PERMATANG PAUH, 17 Sept (Hrkh) - Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Bahagian Permatang Pauh turun padang menjejaki keluarga miskin untuk menyampaikan bantuan barangan seharian sempena Ramadan dan sambutan Aidilfitri akan datang.
Timbalan Ketua AMK Bahagian, Afzal Ahmad berkata, tujuan utama program ini ialah untuk melihat sendiri di samping membanci kadar kedaifan tegar yang masih membelenggu masyarakat Islam di parlimen itu.
Timbalan Ketua AMK Bahagian, Afzal Ahmad berkata, tujuan utama program ini ialah untuk melihat sendiri di samping membanci kadar kedaifan tegar yang masih membelenggu masyarakat Islam di parlimen itu.
Malahan program itu juga turut memperkenalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Penanti dan Permatang Pasir serta meningkatkan emej parti di Seberang Jaya.
Melaksanakan program 'Jejak Fakir' semata-mata membantu mereka yang perlu tanpa mengira fahaman politik. Semua rakyat Islam yang miskin akan diberikan sumbangan yang termampu, " terangnya.
AMK Permatang Pauh juga berterima kasih pada semua penyumbang bahan makanan seharian serta Adun Penanti yang bersusah payah mencari dana tambahan untuk menjayakan program tahunan itu.
Sementara itu, Adun Penanti merangkap Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairuz Khairudin dalam kenyataan, ingin mengangkat martabat AMK Permatang Pauh menjadi AMK paling aktif di Pulau Pinang.
Program kepemudaan katanya, telah dan akan disusun mengikut keperluan naluri pemuda sesuai dengan slogan 'lawan tetap lawan'.
"Saya difahamkan, AMK telah buat plan tindakan dan apa yang penting ialah pelaksanaanya biarlah berjalan dengan baik dan tersusun.
Sekarang kita sebagai kerajaan akan diperhati dari segenap sudut maka harus ia dibuat sebaik mungkin demi manafaat semua kaum di negeri ini, " tambahnya sambil menafikan khabar angin beliau tidak pernah turun padang meninjau permasalahan rakyat.
- sumber berita dari laman Harakahdaily
Salam Perjuangan..!! Salam Ramadhan...!!!
Terima kasih kepada Angkatan Muda M.P kerana menyusun plan tindakan a.k.a strategi awal terdahulu dari AMK Negeri sendiri.. Tahniah! dan Syabas!
AMK Negeri sendiri terkebelakang disebabkan jangka proses tertunda sebelum bulan puasa tempohari kerna bertempur di perbatasan P.44... Jika tidak, seperti 3 tahun sebelum ini, pada pertengahan bulan puasa dan minggu ke-3 dah dilaksanakan siri jelajah Jejak Fakir oleh segerombolan AMK Negeri mengelilingi Pulau Pinang.
Pada 19hb September (Khamis ini) jam 9.30malam di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun, AJK AMK Negeri akan berganding bahu bersama, menyuson serta mem'packing' barang2 yang akan dimasokkan ke dalam set untuk Jejak Fakir.
Pada 21hb September pulak (hari Ahad) jam 8.30pagi, konvoi AMK Negeri akan memulakan siri jelajah bermula dari Bahagian Bukit Mertajam dan berakhir bagi sesi di Seberang di Bahagian Permatang Pauh. akan berbuka puasa bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Yayasan Aman, Penanti.
Sesi kedua pulak pada 28hb September (hari Ahad) jam 8.30pagi, konvoi akan bermula di sebelah Pulau mulai Bahagian Tanjong dan berakhir serta berbuka puasa di Bahagian Balik Pulau. Berita serta pautan gambar2 misi amal ini akan di posting secepat mungkin selepas Program Jejak Fakir Ke-4 ini berjaya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan