Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

24.3.10

Rumah Che'gu Bard Diserang Bom Petrol...

Rumah seorang ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin dibaling bom petrol awal padi tadi, dipercayai perbuatan khianat.

Badrul yang juga pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, beliau menyedari perkara tersebut ketika terjaga daripada timur kira-kira jam 1.30 pagi. Rumah beliau terletak di Taman Bukit Serdang, Seremban.

Sehubungan itu, beliau menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian itu dan membuat laporan di Balai Polis Seremban 2 kira-kira jam 3 pagi tadi.


"Kira-kira jam 1.30 pagi ketika saya sedang tidur bersama keluarga di rumah di Seremban, (saya) terkejut dengan bunyi kaca pecah.

"Sebaik sahaja membuka pintu rumah kelihatan dua tempat api sedang menyala dan salah satu daripadanya betul-betul bersebelahan dengan kereta," laporan polisnya dipetik.

Bagaimanapun, tambahnya, sebaik sahaja keluar dari rumah, kesan kebakaran daripada sebuah bom petrol itu telah dipadamkan jirannya yang lebih dahulu menyedari perkara tersebut.



Dalam laporannya juga, Badrul memberitahu, jirannya memaklumkan, sebelum kejadian tersebut, dua lelaki dilihat menunggang motosikal sambil membaling bom petrol tersebut.

Menurutnya lagi, bom buatan sendiri itu jatuh di laman rumahnya, berdekatan dengan keretanya, menyebabkan berlakunya kebakaran kecil di lantai dan dinding berhampiran.

Beliau juga bersyukur kerana anggota keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan.



Badrul terkenal di kalangan pemimpin pembangkan ekoran beberapa 'gimik' politiknya, termasuk menyambut ulang tahun kelahiran model Mongolia Altantuya Shaariibu di Putrajaya dan menghadiahkan bantal besar kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri.

Beliau yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008 dan tewas ditangan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di kawasan parlimen Rembau. - Malaysiakini


* p/s - apa yang sedang berlaku adakah blogger atau pemimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR ini sedang di ugut keselamatan dirinya kerana buku garapan beliau mengenai misteri pembunuhan jurubahasa warga Mongolia, Altantuya Shaariibu yang telahpun menjengah pasaran pada awal tahun yang lalu...???

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails