Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon keampunan dari Allah SWT.
Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakan diatas prinsip keadilan dan kesaksamaan.
Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran nabi Mohammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa , negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zina, mabuk, tak sembahyang, jahil dan lain-lain.
Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.
Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula, saya ajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masalah mereka melalui Pusat Khidmat Masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Cgkt Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.
Kapada semua kakitangan Kerajaan disemua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT diakhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisis ekonomi global kini.
Kepada semua media, marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melapurkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.
Kepada semua pegawai dan penjawat awam, jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serius beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan dianiayia. Belalah Islam!.
Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.
Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan tuan kerana saudara dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh kebawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyorkan usaha memilih ketua JKKK. Raja Muda cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.
Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihan raya seluruh negeri kita.
HIDUP RAKYAT.
ALLAHU AKBAR
YAB DATO' SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN
3 ulasan:
THE STar
IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, who was declared the rightful Perak Mentri Besar by the High Court on Monday is stumped by the Court of Appeal’s decision to grant a stay on the declaration.
Nizar said “many more questions” have been raised.
“The decision has left Perak in a state of limbo and uncertainty,” he told reporters at the state DAP headquarters. Nizar said that it should be the people, and not the courts that should decide on who should be the government of the day.
***Buat apa NIZAR kat ibu pejabat DAP?? dah jadi pejabat dia ke?? Mana ulam-ulama PAS?? kenapa yang hurng dan usung NIZAR tu semua puak DAP dan PKR??***
alo mr.ketam,
ehh...pakatan rakyat biasa laa...mana2 pun boleh pi, opis aku ka opis hang ka..sapa peduli? takdak isu pas tak ambek tau atau dap lebih ambek tau...bukannya macam umno-bn..hang hang aku aku...tapi bila mai PRU atao PRK baru nak mai join dalam satu opis... dan lagi satu pasai nizar, dah dia berkaliber dan berkebolehan...orang hormat dia la walau kemana dia pi...itu menunjukkan seorang pemimpin yg di hormati dan disanjung tinggi...bukan ikut semata2 nak hambat projek sajaa....
bodoh punya Mr Ketam...
pi jalan elok2 dulu jangan dok senget lepas tuh nak suruh orang ikut dia
Catat Ulasan