Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

17.9.08

Blogger Kickdefella Ditahan Polis...!!!


Kickdefella Ditahan Polis Di Kota Bharu


Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini.
Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (kickdefella.wordpress.com) itu ditahan di rumahnya.

Syed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa.
Mereka turut merampas laptopnya.

Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.
Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.

Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai ‘kurang ajar’.

Perdana menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

“Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia,” perdana menteri dilaporkan berkata.
Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.

Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.




Syed Azidi a.k.a Kickdefella ditahan polis

Saya baru menerima panggilan dari seorang teman yang bekerja di Global Media Channel memberitahu bahawa Syed Azidi yang menggendalikan blog Kickdefella ditahan polis dibawah Akta Hasutan.

Saya kemudian menelefon Bariah Ishak isteri kepada Syed Azidi.
Bariah memberitahu bahawa sekumpulan polis dari Bukit Aman menahan Syed Azidi dirumahnya di Kota Bharu pada lebih kurang pukul 5 petang.

Sekumpulan polis tersebut memberitahu bahawa Syed Azidi ditahan dibawah Akta Hasutan berikutan dengan laporan polis yang dibuat terhadap blognya di Kuala Lumpur.
Beliau yang merupakan pengasas kepada Gerakan Bloggers United kini dibawa ke Kuala Lumpur.

Laporan lanjut menyusul kemudian.
- sumber dari blogger Amin Iskandar a.k.a Black.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails