Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...
Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...
Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid
Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid
31.3.10
Dapatkan Info TERKINI Secara Langsung DUN Perak...
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
30.3.10
Siapa Speaker DUN Perak Yang SAH...???
sumber gambor dari ~ wak al-banjari...
* p/s - syyhhhhh...dengor khabor, speker dun penang pun nak bertukar tangan...??? spekulasi ka cobaan atau betoi-betoi ni...nak passing 'baton' ker...??? panas, panas...penang makin 'PANAS' walaupun hujan dah turun sehari dua ni...tungggggguuuuuuuuu....syyyyyyyyyyhhhhhhhh...diam, diam...
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
Gambaran Awai Pagi Di Sekitar Ipoh...
Sekitar Sidang DUN Perak
albanjari/-
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
29.3.10
SharpShooter Pun Nak Mintak Naik Gaji Jugak...
'Kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada PDRM yang memperoleh pelarasan gaji yang baru.
''Ini memudahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memohon kenaikan yang sama dalam waktu terdekat,'' kata beliau selepas merasmikan Ekspo Kerjaya, Pendidikan dan Inovasi di bandar tentera darat, Port Dickson hari ini.
Ahmad Zahid menjelaskan bahawa Kementerian Pertahanan semasa di bawah pentadbiran Najib pernah menghantar cadangan bagi kenaikan dan penyelarasan gaji anggota dan pegawai tentera kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
"Bila waktu yang sesuai, kita akan kemukakan semula kertas cadangan berkenaan dan tentulah bila ekonomi negara sudah pulih dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat, kita boleh memperolehinya," katanya kepada Bernama.
Khamis lalu, sempena Hari Polis ke-203, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan anggota polis berpangkat konstabel akan dinaikkan kepada lans koperal selepas tiga tahun berkhidmat manakala mereka yang berpangkat lans koperal pula dinaikkan kepada koperal selepas lima tahun berkhidmat.
Selain itu, elaun RM200 juga akan diberikan kepada 33,000 anggota tugas-tugas am yang akan membabitkan kerajaan RM84 juta setiap tahun.
* p/s - isk isk isk..memang tak patot la najisb ni, naikkan gaji 1Sektor Awam saja, ingat polis saja patot digaji-naikkan? ngok jugak penasihat hang, nu askar a.k.a mat terap..jaga keselamatan negara nuu..lagi la bahaya menentang musuh hari-hari...ramai sunggoh dah mati dalam perang setiap tahun di seluruh pelusok negara...isk isk isk..komunis bnyak dalam hutan...kena la buat operasi serius hingga terbunuh apabila pesawat tiba-tiba ilang enjin dan tiba-tiba terhempas apabila ditembak musuh...kasian, kasian...pada kru-kru angktan tentera batilion kapai selam Scorpene, harap tak terbunuh la pulak selepas ni, mana nak p tau kot2 tak bleh timboi pulak kapai tu lepaih ni...harap berdoa bnyak2...sekian..jazakallahh..
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
28.3.10
PerKaSa PerKaKaS AmNO...
Saya mengatakan begitu bukan bermakna saya menghormati kepada presidenya, Ibrahim Ali tetapi menghormati permintaan kawan berkenaan. Dia adalah kawan Ibrahim yang hadir pada mesyuarat agung semalam dan juga kawan yang sering berhubung dan bertanya khabar saya.
Tetapi setelah membaca laporan mengenai Perkasa membuat 13 laporan polis terhadap pendedahan ahli parlimen yang mengakui Anwar Ibrahim menggunakan nama Yang Dipertuan Agong untuk kepentingan politiknya menyebabkan saya gatal tangan untuk membuat sedikit catatan. Saya tidak boleh lelap kalau tidak sudahkan catatan ini. Catatan ini bolehlah dikira sebagai cendermata saya kepada Perkasa!
Apa yang nak saya tanya Perkasa, kenapa mereka membuat laporan polis berhubung dakwaan ahli parlimen berkenaan? Secara mudahnya laporan itu untuk menyerang Anwar Ibrahim dan memberi gambaran buruk ke atas ketua pembangkang itu. Kenapa Perkasa sibuk-sibuk fasal Anwar? Apakah keuntungan kepada Perkasa. Apakah darjat dan martabat Perkasa akan naik menjulang apabila berbuat demikian?
Anwar belum pasti lagi telah menggunakan nama Yang Dipertuan Agong ia hanya diperingkat dakwaan ahli parlimen berkenaan sahaja. Sepatutnya Perkasa menanti dulu siasatan polis. Apabila polis telah mengesahkan bahawa Anwar ada mengaitkan nama Yang Dipertuan Agong barulah Perkasa boleh bingkas dan menyerang Anwar. Kalau serang habis-habisan pun tidak mengapa kerana ia sudah ada bukti.
Apabila belum apa-apa lagi Perkasa sudah membuat laporan polis nampak sangat Perkasa dengki dan berniat jahat kepada Anwar. Dalam hal ini apa yang orang tengok ialah kebusukan hati presidennya Ibrahim Ali kepada Anwar. Itu sahaja.
Ibrahim tidak habis-habis dengki dan busuk hati kepada Anwar. Apakah tidak cukup peristiwa beliau menempuk meja mengherdik Anwar semata-mata membela Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat majlis Tertinggi Umno tahun 1989 dulu yang bertujuan untuk memecat Anwar dari Umno. Orang masih ingat bagaimana Ibrahim melepas berangnya menempuk meja pada malam itu. Tape dan VCDnya masih disimpan dalam rumah sesetengah reformis.
Apakah dosa Anwar kepada Ibrahim secara peribadi sehingga beliau begitu sekali perlukan kepada Anwar. Sesiapa yang mengetahui atau kepada Ibrahim sendiri silalah bagi tahu apakah kesalahan besar Anwar kepada Ibrahim. Apakah Anwar ada mencuri apa-apa kepunyaan dia? Kalau pun dia nak mengagungkan Dr Mahathir tetapi kenapa harus dia menjadikan Anwar sebagai modalnya? Mendokong seorang yang lain dan mengkhaianti seorang yang lain tidak baik.
Saya masih ingat bagaimana keadaan Ibrahim Ali semasa beliau dipecat dan dilempar oleh Umno. Ibrahim terkial-kial mencari sokongan dan dahan untuk bergantung. Sayalah yang membawa Ibrahim ke rumah Anwar untuk menghubungkan semula tali silaturahim antara mereka berdua. Saya masih ingat bagaimana Wan Azizah Ismail kurang berkenaan Ibrahim dibawah masuk ke rumahnya. Azizah menunjukkan muka masam bila Ibrahim ada dalam rumahnya.
Sayalah yang bagi tahu kepada Azizah supaya bersabar dan kena menerima Ibrahim sebagai tetamu. Masih saya ingat apa yang saya ucapakan kepada Azizah malam itu. "Kak Wan sabar, Kak Wan kena terima Ibrahim sebagai tetamu. Dalam keadaan hari ini Kak Wan kena menerima sesiapa saja, Pak Sheikh memerlukan sokongan semua pihak kawan dan lawan," kata saya.
Mendengar kata-kata itu Azizah yang kurang senang dengan telatah Ibrahim jadi sejuk. Cuma untuk melepaskan geramnya Azizah ada menegur Ibrahim yang kebetulan merokok ketika itu dengan berkata; Datuk maaf di dalam rumah ini tidak dibenarkan merokok," tegas nadanya. Ibrahim serba salah salah tergesa-gesa keluar dan mematikan rokoknya yang dihisapnya.
Sepanjang hidup saya berkawan dengan Ibrahim malam itulah beliau patuh kepada larangan agar beliau tidak merokok. Sebelum ini beliau tidak akan endahkan pada larangan seperti itu, hatta di depan Mahathir pun beliau merokok.
Hasil dari pertemuan itu Ibrahim berkawan dan berhubung semula dengan Anwar Ibrahim. Mereka mengembalikan semula persahabatan. Ibrahim sanggup ke Jerman untuk melawat Anwar menjalani rawatan tulang belakang. Sebagai orang tengah saya jadi sungguh seronok. Betapa gembiranya saya kerana dua sahabat lama boleh duduk bersama semula. Saya mengira kalau mereka berpadu mungkin banyak masalah dapat diselesaikan kerana keduanya ada kebolehan tersendiri.
Lebih bererti lagi Ibrahim juga turut mengadakan konvensyen pengampunan untuk Anwar. Beliau menghimpun seramai 1,200 orang menghadiri konvensyen berkenaan di hotel Grand Season Kuala Lumpur. Satu dokumen mohon pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong untuk Anwar dibuat yang ditandatangani seramai 14 orang, antara yang menananda tangani ialah saya sendiri. Ibrahim yang menjadi tuan rumah bagaimana tidak menurun tandan tangani. Tetapi perbelanjaan dan inisiatif mengadakan konvensyen berkenaan ditanggung dan dilakukan oleh beliau sepenuhnya.
Kesungguhan Ibrahim untuk membebaskan Anwar dari kandang dosa yang dicipta Dr Mahathir itu bukan setakat itu saja. Ibrahim juga turut membantu Anwar dari segi kewangan. Mungkin ini rahsia dan tidak menyenangkan Anwar, tetapi saya perlu menceritakannya. Ibrahim Ali pernah memberi pinjam kepada Anwar sebanyak RM1 juta kerana Anwar dalam kesempitan wang.
Bantuan Ibrahim ini untuk Anwar menyelesaikan hutang pitungannya semasa dalam penjara, ramai yang tidak tahu peristiwa ini. Dan pinjaman Ibrahim ini mejelaskan bahawa Anwar memang tidak ada wang seperti mana dituduh orang. Walaupun banyak mereka (kawan-kawannya) yang mendapat manfaat kaya sewaktu Anwar menjadi TPM tetapi tidak ramai yang ingin membantunya tatkala Anwar ditimpa musibah.
Jadi apabila mengenangkan tindakan Perkasa hari ini yang membuat report polis dengan tujuan untuk menyusahkan Anwar, menyebabkan saya jadi semakin konfius di manakah diri Ibrahim sebenarnya. Antara kebaikan dan kejahatan Ibrahim menjadikan saya sebak sendiri. Satu masa dia simpati kepada Anwar dan dalam masa lain beliau kembali menyerang Anwar. Beliau menjadikan Anwar sang Arnab untuk beliau kejar dan menangkapnya kemudian di bawa kepada Mahathir dan Najib untuk diratah. Apakah fius Ibrahim menjadi rosak apabila setiap kali dia berdepan dengan Mahathir?
Gara-gara laporan polis oleh Perkasa hari ini berhubung dakwaan Anwar menggunakan nama Yang Dipertuan Agong menyebabkan saya merasakan Perkasa yang mulanya mahu dijadikan NGO memperjuangkan hak-hak Melayu dan menjaga institusi raja telah bertukar menjadi perkakas kepada Umno.
Apakah Ibrahim lakukan ini tanpa dalam sedarnya? Bahawa akal politiknya sudah benar-benar rosak? Dan apakah beliau benar-benar sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan Anwar yang pernah diakuinya sahabatnya itu? Bahawa beliau melupai segala kenangan pahit dan manis bersamanya. Bahawa demi mendapat sedikit kuasa nilai setia kawan dikorbankan. Begitukah?
Hanya masa dan keadaan akan menentukan saja. Sekiranya Ibrahim lakukan itu semua kerana semata-mata mengharapkan Najib menerima beliau semula sebagai ahli Umno betapa naifnya manusia bernama Ibrahim Ali terpaksa menjadikan daging rakan sendiri untuk dijadikan habuah sang serigalas buas!
- MSO
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
27.3.10
Laporan Polis Terhadap Unsur Provokasi Ingin Gagalkan Mesyuarat Agung..
Setiausaha PKR Cabang Bayan Baru, Sdr.Salehuddin turut hadir di Balai Polis Bayan Baru (berbaju hijau, disebelah Sdr.Azrizal)
Risalah-risalah provokasi & fitnah dihantar melalui pos ke rumah ahli-ahli PKR kebanyakan disekitar Bayan Baru.
Petang tadi (26hb Mac 2010, Jumaat) PKR Cabang Bayan Baru melalui Sdr Azrizal Tahir, Ketua AMK Cabang Bayan Baru telah membuat 2 laporan polis di Balai Polis Bayan Baru. Laporan pertama berkenaan penyebaran risalah fitnah dan senaskah buku bertajuk ' 50 kemusykilan Manusia bernama Anwar Ibrahim ' yang memburuk-burukkan Pemimpin Pakatan Rakyat manakala laporan kedua berkenaan SMS (khidmat pesanan ringkas) provokasi berkenaan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Bayan Baru.
3 jenis risalah yang bertajuk :-
1. KEDUDUKAN ISLAM TERCABAR
2.KESUCIAN ISLAM TERCABAR
3.DISKRIMINASI DAP
telah dihantar melalui pos bersama senaskah buku yang bertajuk " 50 kemusykilan Manusia bernama Anwar Ibrahim " kepada beberapa AJK Cabang B.Baru.
1 SMS provokasi untuk menggagalkan Mesyuarat Agong Tahunan PKR Cabang Bayan Baru seperti berikut " Mesyuarat Agong Cabang pd 27/03/10 ditunda, tarikh akan diberitahu kelak, sebab R.O.S tidak beri kebenaran, tlg sebarkn kpd semua ahli pkr Bayan Baru. (salehudin bin pandak s/u Cabang Bayan Baru) " telah dihantar kepada kebanyakan ahli PKR Cabang Bayan Baru.
Bagi pihak kami dari Cabang Bayan Baru menyanggah fitnah dan tohmahan serta provokasi yang cuba menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bayan Baru yang akan diadakan pada 27 Mac 2010 Sabtu bertempat di B-Suite, Bukit Jambul, Bayan Baru yang telah dihantar oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengucar-kacirkan PKR Cabang Bayan Baru dengan "menjual" nama setiausaha PKR Cabang Bayan Baru .
- sumber gambar & berita dari zulmamakpng, t/kaseh bro...
* p/s - yang masalah sesangat ler kritikel, depa-depa ni yang takdak keja nak buat keja, pi hantaq kat umah penyokong Pakatan Rakyat, ahli PKR, pembangkang TEGAR...tak jadi kudis, panau maupun kurap laa...semua dah tau mana Jauhari, mana Manikam... Kah kah kah... Ngooookkkk laaa hangpaa... Sepatutnya nak kasi brainwash atau nak promote hasil kerja hangpa, pi la hantaq kat penyokong parti atau ahli yang dok 'ataih pagaq'..jenih 50-50 pasai politik... Ngookkkk... Yang tu pun nak kena ajaq kaa...??? Enna daaa...
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
26.3.10
Al-Fatihah : Ahli Parlimen Hulu Selangor Meninggal Dunia...
Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.
Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.
Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.
Asal sebagai cikguZainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.
Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.
Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.
Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.
Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.
Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.
Kerusi jadi rebutan
Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.
Mengikut
Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.
Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.
Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC. - malaysiakini
* p/s - akhirnya kuasa Allah Yang Maha Kuasa menentukan segalanya. PRK yang sebelum ini dinantikan oleh PR kononnya di DUN Titi Tinggi, Perlis, sebenarnya memberi petanda bahawa kerusi PR yang sebenarnya akan kosong untuk diadakan PRK... Semoga roh mantan ahli parlimen ini dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan para sholihin di syurga Allah... Al-Fatihah...
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
25.3.10
Istana Kelantan Di Kuasai Politikus...???
Bagaimanapun, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad sebelum ini membuat laporan polis mempertikaikan kesahihan pelantikan Wan Hashim kerana tidak dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) - malaysiakini
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
Kalau YB Lompat, Parti Lain Pulak Bertanding...
Yang aku nak paparkan kat sini usul yang diluluskan dalam mesyuarat tu.
-Usul dari Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan:
Keadaan politik Malaysia agak kecok kebelakangan ini apabila 3 Ahli Parlimen Pakatan Rakayat dari Bayan Baru, Nibong Tebal dan Bagan Serai telah melompat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Lebih hebat lagi pada tahun lepas, akibat angkara 3 Adun Pakatan Rakyat dari Changkat Jering, Behrang dan Jelapang di Perak yang melompat menjadi bebas, Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah jatuh dan berjaya dirampas olen Barisan Nasional.Untuk mengekang kejadian ini dari berulang lagi di masa masa-masa akan datang, kami AJK Cawangan Pas Jalan Terusan ingin membentangkan satu usul yang berbunyi:Kami yakin jika usul ini diterima untuk dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat kejadian wakil rakyat melompat keluar parti dapat dielak kerana:Jika terdapat mana-mana wakil rakyat dari parti-parti Pakatan Rakyat yang melompat keluar dari parti, kerusi berkenaan tidak boleh lagi ditandingi oleh calon dari parti tersebut dan mesti diserahkan kepada parti rakan dalam pakatan Rakyat untuk ditandingi pada pilihanraya seterusnya.
- Pemilihan calon oleh parti yang terlibat pasti akan dibuat dengan lebih rapi lagi kerana kesilapan memilih calon akan mengakibatkan kerusi berkenaan terlepas kepada parti rakan untuk ditandingi di masa akan datang.
- Kawasan, cabang atau bahagian parti berkenaan yang mana calon parti tersebut bertanding dan menang, akan memastikan wakil rakyat berkenaan benar-benar berkhidmat kepada rakyat dan memastikan apa-apa masalah yamg melibatkan wakil rakyat akan cuba diselesaikan dengan sebaik mungkin.
- Pucuk pimpinan parti-parti di peringkat pusat akan lebih mengambil berat berkenaan masalah diperingkat akar umbi terutama yang ada wakil rakyat kerana ianya akan mempengaruhi pembahagian kerusi untuk pilihanraya seterusnya.
Dari itu, kami dengan ini mengusulkan.Selepas berbahas, usul tu diterima dengan sikit perubahan. Depa suruh masukkan perkataan "mendesak" pasai nak kena bagi 'kuat' lagi usul tu.
Kut-kut ada cawangan lain yang belum mesyuarat lagi nak bawak usul macam ni bagus jugak. Kalau diperingkat kawasan nak bawak pun ok jugak.
Nota kaki
24.3.10
Rumah Che'gu Bard Diserang Bom Petrol...
Badrul yang juga pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, beliau menyedari perkara tersebut ketika terjaga daripada timur kira-kira jam 1.30 pagi. Rumah beliau terletak di Taman Bukit Serdang, Seremban.
Sehubungan itu, beliau menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian itu dan membuat laporan di Balai Polis Seremban 2 kira-kira jam 3 pagi tadi.
"Kira-kira jam 1.30 pagi ketika saya sedang tidur bersama keluarga di rumah di Seremban, (saya) terkejut dengan bunyi kaca pecah.
"Sebaik sahaja membuka pintu rumah kelihatan dua tempat api sedang menyala dan salah satu daripadanya betul-betul bersebelahan dengan kereta," laporan polisnya dipetik.
Bagaimanapun, tambahnya, sebaik sahaja keluar dari rumah, kesan kebakaran daripada sebuah bom petrol itu telah dipadamkan jirannya yang lebih dahulu menyedari perkara tersebut.
Dalam laporannya juga, Badrul memberitahu, jirannya memaklumkan, sebelum kejadian tersebut, dua lelaki dilihat menunggang motosikal sambil membaling bom petrol tersebut.
Menurutnya lagi, bom buatan sendiri itu jatuh di laman rumahnya, berdekatan dengan keretanya, menyebabkan berlakunya kebakaran kecil di lantai dan dinding berhampiran.
Beliau juga bersyukur kerana anggota keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Badrul terkenal di kalangan pemimpin pembangkan ekoran beberapa 'gimik' politiknya, termasuk menyambut ulang tahun kelahiran model Mongolia Altantuya Shaariibu di Putrajaya dan menghadiahkan bantal besar kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri.
Beliau yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008 dan tewas ditangan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di kawasan parlimen Rembau. - Malaysiakini
* p/s - apa yang sedang berlaku adakah blogger atau pemimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR ini sedang di ugut keselamatan dirinya kerana buku garapan beliau mengenai misteri pembunuhan jurubahasa warga Mongolia, Altantuya Shaariibu yang telahpun menjengah pasaran pada awal tahun yang lalu...???
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
Bn Perlih Takot Pilihan Raya Kecik...
"Yip masih lagi ADUN Titi Tinggi dan kita masih lagi memujuknya," kata Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat hari ini.
"Saya nampak hari ini beliau amat positif dan sudah bertenang.
"Pagi tadi Yip telah mengubungi saya dan saya bertanya khabarnya. Saya tanya apakah masalahnya (letak jawatan), dia kata tidak ada masalah dan saya memintanya bersabar," kata Yazid.
"Kita tidak mahu pilihan raya kecil," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Ditanya berapa lama masa yang BN perlukan untuk memujuk wakil rakyat tersebut, Yazid menjawab: "Sehari dua lagi... Harapan untk dia (kekal) bersama kita (adalah) cerah".
Menurutnya, beliau dan bekas timbalan ketua bahagian Umno kangar, Datuk Ahmad Bakri Ali sedang berusaha untuk memujuk Yip menarik balik peletakan jawatannya.
Katanya, mereka berbuat demikian atas arahan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu memandang Ahmad Bakri adalah rakan karib Yip.
Ditanya sama ada perkara itu akan dibawa kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Yazid menjawab: "Kalau saya buat begitu, seolah-olah saya mahu pilihan raya kecil.
"Kita tidak mahu pilihan raya kecil. Kita mahu dia untuk terus bersama BN untuk membangunkan negeri ini," katanya.
Semalam, Yip menghantar surat peletakan jawatannya kepada Yazid Mat berkuatkuasa serta merta.
Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.
Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.
Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis. - M'kini
* p/s - kah kah kah takot jugak hangpa dengan bayang-bayang sendiri nooo..tau tak kuat la tuu..takot kalah ka kalau ada prk..??? kah kah kah...takot shahidan anak pak kassim kacau daun mb dok ada la ni..??? kah kah kah...beer-end oh beer-end...abeh kuat pujuk ada makna tuuu....bukan pujuk buta-buta saja...kah kah kah...
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
23.3.10
Pilihan Raya Kecil Di Perlis...!!!
Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta.
"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.
Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.
Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.
Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.
Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".
"Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu)," tambahnya.
Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: "Saya tak tahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan," katanya
Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, mengesahkan perkara itu.
Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.- M'kini
* p/s - dok harap ada PRK di Parlimen Bayan Baru, Ahli Parlimen Katak buat donno ja..nah, UBN garu kepala...ADUN depa teruih letak jawatan...kompom ada PRK...kah kah kah... Lawan tetap lawan...!!!
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
22.3.10
Mazlan : Saya Mungkin Ditahan I.S.A...
BERA, 22 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, terdapat banyak maklumat yang menunjukkan kerajaan akan melakukan tindakan agresif terhadapnya termasuk kemungkinan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, penahanannya baru-baru ini bertujuan untuk menakutkan dirinya dan masyarakat peneroka menghadiri program yang dianjurkan sekali gus berusaha menutup kepincangan pengurusan Felda dan kerajaan Umno/BN.
"Penahanan saya adalah untuk menakutkan masyarakat Felda untuk menjemput saya berceramah. Mereka berusaha untuk menutup kepincangan yang dilakukan dalam pengurusan Felda termasuk penindasan terhadap masyarakat peneroka.
"Saya menerima banyak maklumat yang diberikan oleh banyak pihak tentang bagaimana penyelewengan berlaku. Saya ada 15 isu yang akan saya dedahkan satu persatu. Saya akan dedahkan walau pun saya juga mendapat maklumat bahawa saya dicadangkan agar saya ditahan dibawah ISA," katanya ketika berucap dalam program yang dianjurkan PAS kawasan di Darul Ikhwan, Mengkarak, dekat sini semalam.
Selepas peristiwa yang berlaku di Felda Lembah Klau, baru-baru ini, beliau menerima banyak sokongan dari masyarakat peneroka dan generasi kedua Felda yang mahu penjelasan diberikan agar kehidupan mereka terbela.
"Selepas saya ditangkap ramai peneroka terutama generasi keduanya tak puas hati dan marah kepada Felda. Malahan, selepas itu semakin ramai anak Felda yang mahu menyertai persatuannya kerana tahu inilah saja pentas yang boleh diharapkan dapat membela masa depan mereka," katanya.- harakahdaily
* p/s - mengikut cerita dari seorang kawan yang dudok di tanah rancangan felda di pahang, memang betoi ada penyelewengan yang telah dipendam terlampau lama...orang felda sepatutnya senang lenang, kaya raya, ni tidakk...masih merempat di tanah rancangan sendiri, diperkuda pihak pengurusan felda hingga tak mampu buka mulut...jika Mazlan Aliman di tahan ISA, 1dunia akan memerhati dan mengutuk tindakan zalim keatas warga negara sendiri yang membuka tembelang pihak konglomerat yang menindas sekian lama peneroka-peneroka felda...takbirr!!!! lawan tetap lawan...!!!
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
21.3.10
Kaki Katak Dalam Mee Goreng...
KUALA LUMPUR 19 Mac - Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.
Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.
Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.
Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.
Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.
Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan, katanya di sini hari ini.Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.
Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.
Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.
Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.
Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.
Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Admin – saya pernah beli Nasi Goreng Pattaya kat kedai di Gombak tengok2 ayamnya tak mask lagi. Masih mentah. Rasa nak muntah pun ada. Bagitahu kat tokey kedai dia amik balik rasanya dia goreng ayam tu dengan nasi goreng tu. Last2 bla jer. Tak sanggup nak makan and tak nak makan dah kat situ. Sekitar kawasan seri Gombak, nama kedai dirahsiakan.
* p/s - kah kah kah...la ni phobia bila dengaq 'katak'...hahahaha, biasa la musim katak-katak melompat dalam arena politik tak kurang hebatnya, cipta rekod Malaya tu beb! Dah tu semalam di Bayan Lepas, macam dah nak hujan lebat betoi, ropanya tak turun jugak...ber'kuwap' la sampai pagi...member ada kata.."macamana nak hujan? Katak Ong tak bunyi panggil hujan, macamana hujan nak turun"..kah kah kah...
- sumber gambar dan gambaq kaki katak yg dimaksudkan lebih jelas boleh didapati di [SINI]
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
20.3.10
Blogger Sharpshooter Selamat Di Bangunan SPRM...
"Adakah kerana antara pemimpin yang dimaksudkan sudah berhenti memegang jawatan dan masuk Umno, kes ini lalu terhenti dan ditutup?
"Adakah kes ini akan dikatakan tidak cukup bukti untuk meneruskan pendakwaan hanya kerana yang terlibat sudah melompat parti?" tanya Amizuddin.
Semalam SPRM Pulau Pinang memanggil Amizuddin yang juga Ketua AMK Kepala Batas berhubung surat yang dihantar kepada Pengarahnya Datuk Latifah Md Yatim.
Surat tersebut bertanyakan mengenai status siasatan penyelewengan kes kuari di negeri itu yang membabitkan bekas TKM 1 Mohammad Fairus.
Amizuddin merupakan pemberi maklumat dan pernah dipanggil SPRM untuk memberikan bukti berkenaan kes rasuah melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 itu.
Pada 27 Februari 2009 beliau mendedahkan penyelewengan dua pemimpin KEADILAN negeri kerana menerima rasuah daripada syarikat kuari di Seberang Prai.
Beliau yang ketika itu Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) mendakwa memiliki bukti berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) dan slip bank berkaitan kemasukan wang ke akaun peribadi mereka.
Ketika dihubungi Suara Keadilan Amizuddin berkata beliau ke kompleks SPRM Pulau Pinang dengan ditemani Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Badrul Hisham Shaharin dan Ketua AMK Pulau Pinang Amir Ghazali.
SPRM dalam responnya kepada Amizuddin berkata siasatan di peringkat SPRM Pulau Pinang telah selesai dan kes itu telah dirujuk kepada ibu pejabat di Putrajaya.
Menurut Amizuddin, Latifah memberitahu beliau kes berkenaan bukan lagi di bawah bidang kuasa SPRM Pulau Pinang.
"Beliau kata kes itu bukan bidang bawah kuasanya lagi kerana kes itu telah diserahkan kepada SPRM Putrajaya. Jika mereka kata siasat, akan siasat, jika kata tutup (kes itu) maka tutup," ujarnya.
Amizuddin berkata Latifah berjanji untuk memberikan jawapan bertulis berhubung isu yang dibangkitkan dalam surat beliau dalam tempoh dua minggu.
Suara Keadilan sebelum ini menyiarkan kenyataan Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyifatkan tindakan Mohammad Fairus menyertai Umno mengesahkan persepsi rakyat bahawa wujud kompromi di antara beliau dan SPRM supaya tidak meneruskan pendakwaan ke atasnya.
Ini terbukti apabila beliau menyertai Umno hanya dua minggu selepas pengumuman SPRM dibuat.
Pada 12 Februari lalu SPRM telah menutup siasatan lapan kes berprofil tinggi termasuk kes rasuah Mohammad Fairus. -SK/TVS
* p/s - lawan tetap lawan, yang salah mesti diambek tindakan..tak kira la jawatan tinggi ka, parti pemerintah ka pakatan rakyat ka... lawan tetap lawannnn...
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
Zahrain, Bertaubatlahhh...
Pada 4 Mac lalu, 22 angota jawatankuasa pusat (CC) MCA meletakkan jawatan, yang sekaligus menyaksikan Datuk Seri Ong Tee Keat terpaksa bertanding semula jika mahu terus berkuasa.
Menurut Nik Aziz, masyarakat bukan Islam akan memerhatikan bagaimana buruknya politik orang Melayu apabila bertelagah sesama sendiri.
Beliau mengulas dan menyelar tindakan sesetengah pemimpin politik yang mendedahkan keburukan pemimpin lain atau ketuanya di khalayak umum apabila keluar parti.
"Mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum perbuatan tidak berakhlak dan tidak bertamadun," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan ceramahnya di Dataran Ilmu, di Kota Bharu, hari ini.
Nik Aziz mengulas tindakan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, yang mendedahkan kepincangan dalam Parti Pakatan Rakyat (PKR), membabitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila keluar dari parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Terbaru, Zahrain mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008.
Nik Aziz berkata, anggota parti mempunyai saluran tertentu untuk menjatuhkan pemimpin yang mereka tidak suka dan bukan cara mendedahkan keaiban pemimpin itu di khalayak umum.
"Ini cara tidak kena dan peluang masih terbuka untuk pihak yang melakukan perbuatan itu kembali ke pangkal jalan untuk bertaubat daripada melakukan kesalahan itu," katanya.
- M'kini
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
19.3.10
Gambar-gambar Yang Tak Sesuai PM Tengokk...
Jangan Halang Kami!!! Kami Semua Datang Kat Putrajaya Untuk Serah Memo Pada PM…
ceritanya boleh baca di sini
Ku Li Nafi : Saya Bukan Boleh Dijual Beli...
Anggota Parlimen Bebas bagi Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah menamakan lapan Anggota Parlimen BN di Dewan Rakyat semalam, dengan mendakwa mereka bersedia menyertai pakatan.
Tengku Razaleigh (kanan) berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam Parti Pakatan Rakyat (PKR) yang dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Fantasi cerita dongeng
Dalam dakwaan itu, Zahrain telah menamakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Enchin Majimbun (Bebas-Sepanggar), Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) dan seorang daripada Timbalan Speaker juga tersenarai dikatakan akan melompat menyertai pembangkang.
Beliau berkata disebabkan dakwaan itu ibarat satu cerita dongeng, iaitu sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu.
Tengku Razaleigh juga menafikan beliau ada didatangi pihak berkenaan agar keluar BN untuk menyertai PKR bagi membolehkan pembangkang membentuk kerajaan persekutuan kira-kira tujuh bulan selepas pilihan raya umum ke-12.
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/