Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

22.2.10

Pemuda AmeNo & Dewan Perniagaan Melayu Penang TAKDAK TELOQ...

Surat Untuk Norman Zahalan, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Di Terima Oleh Setiausaha Kerja UMNO Pulau Pinang En Ramlan Ishak (tapi klik tengok pada attachment surat kat atas, tarikh pun dah gabra, pi boh esok 23hb...hehehehe...)

Surat kepada Rizal Faris, YDP Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang Di Terima Oleh Setiausaha Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang En Masri Mahmood.



Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.

Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.

Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (gambar kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.

"Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya," katanya.

Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk "Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran" adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan.

"Jika mereka (DPMMPP dan Umno benar-benar mahu menjadi pejuang isu-isu rakyat di Pulau Pinang, ini peluang mereka.

"Bermula pada hari ini (22 Februari 2010) kami memberikan tempoh selama seminggu kepada mereka untuk mengumpul bahan debat dan seterusnya menyahut cabaran. Kemuncak kebenaran yang dinantikan oleh seluruh rakyat Pulau Pinang adalah di Debat Perdana Rakyat 7 Mac ini, di Seberang Jaya," tambah Syed Mikael lagi.

Beliau juga menasihatkan golongan itu supaya tidak berlagak 'jaguh' di sebalik alasan lapuk yang dikeluarkan tetapi 'menikus' bila berhadapan dengan rakyat.

Menurut Syed Mikael lagi AMKPP bersama-sama dengan Pemuda Sosialis DAP dan Dewan Pemuda PAS menasihatkan DPMM-GPMS-UMNO supaya tidak bacul dan segera menyahut cabaran debat berkenaan.

"Buktikan anda adalah anak jantan dan bukan bacul. Jadilah 'juara rakyat' di saat rakyat memerlukannya, dan bukan hanya menjadi 'juara rakyat'," katanya.

- Malaysiakini

* p/s - memang tak layak la hangpa ni nak kritik pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang kununnya tindas serta nafikan hak Melayu-Islam kat Penang ni...cittt...baru ajak berdebat, dan-dan kata nak Debat dengan YAB Ketua Menteri saja la pulakkk... piiiiii raaaahhhhh....dengan anak-anak muda Pakatan Rakyat pun tak berani, ada hati nak lawan dengan YAB Lim Guan Eng, nihhh...bukan taraf a.k.a Level hangpa laaa...ngoookkkk...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

1 ulasan:

Zolkharnain Abidin berkata...

Blog bongkarsauh telah berpindah ke alamat baru seperti berikut:

http://sauhdibongkar.blogspot.com/

Pohon updatekan link blog baru ini ke blog tuan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails