Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

20.9.08

Surat Rakyat Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia...!!


Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,

YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi.
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, MALAYSIA.

18hb Sept. 2008

YAB Dato’ Seri,

Per: Mohon pertimbangan wajar YAB Dato’ Seri demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara Malaysia tercinta.

Sebagai rakyat Malaysia negara berdaulat, saya, Mohd Sofi Yassin merakamkan jutaan tahniah kepada YAB Dato’ Seri kerana dalam tempoh pentadbiran lima tahun, YAB telah berjaya melalui dua pilihanraya umum dengan jayanya.

2 Sepertimana yang telah diketahui umum, Ketua Pembangkang, YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim telah mengutus surat kepada YAB Dato’ Seri memohon pertimbangan bagi memberi laluan kepada satu ‘Sidang Khas Parlimen’ diadakan pada hari Selasa 23hb September 2008.

3 Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kestabilan politik dan ekonomi negara, saya dengan rendah diri memohon jasa baik dan pertimbangan wajar YAB Dato’ Seri agar apalah kiranya dapat mohon mengadap ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi menyampaikan hasrat ini.

4 Sebagai rakyat, pertelingkahan berpanjangan antara dua kumpulan parti politik amat mengganggu dan membosankan. Justeru, izinkan saya mencadangkan agar permohonan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim diambil kira sebagai satu langkah bagi meleraikan kekusutan yang berlarutan ini.

5 Andaikata dalam persidangan khas parlimen itu nanti, apa pun keputusan dan perakuan daripada kesemua wakil rakyat haruslah kita sebagai hamba ALLAH yang menjalankan amanahnya menerima dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan.

6 Saya penuh yakin sekiranya ketelusan ini dilakukan, rakyat Malaysia keseluruhannya akan menerima YAB Dato’ Seri sebagai seorang Perdana Menteri yang berhemah dan memahami hasrat serta kehendak nurani rakyat terbanyak.

7 Andaikata permohonan mengadakan persidangan khas parlimen ini ditolak, maka saya juga penuh yakin pandangan serta persepsi rakyat terhadap YAB Dato’ Seri dan seluruh anggota kabinet akan tercalar dan tidak manis untuk diperkatakan.

8 Saya menaruh penuh keyakinan bahawa dengan mengadakan persidangan khas ini akan dapat membantu menghilangkan keraguan rakyat baik terhadap pentadbiran YAB Dato’ Seri sendiri maupun terhadap YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta gabungan Pakatan Rakyat.

Mengakhiri permohonan dan cadangan saya ini, saya mendoakan agar YAB Dato’ Seri serta keluarga dan rakyat Malaysia keseluruhannya akan sentiasa berada dalam peliharaan dan keberkatan kurniaan Illahi.

Terima kasih dan Salam takzim,

Ikhlas dari


………t.t…………..
Mohd Sofi Yassin,
Kuala Lumpur.
sofi@kerajaanrakyat.com
http://www.kerajaanrakyat.com/

sk : YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.

Nota:
a. Surat ini telah saya faxkan ke Pejabat Perdana Menteri (03-88883444)
b. Akan saya sampaikan kepada YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Tropicana.


- sumber dari blog UmmiHanni & Kerajaan Rakyat



Salam...
Kalaulah reramai antaq atau fakskan surat camni kat opis Pak Lah, kompom atau mungkin lembut sikit kah ati pak lah nak terima cadangan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim...ada sebabnya broo...

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails