Asssalam............................
Ingin teman menegor sikit kerajaan negeri supaya tolong ambil perhatian...
Kepada peniaga peniaga tegar ditepi jalan ynag telah berbelas tahun berniaga dan sejak kerajaan baru ambil alih banyak aduan yang telah kami terima mengenai surat merobohkan gerai.dan diberapa tempat sewaktu bulan ramadhan tak pernah pun kena saman tapi pada tahun ini sebaliknya.
Undang undang memang lah harus dipatuhi, tapi atas dasar kemanusiaan anda yang berwajib hendak lah perihatin. Kita ambil contoh, jika nak ke masjid,wajibnya kena memakai topi keledar, tapi asyik hilang saja.
Akhirnya kita tak memakai topi.polis pun perihatin akan kes ini.tak pernah saya tengok polis menyaman suspek. Tolonglah wahai ahli majlis yg berkenaan.fikirkanlah nasib mereka.siapkan tempat perniagaan untuk mereka.dan jangan lah buat gerai sebesar tandas dan hanya dua meja sahaja.
Pastikan penguatkuasa yang ada tidak mengunakan kuasa orang luar untuk meroboh gerai gerai rakyat miskin.
Tambahan pula penguatkuasa yang ada masih BN tegar. Kerajaan negeri dan ahli majlis mesti mengikuti perkembangan penguatkuasa meroboh dan memberi notis menakut-nakutkan rakyat untuk berniaga.
Apa yang saya luahkan adalah kerna sayangkan kerajaan negeri yang ada. Rakyat akan menyalahkan kerajaan baru. Berhati hati YB...
- sumber pautan mengenai isu ahli majlis di weblog perakexpress.com
- Sumber: [Email yang saya terima mengenai isu perobohan atau pengusiran peniaga-peniaga kecil di tepi jalan yang telah sekian lama berniaga..tetapi tidak pernah mungkin di tawarkan tempat yang sesuai untuk mereka berniaga.. Harap Maklum.. ]
2 ulasan:
salam semua..
ada 2 komen ATAU respon setelah e-mail yang saya terima, telah di publish dalam blog dan ada yang melalui e-mail sahaja..
1)w'salam......terimakasih atas info....saya pun hairan juga dengan ahli majlis MPPP yang baru....takdak kerja lain ka yang dok fikir...awat suka dok pi kacau penjaja kecil yang dok berniaga...depa bukan mencuri...takkan nak tengok depa jadi pengemis di tanah air sendiri....sepatutnya yang mana takdak lesen bagi lesen sementara dulu...suruh depa pi bayar lesen sementara.....kalau alasan kata MPPP tak dak duit...jgn dok pi roboh gerai mereka.....ini zalim namanya....kata PAKATAN RAKYAT BILA DAH MENANG TAK MAU PAKAT DENGAN RAKYAT....DOK PAKAT DENGAN KOPRAT....
2)Aku setuju kalau teguran ini dibuat kepada kerajaan negeri, tapi kalau boleh ...buat dengan lebih spesifik. When, where, why, who and how. Kalau dapat disebut tempat, kat mana, bila dan kalau boleh..ambil gambar...isu ini akan menarik perhatian. baru la YB-YB terlompat-lompat.
salam...
saya mendapat 1 email dari pemunya nick-name " Al Mualim " dan email tersebut adalah seperti berikut:- salam,
benda yang macam ni pernah dipanjangkan...semoga mereka2 ini merasai betapa peritnya mencari nafkah dibumi merdeka ini...
ada yang menangong keluarga dengan berniaga kecilan,untung sedikit..saman memanjang...undang undang tetap undang..tapi tentulah ada cara nak menolong...kalau tak tahu dampingilah mereka tanya kenapa mereka berniaga ditempat tersebut.
biarlah kita mulakan dari mula,jangan asik nampak kesalahan orang,siapkan gerai,keluarkan borang..lepas itu sapa yang tak mau ..baru ada cara..
kalau kita tak buat apa2..tau2 nak saman ,roboh,gertak orang..sapa pon bolih ,
saya lebih suka membantu orang dalam kesusahan..dari membantu meroboh dan menyusahkan orang.
Catat Ulasan