Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

6.4.10

Biadap! Shahrizat Hina Warga Emas...

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, hari ini menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebenarnya meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan.

"Saya rasa malu bila terbaca (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim) Guan Eng beri RM100 setahun kepada warga emas. Kalau nak dikira tak sampai RM10 sebulan. Pemberian itu kononnya sebagai pernyataan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu.

"Saya nak tawarkan ucapan takziah kepada warga emas di Pulau Pinang kerana nilai mereka kepada kerajaan Pakatan Rakyat hanya kurang daripada RM10 sebulan. Itulah dia nilai warga emas di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.

Beliau ditemui selepas mendengar taklimat program pembasmian kemiskinan dan kebajikan Negeri Sembilan di Bilik Gerakan, Wisma Negeri di Seremban yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor, dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan.

Menyifatkan pemberian itu bukan saja tidak membantu membasmi kemiskinan, jumlah RM100 itu juga katanya tidak dapat menampung keperluan warga emas terbabit.

"Tapi bila saya datang ke Negeri Sembilan di bawah kerajaan BN (Barisan Nasional) yang dipimpin Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan, saya dapati program pembasmian kemiskinan dan kebajikan lain di negeri ini berjalan begitu baik sekali.

"Saya nak ucapkan tahniah kepada Menteri Besar Negeri Sembilan kerana mengikut rekod kami pencapaian Negeri Sembilan dalam program untuk pembasmian kemiskinan begitu baik sekali berbanding kerajaan Pulau Pinang di bawah kerajaan pakatan pembangkang," katanya.

Beliau berkata, sehingga 25 Mac lalu hanya terdapat 95 keluarga dikategorikan miskin tegar di Negeri Sembilan dan 646 di dalam kategori miskin iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM440 sebulan.

"Ini menunjukkan program jaringan keselamatan sosial Negeri Sembilan begitu berkesan sekali dalam membasmi kemiskinan di negeri itu. Kita berharap akan mencapai sasaran NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) kita untuk pembasmian kemiskinan tegar dan miskin di Negeri Sembilan pada hujung tahun ini," katanya.

- Bernama

* p/s - biadap al-binawe punya menteri pembangunan wanita...ceh, hampeh wal sampah...hang tu baguih sangat ka? dah kalah dalam PRU sudah pun bleh jadi menteri apa jadah...awat hangpa amNGOk-bn bagi berapa kat warga emas? sekupang haram pun tak bagi...nak bagi kat kroni hangpa deraih laa..toya betoi, memang hang ni menteri wanita yang takdak maruah laaa...kuang jaq betoi...*&^^&((&#@#$#$#@@+__+(*(*

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menteri tu jeles bb dia tak dapat.. ahahaha..tapi memang bagus lah....kira hadiah buat warga emas..

ingat2 la...

anak2 kalau dah kawin..bukan heran sangat hal ehwal mak ayah ..lagi2 yang dah jadi warga emas..hmm..
terutama yang golongan miskin dan pertengahan..

Hijat Panjang... berkata...

mungkin jugak pasai dia tak dapat..lagipun dia memang tak layan la 100hinggit..dia marah la, bukan Ketua Menteri Melayu atau Menteri Besaq Melayu yang bagi duit penghargaan camtu, Ketua Menteri Cina yang bagi...

ikut parti cap kerih ngan parti semusim cap timbang senget, habok pun tarak setaun sekali...yang depa tau kain pelikat, kain batik, beras dgn gula saja depa dok bagi kat org depa atau org susah...

sampaikan ada sorng makcik tu memang FANATIk gilar la dgn partubuhan melayu bersatu kebangsaan..dah naik meluat dokkkkk terima benda yg sama dah puluh2 taun dahhh...apa daaa depa ni..sampai org dah naik boringggg...kah kah kah...

kira baguih la kerajaan PR Penang bleh bagi rm100 kat warga emas seluroh penang, masa UBN perintah dulu berapa duit dapat setaun?

Related Posts with Thumbnails