Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

13.9.08

Ops Lalang II Bermula..!!!




ISA: Teresa Kok turut ditahan

Pemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.
Beliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.


Difahamkan, ahli Parlimen Seputeh itu ditahan pada kira-kira jam 11.18 malam ini.Beliau yang juga exco kerajaan Selangor ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.


Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.


Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengesahkan penahanan Teresa.Menurutnya, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.


- sumber dari Malaysiakini & berita terdahulu mengenai penahanan RPK.


Terkini di IPK Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato' Zahrain Mohd Hashim bersama ratusan penyokong PR berkumpul untuk melakukan Laporan Polis terhadap pencabulan hak asasi terhadap Tahanan ISA hari ini RPK dan terbaru seorang wartawan suratkhabar Sin Chew Daily yang ditahan dirumah beliau di Bukit Mertajam serta Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di KL.


Berita lanjut serta terkini akan menyusol...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan operasi lalang namanya.....
ini operasi petualang, pasai pa aku cakap macam tu....org lain timbulkan isu ni utk menyalahkan pihak lain seterusnya akan cuba mengatakan PR ini menghina islam dan melayu, kut ya pun depa pernah kutuk islam dan melayu, kaji balik la pasai pa benda ni jadi, bukankah kerana nakhoda2 dan kelasi2 dlm tongkang yang mengemudikan kapal tu yg tersilap arah sampai generasi berikutnya buta.....
albinjayie

Hijat Penang @ Panjang. berkata...

salam tanpa nama - albinjayie...

yup..operasi petualang yang sdr maksudkan ada kebenarannya..pemimpin lain mainkan isu perkauman, tak di tangkap mahupun diberi amaran, tetapi pemimpin PR dan kolumnis di tahan pulakk...

Related Posts with Thumbnails