Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

11.5.09

Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar MB Perak Yang SAH... ~ malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. 

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

* p/s - Alhamdulillah, Allahuakbar...kemenangan di pihak yang benar jua...mana hang nak letak muka Zambry oii..??? Hang pi jaga pulau pangkor hang tu dulu elok2... Teruuih tak mai Mahkamah hang nooo...tau dah kalah, atau la ni dok sibok kemas-kemaskan barang-barang nak kena pindah keluaq...baru padan muka hang...hang ingat hang terarr kaa..??? Piiii Raaaaahhhhh..!!!!!


4 ulasan:

Hijat Panjang... berkata...

SMS diterima dari seantero Malaya - Zamri Kadir, hari ini bertekad utk menjadi duta produk kosmetik pemutih badan slps kecewa mahkamah tinggi memutuskan nizar masih lg mb perak yg sah.

- Baru padan muka najisb!

- Takbir 3x... Allahuakbar!

- Tahniah MB Perak Datuk Seri Ir Nizar...

- tu la pasai,haram jadah punya r.t.m dgn tivi3, berita pukoi 4 teruih tkda langsung cerita pasai perak,yg ada pun provokasi untk pembangkang! memang cilaka! urat dah cekang! nasib baik tak jadi hulk!

Nordin berkata...

Alhamdulillah, syukur dengar keputusan mahkamah mengekalkan DS Nizar sebagai MB Perak. Tindakan selanjutnya ialah memohon perkenan sultan untuk membubarkan DUN Perak supaya rakyat diberi kuasa untuk memilih wakil dan seterusnya kerajaan mereka.

Hentikanlah sindir menyindir ini, kerana tidak membawa menafaat kepada sesiapa pun.

Hijat Panjang... berkata...

salam bro Nordin..

harapan maaf jika sindir menyindir dari rakan2 saya keterlaluan, ini cumalah lawak jenaka yang kurang jelas menampakkan mengata terang-terangan...cuma hanyalah lawak2 petang saja...

Begitupun tidak terbanding dengan cara kudeta jahat mereka2 ini merampas kerajaan PR sediaada yg bukannya sudah PULUHAN Tahun dan sering menzalimi rakyat bawahan amnya...malahan institusi Raja di Perak pun amat menyenangi pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat...

aloha2 berkata...

tobat lahum la depa akan guna next strategy..apa2 pun kena hati2

Related Posts with Thumbnails