Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

6.2.10

Ustaz Shamsuri Pun 'Tentang' Kerajaan PR Pulau Pinang...???




Demonstrasi oleh dua NGO melayu iaitu PERKASA dan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang telah dianjurkan pada 5hb Februari 2010. Walaubagaimanapun mereka gagal menyerahkan berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyerahkan memo protes mereka.

Kita menyorot kembali beberapa peristiwa kebelakangan ini.Yang pertama adalah kritikan keras YB Zahrain kepada Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang dituduh sebagai anti melayuan dan mengenepikan kepentingan melayu.

Selepas itu ianya disusuli pula oleh Ustaz Shamsuri didalam satu ceramahnya telah mengeluarkan kenyataan berbentuk politik.Ustaz Shamsuri adalah Pengerusi Rangkaian Restoran Pelita yang mempunyai lapan cawangan di Pulau Pinang.Topik politik jarang jarang disentuh oleh beliau selama ini. Antara isu yang disentuh adalah Anwar Ibrahim dan Paklah adalah bertanggungjawab terhadap penjualan tanah tanah melayu. Mahathir pulak adalah penyelamat tanah melayu. Manakala Najib sedang cuba memperbaiki kerosakan yang dibuat oleh DS Anwar Ibrahim dan Paklah. Lim Guan Eng anti melayu dan Islam. Beliau hanya menumpukan kepada pembinaan to'kong sahaja dan mengabaikan Majlis Ugama Islam. Peniaga peniaga melayu ditindas sedangkan peniaga peniaga cina dibiarkan tanpa sebarang tindakan diambil.

Saya mula dah mencium sesuatu akan berlaku dengan kedua dua peristiwa ini. Maknanya disini ianya telah dirancang terlebih awal. Sewaktu saya berjalan jalan disekitar KOMTAR pada hari demonstrasi saya terpandang dua poster yang digantung oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menafikan kenyataan balaci balaci UMNO berkenaan pada flyover berdekatan kompleks KOMTAR.

Pada poster poster tersebut tertera belanjawan peruntukan belanjawan Majlis Ugama Islam Pulau Pinang.Pada belanjawan 2008 (belanjawan diluluskan pd 2007) oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk aktiviti Majlis Ugama Islam adalah RM12.5 juta.Ianya meningkat kepada RM20.5 juta pada 2009selepas pentadbiran Negeri Pulau Pinang diambilalih oleh Pakatan Rakyat.Pada belanjawan 2010 pula belanjawan Majlis Ugama Islam telah ditambah kepada RM24.3 juta.Masa BN yang dianggap oleh UMNO sebagai pro melayu budget cuma RM12.5 shj.UMNO dan balaci balacinya tak pulak bising. Tapi bila budget Majlis Ugama Islam ditambah oleh DAP kepada RM20.5 juta dan ditambah lagi kepada RM24.3 juta tiba tiba UMNO dan balaci balacinya bising macam nak rak.Tak ke bangang punya manusia ni?

Seterusnya yang paling menarik adalah tindakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang terhadap penjaja penjaja tanpa lesen.

Tahun Melayu Cina India Jumlah

2008 785 (38%) 1082 (52%) 196 (10%) 2063

2009 815( 29%) 1727 (62%) 247 (9%) 2786

Jika diperhatikan dari statistik rasmi MPPP, peniaga Cina disaman lebih banyak jika dibandingkan dengan bangsa bangsa lain.Malahan ianya meningkat pada 2009 jika dibandingkan dari tahun 2008.Mungkin disebabkan penjaja cina lebih ramai agaknya.Jadi dimana penindasan saperti yang didakwa oleh kedua dua NGO melayu tu?

Kita sepatunya sedia maklum DPMPP memang meradang pada YAB Lim Guan Eng sebab mereka yang rata rata ahli UMNO yang dah biasa mendapat habuan kontrak secara percuma tanpa perlu bersusah payah memasuki tender merasakan LIm Guan Eng tidak berlaku adil.Mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan tender. Dah tentu mereka tidak biasa dan tidak kompetitif .Sebahagian dari ahli ahlinya cuma mempunya syarikat RM2 sahaja tetapi sering mendapat kontrak dari kerajaan negeri dulu.Yang mereka marah bukan tak dapat peluang langsung tetapi mereka marah sebab dah tiada hak istimewa UMNOputra.Jadi mereka dah tak boleh menjadi jutawan segera nampaknya.Mereka terpaksa bekerja keras saperti orang lain jika ingin menjadi jutawan.

Manakala PERKASA pula hanya lah golongan merapu diketua Ibrahim Ali .Siapa Ibrahim Ali.?Tak payah lah saya ceritakan sebab semua orang dah kenal. Tiada kredibiliti.

Demonstrasi ini sebenarnya gagal dan tidak menarik perhatian bangsa melayu secara umumnya.

Saya sendiri dah mula rasa hilang hormat kepada Ustaz Shamsuri
.Beliau tidak sepatutnya membenarkan dirinya diperkudakan oleh UMNO.Sesiapa yang membenarkan dirinya diperkudakan oleh UMNO akhirnya akan hilang kredibiliti .


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

4 ulasan:

tunsabanbalek berkata...

pelita kan dah tak dapat letak meja dan pasang kemah sesuka hati,sejak ahli majlis pr tak makan wang sogok mereka,tu lah kekadang kita hairan tengok pelita boleh niaga kat kaki lima kita bukan kata kaki lima kaki ayam pun tak boleh nak letak meja.Aihk tuih punya sansuri,ajar agama pun diman tinggi punya harga,dia ni cari makan sama lah ngan cikgu azmi teras tu,dia pi side sana,dia kutuk side sini,pi kat kita dia kutuk bn pi lah mabokkk,ni adalah sebahgian ulamak yang banyaknya hanpir 70 ribu yang akan ikut dajjal bila dajjal muncul nanti.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Tak perlulah nak kutuk ust samsuri teruk2. Sumbangan dia pada pengajian ilmu x dapat dinafikan. Mungkin ada perbezaan pendapat dalam masalah ini. Saya yakin ust samsuri jujur dan konsistent. Dari kita serang ust samsuri lebih baik kita attack si mangkok jef ooi yang nampak terlalu angkuh dan anti melayu dan islam. Orang macam dia memang tak bertanggungjawab.

Nadzri M yusof
PJ

Tanpa Nama berkata...

Kita perlu berfikiran sedalam dalamnya sebelum menghentam orang lain. Saya yakin dan akan terus sokong pemimpin melayu dalam PAS mahupun PKR jika benar apa yang mereka ucapkan. Kita berada diluar bukannya berada ditempat duduk mereka ini. Jadi jika sudah keterlaluan sikap sabar dan patuh pun boleh meletus. Mcm haiwan, jinak tetapi kalau selalu kena dera jinak pun boleh jadi ganas, akibat tak tahan memikul beban. Kalau difikirkan kembali kenapa PKR atau PAS dijadikan anak tiri, Setiap kata atau teguran menjadi perkara wajib untuk dikenakan tindakan disiplin. Persoalannya, kenapa mulut tak ada insuran seperti pemimpin DAP, jeff oii tidak diambil tindakan disiplin? Apa pemimpin kita ni tak ada maruah dan harga diri, bila isu kaum melayu serta islam timbul, terus diambil tindakan disuruh tutup mulut. Ini belum disatukan menjadi parti pakatan yang sah lagi, kalau sudah bersatu secara sah, apa akan jadi kepada kita?.

Sepatutnya kita penyokong pendirian YB Zahrain, YB Zul serta Ust Shamsuri. Kalau orang seperti ini tidak membuka pekong DAP, nampak gaya habislah orang melayu di Pulau Pinang. Mana pemimpin lain yang berani bersuara, diam seribu bahasa, tahu pun buat buat tak tahu nak jaga periuk nasi masing masing takut kena tindakan disiplin. Kita yang memilih serta mencalonkan mereka ini sebagai ADUN, baik sesuatu perbuatan kalau memberi kepentingan kepada orang melayu kita patut sokong, kalau buruk kita patut menolak.

Oleh itu kita patutlah memberi peluang serta menyelam sedalam yang termampu sebelum memberi hukuman kepada mereka ini. Apakah kita ini sudah lupa kita berada dibawah satu bumbung dalam PKR sesama kita atau kita mengakui serta mengiktiraf DAP sebagai parti kita secara mutlak?

Luahan Rasa,
Seberang sana.

ariosAmigos18 berkata...

hangpa nak melayu ,melayu, melayu sangat masuk serta sokong parti perkauman AMENO KOKO - BEER END laaa...apa susah2 melalak2 kat sini???

Related Posts with Thumbnails