Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

29.10.08

Guna Banyak Bahasa Keliru Pengguna - berita hairan...


SEREMBAN: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menggesa Kerajaan Pulau Pinang menghormati Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dalam melaksanakan tambahan bahasa di papan tanda nama jalan di beberapa jalan tertentu di Georgetown.

Pemangku Ketua Pengarahnya, Kamarul Zaman Shaharudin, berkata tindakan kerajaan pimpinan DAP membenarkan tambahan bahasa seperti tulisan Jawi, Tamil dan Cina jelas tidak menghormati Perkara 152 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dalam semua urusan.

“Pada pandangan DBP, dua bahasa sudah memadai digunakan di setiap papan tanda nama jalan iaitu bahasa Melayu yang sepatutnya difahami setiap warga Malaysia dan bahasa Inggeris untuk pelancong.

[kah kah kah…. ini betul-betul munkeee yang makan gaji buta…. woit …. buta ke?...kat simpang jalan maharaja lela depan banguan dewan bahasa pustaka itu ada papan iklan….. buta? … tak nampak ?.... kah kah kah…. bahasa apa tulis?..... gambar betina dan jantan mat saleh kan….. kah kah kah…

ini bahasa dan tanda semiotik ...kah kah kah…. pegi tengok kamus dewan apa makna SEMIOTIK…..kah kah kah munkee ni memang bodoh…. lagi bangang.... depan pejabat sendiri pun tak faham…. kah kah kah

mari sini nak bagi tahu makna bahasa semiotik iklan yang besar tu.... iklan besar itu sedang perli dewan bahasa pustaka…. kah kah kah…. kerana lama dah tido….tak sedar depan tingkap ada bahasa orang putih….kah kah kah…bujet apa jadi?…. kah kah kah….

kenapa guna bujet dan tidak BELANJAWAN....kah kah kah...takut pada mahafiraun? …kah kah kah…

papan iklan apa jadi ?..... kah kah kah… takut pada boss… kah kah kah

berjuang bahasa melayu…. poraaaah….. tak berani pun nak tukar nama UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION …. kah kah kah….]


-sumber dari blog Tukar Tiub

Rompakan RM1.67 Billion DiGagalkan...


Satu rompakan besar duit rakyat yang telah lama di rancang telah dapat di gagalkan petang tadi.
Rompakan ini telah dirancang dengan licik sekali tetapi masih dapat digagalkan.

Rompakan RM 1.67 bilion ini telah digagalkan oleh rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia telah bagun sebaris menentang rompakan Eurokopter EC725.

Minggu lepas satu gerombolan perompak dari kumpulan yang sama telah berjaya merompak Rm5 bilion duit KWSP.


Ketika berita ini ditulis orang ramai masih lagi sedang mencari nama-nama perompak yang akan mendapat agihan duit rompakan RM 5 bilion itu.

Rakyat Malaysia di minta berjaga-jaga kerana lanun-lanun dan perompak-perompak ini masih berkeliaran.

Perompak ini akan terus beruasaha walau pun kali ini rompakan mereka telah digagalkan.

Rakyat Malaysia wajib berwaspada kerana perompak ini sedang menggunakan nama jalan tulisan Jawi, Cina dan India untuk mengabui mata orang ramai.

Rakyat Malaysia juga diingatkan agar berwaspada agar tidak termakan racun perompak ini hingga menjadi lalai.

Perompak ini sedang menimbulkan hal ekuiti harta rompakan mereka yang mereka anggap masih belum mencukupi.

Rakyat Malaysia jangan termakan racun ekuiti ini kerana ini ialah sebahagian dari taktik untuk melahirkan sangka buruk antara kita sesama kita.

Bila kita bergaduh sesama sendiri maka inilah masa yang terbaik untuk mereka merompak.

Perompak dan penjarah ini memang cekap dalam pengunaan taktik Orang Melayu benci Orang Cina , Orang Melayu benci Orang India dalam usaha rompakan mereka.

Rakyat Malaysia diingatkan agar jangan lupa kepada satu jampi yang cukup mujarab untuk melawan perompak-perompak ini. Jampi ini ialah : Rakyat Bersatu Tidak Akan Di Tipu -


(Laporan Ajensi Berita TT)


-sumber dari blog Tukar Tiub

Hahahahahahahahahahahaha.... Euro Ka PuTar..?? Hahahahahahahaha....

26.10.08

Selamat Menyambut Deepavali Tahun 2008..







Salam Sejahtera...!!!


Saya dengan ikhlas hati mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali, Happy Diwali, Diwali Mubarok Ho dan Selamat Menyambut Pesta Cahaya kepada semua kenalan mahupun pengunjung blog ini yang berugama Hindu.



Makkhal Sakhti...!!!



Teguran Kepada Yang Berkenaan...Daripada Marhaen Bawahan Yang Tertindas..


Asssalam............................

Ingin teman menegor sikit kerajaan negeri supaya tolong ambil perhatian...
Kepada peniaga peniaga tegar ditepi jalan ynag telah berbelas tahun berniaga dan sejak kerajaan baru ambil alih banyak aduan yang telah kami terima mengenai surat merobohkan gerai.dan diberapa tempat sewaktu bulan ramadhan tak pernah pun kena saman tapi pada tahun ini sebaliknya.
Undang undang memang lah harus dipatuhi, tapi atas dasar kemanusiaan anda yang berwajib hendak lah perihatin. Kita ambil contoh, jika nak ke masjid,wajibnya kena memakai topi keledar, tapi asyik hilang saja.


Akhirnya kita tak memakai topi.polis pun perihatin akan kes ini.tak pernah saya tengok polis menyaman suspek. Tolonglah wahai ahli majlis yg berkenaan.fikirkanlah nasib mereka.siapkan tempat perniagaan untuk mereka.dan jangan lah buat gerai sebesar tandas dan hanya dua meja sahaja.
Pastikan penguatkuasa yang ada tidak mengunakan kuasa orang luar untuk meroboh gerai gerai rakyat miskin.

Tambahan pula penguatkuasa yang ada masih BN tegar. Kerajaan negeri dan ahli majlis mesti mengikuti perkembangan penguatkuasa meroboh dan memberi notis menakut-nakutkan rakyat untuk berniaga.
Apa yang saya luahkan adalah kerna sayangkan kerajaan negeri yang ada. Rakyat akan menyalahkan kerajaan baru. Berhati hati YB...

- sumber pautan mengenai isu ahli majlis di weblog perakexpress.com

- Sumber: [Email yang saya terima mengenai isu perobohan atau pengusiran peniaga-peniaga kecil di tepi jalan yang telah sekian lama berniaga..tetapi tidak pernah mungkin di tawarkan tempat yang sesuai untuk mereka berniaga.. Harap Maklum.. ]

23.10.08

Enggan akui kesilapan punca Berita Harian dilarang buat liputan - Speaker

KOTA BHARU, 23 Okt (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan tetap tidak berganjak dengan keputusannya semalam melarang wartawan Berita Harian membuat liputan sepanjang persidangan Dun berlangsung sekarang.


Ustaz Nasuruddin Daud berkata, larangan itu dibuat bukan untuk menghalang kebebasan akhbar, sebaliknya memberi pengajaran kepada petugas media supaya lebih berhati-hati ketika membuat laporan.


"Kami sudah memberi ruang secukupnya kepada akhbar berkenaan membuat pembetulan terhadap tajuk digunakan Selasa lalu, yang tidak menggambarkan keadaan sebenar berlaku.


"Sepatutnya mereka menggunakan ruang tersebut atau setidak-tidak datang menemui pihak dewan bagi menjelas perkara sebenar," katanya ketika ditemui ketika persidangan berhenti rehat hari ini.


Semalam Nasuruddin mengeluarkan arahan menarik balik kebenaran kepada akhbar berkenaan membuat liputan sepanjang persidangan ini berlangsung apabila enggan membetulkan laporannya.


Keputusan itu dibuat berdasar kepada Perkara 14, Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dibaca bersama Perkara 13.


Selasa lalu akhbar terbabit menyiarkan tajuk 'Sultan murka kerajaan PAS gagal tadbir Kelantan' di halaman hadapan sehingga menimbulkan rasa tidak puas di kalangan penyokong kerajaan.



Keratan akhbar Berita Hairan yang menimbulkan 'kontroversi'.


Nasuruddin juga menyatakan kesediaan berjumpa dengan Presiden Kelab Wartawan Kelantan (Kawan), Wan Zulkifli Wan Yaakob membincangkan perkara tersebut pada bila-bila masa.




"Saya mengalu-alukan kehadiran Presiden Kawan, namun sehingga kini belum ada apa-apa permohonan diterima daripada pihak terbabit.




"Tidak ada masalah untuk diadakan pertemuan dengan wakil wartawan. Saya akan menjelaskan kewajaran tindakan dibuat kerana ia bukan bermotif politik sebaliknya kepentingan banyak pihak," katanya. - mj _

-sumber dari Harakahdaily.net

Di Mana Kebebasan Akhbar Yang Diwar-warkan..??

DIHALANG: Wartawan Berita Harian Biro Kota Bharu, Khairul Anuar Abdul Samad (tengah) tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan Kompleks Setiusaha Kerajaan Negeri Kelantan daripada membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), pagi ini atas arahan Speaker DUN berikutan penyiaran berita muka depan akhbar ini.


Salah satu manifesto pilihanraya yang aku dok ulangcakap masa berkempen dulu ialah menuntut kebebasan akhbar. Sebab masa tu..memang akhbar arus perdana memang tak boleh harap. Yang boleh percaya…cuma keputusan nombor ekor.

Tapi itu masa belum berkuasa. Sekarang…pihak yang aku tolong kempen dulu dah ada kuasa sikit. Lima negeri dah dikuasai dan sepatutnya…kebebasan akhbar ini la yang paling mudah dilaksanakan…berbanding dengan manifesto yang lain.

Kebebasan akhbar tak perlu modal, tak perlu infrastruktur, tak perlu kementerian. Biarkan saja apa orang nak cakap. Kalau selalu berbohong..lama-lama orang tak percaya! Aku sendiri pun tak pernah beli Utusan Meloya atau Berita Hairan.

Jadi, bila kerajaan Kelantan mengharamkan wartawan Berita Harian dari melaporkan persidangan Dewan Negeri Kelantan… kita pun lebih kurang BN. Dan yang ini aku takut akan menular kenegeri-negeri lain dibawah PR. Sebab selalu sangat disebut, Kelantan menjadi negeri contoh!

Kalau dibawah BN…orang tak boleh bersuara kerana pelbagai undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara…dibawah PR …aku takut semuanya diharamkan.

Konsert..satu media untuk artis untuk mengekspressi ilham mereka… haram.

Akhbar..media untuk wartawan mengekspressi karya mereka…haram.

Apa lagi selepas ini? Mungkin blog juga akan diharamkan sekiranya tidak menepati citarasa pemerintah PR..

Bukan ini yang aku tolong kempenkan dulu. Bila aku minta kebebasan..ianya untuk semua. Kita bebas untuk kutuk depa…depa bebas untuk kutuk kita. Sapa yang pandai berhujah…dia menang. Bukan dengan menggunakan kuasa yang ada untuk menutup ruang berfikir.

Tak perlu haramkan wartawan Berita Harian dari melaporkan persidangan Dewan Negeri Kelantan. Kalau apa yang dilaporkan oleh Berita Harian tak betul…kita betulkan. Kalau kita mampu memberitahu rakyat bahawa Berita Harian itu penipu…orang pun tak mahu beli Berita Harian.

Satu lagi perkara yang kurang menyenangkan ialah …terlalu cepat menjatuh hukum pada pembawa berita. Kalau cerita tu tentang keburukan BN, cepat saja kita percaya. tapi kalau menunjukkan keburukan PR, ada saja yang begitu cepat mengisytiharkan sebagai fitnah. Ada yang siap bagi ayat quran dan hadis, bagi tau tentang hukum menipu dan memfitnah…seolah-olah pembawa cerita itu sudah bersalah.

Bagi pemerintah BN..akhbar dikawal dengan undang-undang yang mencengkam.

Bagi pemerintah Kelantan…haramkan!

Bagi pemerintah Perak? pekakkan telinga…buat tak tau.


- sumber dari PerakExpress.com

11.10.08

Gambar Sekitar Penyertaan 3 Ribu Orang Bekas Ahli MIC P.Pinang



Ketua AMK P.Pauh (baju merah) Sdr. Amir Ghazali & Setiausaha AMK Bayan Baru, Sdr. Hazril Hassan.

Jurugambar & jurukamera dari stesen RTM, NTV7 dan BernamaTV turut membuat liputan. Tidak ketinggalan dari team Bukit Aman, SB Sdn Bhd.


Para hadirin sedang menjamu hidangan ringan yang disediakan.

Hadirin berbagai kaum turut hadir.
Pemangku Ketua AMK P.Pinang, YB Ong Chin Wen (baju batik biru) turut hadir.

'Orang kuat' Bayan Baru, Setiausaha Bahagian Bayan Baru, Sdr. Idriss Bin Hassan.

Pengerusi KeADILan Negeri merangkap Ketua Bahagian Bayan Baru dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato' Zahrain sedang berucap.

Ahli Parlimen P.Pauh merangkap Ketua Umum KeADILan, Ketua Pembangkang Parlimen dan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-6 sedang berucap.

Bekas Ketua MIC Bayan Baru dan timbalan Pengerusi MIC P.Pinang, Sdr M Nganasegaran sedang berucap.

Barisan pimpinan Ahli Parlimen, ADUN & Exco Kerajaan Negeri yang turut hadir.

Barisan pimpinan Pengerusi J.K.K.K & 'orang2 kuat' KeADILan Bahagian Bayan Baru.

Bekas ahli2 MIC yang turut hadir ke Majlis Penyerahan Borang Ahli KeADILan.


Ketibaan Dato' Seri Anwar Ibrahim & Dato' Seri Dr. Wan Azizah.


Salam Reformasi!


Seperti yang dijanjikan gambar2 adalah dari sekitar Majlis Penyertaan 3ribu orang bekas ahli MIC sekitar P.Pinang ke dalam Parti KeADILan Rakyat Negeri Pulau Pinang di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato' Zahrain Mohamed Hashim & ADUN Batu Uban, YB Raveentharan di Solok Bukit Jambul (berhadapan Hotel Vistana, Bukit Jambul)

Kehadiran Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat & Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri beliau Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden Parti KeADILan Rakyat serta pimpinan Parti dari Angkatan Muda KeADILan (AMK),Bahagian2 mahupun Cawangan2 seluruh negeri Pulau Pinang,EXCO Kerajaan Negeri,Ahli2 Parlimen, ADUN2, Ahli2 Majlis & Pengerusi2 J.K.K.K.


Bekas Ketua MIC Bayan Baru dan bekas Timbalan Pengerusi MIC Pulau Pinang, Sdr Segaran mengepalai kumpulan kaum India seramai 3ribu orang ini. Dalam majlis ini juga Sdr M Nganasegaran dan isteri telah mengalongkan Jambangan Bunga kepada Presiden PKR, Ketua Umum dan Ketua Bahagian Bayan Baru merangkap Pengerusi KeADILan Pulau Pinang, Dato' Zahrain Mohamed Hashim.

Isteri Sdr M Nganasegaran sedang mengalongkan Jambangan Bunga kepada Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail. (lindung jurukamera di depan)


Tahniah & Syabas Di Ucapkan Kepada Mereka Yang Berani Melakukan Perubahan...!!!


Reformasi...!!! Makkhal Sakthi...!!!


Ketibaan Exco Kerajaan Negeri & ADUN Bukit Tambun, YB Law Choo Kiang

Bersalaman dengan bekas2 Wanita MIC.




Pautan berita boleh juga di dapati di blog Skuad DUN Batu Caves & WRLR

Perubahan Kuasa Umno: 3ribu kaum India Pulau Pinang sertai KeADILan



Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menerima kemasukan kira-kira 3000 ahli baru ke dalam KeADILan esok (Hari Ini) di satu majlis di Bayan Baru.


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak Sim Tze Tzin, penyertaan ahli baru ini menandakan rakyat telah bosan dengan Barisan Nasional serta pergolakan politik Barisan Nasional.

“Penyertaan mereka akan diketuai oleh salah seorang pemimpin kanan MIC negeri ini yang mana negeri ini yang juga ketua bahagian,” katanya.


Katanya lagi pemimpin berkenaan telah menunjukan komitmen terhadap KeADILan dan bosan dengan karenah pemimpin MIC yang sibuk mengumpul kekayaan untuk diri sendiri.

“Dalam keadaan sambutan Deepavali beberapa hari lagi, rakyat menuntut pembelaan terhadap mereka, dimana pemimpin MIC sibuk merampas kekayaan,” katanya ketika dihubungi oleh Suara Keadilan Online.

Sim juga berkata walaupun terdapat usaha peralihan kuasa, namun bagi rakyat tiada sebarang perubahan yang akan berlaku kepada mereka.

“Apa yang rakyat minta bukan perubahan tampuk kepimpinan yang mengutungkan golongan orang kaya, yang rakyat minta perubahan untuk kehidupan yang lebih baik,” katanya lagi.


- sumber dari Suara Keadilan & WRLR


Gambar-gambar akan menyusol kemudian..InsyaAllah..


[ Salam Perjuangan! Salam Reformasi! Pada jam 4.30petang ini, 11/10/2008 akan adanya satu Program Penyerahan Borang Ahli KeADILan dari 3ribu bekas ahli MIC kepada Ketua Umum KeADILan, DS Anwar Ibrahim bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato' Zahrain Mohamed Hashim yang berhadapan Hotel Vistana Bukit Jambul.


Dan dari sumber yang dipercayai, dalam tempoh yang terdekat ini akan juga berlaku perubahan besar-besaran a.k.a penghijrahan dari ahli-ahli umno di kebanyakkan bahagian mahupun cawangan di Pulau Pinang ini, nantikan majlis-majlis paling gempar seterusnya...]

8.10.08

Surat Bapa Altantuya Bela RPK...





Diatas adalah surat yang dikirim oleh bapa kepada Altantuya Shaariibuu, Dr. Shariibuu Setev kepada Raja Petra Kamarudin (RPK) yang kini terpenjara selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting dan sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya diatas tuduhan dibawah Akta Hasutan.

Surat tersebut dikirimkan olehnya kepada penulis blog Susan Loone yang ditulis dengan tulisan tangannya sendiri. Terjemahan dalam Bahasa Inggeris surat tersebut berbunyi begini:


I understand, Mr. Raja Petra has good personal character and has a good reputation and runs humanitarian activity.

I understand that the below issues were directly connected with murder case of my daughter:

- Who did arrange visa issue for my daughter while she visited in French?- Who was attending in the trip to French and what did they do?

If it could make clear those issues, they would understand every thing. Why is there so much force and influence in the case? Because there was a serious issue. Thus they destroyed my daughter.

Unfortunately, they pressed down Mr.Raja Petra’s statement. I think this issue needs to get attention from international human right organizations.

He (RPK) shouldn’t be a victim of politic for justice. It would be justice if they release Mr.Raja Petra.
As we are, all Mongolian worry for him and his justice, we lack of information on truth and situation.

Signed:

Mongolian citizen:
Shaariibuu Setev 06.Oct.2008


Dalam surat tersebut, Dr. Shaariibuu turut mempersoalkan tentang siapakah yang menguruskan visa Altantuya untuk ke Perancis. Selain daripada itu beliau merasakan bahawa RPK menjadi mangsa ISA kerana membongkar pengelibatan pemimpin tertinggi kerajaan Malaysia dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Diharap teman-teman penulis blog yang bersimpati kepada RPK dapat turut menyiarkan surat ini diblog masing-masing.

Mansuhkan ISA!!!


5.10.08

RPK Akan Dihadapkan ke Mahkamah ESOK...!!!


BERITA TERKINI YANG DITERIMA...!!!!
Tahanan ISA, Raja Petra Kamarudin (RPK) buat PERTAMA KALInya akan di bawa keluar untuk dihadapkan ke Mahkamah Seksyen, Petaling Jaya, pada jam 9pagi ESOK atas tuduhan Menghasut... Sekian.

4.10.08

Jemputan Rumah Terbuka AidilFitri...


Rumah Terbuka Dato' Seri Anwar Ibrahim & Dato' Seri Dr. Wan Azizah (Ketua Pembangkang Parlimen M'sia & Presiden Parti KeADILan Rakyat)

Tarikh: 11hb Oktober 2008 (Sabtu)


Masa: 9 pagi - 2 petang.

Tempat: Kediaman Keluarga, Cherok To'Kun, Bukit Mertajam.

DAN



Tarikh: 12hb Oktober 2008 (Ahad)



Masa: 2 petang - 5 petang


Tempat: Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur.

Semua Dijemput Hadir.


Sekian Terima Kasih,


Selamat Hari Raya!


Rumah Terbuka Parti KeADILan Rakyat Negeri Pulau Pinang


Tarikh: 19hb Oktober 2008 (Ahad)

Masa: 12 tghari - 5 ptg

Tempat: DEWAN JUBLEE SUNGAI DUA, SUNGAI NIBONG, BAYAN BARU, PULAU PINANG


Semua Dijemput Hadir.

Sekian Terima Kasih,


Selamat Hari Raya!

1.10.08

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 Hijrah..


Dari Pejabat TKM1 Pulau Pinang.

Dari Halagel (M) Sdn Bhd, kerana ada membuat pembelian makanan tambahan tempohari.. Terima Kasih!



Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Maaf Zahir & Batin...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1429 Hijrah... Syukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam yang menjadikan siang dan malam serta menghidup serta mematikan sesuatu yang dikehendakiNya.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Syukur kita kepada Yang Maha Esa, kerana dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki, dapat kita menyambut Aidilfitri pada 1 Syawal 1429 Hijrah kali ini dengan aman makmur tanpa provokasi melampau, setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa pada siang hari, sanggup berhempas pulas membantu tangan yang memerlukan, fakir miskin yang masih tidak terabai makan minum keluarga mereka..Bersabar serta bersyukur adalah amalan rutin bagi mereka. Bersabar dengan keadaan yang menghimpit dan bersyukur dengan kurniaan limpah rezeki yang setakat mampu.

Diatas ini 2 keping Kad Ucapan Hari Raya yang saya terima sempena Hari Lebaran yang Mulia, walaupun pada orang lain, berpuloh-puloh mahupun ratusan kad ucapan pengganti diri telah diterima sejak 2minggu akhir Ramadhan lagi.. Tetapi tidak bagi saya, cuma sejak petang akhir 30 Ramadhan, SMS (Short Message Service) mula menerjah kantung INBOX henpon..hinggalah ke saat saya menulis coretan ini, masih ada kemasukan SMS Hari Raya bertali arus dari rakan dan taulan..tidak kurang juga dari kenalan mahupun aktivis berbangsa Tiong-Hua dan India..dan ada juga rakan taulan yg mengSMS jemputan ke rumah terbuka masing2..

Kad Ucapan pengganti diri yang diterima dari Pejabat TKM1 Pulau Pinang... Terima Kasih!


Di rumah mak saudara: Nasi Himpit, Nasi Bukhari & ketupat pulut serta macam-macam adaa...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dalam Syawal yang menjelma ini.. Sampaikan perot tak dapat menerima makanan yang sedap-sedap kerana terkejut dengan kehadiran bertali arus makanan serta minuman yang setahun sekali saja dihadam.. Awal malamnya, saya kekejangan perot, lalu kepengsanan...Hehehehe..Sekian...



Salam AidilFitri... Minnal Aidil Wal Faizinn...
Related Posts with Thumbnails