Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

29.5.09

Warkah Untuk Kak Min... ~ malaysiakini

Kak Min,
Saya harap Kak Min sempat membaca warkah ini. Penyokong Kak Min diharap dapat sampaikan mesej ini kepada Kak Min kerana barangkali Kak Min sibuk berkempen.

Pertama sekali ingin saya jelaskan di sini bahawa sebagai seorang Muslim kita perlu mulakan kerja politik ini dengan niat kerana Allah. Niat itu membolehkan kita mendapat pahala ibadat. Kita wajib berpolitik kerana Allah Taala dengan harapan untuk menjernihkan kekeruhan dan kekotoran politik. Apabila kita 'main politik' secara serius kerana Allah baharulah kita akan terlepas dari fitnah atau impak buruk politik songsang.

Tentu sukar dimengerti oleh rakyat tanahair tercinta ini apabila disuakan dengan subjek 'kekudusan' berpolitik. Kata mereka "mana ada atas muka dunia ini, orang politik yang bersih dan baik. Bukankah politik itu satu permainan kotor, jadi bila main politik mana boleh buat betul-betul. Kalau kita ikut rule, betul dan lurus maka kita akan kena makan –termasuk oleh kawan sendiri"

Kak Min,
Yakinlah kita boleh berpolitik secara murni jika itu yang kita mahu. Kak Min bukan orang baru dalam politik dan Kak Min cukup faham sepak, tanduk, kilas dan lipat dalam arena politik. Sepanjang jalan Kak Min berpolitik tentulah Kak Min melihat pelbagai bentuk kekotoran dan keponggahan politik. Kini tibalah masanya untuk membersihkan kekotoran itu. Kak Min tidak keseorangan untuk perjuangan suci ini biar pun Kak Min sudah 'keluar pakat(an) dan belum 'masuk baris(an) pun'. Ingat kita bukan hanya mahu bersihkan parti politik tetapi semua elemen politik agar ruang siasah ini jadi bersih.

Kak Min,
Jika mereka kotor dan jahat maka janganlah diteladani mereka. Jangan ikut jalan dan kaedah mereka. Jika mereka keji dan melampau maka janganlah kita bersekongkol dengan mereka. Kita gunakan wadah yang bersih (bukannnya 'wadah tong taik'-maaflah kerana imbas balik(flashback) frasa lama yang begitu hits satu ketika dahulu!)

Kak Min
Politik sepatutnya boleh menjadi wadah dakwah. Dakwah boleh dilakukan dalam politik. Sekurang-kurangnya dengan jalan kita menunjukkan sahsiah berpolitik yang baik. Melalui politik juga kita boleh menyalurkan fikrah dengan baik dan efektif jika kita sedia ambil peluang. Biar pun Kak Min keseorangan melawan gerombolan yang besar itu, seandainya Kak Min mampu menunjukkan akhlak yang baik maka itu lebih mempersonakan berbanding kekuatan jentera parti dan akal manusia. Inilah hikmah berdakwah. Tugas berdakwah bukan hanya terletak di bahu ustaz, jabatan agama atau NGO dakwah semata-mata. Semua orang Islam WAJIB berdakwah agar kehidupan ini akan lebih diredai dan mendapat berkat. Ini misi besar kita semua.

Kak Min
Nampaknya cadangan ini begitu sukar dan boleh diperlekehkan serta layak menjadi bahan ketawa sahaja. Namun saya yakin jika Kak Min berdakwah tanpa kaedah umpatan, tuduhan palsu, tikam belakang (juga tikam berdepan), atau tipu helah dan belit membelit, maka majoriti pengundi akan memilih Kak Min berbanding calon-calon yang lain.
Janganlah pula Kak Min fikir yang warkah ini bertujuan merendahkan darjat akal dan watak peribadi Kak Min. Memang tidak adil dan kurang berakallah jika ada anggapan sebegitu. Perkara ini perlu diberitahu dan ini sebahagian kerja dakwah yang perlu ditunaikan.
Kak Min ada kemahuan dan kekuatan politik, maka tidak sukar bagi Kak Min untuk menjadi pendakwah –dengan jalan politik. Untuk itu perlulah Kak Min gunakan strategi yang murni dan sesuai dengan uslub dakwah. Paling utama sekali Kak Min senantiasa berdoa mengharapkan pertolongan Allah.

Kak Min
Seandainya Kak Min kabur mesej ini ertinya Kak Min sama sahaja dengan politikus lain. Atau Kak Min memang selamanya akan meraikan politik cara lama. Jika semua ahli politik khususnya yang Islam tetap istiqamah dengan nilai politik lam itu –lantas menafikan sahsiah dan syiar Islam, apalagi yang boleh kita harapkan dari politik serupa ini. Barangkali itulah sebabnya muncul 'terrorist' di segenap penjuru alam- tidak harap dan tidak percaya kepada ahli politik arus perdana.

Sesungguhnya politik juga kerja dakwah! Pendakwah politik yang ditertawakan ertinya kerja dakwahnya diuji. Ujian berdakwah bukan sedikit dan tidak berkesudahan. Marilah kita mulakan kerja dakwah melalui jalan politik biar pun kita bukan dari Parti Dakwah! Sekian.

Catatan
Tulisan ini bolehlah juga dimanfaatkan oleh Kak Mim & Abang Mim seluruh jagat maya.

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

3 ulasan:

Ok berkata...

Saya amat tertarik kepada hujah anda, saya harap ini di linkkan ke semua blog terutama blog para YB PR terlebih lagi bolg AMNO.
Bahkan saya sendiri tersedar sesuatu di situ bahawa ada unsur yang sangat tak relevan dalam usaha Kak Min juga para politikus yang sewaktu dengannya bila memperjuangkan politik.Seolah -olah matlamat menghalalkan cara.

AMK P.Pinang (N) berkata...

kak min nak dakwah macamana....kita tau la dia dan keluarga dia macamana tentang bab agama...solat 5 waktu pun tak terjaga macamana nak jaga rakyat penanti....kalau dulu kak min dan keluarga pernah ikut program jejak fakir Amk P.Pinang yg diketuai oleh Amizudin Ahmat (Din Binjai)pada bulan Ramadhan...bila Amk solat suaminya tak solat pun...boleh duduk kat luar masjid buat bodoh saja...Kak Min mungkin uzur...agaknyalah....apapun semoga Allah membuka hati dan memberi hidayah kepada Kak Min sekeluarga dan kita semua...amin..

..cu tuk Merah.. berkata...

Salam Semua,...

AMK P.Pinang....Itulah,saya dah katakan....kak Min ingat dia tu bersih sangat....kita saja tak mau bongkar kes lama dia!

Biarlah pilihan raya ini berjalan dengan baik,tampa adanya perkara tak perlu seperti "dendam lama" dan cerita lama!
Mudah mudahan kak Min kita akan menilai diri sendiri selepas ini....kalau boleh sedar la!

Semuga Allah memberi petunjuknya!

Related Posts with Thumbnails