Calon bebas yang menggunakan lambang kunci itu berkata, beliau sendiri yang pergi mengangkut pengundi tersebut ke pusat pengundian.
"Saya tahu mereka ahli dan penyokong Umno kerana saya pergi sendiri ke rumah mereka.
"Tetapi jumlahnya tidak terlalu ramai, berpuluh orang sahaja.
"Dan mereka kata hendak pangkah calon kunci (Kak Min)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Aminah, ahli Umno yang keluar mengundi kerana mempunyai mempunyai kesedaran untuk mengundi.
Ketika ditanya peluangnya dalam pilihan raya kecil ini, Aminah berkata, beliau tidak tahu mengenai peluangnya.
"Tetapi ada orang PKR kata saya tidak boleh menang. Bagaimanapun, tunggu lah keputusannya nanti," katanya.
Aminah berdepan dengan calon PKR, Dr Mansor Othman dan dua lagi calon bebas, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan Kamarul Ramizu Idris, 42.
BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
sumber : Malaysiakini
2 ulasan:
tu dia laa...last minit baru teringat nak angkut pngundi...awai2 dok hentam keadilan kaw-kaw...la ni baru teringat nak ingat sapa nak mengundi kat diaa...
Salam Jat!
Mungkin ini akan menjadi pengajaran buat kak...dan juga yang seangkatan dengan nya.Kalau tak sedar diri lagi....tak tahu lah!
....selalu tengok yang tak sedar diri semasa ikut kawan jadi bomoh!!!aaaaarrr
Catat Ulasan