Bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim hari ini secara terbuka mengakui lebih ramai Ahli Parlimen parti itu akan keluar — dipercayai lebih daripada 10 orang.
Menjawab soalan desas-desus akan ada 10 anggota Dewan Rakyat akan keluar dalam waktu terdekat, Salehuddin (gambar) membayangkan jumlah itu "mungkin lebih."
"Ya (akan ada yang akan keluar)... tolak kumpulan sosialis, tolak NGO, tolak kroni... anda kira sendiri, anda akan dapat jawapan," kata beliau kepada wartawan ketika menemani Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng umum keluar PKR dan jadi Ahli Parlimen Bebas di sini.
Justeru itu apabila ditanya sama ada Barisan Nasional (BN) akan memperoleh balik majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, beliau yang turut telah keluar PKR bulan lalu memberitahu:
"Mereka keluar jadi ahli bebas, Pakatan Rakyat akan hilang satu pertiga (kedudukan kerusi) tetapi tidak bermakna BN akan menang (dapat balik) majoriti dua pertiga," katanya.
Salehuddin juga berkata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan apa yang patut untuk memujuk supaya tiada lagi wakil rakyat keluar PKR.
"Tetapi jangan sangka yang keluar parti itu tiada semangat reformasi.
Salehuddin juga mengaitkan perkembangan semasa ini berpunca daripada sikap pucuk kepimpinan parti "mengejek mereka yang keluar PKR macam kebudak-budakkan."
"Bila-bila lama-lama ejek orang, maka orang keluar, rumah kita sendiri tak ada orang lagi, kita seorang sahaja," katanya.
Selain itu katanya sikap kepimpinan yang mengamalkan "pelukan asmara" dengan hanya gemar menerima orang baru tetapi pada masa yang sama meminggirkan ahli dan pemimpin lama menjadi punca kepada keadaan sekarang.
Ditanya sama ada beliau yang memainkan peranan mendalangi tindakan wakil rakyat dan pemimpin PKR keluar parti, Salehuddin dengan ketawa besar menjawab: "Adakah anda maksudkan saya pengarah strategi, saya nak kata saya tidak pernah gigit orang, saya bukan pengarah strategi."
"Saya dijemput oleh Tan Tee Beng," katanya dengan diturut diakui Tan sendiri.
Hari ini Tan mengumumkan keluar parti, sekali gus menjadi wakil rakyat Bebas.
Tiga minggu lalu Salehuddin juga hadir pada sidang media Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang mengambil pendirian yang sama.
Ketika ditanya sama ada tindakan ahli-ahli Parlimen PKR menjadi wakil rakyat Bebas akan mewujudkan blok baru di Parlimen, Salehuddin berkata, anggota PKR sudah mengambil pendirian mereka dan kemungkinan ada wakil dalam DAP dan PAS juga mahu berbuat demikian.
Kini di Parlimen BN mempunyai 137 kerusi manakala PKR dan DAP masing-masing 28 dan PAS pula 23 serta seorang dari Parti Sosialis Malaysia. Lima yang lain ialah wakil rakyat Bebas termasuk dua bekas anggota PKR.
BN memerlukan 11 kerusi untuk kembali menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen. -MI
- Kelab Greenboc
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan