Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

28.3.10

PerKaSa PerKaKaS AmNO...

MULANYA saya tidak bercadang untuk mengulas mengenai mesyuarat agung Perkasa yang diadakan semalam. Saya sudah bagi tahu kepada dua orang kawan yang menghantar saya ke rumah menjelang Isyak tadi, saya tidak akan membuat apa-apa ulasan mengenai mesyuarat Perkasa itu.

Saya mengatakan begitu bukan bermakna saya menghormati kepada presidenya, Ibrahim Ali tetapi menghormati permintaan kawan berkenaan. Dia adalah kawan Ibrahim yang hadir pada mesyuarat agung semalam dan juga kawan yang sering berhubung dan bertanya khabar saya.

Tetapi setelah membaca laporan mengenai Perkasa membuat 13 laporan polis terhadap pendedahan ahli parlimen yang mengakui Anwar Ibrahim menggunakan nama Yang Dipertuan Agong untuk kepentingan politiknya menyebabkan saya gatal tangan untuk membuat sedikit catatan. Saya tidak boleh lelap kalau tidak sudahkan catatan ini. Catatan ini bolehlah dikira sebagai cendermata saya kepada Perkasa!

Apa yang nak saya tanya Perkasa, kenapa mereka membuat laporan polis berhubung dakwaan ahli parlimen berkenaan? Secara mudahnya laporan itu untuk menyerang Anwar Ibrahim dan memberi gambaran buruk ke atas ketua pembangkang itu. Kenapa Perkasa sibuk-sibuk fasal Anwar? Apakah keuntungan kepada Perkasa. Apakah darjat dan martabat Perkasa akan naik menjulang apabila berbuat demikian?

Anwar belum pasti lagi telah menggunakan nama Yang Dipertuan Agong ia hanya diperingkat dakwaan ahli parlimen berkenaan sahaja. Sepatutnya Perkasa menanti dulu siasatan polis. Apabila polis telah mengesahkan bahawa Anwar ada mengaitkan nama Yang Dipertuan Agong barulah Perkasa boleh bingkas dan menyerang Anwar. Kalau serang habis-habisan pun tidak mengapa kerana ia sudah ada bukti.

Apabila belum apa-apa lagi Perkasa sudah membuat laporan polis nampak sangat Perkasa dengki dan berniat jahat kepada Anwar. Dalam hal ini apa yang orang tengok ialah kebusukan hati presidennya Ibrahim Ali kepada Anwar. Itu sahaja.

Ibrahim tidak habis-habis dengki dan busuk hati kepada Anwar. Apakah tidak cukup peristiwa beliau menempuk meja mengherdik Anwar semata-mata membela Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat majlis Tertinggi Umno tahun 1989 dulu yang bertujuan untuk memecat Anwar dari Umno. Orang masih ingat bagaimana Ibrahim melepas berangnya menempuk meja pada malam itu. Tape dan VCDnya masih disimpan dalam rumah sesetengah reformis.

Apakah dosa Anwar kepada Ibrahim secara peribadi sehingga beliau begitu sekali perlukan kepada Anwar. Sesiapa yang mengetahui atau kepada Ibrahim sendiri silalah bagi tahu apakah kesalahan besar Anwar kepada Ibrahim. Apakah Anwar ada mencuri apa-apa kepunyaan dia? Kalau pun dia nak mengagungkan Dr Mahathir tetapi kenapa harus dia menjadikan Anwar sebagai modalnya? Mendokong seorang yang lain dan mengkhaianti seorang yang lain tidak baik.

Saya masih ingat bagaimana keadaan Ibrahim Ali semasa beliau dipecat dan dilempar oleh Umno. Ibrahim terkial-kial mencari sokongan dan dahan untuk bergantung. Sayalah yang membawa Ibrahim ke rumah Anwar untuk menghubungkan semula tali silaturahim antara mereka berdua. Saya masih ingat bagaimana Wan Azizah Ismail kurang berkenaan Ibrahim dibawah masuk ke rumahnya. Azizah menunjukkan muka masam bila Ibrahim ada dalam rumahnya.

Sayalah yang bagi tahu kepada Azizah supaya bersabar dan kena menerima Ibrahim sebagai tetamu. Masih saya ingat apa yang saya ucapakan kepada Azizah malam itu. "Kak Wan sabar, Kak Wan kena terima Ibrahim sebagai tetamu. Dalam keadaan hari ini Kak Wan kena menerima sesiapa saja, Pak Sheikh memerlukan sokongan semua pihak kawan dan lawan," kata saya.

Mendengar kata-kata itu Azizah yang kurang senang dengan telatah Ibrahim jadi sejuk. Cuma untuk melepaskan geramnya Azizah ada menegur Ibrahim yang kebetulan merokok ketika itu dengan berkata; Datuk maaf di dalam rumah ini tidak dibenarkan merokok," tegas nadanya. Ibrahim serba salah salah tergesa-gesa keluar dan mematikan rokoknya yang dihisapnya.

Sepanjang hidup saya berkawan dengan Ibrahim malam itulah beliau patuh kepada larangan agar beliau tidak merokok. Sebelum ini beliau tidak akan endahkan pada larangan seperti itu, hatta di depan Mahathir pun beliau merokok.

Hasil dari pertemuan itu Ibrahim berkawan dan berhubung semula dengan Anwar Ibrahim. Mereka mengembalikan semula persahabatan. Ibrahim sanggup ke Jerman untuk melawat Anwar menjalani rawatan tulang belakang. Sebagai orang tengah saya jadi sungguh seronok. Betapa gembiranya saya kerana dua sahabat lama boleh duduk bersama semula. Saya mengira kalau mereka berpadu mungkin banyak masalah dapat diselesaikan kerana keduanya ada kebolehan tersendiri.

Lebih bererti lagi Ibrahim juga turut mengadakan konvensyen pengampunan untuk Anwar. Beliau menghimpun seramai 1,200 orang menghadiri konvensyen berkenaan di hotel Grand Season Kuala Lumpur. Satu dokumen mohon pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong untuk Anwar dibuat yang ditandatangani seramai 14 orang, antara yang menananda tangani ialah saya sendiri. Ibrahim yang menjadi tuan rumah bagaimana tidak menurun tandan tangani. Tetapi perbelanjaan dan inisiatif mengadakan konvensyen berkenaan ditanggung dan dilakukan oleh beliau sepenuhnya.

Kesungguhan Ibrahim untuk membebaskan Anwar dari kandang dosa yang dicipta Dr Mahathir itu bukan setakat itu saja. Ibrahim juga turut membantu Anwar dari segi kewangan. Mungkin ini rahsia dan tidak menyenangkan Anwar, tetapi saya perlu menceritakannya. Ibrahim Ali pernah memberi pinjam kepada Anwar sebanyak RM1 juta kerana Anwar dalam kesempitan wang.

Bantuan Ibrahim ini untuk Anwar menyelesaikan hutang pitungannya semasa dalam penjara, ramai yang tidak tahu peristiwa ini. Dan pinjaman Ibrahim ini mejelaskan bahawa Anwar memang tidak ada wang seperti mana dituduh orang. Walaupun banyak mereka (kawan-kawannya) yang mendapat manfaat kaya sewaktu Anwar menjadi TPM tetapi tidak ramai yang ingin membantunya tatkala Anwar ditimpa musibah.

Jadi apabila mengenangkan tindakan Perkasa hari ini yang membuat report polis dengan tujuan untuk menyusahkan Anwar, menyebabkan saya jadi semakin konfius di manakah diri Ibrahim sebenarnya. Antara kebaikan dan kejahatan Ibrahim menjadikan saya sebak sendiri. Satu masa dia simpati kepada Anwar dan dalam masa lain beliau kembali menyerang Anwar. Beliau menjadikan Anwar sang Arnab untuk beliau kejar dan menangkapnya kemudian di bawa kepada Mahathir dan Najib untuk diratah. Apakah fius Ibrahim menjadi rosak apabila setiap kali dia berdepan dengan Mahathir?

Gara-gara laporan polis oleh Perkasa hari ini berhubung dakwaan Anwar menggunakan nama Yang Dipertuan Agong menyebabkan saya merasakan Perkasa yang mulanya mahu dijadikan NGO memperjuangkan hak-hak Melayu dan menjaga institusi raja telah bertukar menjadi perkakas kepada Umno.

Apakah Ibrahim lakukan ini tanpa dalam sedarnya? Bahawa akal politiknya sudah benar-benar rosak? Dan apakah beliau benar-benar sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan Anwar yang pernah diakuinya sahabatnya itu? Bahawa beliau melupai segala kenangan pahit dan manis bersamanya. Bahawa demi mendapat sedikit kuasa nilai setia kawan dikorbankan. Begitukah?

Hanya masa dan keadaan akan menentukan saja. Sekiranya Ibrahim lakukan itu semua kerana semata-mata mengharapkan Najib menerima beliau semula sebagai ahli Umno betapa naifnya manusia bernama Ibrahim Ali terpaksa menjadikan daging rakan sendiri untuk dijadikan habuah sang serigalas buas!

- MSO

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

3 ulasan:

merbok berkata...

err.. anuar tak bayaq hutang kot.. tu yg dia marah tu!

Hijat Panjang... berkata...

err merbok..anuar mana pulak ni? anuar ismail? hang silap orang kott..??? ni anwar ibrahim...hehehehe..ejaan nama serta hurop tu amat2 penting..

Unknown berkata...

Salam,

Sekarang ini NGO pembela Melayu tumbuh macam cendawan lepas hujan...itulah tandanya mereka sudah hilang kepercayaan kepada UMNO .Tetapi kalau bercadang nak mengantikan UMNO, hentikanlah..kerana orang Melayu dah tahu arah tuju dan telah menjumpai landasan.

Related Posts with Thumbnails