Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

11.10.08

Perubahan Kuasa Umno: 3ribu kaum India Pulau Pinang sertai KeADILan



Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menerima kemasukan kira-kira 3000 ahli baru ke dalam KeADILan esok (Hari Ini) di satu majlis di Bayan Baru.


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak Sim Tze Tzin, penyertaan ahli baru ini menandakan rakyat telah bosan dengan Barisan Nasional serta pergolakan politik Barisan Nasional.

“Penyertaan mereka akan diketuai oleh salah seorang pemimpin kanan MIC negeri ini yang mana negeri ini yang juga ketua bahagian,” katanya.


Katanya lagi pemimpin berkenaan telah menunjukan komitmen terhadap KeADILan dan bosan dengan karenah pemimpin MIC yang sibuk mengumpul kekayaan untuk diri sendiri.

“Dalam keadaan sambutan Deepavali beberapa hari lagi, rakyat menuntut pembelaan terhadap mereka, dimana pemimpin MIC sibuk merampas kekayaan,” katanya ketika dihubungi oleh Suara Keadilan Online.

Sim juga berkata walaupun terdapat usaha peralihan kuasa, namun bagi rakyat tiada sebarang perubahan yang akan berlaku kepada mereka.

“Apa yang rakyat minta bukan perubahan tampuk kepimpinan yang mengutungkan golongan orang kaya, yang rakyat minta perubahan untuk kehidupan yang lebih baik,” katanya lagi.


- sumber dari Suara Keadilan & WRLR


Gambar-gambar akan menyusol kemudian..InsyaAllah..


[ Salam Perjuangan! Salam Reformasi! Pada jam 4.30petang ini, 11/10/2008 akan adanya satu Program Penyerahan Borang Ahli KeADILan dari 3ribu bekas ahli MIC kepada Ketua Umum KeADILan, DS Anwar Ibrahim bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato' Zahrain Mohamed Hashim yang berhadapan Hotel Vistana Bukit Jambul.


Dan dari sumber yang dipercayai, dalam tempoh yang terdekat ini akan juga berlaku perubahan besar-besaran a.k.a penghijrahan dari ahli-ahli umno di kebanyakkan bahagian mahupun cawangan di Pulau Pinang ini, nantikan majlis-majlis paling gempar seterusnya...]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails