Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

23.10.08

Di Mana Kebebasan Akhbar Yang Diwar-warkan..??

DIHALANG: Wartawan Berita Harian Biro Kota Bharu, Khairul Anuar Abdul Samad (tengah) tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan Kompleks Setiusaha Kerajaan Negeri Kelantan daripada membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), pagi ini atas arahan Speaker DUN berikutan penyiaran berita muka depan akhbar ini.


Salah satu manifesto pilihanraya yang aku dok ulangcakap masa berkempen dulu ialah menuntut kebebasan akhbar. Sebab masa tu..memang akhbar arus perdana memang tak boleh harap. Yang boleh percaya…cuma keputusan nombor ekor.

Tapi itu masa belum berkuasa. Sekarang…pihak yang aku tolong kempen dulu dah ada kuasa sikit. Lima negeri dah dikuasai dan sepatutnya…kebebasan akhbar ini la yang paling mudah dilaksanakan…berbanding dengan manifesto yang lain.

Kebebasan akhbar tak perlu modal, tak perlu infrastruktur, tak perlu kementerian. Biarkan saja apa orang nak cakap. Kalau selalu berbohong..lama-lama orang tak percaya! Aku sendiri pun tak pernah beli Utusan Meloya atau Berita Hairan.

Jadi, bila kerajaan Kelantan mengharamkan wartawan Berita Harian dari melaporkan persidangan Dewan Negeri Kelantan… kita pun lebih kurang BN. Dan yang ini aku takut akan menular kenegeri-negeri lain dibawah PR. Sebab selalu sangat disebut, Kelantan menjadi negeri contoh!

Kalau dibawah BN…orang tak boleh bersuara kerana pelbagai undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara…dibawah PR …aku takut semuanya diharamkan.

Konsert..satu media untuk artis untuk mengekspressi ilham mereka… haram.

Akhbar..media untuk wartawan mengekspressi karya mereka…haram.

Apa lagi selepas ini? Mungkin blog juga akan diharamkan sekiranya tidak menepati citarasa pemerintah PR..

Bukan ini yang aku tolong kempenkan dulu. Bila aku minta kebebasan..ianya untuk semua. Kita bebas untuk kutuk depa…depa bebas untuk kutuk kita. Sapa yang pandai berhujah…dia menang. Bukan dengan menggunakan kuasa yang ada untuk menutup ruang berfikir.

Tak perlu haramkan wartawan Berita Harian dari melaporkan persidangan Dewan Negeri Kelantan. Kalau apa yang dilaporkan oleh Berita Harian tak betul…kita betulkan. Kalau kita mampu memberitahu rakyat bahawa Berita Harian itu penipu…orang pun tak mahu beli Berita Harian.

Satu lagi perkara yang kurang menyenangkan ialah …terlalu cepat menjatuh hukum pada pembawa berita. Kalau cerita tu tentang keburukan BN, cepat saja kita percaya. tapi kalau menunjukkan keburukan PR, ada saja yang begitu cepat mengisytiharkan sebagai fitnah. Ada yang siap bagi ayat quran dan hadis, bagi tau tentang hukum menipu dan memfitnah…seolah-olah pembawa cerita itu sudah bersalah.

Bagi pemerintah BN..akhbar dikawal dengan undang-undang yang mencengkam.

Bagi pemerintah Kelantan…haramkan!

Bagi pemerintah Perak? pekakkan telinga…buat tak tau.


- sumber dari PerakExpress.com

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails