Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysiakini, mendakwa anggotanya menahan bas tersebut yang membawa kira-kira 400 hingga 500 yang disyakinya pengundi hantu kira-kira jam 3.15 pagi tadi.
Susulan kejadian tersebut wakil AMK telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Ibu pejabat polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 3.45 pagi.
Laporan tersebut dibuat oleh penolong setiausaha AMK Selangor, Fazly Faizal.
Menurutnya, tidak lama selepas laporan polis itu dibuat, dua kereta peronda polis tiba bersama empat anggota.
Bagaimanapun Shamsul Iskandar mendakwa, anggota polis tersebut tidak dapat berbuat apa-apa dan menyatakan "mereka tidak masuk campur, kena tunggu pegawai penyiasat datang"
Bagaimanapun, Shamsul mendakwa tidak ada pegawai penyiasat yang datang.
Shamsul berkata, selepas itu beliau berunding dengan seorang penumpang bas tersebut yang memakai baju Pemuda BN.
Bagaimanapun, katanya, rundingan tersebut tidak berhasil.
Berikutan itu, Shamsul mendakwa, bas-bas berkenaan bertindak beredar dari situ.
Katanya, anggota AMK mengekori bas-bas tersebut sehingga sampai ke Rasa, Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.
Menurut Shamsul lagi, pihaknya dapat mengesan bas-bas tersebut hasil risikan yang dijalankan AMK pada sekitar jam 2 pagi. ~ malaysiakini
Dan jugak yang ni...Terkini, SPR menyatakan 31,632 atau 49.04 peratus telah menjalankan tanggungjawab mereka menjelang 12 tengahari tadi.
Media juga melaporkan Sekurang-kurangnya dua lelaki yang memakai kemeja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sekolah Menengah Ampang Pecah, dikesan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dengan mengajak pengundi memangkah BN.
Tindakan mereka ini dikesali dan seakan-akan mengesahkan dakwaan betapa suruhanjaya itu berlagak sebagai parti komponen BN. ~ zulmamakpng
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan