Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

16.9.08

Tiada Angan-angan Mat Jenin Dalam Politik Bro...

Tuan Guru Dato' Haji Nik Aziz Bin Nik Mat - Mursyidul Am PAS




KOTA BHARU, 16 Sept (Hrkh) - Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kata kerajaan baru karut. Manakala ada pemimpin parti lain pula sebut jangan jadi angan-angan Mat Jenin.


Mengulas perkembangan itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertukaran kerajaan bukan sekadar gimik politik.


“Usaha ke arah membentuk kerajaan baru pada 16 September dengan diketuai Parti KeADILan Rakyat tidak boleh disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin.


“Ini kerana istilah angan-angan Mat Jenin itu tidak ada pada orang politik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian sambutan ulang ke-18 Tabung Serambi Mekah di sini, hari ini.


Perdana Menteri hari ini dilaporkan berkata, rancangan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan baru 16 September sebagai karut dan ia seumpama cerita kosong.


Manakala ada pemimpin lain pula menyebut jangan jadi macam Mat Jenin jika kerajaan baru tidak berteraskan Islam.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemerintahan diterajui Umno dan BN sekarang tidak menunjukkan matlamat yang jelas sama ada menuju pemerintahan Islam atau mengamalkan demokrasi.


“Kerja-kerja Umno dan rekod buruknya menjadikan parti itu Islam pun tidak, demokrasi pun tidak,” katanya.


Oleh itu beliau berkata, mengapa Umno tidak menukar dasarnya seperti dilakukan PAS di Kelantan melaksanakan polisi pentadbiran mengikut kehendak Islam sejak lebih 18 tahun lalu. - mj
- sumber dari weblog Tranungkite & dari blog no2umno

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

walaupun org berkata tgna bukannya maksum namun setakat ni kita nampak kebolehannya memimpin, akhlaknya yang terpuji, dan kita akui dia bukan maksum sebab dia bukan nabi....dan di dalam kepimpinan islam, keputusan syura adalah keputusan tertinggi yg mana orang yang mengetuai syura adalah mursyidul am, hatta presiden masih di bawah syura...
maka kita percaya bahawa apa yg diucapkan oleh tgna adalah berdasarkan keputusan syura, maka sesiapa yang melanggar syura adalah ahli yg tidak patuh pada jemaahnya.

Firman Allah "berpeganglah kamu pada tali Allah"

spatutnya tidak ada yg akan mengeluarkan pendapat dan berkata bahawa ia adalah pendapat peribadi (memetik kata tgna) dan setiap ahli politik harus mengetahui strategi....

maka memang tiada angan2 mat jenin...apatah lagi dalam politik. tengok brahim ali, dia menggunakan kesempatan yg ada, masa pilihan raya pakai bendera pas, sekarang tengok sifat orang yg tiada jemaah, org ni dia kutuk, org nu dia belasah. Amat rugi orang yg tiada berjemaah.

dan pada org yang berjemaah, terutamanya pas yang telah di didik dan ditarbiyyah, maka setiap kata yg dieluarkan hendaklah dirujuk kepada jemaah, bukan berkata in kata peribadi dan ini kata presiden.

amat rugi jika kita kata tunggu pilihanraya akan datang baru kita lawan, bukankah dulu ada dr golongan pas mahu memulau pilihanraya.....kita tak sanggup ditipu lagi.

kita memang mahukan negara islam, itu yang kita impikan dan hasratkan, tetapi adakah dengan satu hari selepas kerajaan bertukar? 18 TAHUN pas memerintah di kelantan, masih ada yg karat umno, jadi adakah kerajaan pas kelantan tidak mengamalkan ajaran islam. jawabnya tidak. kita lihat aspek yang dipenting dan ditekan adalah ilmu dan tarbiyyah, apabila kesedaran melekat pada diri biarlah sekuat mana badai yang mendatang, pegangan tetap utuh. lihat pula di terengganu, walaupun memang banyak hantu sebagai faktor, namun jika pas di sana kuat tarbiyahnya sekurang2nya kita boleh lihat kemenangan yg besar di sana, namun apa yang terjadi?

adakah kita masih mahu berbicara soal maruah sedangkan kita asyik ditipu?

Oleh yang demikian,
maka: MALAYSIA BARU BUKAN ANGAN-ANGAN TETAPI IMPIAN.

Hijat Panjang... berkata...

salam bro albinjayie..

terima kaseh kerna tinggalkan ulasan yang panjang lebar untuk tatapan semua hayati dan pikir2 kan di sini....thanks bro..

Related Posts with Thumbnails