Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

5.2.10

300 RIBU BerDEMO Di Sekitar KOMtar...???

Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

sedaq protest against penang government 050210 bannerDemonstrasi selama hampir 45 minit di luar masjid yang terletak kira-kira 100 meter dari Komtar itu, adalah anjuran Sedaq - gabungan kira-kira 50 NGO Melayu-Islam.

Ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sambil memakai ikat kepala sambil meluangkan 'Sedaq' dan laungan 'Hidup Melayu', mereka mengecam kerajaan negeri kerana didakwa tidak memperduli dan menghiraukan nasib orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Kain rentang anti-kerajaan negeri turut dibawa oleh mereka yang menyertai demonstrasi tersebut.

sedaq protest against penang government 050210 gpms president jais abd karimEnam pemimpin Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim (kanan), menyampai ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng, sambil dipantau oleh pihak polis.

Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku ketua polis daerah Timur Laut, Gan Kong Meng.

Bagaimanapun, para pegawai polis mahu menghenti ucapan mereka daripada diteruskan selepas didakwa "melampau hadnya".

Mereka kemudiannya berucap dalam nada yang agak lebih lembut.

Selepas solat Jumaat, kira-kira 300 orang berarak ke Komtar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Guan Eng.

Mereka juga bertindak membakar patung Guan Eng di luar bangunan Komtar, dan anggota bomba kemudian memadamkannya.

Sebelum itu, kerajaan negeri telah menaikkan kain rentang yang memaparkan data bantuan yang diberi kepada golongan miskin pelbagai bangsa.

Ia menjelaskan bahawa tindakan mengusir penjaja tanpa lesen di negeri itu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah dibuat secara saksama.


* p/s - camna ya POLISI bleh pulak bagi permit kat geng NGO pro-ameno /beer-end ni??? dah tu bila dah bakaq patung replika Ketua Menteri, bomba lak dah sedia mai padam dan-dan lepaih tuu...ni pun macam 1Konspirasi sajaa...??? Ada skrip ka aneyyy??? Melayu ka mamak yang ramai sampai 300 RIBU pendemonstrasi tu...??? Wuiyooo... Takotnya akuuu... Walaa Wehhh...


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

1 ulasan:

Hijat Panjang... berkata...

Komen dari email Perisik-Rakyat YahooGroups - Bagus tuu rasanya PDRM sudah boleh tukar nama Pasukan Polis Diraja UMNO. Kalau dilihat muka-muka mereka adalah muka-muka orang UMNO yang mendapat habuan pada zaman Rashid jadi Timb KM. Kalau mereka ini betul-betul nak tolong orang Melayu-Islam Pulau Pinang sepatutnya mereka tolonglah bayar lesen untuk mereka berniaga dan buatkan tempat mereka berniaga sekiranya tempat mereka berniaga tidak sesuai.

Masa Gerakan perintah PP mereka tak bising pun bila nelayan-nelayan Islam-Melayu dihalau dari Batu Uban dengan alasan untuk membangunkan Lebuhraya menghubungkan Jambatan Pulau Pinang ke Bayan Lepas dan Georgetown.

Tapi malangnya hanya nelayan Melayu-Islam sahaja yang dipindahkan sedangkan nelayan Cina masih kekal di kawasan mereka. Tak adapun puak-puak ini menentang pengusiran nelayan Melayu-Islam pada masa itu. Kenyataan mengatakan "Melayu Adalah Tuan di Tanah Ini". Cuba tanya mereka berapa luas tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang yang masih ada? Tanah yang masih kekal pada orang melayu adalah tanah milik pemimpin-pemimpin UMNO sahaja bukan milik orang Melayu biasa.

Berapa banyak tanah melayu di Bagan Lepas bertukar milik kepada bangsa asing. Kerja siapa? Bukankan kerja orang-orang UMNO dan puak-puak ini. Saya nak tanya pada orang UMNO yang berada dalam kumpulan ini tolong beri saya jawapan siapa TUAN KEPADA KETUANAN MELAYU? Apa yang orang melayu dapat daripada slogan KETUANAN MELAYU.

Siapa yang sering menipu orang Melayu terutama sekali dalam urusan jual beli tanah. Kalau UMNO betul-betul memperjuangkan nasib orang Melayu, saya cabar Najib and The Gang dan para penyokong mereka cuba ubah Kanun Tanah Negara iaitu menetapkan setiap pembangunan perumahan dan perniagaan hendaklah dijual kepada orang Melayu sebanyak 50% atau lebih.

Yang kedua tolong ubah, pengambilan tanah milik orang melayu hendaklah dibayar ganti rugi setaraf dengan harga pasaran tanah perdagangan dengan status pegangan bebas bukan lagi di bawah harga pasaran tanah sawah, kebun atau kampung. Yang ketiga, setiap pemilik tanah orang Melayu yang mana tanah mereka diambil untuk pembangunan dalam apa jua bentuk pembanguan, mereka berhak mendapat keutungan daripada projek tersebut sekurang-kurangnya mereka menguasai 50% keuntungan daripada projek tersebut.

Itupun mereka ini iaitu Najib & The gang serta mamat-mamat ini berani dan ini baru betul dengan Slogan "KAMI MELAYU ADALAH TUAN DI TANAH INI" jika tak slogan ini perlu diubah kepada "KAMI UMNO ADALAH TUAN DI TANAH INI".

Fikirlah dengan fikiran waras.

Related Posts with Thumbnails