Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

22.8.08

Kempen Wanita Be-EnD di P44 P.Pauh...



Hehehehe....di cedok a.k.a cilok dengan izin dari blog memberku tentang Kempen Jihad oleh makcik Sharjihat Jalil bersama bala tentera wanita be-enD di seantero bumi Parlimen Permatang Pauh sekarang nih...



Teruja lagi menggagumkan para penduduk setempat kiranya dapat sorang ustazah kelas fardhu ain atau sekolah pondok a.k.a sekolah agama rakyat cam dalam gambaq kat ataih ni, mengajaq serta melancarkan Kempen Jihad ala-ala marathon Wanita mahupun juga di sertai oleh sebilangan kecik ahli gedik Puteri Be-enD...



Hebat kan tuan-tuan dan puan-puan Kempen sebegini di adakan...Hebattt...!!!! Mau sangat nak ciplak idea oranggg....Jihad Lah....



Yang sempoi-nya hangpa tengok la sebidang Billboard kat Matang Pauh yang terang lagi bersuloh kat bawah ni memaparkan MESEJ yang JELAS untuk semua orang yang tak cetek akal pahami....



Hehehehehe.... ApSeRe....

20.8.08

Konspirasi Politik Untuk Jatuhkan Kerajaan PR Perak



Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak membabitkan kes 2 orang EXCO Parti KeADILan Rakyat hari ini.


Kerajaan Pakatan Rakyat Perak menegaskan bahawa wujudnya 1 konspirasi politik tertinggi dengan tujuan cuba menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.


Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekeras-kerasnya menafikan kewujudan Projek Perumahan yang dikatakan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar.


Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga TIDAK PERNAH MELULUSKAN apa-apa projek perumahan di Sri Iskandar seperti yang diwar-warkan setakat ini.


Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga menegaskan bahawa mustahil bagi YB Jamaluddin dan juga Kapten Osman meluluskan apa-apa projek perumahan kerana ianya adalah DILUAR BIDANG KUASA MEREKA.


Sebagai sokongan kepada kedua-dua EXCO yang ditahan berkenaan dengan kes yang disebutkan, 1 KEMPEN SOLIDARITI telah dilancarkan untuk YB Jamaluddin dan juga YB Osman.


Sebagai langkah pertama KEMPEN SOLIDARITI, 1 perhimpunan akan diadakan pada jam 9:00 pagi esok di perkarangan Mahkamah Majistret Ipoh.


Seterusnya pada jam 2:30 petang 1 lagi perhimpunan akan diadakan di Mahkamah Tinggi dimana Hakim akan membuat keputusan untuk menilai semula perintah tahanan reman kedua-dua tertuduh.




-berita lain boleh di layari di SINI

Pelan Kecemasan & Halangan 16 September..



Sekiranya ada kebenarannya tajuk di atas, maka perancangan asal Pakatan Rakyat harus difikirkan balik, iaitu perlu dilihat semula Pelan Kecemasan ”CONTINGENCY PLAN”, sama ada perkara di atas tidak termasuk dalam satu daripada urutan proses mengambil alih Putrajaya.


Kenyataan SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di bawah, boleh membawa maksud mungkin ini adalah usaha-usaha terakhir kerajaan umno/bn ini, bagi merencatkan perancangan tarikh penghijrahan MP BN pada 28 Ogos seperti kata YB Zulkifli Nordin dan pengambil alihan Putrajaya pada atau sebelum 16 September .


Kalau sekiranya tarikh angkat sumpah ”YB” Dato’ Seri Anwar Ibrahim ”DILAMBAT–LAMBAT” sehingga 13 Oktober 2008 Isnin, [ setelah parlimen berehat daripada 1 September hingga 12 Oktober kerana menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya ], iaitu tarikh mula persidangan Parlimen yang akan datang, di mana persidangan sekarang akan berakhir pada 29 Ogos, iaitu tarikh pembentangan bajet 2009.


Mengikut jadual persidangan, PARLIMEN KE-12 2008 TAKWIM DEWAN RAKYAT PENGGAL PERTAMA, MESYUARAT KETIGA, bermula 18 Ogos dan berakhir 11 Disember 2008, Khamis iaitu selama 41 hari.


Beberapa pilihan, mungkin boleh jadi terjadi;-


I] Pada 27, 28 atau 29 Ogos, sekiranya ”YB” Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dijemput dan dibenarkan mengangkat sumpah, proses dan tindakan berhijrah boleh dan harus dilakukan dengan segera. Tetapi, kemungkinan ini, sangatlah kecil, iaitu kalau mengikut kenyataan SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di bawah, ”YB” Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ”TIDAK” akan dibenarkan mengangkat sumpah pada tarikh-tarikh tersebut, dalam bahasa yang sopannya ”TIDAK PERLU TERGESA-GESA”Sebab-sebab nya kita boleh membuat tafsiran sendiri.


ii] Pada 27, 28 atau 29 Ogos, sekiranya ”YB” Dato’ Seri Anwar Ibrahim, TIDAK dijemput dan dibenarkan mengangkat sumpah, proses dan tindakan berhijrah juga, boleh dan harus dilakukan dengan segera, tetapi PR kekurangan satu [ 1 ] kerusi.


Sehubungan dengan itu, angka yang selamat dan selesa harus perlu lebih daripada 30 [ atau 43 ]. Kita perlu memahami, kerajaan umno/bn tidak mungkin akan menyerah dengan mudah Putrajaya, kerana risiko yang akan dialami oleh pemimpin-pemimpinnya, dalam semua hal dan sudut seperti peluang-peluang perniagaan [ nombor wahid yang difikirkan ], kesalahan-kesalahan rasuah, jenayah dan lain-lain sedia menunggu mereka ini.


iii] Sekiranya tarikh 16 September DITUNDA, maka proses berhijrah boleh dan akan dilakukan bermula 13 Oktober, iaitu tarikh persidangan Parlimen disambung semula.


Tetapi, ianya tidak perlu ditangguhkan lagi, kerana penangguhan kepada tarikh lain, akan memberikan ’advantage’ kepada kerajaan umno/bn memanipulasi dan dari segi psikologi nya Pakatan Rakyat, telah tewas dan kecundang, kerana tidak tetap pendirian, mungkir janji dan berdolak-dalik, atau perancangan Pakatan Rakyat tidak sempurna, maka bagaimana untuk mengambilalih pentadbiran kerajaan pusat dan Putrajaya.


Sekiranya ini berlaku, semua saluran media kerajaan umno/bn, cetak & elektronik, seluruh ’think-tank’, semua Profesor-profesor [ walaupun ada orang kata Profesornya bertaraf Prof ”KANGKUNG” saja ] dan jurucakapnya akan diberikan ruang, slot dan peluang, untuk MEMBEDAL, MENGHENTAM, MENGHINA, MENCERCA, MEMAKI, MEHERDIK, MERENDAH-RENDAHKAN Pakatan Rakyat, selama 25 jam sehari.


Sanggupkah kita menghadapi situasi itu nanti?
Kita tidak punya pilihan Ke-2, 16 September MESTI berlaku penghijrahan 30 atau 43 atau lebih Ahli-ahli Parlimen BN kepada Pakatan Rakyat, sama ada Parlimen akan ”DIBENARKAN” tumbang atau tidak.


Angkat sumpah tak perlu tergesa-gesa



SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata proses angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru selepas keputusan pilihan raya kecil itu diketahui pada 26 Ogos ini, tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa.


Katanya lagi, Ahli Parlimen terbabit akan mengangkat sumpah mengikut amalan biasa iaitu selepas beliau dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


"Ia boleh dilakukan bila-bila masa tetapi tidak perlu tergesa-gesa untuk mengangkat sumpah. Apabila saya diberitahu mengenai perkara itu oleh SPR, saya akan berjumpa dengan pemenang pilihan raya berkenaan dan akan buat keputusan masa yang sesuai untuk melangsungkan proses angkat sumpah sebagai Ahli Permatang Pauh yang baru," katanya kepada pemberita apabila ditanya kemungkinan proses angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pada hari pembentangan Bajet iaitu 29 Ogos depan iaitu tiga hari selepas hari pengundian.


Pilihan raya Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon Barisan Nasional, Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Mamat.






Sumber dari- Ulit Mayang @ Laman Marhaen.

Info Terkini mengenai Pemenang Pingat Olimpik, Lee Chong Wei


Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei petang ini telah di 'larikan' oleh individu2 tertentu yang sehingga saat ini tidak dapat di hubungi oleh keluarga dan pihak media kerana pada malam ini dijadualkan satu Program Bersama TPM di Permatang Pauh, Majlis Penyerahan cek sebanyak rm300,000 kepada beliau.


Tindakan pihak tersebut tidak sepatutnya di politikkan pada saat bahang PRK P44 P.Pauh melanda untuk pihak Be-End meraih simpati serta kepopularitian jaguh negara kelahiran
anak jati Pulau Pinang.


Pejabat exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Komuniti Negeri Pulau Pinang melaporkan, sepatutnya beliau tiba dari KLIA ke Pulau Pinang untuk satu program bersama Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng telah 'di cilok' oleh individu tertentu tanpa sebab dan tanpa di beritahu ke mana hendak di tuju..


Maklumat lanjut akan menyusol...




Sumber berita sebelum ini dari KLpos & link INI

Siri Debat Antara Mantan KM vs KM Lim Guan Eng


Siaran Langsung di TV9 dan NTV7 jam 9 malam ini ...siaran tertunda (cam biasa la di TV3 suku) jam 12.30 malam.





Jangan lupa malam ini program Siri Debat Agendadaily yang mempertemukan dua orang kuat Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon.


Debat dibawah tajuk "Kisah Benar Disebalik Kontroversi Tanah di Pulau Pinang" itu akan berlangsung pada jam 9 malam 20 Ogos (malam ini) bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Ia akan disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini menerusi TV9 dan NTV7 manakala siaran tertunda pada jam 12.30 malam di TV3 suku.


Ini adalah debat kedua dianjurkan oleh Agendadaily. Debat pertama antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada 15 Julai lalu.


Guan Eng dedah surat penyelewengan tanah Pulau Pinang


PP: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini membidas bekas ketua menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mengaitkan bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes kegagalan kerajaan negeri dahulu menuntut baki bayaran penjualan tanah sebanyak RM9 juta dari sebuah syarikat di Pulau Jerejak.

Katanya, Koh kini cuba mengaitkan pihak lain sedangkan beliau (Lim) mempunyai bukti bahawa bekas ketua menteri itu tidak mengambil sebarang tindakan untuk mendapatkan semula bayaran daripada syarikat itu walaupun selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan dipenjarakan.

Beliau berkata, siasatan mendapati bekas setiausaha sulit menteri kewangan, Anuar Shaari pernah menghantar sepucuk surat bertarikh 22 Mei 1998 kepada Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Lim berkata surat itu meminta PDC meneliti dan memaklumkan kepada kementerian mengenai cadangan syarikat berkenaan walaupun tempoh yang diberikan untuk pembayaran adalah selama enam tahun.

Katanya, malangnya Koh tidak mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat yang membeli tanah di Pulau Jerejak itu dengan harga RM29 juta dan tidak membayar baki RM9 juta sehingga sekarang.

Lim berkata, beliau terpaksa mendedahkan surat itu kepada media sebagai menyahut cabaran Koh yang mengaitkan kononnya tindakan beliau adalah atas arahan Anwar yang juga menteri kewangan ketika itu.

Esok 20 Ogos (Hari ini) Lim dan Koh akan berdebat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur mengenai isu penyelewengan tanah di Pulau Pinang.





-sumber dari Agendadaily & KLpos

19.8.08

Terbongkar Jua Akhirnyaa..!!!

(Klik Untuk Besarkan Imej)


Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang bin Porigi, yang dikatakan 'imam' yang menjadi saksi sumpah mubahalah Sial Fool terdedah jua...

Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.


Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam.

Dan ini pula friendster si ramlang http://profiles.friendster.com/43341251

(steady-Lah 'imam'..posing maut lagi..)

sakan jugak 'imam' a.k.a saksi nih interested nak berfriendster2 lagi...mungkin untuk mudah orang buat aduan serta nak berdakwah kot...hehehe..

nampak sangat la mamat ni telah di kambing hitam-kan di kala hari penamaan calon PRK P44 tempohari...alahaiiii...naseb ko ler Labuuu......terlondeh jua akhirnya jubah kooo.....



- sumber dari blog aloha2 tochey,tochey..kamsiah,kamsiah..!!




Calon BN P44 P.Pauh ada PhD betoi ka??



"I cut and paste part of article dari Malaysiakini.

Please check Ariff Shah Calon UMNO di Permatang Pauh ni betul ke buat PhD.

Atau ini jenis PhD yang ramai artis2 di Malaysia dapat. Sekarang ni ramai artis dah ada PhD. Entah bila lah mereka ni sweat it out buat PhD.


An Old Timer: I read in one of the local papers that the BN candidate for Permatang Pauh, Arif Shah has a diploma in civil engineering from Grabel International and is currently pursuing a Ph.d from Edison University of Technology.


I did a quick Internet search and could not find any information on either of the institutions.
Could it be that Grabel International is one of those unaccredited private colleges located in one those shophouses in Chow Kit Road and could it be that Edison University of Technology one of those many diploma mills churning out Bachelors, Masters and Phd degrees at prices ranging from US$100 to US$1,000?


I believe Permatang Pauh voters want to know the truth about this guy's real academic qualifications for they want their MP to be honest with himself and the public.


If one does not have any real diploma or degree, just honestly say so. (maklumat yang di email..)


- dari blog chegubard

18.8.08

Kempen PRK P44 P.Pauh Bermula..!!!


Banner yang menarik isi-padu ayat serta kata-kata untuk di fahami oleh orang yang paham bahasa.. (dari senikata lagu rasmi parti ameno..kalau tak silap ler..)



Duit..Duit..di mana kao duit.. Dok nampak di Permatang Pauh la kali nih Duit akan Turon..!!!

Kepada pengundi di Permatang Pauh, kalau dah dapat 'pulus' tu hambek..sebat ajerr..janji pangkah tu lain noo...Kepala agong apa kira, janji lepaih duit minyak moto,keta,top-up henpon dan sewaktu dengannya..

Tak ambek satgi depa yg nak bagi tu kecik ati lakk..dah tu menimbun lak satgi stok duit tu nak di agih2kan..kalau dah ambek, stok cepat sket abeh...hehehe..

Terbaca artikel terkini dalam RencanaRakyat dan Mat Saman Kati ada rancangan untuk mengagalkan keluar-nya pengundi2 di setengah2 kawasan dalam Permatang Pauh, dengan mempolitikkan keadaan akan 'kacau-bilau' oleh penyokong2 Pakatan Rakyat yang berkempen untuk calon KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim..

Dah lama dahhh...apa nama, apa nama..??? dia yang kata, taktik lama la depa ni...takdak idea lain kaa...???

Pengundi2 Permatang Pauh bukannya bodoh nak di perbodohkan..lain la kalau di pendalaman yang memang dah sebati dengan budaya ganas dan bagi2 'RM' nih...tu pun saya pernah ke kempen P/raya DUN Sarawak 2004...hampir 4 tahun sudah, hangpa nak mai taboq duit..mai la,depa sapu serupaa...Pangkah depa pangkah lain..hahahahaha..padan muka,nak bagi sangatt...

Maunya depa tak sapu, janji saja nak buat yang tu, buat yang ni..jalan nak masok ke daerah Simunjan masa saya pi tu pun sekerat2 saja yang depa buat...insyaAllah pada tahun depan di khabarkan akan berlaku-nya p/raya DUN Sarawak..dan dari seorang teman yang bakal calon KeADILan di DUN Sarawak, (yang kerusi mana aku tak tau..) sekarang ni, bulan Ogos bulan kemerdekaan..Ketua Menteri, menganjurkan kempen bulan Merdeka selama setahun di seluruh Sarawak... sehingga-lah tahun depan sambung teruih kempen p/raya DUN... hebat sunggoh noo...

Lawan Tetap Lawan broo.... Kempen Tetap-Lah Berkempen.. Tolak Kempen Taktik Kotor..!!!

17.8.08

Hotline PRK P44 P.Pauh


HOTLINE ADUAN DAFTAR PEMILIH PRK P.PAUH 2008 -

017-4532539

Sila hubungi nombor talian seperti yang tertera di atas jika anda, sebagai pengundi kawasan Parlimen P44, Permatang Pauh menghadapi masalah seperti berikut:-

  • bermasalah atau tiada kenderaan untuk datang mengundi.
  • tidak dibenar oleh majikan keluar untuk mengundi.
  • ada pihak yang ambil kad pengenalan atau mengugut anda.
  • ada maklumat tawaran wang.
  • ingin menyemak dan mengetahui pusat mengundi.

Kami sedia membantu sila Hubungi ATAU Sms talian hotline dengan nyatakan nama dan no. kad pengenalan anda.

Ada maklumat yang diterima, pada 26hb Ogos hari Selasa ini iaitu hari mengundi:-

  • Hampir 1000 pengundi melaporkan hilang dari senarai pemilih setelah beberapa kali.
    mengundi di Permatang Pauh !!
  • Ada majikan dilaporkan tidak membenarkan pekerja keluar mengundi !!
  • Ada pengundi yang ditukar pusat mengundi tanpa dimaklumkan !!
  • Ada pihak yang mengutip kad pengenalan pengundi !!
  • Ada tawaran wang jika mengundi Be-EnD !!
  • Ada ugutan kepada pengundi !!

- sumber dari blog che'gu bard








13.8.08

PRK Parlimen Permatang Pauh bakal 2-3 Penjuru..??





AKIM yakin sokongan di Permatang Pauh


KOTA BHARU: - Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yakin mereka akan mendapat banyak sokongan daripada pengundi pada pilihan raya kecil di Permatang Pauh yang akan diadakan tidak lama lagi.


:Presidennya, Hanafi Mamat berkata, mereka meletakkan keyakinan kerana pengundi terutamanya pengundi di kalangan parti Pas mengetahui perjuangan dan matlamat AKIM dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam.


:“Sekarang ini jika dilihat Pas sudah banyak melakukan perubahan jadi kami membuat keputusan untuk mengekalkan matlamat perjuangan kami dan mengelakkan orang Melayu daripada terus diperalatkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan diri," katanya kepada :Sinar Harian: ketika ditemui pada majlis ceramah isu semasa yang diadakan di Kampung Gaung, di sini semalam.


:Beliau berkata, AKIM sudah putuskan calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh nanti dan calonnya masih lagi dirahsiakan daripada umum.


:Menurut Hanafi, calon tersebut boleh dikatakan anak tempatan dan akan memainkan peranan dalam menyelamatkan akidah dan iman orang ramai dan beliau yakin pengundi akan mula membuka mata mereka pada pilihan raya kali ini.


:Menyentuh mengenai peletakan jawatan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beliau berkata, keputusan tersebut adalah berlandaskan kepentingan peribadi bukannya atas dasar kepentingan rakyat.


:“AKIM mahu rakyat sedar bahawa mereka sudah dipergunakan dan inilah masanya untuk memilih parti yang betul-betul akan membela nasib mereka, bangsa dan negara,” katanya:.




*p/s- sumber dari Sinar Harian.

5.8.08

Atau Barisan Kabinet Baru Ini yang lebih afdhal..??


Salam...
Adakah Barisan Kabinet Baru Malaysia yang ini lebih boleh di terima akal dan lebih efisyen dari Barisan Kabinet Baru Malaysia 2008 yang sebelum ini telah dipaparkan..??
Cuba buat perbandingan..

Adakah Ini Kabinet Baru Malaysia 2008?



Salam Reformasi, Salam KeADILan...



AdaKah Ini Akan Menjadi Kenyataan..???


Jawapan-nya hanyalah sememangnya Parlimen Permatang Pauh akan terus dikekalkan dengan majoriti undi "super-duper" dan Pak Sheikh akan melangkah masuk ke Parlimen secara RASMI...



Jika...



Tanpa ada halangan 'kereta kebal' menuju Putrajaya...




InsyaAllah.....






*p/s - sumber dari email sorang handai taulan dan seperti yang pernah dipaparkan di laman blog sorang kenalan http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

(dan harap maaf kerana gambar dan tulisan nama MP yang terlalu kecil)




28.7.08

Rehat-kan Minda...

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat good morning kiss pun susah...

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah rm100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada..

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak..

Paling menyedihkan. . ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKKAN KEMEJA ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR


Love,

ayang


ni abang lak bagi....

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish x nak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekap mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahaha...

Luve,

abang.



*p/s- (sumber dicedok dari email sorang sahabat, zulkifli ibrahim kerana tiada simbol TM- TradeMark tetapi royalti akan dirunding..btw, tengkiu..hehehe..)

Related Posts with Thumbnails