Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...
Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...
Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid
Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid
30.12.08
Itu Worang Sudah Pusing Cakap Laa...Ammak..!!!
Itu malaysiakini ada juga melaporkan...
Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor - yang terkenal dengan “enam kotak dokumen rasuah” melibatkan pimpinan Umno dan BN - mendakwa bukti-bukti itu tidak ada pada beliau, sebaliknya berada di tangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kalau ada pada saya, sudah tentu saya tunjukkan. Saya konsisten dengan perjuangan membenteras rasuah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Mohamad Ezam berkata, ketika masih bersama PKR, beliau pernah menyuarakan kepada Anwar supaya pemimpin nombor satu parti itu mendedahkan kandungan kotak-kotak itu, tetapi Anwar meminta beliau supaya “tunggu untuk (faedah) politik”.
“Saya tidak setuju. Itu antara sebabnya saya keluar PKR,” katanya, ketika diminta gesaan Pemuda PKR Terengganu supaya beliau mendedahkan kandungan kotak rasuah itu sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu bulan depan.
Semalam, Ketuanya, Fariz Musa berkata, seluruh rakyat Malaysia pernah dimaklumkan Ezam - sewaktu menjadi ketua Pemuda PKR dahulu - bahawa beliau mempunyai enam kotak bukti rasuah dan penyelewangan Umno/BN.
Oleh itu, tegasnya, Kuala Terengganu merupakan medan terbaik bagi Ezam membuat pendedahan itu.
Fariz mendakwa perkara itu masih menjadi “rahsia yang masih ditutup oleh Ezam”.
Bagaimanapun, Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, beliau telah pun tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu.
'Perjuangan konsisten'
Bagaimanapun, tambah Ezam, perkara itu tidak dijawab mantan bosnya, Anwar.
“Anwar sendiri yang tidak bongkarkan,” kata Ezam.
Menurutnya lagi, pada tahun 1999, ketika dipanggil memberikan keterangan berhubung dokumen dalam kotak-kotak itu yang tergolong dalam kategori rahsia rasmi, perkara yang sama telah dijelaskan kepada polis bahawa “ianya disimpan oleh Anwar Ibrahim”.
Ezam berkata, perjuangan beliau menentang rasuah adalah konsisten.
Tegasnya, jika mempunyai bukti, beliau akan tampil membuat pendedahan seperti dalam kes melibatkan dua tokoh terkenal Umno Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rahim Tamby Chik suatu ketika dahulu, sehingga beliau merengkok dalam penjara.
Mengulas gesaan Fariz semalam, Ezam berkata: “Sebaiknya beliau (Fariz) tutup mulut kalau tidak tahu hal sebenar.”
“Jangan cabar. Kalau saya jawab, kesannya akan langsung kena kepada Ketua Umum (Anwar).”
Ezam kini berada di Jakarta untuk menguruskan Yayasan Nusantara yang ditubuhkannya dan akan pulang berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu selepas penamaan calon 6 Januari depan.
[Enna Daa...dulu lu ada cakap.. ada juga itu kotak rahsia... sekarang sudah tukar ka..?? bila tukar..?? sekarang ada sama ketua umum pulak...??? lidah manyak cabang la lu zam...dulu cakap lain, sekarang lain cakap jugaa...enna daa...dey tambii..ammakk...lu punya kawan,itu nalla toriap mana? heik..!!]
Tunku Mukhriz Di Masyhurkan Sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Sementara itu, istiadat pemakaman jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman akan dijalankan selepas solat Asar hari ini.
27.12.08
Al-Fatihah: Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Telah MANGKAT...!!!
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.
25.12.08
Soal Jawab : Tak Puas Hati Isu ASB - Jawapan Ringkas..
1) Apakah alternatif pelaburan yang ada untuk orang Islam? Setahu saya, ASB tergolong dalam kategori income fund. ASB juga tiada risiko pelaburan. Tiada caj pengurusan dan segala caj yang tersembunyi yang ditawarkan oleh institusi kewangan swasta yang menawarkan saham amanah. Dan menawarkan pulangan yang konsisten. ASB boleh dimulakan dengan RM10. Dan sila beritahu saya apakah dana saham amanah yang boleh dimulakan dengan RM 10? Adakah semua orang kampung mampu bermula dengan RM 500 - RM 1000 seperti yang ditawarkan oleh dana amanah swasta? Saham amanah apa yang dijual di pejabat pos, BSN yang ada di segala pelusuk tempat di Malaysia?
Sudahlah Syed Mokhtar al-Bukhary, orang Islam terkaya di Malaysia pun jauh kebelakang tertinggal dengan orang bukan Islam dari sudut kekayaan, adakah kita mahu membiarkan Maybank, syarikat kedua terbesar di Bursa Malaysia jatuh ke tangan foreign investor, dan pelabur bukan Islam?
24.12.08
Memalukan: Media Arus Perdana Takut Untuk Buat Laporan Berita Penyertaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan Ke Dalam PAS..!!!
KUALA LUMPUR - Sungguh memalukan bila banyak akhbar arus perdana seolah-olah menyembunyikan fakta penting yang berlaku hari ini. Berita berkenaan penyertaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan serta pimpinan UMNO cawangan dan bahagian itu menyertai PAS langsung tidak dilaporkan sebagai berita terkini akhbar terbabit edisi internet.
Walhal, berita kemasukan Kapten (B) Datuk Zahar Hashim itu telah dimaklumkan kepada media dalam satu sidang khas yang diadakan hari ini. Dalam kebanyakan media arus perdana langsung tidak disentuh berita tersebut.
Apakah ini bermakna kerajaan UMNO dan Barisan Nasional takut dengan "tamparan hebat" yang mereka hadapi sekarang..??? Sesuatu yang amat membanggakan apabila seluruh jentera UMNO Bahagian dibubarkan untuk bersama Pakatan Rakyat. Mungkinkah ini bakal memalukan pemimpin kerajaan, lantaran itulah berita berkenaan sengaja tidak dihighlightkan oleh mereka.
Mungkin, mereka gusar rakyat akan melihat semua ini sebagai satu petanda kejatuhan UMNO dan BN itu sendiri sebenarnya. Justeru itu kami juga amat hairan dengan tahap "profesionalisme" media terbabit dalam melaporkan isu-isu berkaitan.
Apa yang jelas dapat dilihat, media arus perdana lebih seronok memperkatakan tentang Mahalingam Dipecat Sebagai Bendahari Agung MIC dan Gerakan Bantah Pendirian PAS Mengenai Hudud. Kami amat terkejut dan teruja dengan senario ini. Apapun kami faham bahawa laporan tersebut sengaja disembunyikan oleh kerajaan bagi menjaga "air muka" mereka yang kian tercalar sejak akhir-akhir ini sebenarnya.
[Terkadang, kami pun naik hairan kenapa sampai begini jadinya mendia arus perdana. Apapun, kira tunggu malam ini apakah media yang lain akan menyiarkan berita berkenaan dalam slot berita masing-masing. Rakyat sengaja mahu diperbodohkan dan dihalang daripada mendapat berita yang tepat dan terkini tentang senario politik tanahair. Mereka ingat rakyat boleh diperbodohkan sewenang-wenangnya. Walhal mereka akhirnya berjaya mendapatkan maklumat tersebut menerusi saluran media siber yang ternyata lebih telus dan berani melaporkan isu yang berkaitan. Apakah zaman kegelapan UMNO dan BN kian hampir?].
-dari PahangDaily
Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa..
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.
أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
23.12.08
Sempena Ulangtahun PERTAMA Artikel Di Persada Maya..
link dari posting pada 18hb 12 2007 yang lalu...
19.12.08
Skim Cepat Kaya Terbesar Dunia Tersungkur...
Gambar : Bangunan milik Madoff
Istimewanya kali ini, mangsanya skim ini bukan lagi terhad kepada orang miskin, sederhana atau warga melayu tetapi bank-bank gergasi dunia turut menjadi mangsa kelicikan penipuannya. Mungkin kerana berselindung atas namanya yang besar di USA.
Berikut adalah senarai bank dan potensi kerugian akibat menjadi mangsa skim cepat kaya Bernard L Madoff yang bertapak di New York :-
Clients of Santander, Spain - $3.1bn
HSBC, UK - $1bn
Natixis, France - $605m
Royal Bank of Scotland, UK - $601m
BNP Paribas, France - $460m
BBVA, Spain - $400m
Man Group, UK - $360m
Reichmuth & Co, Switzerland - $325m
Nomura, Japan - $303m
Selain bank-bank di atas, pembuat filem Yahudi yang terkenal iaitu Stephen Spielberg turut menjadi mengsa.
(Rujukan )
KRISIS KEWANGAN MERUNCING
Memalukan, tidak dapat dibayangkan bagaimana jatuhnya kredibiliti seluruh bank dan pakar-pakar pelaburannya. Bagaimana mereka boleh terpedaya dengan skim ponzi sebegini.
Di pertengahan kemelut dan krisis credit crunch yang sedang menyelebungi beberapa negara maju seperti USA, UK dan eropah, kini krisis kewangan semakin meruncing akibat tangan Bernard L Madoff, seorang usahawan skim cepat kaya yang sangat ‘berjaya' dalam penipuannya.
Ini sememangnya ‘hadiah' buat Yahudi, industri riba dan haram dan mereka yang terlalu tamak. Skim Mardoff ini seperti biasa menawarkan pulangan tetap yang tinggi iaitu 10 % tahunan hingga menyebabkan pelbagai individu kaya dan bank tertipu. Ia kelihatan sedikit ‘real' berbanding skim cepat kaya lain yang biasanya 'too good to be true' kerana menawarkan pulangan lebih dari 30 %.
Ternyata tiada sebarang bisnes pendasar (underlying business) yang dijalankan oleh Mardoff bagi meraih untung yang sah di sisi undang-undang. Keuntungan yang diraih dan diagih semuanya hasil ‘downline' lalu diberikan kepada upline dan begitulah seterusnya. Itulah skim pyramid atau juga digelar ponzi scheme, sama seperti skim ea index, swiss cash dan lain-lain yang pernah diharamkan di Malaysia dahulu.
Berita BBC melaporkan selepas skim dan penipuannya terbongkar :-
he had "absolutely nothing" and "it's all just one big lie", and that it was "basically, a giant Ponzi scheme"
Dia berjaya mengabui mata ramai pelabur kapitalis melalui syarikatnya Bernard L Madoff Investment Securities yang ditubuhkan pada tahun 1960, dalam masa yang sama dia juga menjalankan bisnes hedge fund.
Kelicikannya juga menjadikannya dilantik sebagai ketua, Nasdaq Stock Market.
Kini ramai yang mempersoalkan mengapa US Securities and Exchange Commission tidak mampu mengesan penipuan ini dari awal. Sedangkan menurut laporan berita BBC beberapa pihak dan individu telah membuat laporan tetapi tiada tindakan dan penyiasatan diambil. Mungkin laporan lambat diambil tindakan kerana networking Yahudi yang bertapak kukuh di USA.
Benar, laporan dari orang ramai amat penting tetapi jika pihak berkuasa tidak bertindak penipuan akan berterusan. Kita di Malaysia, pihak Bank Negara Malaysia dan Suruhnajaya Sekuriti amat diharapkan menambahkan kepantasan siasatan apabila mendapat laporan dari orang ramai, sebelum lebih ramai menjadi mangsa.
Alhamdulillah semakin ramai yang peka dan sudi melaporkan apabila timbul skim-skim dan binses yang meragukan. Namun demikian tidak mustahil sama sekali, penipuan hanya akan dapat dikesan agak terlewat lalu boleh menyebabkan kerugian wang yang banyak.
LAHIRKAN JUTAWAN BUKAN UKURAN
Saya kerap mendengar hujjah pemain skim cepat kaya yang mendakwa bisnes mereka benar dan kemampuan melahirkan ramai jutawan sebagai buktinya.
Sejak dari awal, kita boleh menilai hujjah ini adalah lemah, malah kini terbukti ia boleh mencipta seorang billioanaire seperti Mardoff, namun ia tetap salah dan tetap skim cepat kaya dan tetap akan tergolek juga akhirnya.
Di Malaysia penipuan skim ini boleh dianggap antara yang tercanggih di dunia, pelbagai teknik licik digunakan bagi megabui mata pelabur seperti mendapatkan Lesen Jualan Langsung, Koperasi, punyai beberapa produk dan banyak lagi. Sehingga sukar dibezakannya dengan syarikat jualan langsung dan koperasi yang sebenar.
Justeru, saya nasihatkan mereka yang sedang berfikir-fikir untuk menyertai sebarang skim agar lebih berhati-hati. Penangkapan dan serbuan demi serbuan tidak dinafikan akan menjadikan syarikat yang masih berbaki lebih kreatif dan licik dalam menutup penipuan mereka.
TIDAK KEBAL AKHIRNYA
Apa yang menarik dari kes ini juga, kita dapat melihat walaupun Mardoff agak kebal di peringkat awal namun akhirnya ‘jatuh ke tanah jua' dengan desakan ketelusan pihak berkuasa di USA. Ia agak Pastinya tindakan adalah lewat kerana, melibatkan individu Yahudi, billionaire dan orang besar ( Pengerusi ) di Bursa Saham Nasdaq New York, namun tahniah atas tindakan yang diambil.
Bayangkan pula kalau ia di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia. Rasuah mungkin akan menjadi penyelamat, atau jawatannya turut menggentarkan para penyiasat. Namun di negara-negara maju, mereka boleh sedikit terlewat tetapi akhirnya akan ‘kena' juga.
Akhirnya, telitilah dua tiga atau sepuluh kali sebelum menyertai mana-mana skim atau bisnes yang berpaksikan sistem pyramid dan yang hampir dengannya, ia mungkin skim cepat kaya yang bakal tersungkur sedikit masa lagi.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net di link [INI]
16 Disember 2008
18.12.08
Gimik Mini Euro Ka Putar Di Perasmian Kongres Angkatan Muda 2008..
17.12.08
Tolong Lah Keluarga Ini...!!!
Ini gambar kawan aku Cikgu Rosni Mohd Ali..pengalaman 18 tahun mengajar jurusan vokasional kursus KIMPALAN dan FABRIKASI LOGAM telah melahirkan tak kurang 350 anak bangsa dan seagama berkemahiran 'welding' dan mengecat kereta. Seperti entry sebelumnya yang telah aku ceritakan, seorang pelajar asrama telah memecah masuk ke rumahnya yang ada anak dara sunti telah menaikkan kemarahannya. Gagal mengawal kemarahan ketika mendenda kebiadaban budak itu, Rosni tumbang akibat pendarahan di kepala dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun.
Balu dan anak-anaknya (yang sulung lelaki kini di politeknik dan 6 lagi perempuan berumur 2-17 tahun) kini menetap di kampung mereka Tenggara, Johor. Allahyarham sudah dapat ijazah tetapi meninggal dunia seminggu sebelum temuduga pelantikan guru siswazah maka isterinya hanya dapat pencen RM1200 saja..
BAGAIMANA kalau hari ini kita meninggal dunia? ISTERI DAN ANAK-ANAK KITA sudahkah disediakan secukupnya bekalan dunia dan akhirat?
Sudah tentulah bebanan balu Allahyarham iaitu Kak Jun amat berat untuk mencari perbelanjaan persekolahan untuk anak-anaknya apatah lagi kos kehidupan di Johor amat tinggi. Allahyarham Rosni adalah anak tunggal.Anak-anak yatim ini tiada bapa dan ibu saudara sebelah arwah bapanya untuk membantu mereka..AYUH! Kita panjang2kan berita ini dan sudilah hulurkan sumbangan kalaupun tidak menghormati jasa seorang guru mencurah bakti untuk agama, nusa dan bangsa kenanglah tujuh anak yatim yang pergi ke sekolah tahun depan dengan serba kekurangan..kita semua bersaudara!
Sumbangkan terus ke akaun Maybank Pn Junaidah Mamat 156114191509
link dari blog labun Kulup Sakah : http://kulupsakah.blogspot.com/2008/12/tolong-keluarga-ini.html
Innalillah Hiwainnarhirojiunn.. Al-Fatihah..
16.12.08
Harga Petrol, Diesel Di Pasaran Turun Lagii...!!!
14.12.08
Mogok, Akhirnya Harga Petrol - Diesel Bersubsidi Nelayan Turun 13 Sen Mulai Selasa, Tiada Ugutan BOGEL..!!!
Mustapa berkata kerajaan akan terus mengekalkan bayaran elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepada pemilik individu vessel perikanan dan pekerja warga Malaysia yang bekerja di atas vessel berlesen. Kerajaan juga akan mengekalkan bayaran insentif pendaratan ikan sebanyak RM0.10 sekilogram seperti yang diputuskan pada Jun lepas, katanya.
Mustapa berkata kerajaan juga pada 3 Nov lepas telah menambah kuota diesel dan petrol bersubsidi daripada 106 juta liter sebulan kepada 126 juta liter sebulan bagi menampung kegunaan diesel dan petrol akibat penambahan lesen vessel baru terutama lesen sampan sebanyak 15,900 buah yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. “Berikutan permohonan daripada pemilik vessel pukat tunda, kerajaan pada tarikh yang sama telah meluluskan tambahan kuota sebanyak 4,000 liter sebulan bagi setiap vessel pukat tunda Zon C dan C2,” katanya. Beliau berkata penurunan harga serta tambahan kuota diesel dan petrol bersubsidi itu sewajarnya memberi pulangan tambahan kepada nelayan daripada segi pengurangan kos dan peningkatan pendaratan ikan.
Sementara itu, krew kami di Kuantan sempat hadir dalam pelancaran piket khas yang dibuat oleh Persatuan Nelayan Pukat Tunda Kuantan, semalam. Lebih 100 orang pengusaha bot yang telah hadir memberi sokongan. Nampak benar mereka tidak berpuas hati dengan harga sekarang, dan mahu ia diturunkan hingga RM1 atau bawah lagi. Keluhan itu turut disuarakan oleh Setiausaha persatuan terbabit iaitu Lo Ping Yong (foto), yang menyatakan bahawa biarpun kerajaan telah menurunkan harga bahan api enam kali berturut-turut namun subsidi masih ditahap membebankan.
Namun dek kerana ini adalah pekerjaan turun temurun nenek moyang, maka terpaksa juga dilakukan. Sudahlah harga sebuah bot begitu mahal” katanya. “Insentif yang dijanjikan oleh kerajaan hanya diberikan kepada pemilik bot, namun hanya 20% sahaja yang menerima. Bahkan saya sendiri pun tidak memperolehinya. Proses yang terlampau rumit jelas sekali membebankan kami” katanya kepada wartawan.
Turut hadir di lokasi semalam ialah YB Chang Hong Seong - foto (ADUN Teruntum), YB Dato’ Wan Adnan Wan Mamat (ADUN Tg.Lumpur), Saudara Sim Chon Siang (Pegawai Khas Parlimen Kuantan & Ketua Penerangan PKR Kuantan) serta Saudara Siew Fook Chan (Exco PKR Pahang, Bekas Calon DUN Teruntum) dan Saudara Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK Pahang). Dalam pada itu, Saudara Sim memaklumkan bahawa kes itu akan dibawa ke pengetahuan Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh untuk diambil tindakan segera.
[Apa yang kami nampak, kerajaan begitu gusar dengan suara mereka ini. Bahkan mogok 3 hari yang dilancarkan terus mendapat perhatian daripada pihak kerajaan dengan pengumuman penurunan harga minyak terbabit. Justeru itu, kita amatlah berharap agar keprihatinan ini dapat diteruskan dalam isu-isu yang lain, agar rakyat terus terbela dan tidak dibiarkan menanggung derita sepanjang masa. Jika inilah cara dan kaedah perlaksanaan yang dilakukan, nescaya semua rakyat akan selesa dan berbahagia hidup di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Cuma, keluhan ini janganlah hanya diberi perhatian jika ia membabitkan kaum bukan Melayu sahaja. Ia sepatutnya meliputi juga kaum bumiputra terutamanya Melayu. Dari apa yang kami lihat sejak dulu kini dan selamanya, jika orang Melayu memprotes atau membangkitkan sesuatu isu rakyat maka begitu lama dan lambat untuk diberi perhatian dan dibuat keputusan.
Namun bila ia melibatkan kaum lain terutamanya Cina, maka begitu pantas seperti kilat ia dilaksanakan. Lihatlah apa yang berlaku ini, baru semalam diadakan protes dan mogok, maka hari ini kerajaan terus bertindak. Namun apakah mereka terutamanya pemilik bot dan nelayan terbabit berpuas hati? Sebab penurunan itu tidak mencecah RM1 seperti yang dipinta?]
Sambungan Dari Nasi Terbuang Di Bukit Antarabangsa..
- Salam,
- Berdosa kita buat fitnah. Jika tak tahu cerita jangan mereka cerita.
- Tanya orang yang ada di atas sana memberikan bantuan kemanusiaan.
- Di atas sana tak timbul soal siapa beri apa dan kepada siapa.
- Saya salah seorang petugas yang berhujan berpanas hingga ke hari ini.
- Apa yang dapat saya lihat sejak hari pertama, Air mineral pun ada lambang PKR.
- Tulis besar-besar sumbangan drp sipolan dan sipolan dan juga lambang PKR.
- Apa motif mereka jika menderma pun nak heboh-hebohkan daripada siapa.
- Untuk maklumat semua, nasi tersebut dibawa turun oleh penghuni rumah yang berdekatan yang diterima oleh mereka untuk makan tengahari.
- Disebabkan mereka kena turun bukit dan melalui semak dan tahu ada makan yang lebih baik dibawah, mereka buang makanan-makanan berbungkus tersebut dikawasan pembuangan sampah haram.
- So jika tak tau cerita janganlah mengada-adakan cerita.
- Tak habis-habis nak berpolitiking.
- Semuanya nak salahkan orang lain.
- Jika benar orang sebelumnya salah, tanya diri sendiri APA YANG TELAH PKR LAKUKAN UNTUK MEMBETULKAN KESILAPAN TERSEBUT SEBELUM BENCANA TERJADI SEPERTI DI BKT ANTARABANGSA.
- Kejadian-kejadian ini jelas membuka pekung didada PKR dan penduduk BKT Antarabangsa tahu cerita sebenarnya.
- Semoga kita berbakti kepada bangsa dan negara tanpa berkira-kira.
- Salam
Nah... sekarang sape nak sahkan mana satu betul, mana satu tak betul?
Orang kaya dapat bantuan penuh, pencacai yang luang masa dok tolong puak-puak kaya (anjing tersepit) dok bertelagah... hat untung orang kaya, hangpa yang dok kalut tolong depa sampai tak sempat nak sambut raya, tinggal anak bini dekat rumah, berpanas-berhujan telingkup dek diskriminasi sesama-sendiri...
Orang kaya yang hangpa bantu bagai nak gila, dok lepak hotel sambut raya macam biasa... sapa anjing sapa tuan anjing?
Sebab tu orang tua dah habaq dalam peribahasa - melepas anjing tersepit.
Anjing yang hangpa lepas bebas, sebelum blah sempat dia kekah korang, yang tolong lepas anjing yang tersepit tu sampai la ni dok gaduh saling salah menyalah. sorang kata hang salah pasai lepas anjing tu, sorang lagi dok kata hang salah pasai lepas anjing tu.
Donia, oh doniya...
Jangan lupa baca artikel [ini] dan [ini].
bukan air mineral tu lebihan pilihanraya dulu... memang la ada lambang PKR... cuba fikir... sempat ke tempah air mineral dalam masa beberapa hari ni?
[Hhmmmmm....ini maciam pun ada kaa..??? Tepuk dada tanya selera, tapi kalu aku...hmm..takdak selera lahh..ampeh betoii...pi tolong orang yang susah kena banjir ka, fakir miskin tak makan ka, anak-anak yatim yang keciciran ka...Lagi baguih, tak sakit ati...awat lak masa banjir besaq aritu nih di JOHOR takdak sapa nak tolong punya hebat camnii..??? Dan TV3 suku tak pulak buat FOOL COVERAGE penyampaian bantuan mangsa banjir besaq tu..yang lagi sempoi lak, Pee-Emp Mesia masa tu pi makan angin kat Australia siap naik kapai layaq lagii... Ada sapa2 marah2, buat DEMO pasai pak lah tu tak turon jengok mangsa2 banjir..????? Habaq mai sat kat aku....]
13.12.08
Eksklusif: Menyingkap Satu Sejarah Genapnya 11 Tahun Blogger Cucumatkilau Jadi Penulis Blog !!
Apa Kaitan Dengan Nama Cucumatkilau
"Bagi saya siapa saya itu tidak penting. Apalah gunanya nama, namun jika anda bertanya juga siapa saya. Cukuplah saya mengatakan apalah guna menjadi cucu pahlawan jika darah perjuangan langsung tidak ada dalam tubuh badan. Tidak langsung meneruskan perjuangan nenek moyang untuk menpertahankan agama, bangsa dan negara tercinta. Bagi saya, dulu nenek moyang saya dan Mat Kilau berjuang untuk menghalau penjajah British bertapak di Pahang ini, maka sekarang saya lahir sebagai pejuang untuk meneruskan perjuangan itu. Dulu penjajah ditentang, tapi kini dasar penjajah di julang! Maka itu, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membela nasib rakyat, menegak kebenaran dan menghapuskan penindasan serta kezaliman". tambah cucumatkilau lagi.