juga adalah hebat.
•d- Atau jika tak nak, asingkan dua dana, satu pelaburan terbuka ( saya berlepas diri dari dana ini), satu lagi khas untuk pelaburan di kaunter Islam sahaja, tetapi mungkin pulangan akan mengecil sedikit, jadinya setiap individu boleh memilih. Yang prihatin urusan halal haram akan ke dana Shariah ASB, yang terbuka, terpulang.
•e- ASB mengkhususkan pelaburan sekitar 30 % di dalam Maybank itu adalah khas untuk operasi MAYBANK ISLAMIC window sahaja, dan bukannya secara terbuka seperti sekarang. Dan banyak lagi yang boleh difikirkanoleh Majlis Penasihat bersama pengurusan ASB.
* f- Mendapatkan jaminan terhadap modal dari piohak ketiga yang bukan PNB dan bukan kerajaan. Syarat untuk diiktiraf sebagai pihak ketiga menurut keputusan Majma Fiqh Islami (Kesatuan Majlis Fiqh Sedunia) adalah mana-mana institusi yang terasing dari PNB dan bukan dimilki oleh OPNB atau kerajaan lebih dari 49 % sahamnya; yang mana jika ia salah satu syaraikat di bawah kerjaan juga, mestilah kerajaan tidak memiliki lebih dari 49 % sahamnya. Tatkala itu syarikat itu boleh memberikan jaminan terhadap modal ASB dan ia adalah harus menurut pandangan uilama Shariah sedunia. Terselamatlah aqad ASB dari masalah Shariah. Tidaklah sesukar mana jika ada keinginan.
Sudahlah Syed Mokhtar al-Bukhary, orang Islam terkaya di Malaysia pun jauh kebelakang tertinggal dengan orang bukan Islam dari sudut kekayaan, adakah kita mahu membiarkan Maybank, syarikat kedua terbesar di Bursa Malaysia jatuh ke tangan foreign investor, dan pelabur bukan Islam?
Sudahlah Syed Mokhtar al-Bukhary, orang Islam terkaya di Malaysia pun jauh kebelakang tertinggal dengan orang bukan Islam dari sudut kekayaan, adakah kita mahu membiarkan Maybank, syarikat kedua terbesar di Bursa Malaysia jatuh ke tangan foreign investor, dan pelabur bukan Islam?
Apa akan jadi dengan DEB? Sebab kurangnya pegangan ekuiti Melayu di Maybank, maka makin jauh lah pegangan ekuiti Melayu di Malaysia.
RESPOND :
PNB boleh mengekalkan pegangan equitynya di Maybank dan lain-lain, tetapi jangan jadikan ia dari modal dana ASB. Guna dana kerajaan yang lain dan untungnya boleh terus dimanfaatkan oleh kerajaan sepenuhnya untuk kebaikan awam seperti tebus balik modalnya yang digunakan, jika ada lebih boleh guna untuk bagi subsisdi Toll juga. Lebih tepat, Majlis penasihat PNB boleh menasihatkan apa yang perlu dilakukan.
Lalu berharaplah kita pada BIMB Holdings yang tidak tersenarai pun sebagai top 100 (Komponen KLCI) untuk maju sebagai bank Islam. Untuk mengatasi masalah BIMB pun kena panggil "orang luar", iaitu pegawai bank dari Citibank, bukannya orang yang terlibat secara langsung dengan perbankan Islam.
Sedangkan dengan adanya pegangan PNB, banyak teknologi dan kemudahan bank konvensional boleh dipelajari untuk terus memajukan bank Islam. Mungkin tidak melalui BIMB, tetapi Maybank Islamic Windows.
4. Mungkin saya agak terkasar dan terlajak, tapi sebab saya sayangkan Islam, saya mahu anda semua, sahabat seIslam saya fikir lebih jauh sebelum mengeluarkan hukum. Isu ASB bukan isu yang mudah.
RESPOND :
Memang bukan mudah, kerana telah terlampau lama bersarang dengan cara ini. Jika ada iman di dada, ia pasti boleh dilaksanakan tanpa beralasan banyak. Kerana itu Allah SWT berfirman ertinya :
" Dan manusia itu adalah yang paling banyak ber' jidal ‘ berdebat (tentang tanggung jawab yang arahkan) "
Kerana itu, berfikir lebih jauh sebelum melabur.
- dari weblog dan link ustaz Zaharuddin.
2 ulasan:
salam Bro:
Aku masih lagi musykil dengan ASB NI;
1. ASB tak pernah memnyatakan sejak penubuhannya, dimana dia melabur? Apa syarikat2 yg dia labur?? Bagaimana kala syarikay yg dilabur itu ada unsur SHUBAHA??
2. ASB menjaminkan pulangan iaitu pelaburannya dijamin, maknanya ASB TIDAK AKAN RUGI CUMA UNTUNGNYA SAMADA SEDIKIT ATAU BANYAK itu saja. Bila ASB dijamin tidak akan rugi...jadi rakyat nak tahu APA SYARIKAT YG DILABURKAN ITU YG TIDAK MENDATANGKAN KERUGIAN??????
Wow bro kulatlapok, ini soalan yang i pun nak tanya...di mana duit ASB tu melabur.
Catat Ulasan