Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

1.10.08

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 Hijrah..


Dari Pejabat TKM1 Pulau Pinang.

Dari Halagel (M) Sdn Bhd, kerana ada membuat pembelian makanan tambahan tempohari.. Terima Kasih!



Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Maaf Zahir & Batin...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1429 Hijrah... Syukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam yang menjadikan siang dan malam serta menghidup serta mematikan sesuatu yang dikehendakiNya.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Syukur kita kepada Yang Maha Esa, kerana dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki, dapat kita menyambut Aidilfitri pada 1 Syawal 1429 Hijrah kali ini dengan aman makmur tanpa provokasi melampau, setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa pada siang hari, sanggup berhempas pulas membantu tangan yang memerlukan, fakir miskin yang masih tidak terabai makan minum keluarga mereka..Bersabar serta bersyukur adalah amalan rutin bagi mereka. Bersabar dengan keadaan yang menghimpit dan bersyukur dengan kurniaan limpah rezeki yang setakat mampu.

Diatas ini 2 keping Kad Ucapan Hari Raya yang saya terima sempena Hari Lebaran yang Mulia, walaupun pada orang lain, berpuloh-puloh mahupun ratusan kad ucapan pengganti diri telah diterima sejak 2minggu akhir Ramadhan lagi.. Tetapi tidak bagi saya, cuma sejak petang akhir 30 Ramadhan, SMS (Short Message Service) mula menerjah kantung INBOX henpon..hinggalah ke saat saya menulis coretan ini, masih ada kemasukan SMS Hari Raya bertali arus dari rakan dan taulan..tidak kurang juga dari kenalan mahupun aktivis berbangsa Tiong-Hua dan India..dan ada juga rakan taulan yg mengSMS jemputan ke rumah terbuka masing2..

Kad Ucapan pengganti diri yang diterima dari Pejabat TKM1 Pulau Pinang... Terima Kasih!


Di rumah mak saudara: Nasi Himpit, Nasi Bukhari & ketupat pulut serta macam-macam adaa...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dalam Syawal yang menjelma ini.. Sampaikan perot tak dapat menerima makanan yang sedap-sedap kerana terkejut dengan kehadiran bertali arus makanan serta minuman yang setahun sekali saja dihadam.. Awal malamnya, saya kekejangan perot, lalu kepengsanan...Hehehehe..Sekian...



Salam AidilFitri... Minnal Aidil Wal Faizinn...

4 ulasan:

matcomot berkata...

salam aidilfitri buat empunya blog.
semoga berbahagia sentiasa.
maaf zahir batin!!!!

Hijat Panjang... berkata...

tocey! tocey! kamsia, kamsia..sama jugak kepado pengantor ni hah...matcomot heh..???? samo la sayo pun...salam,salam..mai la ke open haus..pada hari raya ke-11, ari sabtu..buat kat cherok tok kun..bersama tetamu paling istimewa....hehehehe..jgn mare aaa..

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

salam ijat..,

Selamat Hari Raya buat ijat sekeluarga..maaf zahir batin..

makan jgn lebih2 nanti jadi mudarat tau..kalau tak larat ulor2 le kat ummi ni..hehehe

Hijat Panjang... berkata...

salam kak ummi...

sama la saya pun, selamat hari raya maaf zahir & batin..(eh,bleh ka sekali dgn batin ni hah? aloha kata batin ni xdak dosa..camne hah??) Hehehehehehe...makan jgn sampai mudarat? Memang DAH termudarat punn...kolestrol bnyak,vitamin xdak..pppp..pengsannn..
Nak ulor lagu mana?? Bukannya umah sebelah menyebelah..riup berpuluh,ratus batu...Nak kena cadang kat aloha,MSK,TP,MatComot..taun depan kena adakan gathering RAYA edisi Blogger's la pulakkk...

Related Posts with Thumbnails