Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

23.10.08

Enggan akui kesilapan punca Berita Harian dilarang buat liputan - Speaker

KOTA BHARU, 23 Okt (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan tetap tidak berganjak dengan keputusannya semalam melarang wartawan Berita Harian membuat liputan sepanjang persidangan Dun berlangsung sekarang.


Ustaz Nasuruddin Daud berkata, larangan itu dibuat bukan untuk menghalang kebebasan akhbar, sebaliknya memberi pengajaran kepada petugas media supaya lebih berhati-hati ketika membuat laporan.


"Kami sudah memberi ruang secukupnya kepada akhbar berkenaan membuat pembetulan terhadap tajuk digunakan Selasa lalu, yang tidak menggambarkan keadaan sebenar berlaku.


"Sepatutnya mereka menggunakan ruang tersebut atau setidak-tidak datang menemui pihak dewan bagi menjelas perkara sebenar," katanya ketika ditemui ketika persidangan berhenti rehat hari ini.


Semalam Nasuruddin mengeluarkan arahan menarik balik kebenaran kepada akhbar berkenaan membuat liputan sepanjang persidangan ini berlangsung apabila enggan membetulkan laporannya.


Keputusan itu dibuat berdasar kepada Perkara 14, Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dibaca bersama Perkara 13.


Selasa lalu akhbar terbabit menyiarkan tajuk 'Sultan murka kerajaan PAS gagal tadbir Kelantan' di halaman hadapan sehingga menimbulkan rasa tidak puas di kalangan penyokong kerajaan.



Keratan akhbar Berita Hairan yang menimbulkan 'kontroversi'.


Nasuruddin juga menyatakan kesediaan berjumpa dengan Presiden Kelab Wartawan Kelantan (Kawan), Wan Zulkifli Wan Yaakob membincangkan perkara tersebut pada bila-bila masa.




"Saya mengalu-alukan kehadiran Presiden Kawan, namun sehingga kini belum ada apa-apa permohonan diterima daripada pihak terbabit.




"Tidak ada masalah untuk diadakan pertemuan dengan wakil wartawan. Saya akan menjelaskan kewajaran tindakan dibuat kerana ia bukan bermotif politik sebaliknya kepentingan banyak pihak," katanya. - mj _

-sumber dari Harakahdaily.net

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails