Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

20.8.08

Pelan Kecemasan & Halangan 16 September..



Sekiranya ada kebenarannya tajuk di atas, maka perancangan asal Pakatan Rakyat harus difikirkan balik, iaitu perlu dilihat semula Pelan Kecemasan ”CONTINGENCY PLAN”, sama ada perkara di atas tidak termasuk dalam satu daripada urutan proses mengambil alih Putrajaya.


Kenyataan SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di bawah, boleh membawa maksud mungkin ini adalah usaha-usaha terakhir kerajaan umno/bn ini, bagi merencatkan perancangan tarikh penghijrahan MP BN pada 28 Ogos seperti kata YB Zulkifli Nordin dan pengambil alihan Putrajaya pada atau sebelum 16 September .


Kalau sekiranya tarikh angkat sumpah ”YB” Dato’ Seri Anwar Ibrahim ”DILAMBAT–LAMBAT” sehingga 13 Oktober 2008 Isnin, [ setelah parlimen berehat daripada 1 September hingga 12 Oktober kerana menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya ], iaitu tarikh mula persidangan Parlimen yang akan datang, di mana persidangan sekarang akan berakhir pada 29 Ogos, iaitu tarikh pembentangan bajet 2009.


Mengikut jadual persidangan, PARLIMEN KE-12 2008 TAKWIM DEWAN RAKYAT PENGGAL PERTAMA, MESYUARAT KETIGA, bermula 18 Ogos dan berakhir 11 Disember 2008, Khamis iaitu selama 41 hari.


Beberapa pilihan, mungkin boleh jadi terjadi;-


I] Pada 27, 28 atau 29 Ogos, sekiranya ”YB” Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dijemput dan dibenarkan mengangkat sumpah, proses dan tindakan berhijrah boleh dan harus dilakukan dengan segera. Tetapi, kemungkinan ini, sangatlah kecil, iaitu kalau mengikut kenyataan SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di bawah, ”YB” Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ”TIDAK” akan dibenarkan mengangkat sumpah pada tarikh-tarikh tersebut, dalam bahasa yang sopannya ”TIDAK PERLU TERGESA-GESA”Sebab-sebab nya kita boleh membuat tafsiran sendiri.


ii] Pada 27, 28 atau 29 Ogos, sekiranya ”YB” Dato’ Seri Anwar Ibrahim, TIDAK dijemput dan dibenarkan mengangkat sumpah, proses dan tindakan berhijrah juga, boleh dan harus dilakukan dengan segera, tetapi PR kekurangan satu [ 1 ] kerusi.


Sehubungan dengan itu, angka yang selamat dan selesa harus perlu lebih daripada 30 [ atau 43 ]. Kita perlu memahami, kerajaan umno/bn tidak mungkin akan menyerah dengan mudah Putrajaya, kerana risiko yang akan dialami oleh pemimpin-pemimpinnya, dalam semua hal dan sudut seperti peluang-peluang perniagaan [ nombor wahid yang difikirkan ], kesalahan-kesalahan rasuah, jenayah dan lain-lain sedia menunggu mereka ini.


iii] Sekiranya tarikh 16 September DITUNDA, maka proses berhijrah boleh dan akan dilakukan bermula 13 Oktober, iaitu tarikh persidangan Parlimen disambung semula.


Tetapi, ianya tidak perlu ditangguhkan lagi, kerana penangguhan kepada tarikh lain, akan memberikan ’advantage’ kepada kerajaan umno/bn memanipulasi dan dari segi psikologi nya Pakatan Rakyat, telah tewas dan kecundang, kerana tidak tetap pendirian, mungkir janji dan berdolak-dalik, atau perancangan Pakatan Rakyat tidak sempurna, maka bagaimana untuk mengambilalih pentadbiran kerajaan pusat dan Putrajaya.


Sekiranya ini berlaku, semua saluran media kerajaan umno/bn, cetak & elektronik, seluruh ’think-tank’, semua Profesor-profesor [ walaupun ada orang kata Profesornya bertaraf Prof ”KANGKUNG” saja ] dan jurucakapnya akan diberikan ruang, slot dan peluang, untuk MEMBEDAL, MENGHENTAM, MENGHINA, MENCERCA, MEMAKI, MEHERDIK, MERENDAH-RENDAHKAN Pakatan Rakyat, selama 25 jam sehari.


Sanggupkah kita menghadapi situasi itu nanti?
Kita tidak punya pilihan Ke-2, 16 September MESTI berlaku penghijrahan 30 atau 43 atau lebih Ahli-ahli Parlimen BN kepada Pakatan Rakyat, sama ada Parlimen akan ”DIBENARKAN” tumbang atau tidak.


Angkat sumpah tak perlu tergesa-gesa



SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata proses angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru selepas keputusan pilihan raya kecil itu diketahui pada 26 Ogos ini, tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa.


Katanya lagi, Ahli Parlimen terbabit akan mengangkat sumpah mengikut amalan biasa iaitu selepas beliau dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


"Ia boleh dilakukan bila-bila masa tetapi tidak perlu tergesa-gesa untuk mengangkat sumpah. Apabila saya diberitahu mengenai perkara itu oleh SPR, saya akan berjumpa dengan pemenang pilihan raya berkenaan dan akan buat keputusan masa yang sesuai untuk melangsungkan proses angkat sumpah sebagai Ahli Permatang Pauh yang baru," katanya kepada pemberita apabila ditanya kemungkinan proses angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pada hari pembentangan Bajet iaitu 29 Ogos depan iaitu tiga hari selepas hari pengundian.


Pilihan raya Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon Barisan Nasional, Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Mamat.






Sumber dari- Ulit Mayang @ Laman Marhaen.

1 ulasan:

aloha2 berkata...

hijat...

angkat sumpah mmg menjadi adat la...tapi 27hb tuh...secara rasminya DSAI buleh melangkah kaki di kerusi DSWA tinggalkan...

Bab lompat....tadak masalah apa....ada 1 perkara yang mgkin secara tidak lgsung ramai tidak terfikir...ianya sah daripada segi perlembagaan...aku masih berpegang 16 september...walaupun UMNO tidak mudah melepaskannya dengan keadaan desprate...ingat..

Related Posts with Thumbnails