Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

31.8.08

Ku Pohon Maaf Di Ambang Ramadhan..



Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua...


Kepada semua insan yg membaca e-mail / coretan ini samada MENGENALI atau TIDAK MENGENALI secara khususnya, saya ingin memohon ampun dan maaf kiranya ada sebarang perkataan,perlakuan atau apa2 sahaja yg menyingung perasaan selama ini...mohon ampun dan maaf.

Semoga Ramadhan kali ini di terima oleh yg Maha ESA....

Sabda Rasullulah S.A.W." Barang siapa yg memutuskan silahturahim dgn sengaja, Maka ALLAH akan mengharamkan segala RAHMAT ke atas dirinya sehingga datangnya hari kiamat"...

Jgnlah malu untuk memohon maaf kepada insan lain kerna ia adalah sesuatu yg dituntut dalam islam.

Selamat Berpuasa.



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakh
Semoga Ramadhan Membawa Keberkatan Kepada Semua Dan Mengukuhkan
Ukhwah Yang Terbina.

Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku samada sengaja atau tidak sengaja...dan halalkan makan minum yang dimakan.

Yang Tulus Ikhlas ,

Hijat Penang @ Panjang.

28.8.08

Datuk Seri Anwar ketuai Ahli Parlimen PR PROTES Sidang Dewan..

Boikot..!! Protes..!! Jangan tak Protes...Protes Sampai Depa Turun YB..!!!

Salam Reformasi..!! Salam Perjuangan...!! Salam KeADILan..!!

TERKINI..!!! Ketua Pembangkang Parlimen M'sia yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, memPROTES tindakan kurang cerdik KERAjaan Be-enD kerna tak mahu tubuhkan jawatankuasa pilihan untuk mengkaji "kecacatan" dalam rang undang-undang DNA.

Perdana Menteri Dollah Badawi yang duduk berhadapan dengan Ketua Pembangkang hanya mendiamkan diri ketika pertikaman lidah antara Menteri Dalam Negeri dengan barisan Ahli Parlimen PR..

Sumber berita dan pautan serta lebihan lanjut sila ke laman Malaysiakini dan Bernama

Ahli Parlimen P.Pauh kini rasmi sebagai Ketua Pembangkang Parlimen M'sia



Salam Reformasi..!! Salam Perjuangan...!! Salam KeADILan..!!


Pada jam 10:05pagi mengikot jam dalam Dewan Rakyat, bangunan Parlimen, Kuala Lumpur...Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan selamatnya mengangkat sumpah di depan Yang Di Pertua a.k.a Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku Ahli Parlimen kawasan P.44 Permatang Pauh dan sebulat suara oleh Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen M'sia.


Dalam sekitar jam 10:47:01pagi, informasi terkini di terima mengenai perkara diatas dan juga ada di beritahu pihak RTM 'tak berani' menyiarkan secara 'LIVE' dengan izin.. (macam berucap dalam Dewan lak dahh..) walaupun ada dalam slot harian siaran dari Dewan Rakyat kerana mungkin Menteri yang menjaga RTM tu cam nak 'balas dendam' yang pada satu ketika dulu ni TEWAS secara beradab dalam sesi DEBAT TERBUKA anjuran portal Agendadaily.com dan bertempat di Dewan Bahasa & Pustaka..



Tadi petang ni, Menteri tersebut telah menjawab yang HANYA sesi soal-jawab SAHAJA di berikan liputan langsong, tiada keistimewaan di beri kepada mana-mana pihak untuk sebarang apa Upacara sekalipun..menteri apa jadah kalu camni, buat undang2 sendiri ka..?? Nampak sangat la yang dia tu tak puaih ati sangat kena 'belasah terok' masa Debat aritu...



Esok hari pulak Pak Lah katanya nak bentang-kan BELANJAWAN a.k.a BAJET 2009, Ketua Pembangkang yang baru dok ada ni mungkin takkan dok diam..dan mungkin jugak sesi esok ni berlanjutan sampai 2-3pagi..hah laa..maunya Pak Lah terketaq2 nak baca teks BAJET tu berjam-jam lamanya sedangkan berdepan dengan dia adalah mantan Menteri Kewangan..ada pengalaman lebih lagi dari dia..silap2 aribulan ayaq mineral depa tak boh dalan cawan dah, mungkin depa boh botoi mineral yang 1 kilo atau 3 kilo punya...kalau boh dalam cawan,gelas satgi tak cukop..cepat dahaga..hehehe..pandai la aku dok merapu...



Camana pun esok di Parlimen serta tarikh 16 September adalah dinantikan seantero Malaya untuk pastikan Ketua Pembangkang yang baru sekarang ni akan jadi Ketua Kerajaan a.k.a PM - Perdana Menteri M'sia ke-6...

Hehehe...ApSeRe..







27.8.08

Dah dimasukkan dalam senarai a.k.a Update Already..

Klik imej untuk terus ke Laman Web Rasmi Parlimen


Salam Reformasi..!! Salam Perjuangan..!! Salam KeADILan..!!

Maka dengan ini rasmilah sudah nama Ahli Parlimen BARU P.44 Permatang Pauh sudah termaktub dalam senarai Dewan Rakyat, laman web Rasmi Parlimen M'sia...laaaa..hangpa ingat reka2 ka..???

Ini betol-betol laaa...Bukan cobaannn dahhh...Tadi petang YDP Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tolong UPDATEDkan...esok pagi upacara Angkat Sumpah Ahli Parlimen Permatang Pauh, selepas tu automatikLah jadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat...(untuk sementara waktu sahaja..)

Laaa..sunggohhhh..!!!! Klik dan layari website Rasmi Parlimen tuh...ingat main2 kaa..??? Don pley-pley hah...

- sumber yg di cilok dari blog no2umno ...k, tango kilo bro...

Akhirnya DS Anwar Ibrahim akan berSUMPAH...


kemaskini 2:29 petang Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan pagi ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen baru Permatang Pauh, akan mengangkat sumpah esok.





Anwar kembali ke dewan yang mulia itu selepas 10 tahun apabila meraih kemenangan besar malam tadi dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah & calon AKIM sebanyak 15,671 undi.


(dah elok sangat susunan dalam gambar, calon yang MENANG, tewas dan tewas juga..1,2 dan 3)


Saat meraikan kemenangan di hadapan ratusan ribu penyokong di IPTB malam semalam bersama teman2 dari Pakatan Rakyat..

Mantan menteri kewangan itu, dipercayai akan terus dilantik sebagai Ketua Pembangkang esok, berdepan dengan rakan kabinet lamanya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan Bajet 2009.



Kemunculan bekas timbalan perdana menteri ini paling dinanti-nantikan oleh banyak pihak, khususnya selepas ura-uranya merancang pembentukan kerajaan baru menjelang 16 September ini.

Ketua Whip PKR, Mohd Azmin Ali dilaporkan berkata beliau akan menghantar surat kepada yang dipertua Dewan Rakyat bagi memaklumkan pemilihan Anwar mengetuai ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat.
"Surat itu akan diserahkan petang ini," naib presiden PKR itu dipetik berkata di lobi Parlimen hari ini.

- Malaysiakini.

Berita serta informasi di atas telah menafikan laporan serta ramalan seperti pada 20hb Ogos yang lalu dalam wa punya posting blog ni yang ada petikan sumber,konon-nya Speaker Dewan Rakyat TIDAK akan benarkan angkat SUMPAH sehingga habis sidang Dewan hujung bulan Ogos ini.

Berita yang terkini juga diterima, YB N Gobala Krishnan telah dibebaskan dari tahanan di Balai Polis Seberang Jaya dengan ikat jamin polis sebentar tadi. Beliau telah ditahan semalam kerana menghalang bas-bas pengundi hantu di Permatang Pauh.

- pautan berita dari Malaysiakini boleh di dapati di SINI



Kesan 26hb Ogos 2008 kpd politik UMno / Be-enD..




SEMUANYA sudah selesai namun belum berakhir! Pilihan raya kecil Permatang Pauh yang dianggap memeritkan dan paling ganas dan kejam sudah pun tamat.


Namun kesan, hala tuju dan agenda selepas kemenangan itu masih belum selesai. Perjuangan Anwar baru bermula hari ini, selepas beliau dinobatkan sebagai ahli Parlimen.


Seperti mana saya kata, kemenangan itu seolah-olah Anwar baru memakai baju perang, lengkap dengan senjata, semangat semakin membumbui dan memulakan langkah ke medan perang.


keadaan trafik di persimpangan menuju ke IPTB pada jam 8:00malam, sedang sesak teruk..

Jalan-jalan yang bakal dilalui makin mencabar namun puncak impian kian merendah.
BN dan seluruh warga termasuk mereka yang mencurigai perjuangan Anwar, yang mencemuhi peribadinya harus akur dan menerima hakikat yang berlaku kini! Bahawa kebangkitan rakyat sudah melata.


Gelombang dan suara rakyat yang ingin perubahan tidak boleh disekat dan dihalang lagi.
Bahawa seluruh segenap lapisan rakyat bersama Anwar dan mahukan Anwar berada di hadapan menghayun langkah bangsa membentuk Malaysia baru lebih merdeka.


keadaan trafik di BKE menuju IPTB, Permatang Pauh pada jam 7:30petang sudah sesak kerna susur masuk ke lokasi telah di TUTUP..

Hormatilah pilihan raya yang baru berlangsung itu. Buktikan bahawa kita semua adalah pendokong demokrasi yang demokratik.


Jangan ada selepas ini berbagai kecaman, komentar yang menandakan kelemahan diri kita sendiri. Umno terutamanya hendaklah menerima realiti yang berlaku kini dan bermahasabah atas bahana yang diterima.


Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak perlu sedar bahawa nyawa politik mereka kian terancam. Dalam konteks ini apa yang mereka kena fikir bukan diri mereka namun diri dan nasib parti mereka, Umno.


Waktu kini bukan untuk menyelamatkan diri lagi, tetapi menyelamat wadah yang dikatakan keramat namun sudah berkarat berulat itu.


Keduanya Abdullah dan Mohd Najib perlu melepaskan jawatan sekiranya keduanya masih ada maruah tersisa! Umno harus dipimpin oleh mereka yang berjiwa rakyat dan bersih dari segala nesta atau mereka yang tidak berhajat menjadikan Umno sebagai bahan pesaka.


Kemenangan Anwar bukan kerana nasib, tetapi lantaran pengorbanan besar rakyat. Kemenangan itu adalah mesej besar daripada nuasa.


Majoriti sebanyak 15,671 undi adalah majoriti yang merupakan isyarat kepada BN bersiap sedia membeli kain kapan untuk membungkus mayat sendiri kemudian dikuburkan dalam lubang yang mereka menggalinya lama sebelum ini.


Kita yakin kalau Anwar tidak dikhianati; kemenangan yang diraihkan sekejap tadi akan menjadi cahaya yang menyuluh jalan gelap yang dilalui selama lebih 10 tahun lalu.


Seperti mana saya sebutkan sebelum ini, BN harus membuat pulut kuning untuk meraikan kemenangan Anwar dan memohon maaf atas kesalahan dilakukan kepada bekas TPM itu.


Saya yakin Anwar yang bererti “bercahaya” bukan seorang pendendam dan bersedia menerima maaf daripada Umno dan pemimpinnya; baik peringkat cawangan, bahagian dan pusat.


Dan sebagai balasan paling afdal untuk dianugerahkan kepada Anwar atas kemenangan besar itu, dan penebusan dosa ialah dengan menarik balik pendakwaan ke atasnya dan berilah peluang kepadanya untuk memimpin negara ini secara terhormat.


Tahniah kepada Anwar Ibrahim dan tahniah juga kepada semua pendokongnya. Secebis pesanan ikhlas semoga kemenangan itu membersihkan Anwar dari segala kekotoran dan memberikan peluang baginya memperbetulkan kekhilafannya selama ini.


Anggaplah kemenangan malam ini satu kelahiran baru Anwar yang putih bersih dan dipenuhi sejuta keharuman tulip dari sejuta taman! Dan tidak terlupa salam dan pesan bahagia ini juga buat Azizah!

Oleh Mohd Sayuti Omar a.k.a MSO.
Rabu, 27 Ogos 2008
Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com

Sedutan video laungan 'REFORMASI' bergema di perkarangan padang IPTB

Juga berita serta artikel pantas dapat di layari di blog YB Zul Noordin, Aloha2, MatComot, Cucu Mat Kilau dan dot dot dot...(pepandai ler korang carik sendiri..)

Hehehe...ApSeRe..

26.8.08

Baru nak updet sket la broo...



Salam...kabare, waras ka? Sori erkk..wa baru balik semalam dari 'out-of-state' ke Key Eel dari Jumaat sampai Isnin malam daaa...Wa punya abang ade Konvo OUM kat Bangunan Amno KL..opsss..P.W.T.C ler..


Pasai tu la aloha2 marah sngat kat wa sebab tak updet langsong blog..mana wa ada BleckBerry@ Henpon wi-fi 3.5G cam dia (si aloha2) nak akses internet..pi sana lak menumpang umah pak menakan wa kat area2 bekas Istana Hinggap DS Anwar Ibrahim dulu2 nih..Sungai Buloh..Kg Paya Jaras Hilir tempat aku menumpang mandi..internet pun tak do kat umah dia, apa tah lagi bebayang notebook @ laptop milik aku atau hamba Allah lain utk wa updet story mory dari P.44 Permatang Pauh..sayu atiii...cuma dapat info kurang soheh dari nightline TV3 suku dan SMS kengkawan di P.Pauh..


Orang kalot2 pakat mai berkampong kat P.Pauh, wa lak lari p Key Eel...hah laa..Selangor,Melaka, Nogori,Johor dgn Key Eel dah KOSONG..manusia ramai dah kurang..sebab tu ler wa mai replace tempat kosong tuh...hehehe..ok wat? Lagipon graduan2 yang mai KONVO OUM (Open Universiti M'sia laa..) bawak mai sekampong dengan sedozen adek beradek ke PWTC nih..tu yang ramai giler ngalahkan Perhimpunan Ala Rimba Ameno Koko...





Malam arinya sejurus sampai jam 8:45mlm di Penang nih, bersiap2 mai ler ke Jalan Bharu, P.Pauh..ya Rabbhi! Lautan manusia..!!!! Polis trafik yang terkujat berok wa nampak cam tak tau nak bertindak camna dahh..UKP lagi bapak punya TRAFIK dok bertugas kat sepanjang jalan dari depan MEGAMALL hinggalah ke BULATAN BUKIT mailto:TENGAH@MINYAK...%20hujan yang boleh tahan turon tak menghalang ratosan ribu manusia menghadirkan diri ke progrem kemuncak akhir malam kempen...


Jam 12:00tgh malam 26hb Ogos 2008, tamat lah sudah tempoh berkempen...ado dapat info yang segorombolan mat2 rempit upahan, ado yang bawak bendera DAP,PAS & KeADILan buat konvoi 'buat kacau' kat area2 panas...provok org ramai...nih bukan geng2 budak muda PR...puak lain nih..wa ushar pun 8-9 puloh kali lain jerrr...kalo spesis REMPIT nih payah la nak tukao pesen lain..


Camana pun disebabkan ado tugasan di umah bermula jam 7pagi hinggalah jam 1:30petang sat2 nih, wa masih belum ke area P.Pauh dan akan bergerak jam 3petang...mungkin dapat2 bantu serba sedikit jentera2 p'raya kat sana..cuma seawal jam 8pagi tadi dapat siket info dari teman seangkatan reformis wa, bro Zul Mamak yg dia dah berada di sana sambil moniter kot2 bas-bas pngundi antu mai mendarat...camana pun sat wa nak gerak siket..si aloha2 dok call dah, bnyok kali tak sempat nak pick-up sebab dok ralit updet posting ni hah...ok..




Untuk updet latest info di P.44 silalah ke link YANG INI atau pun YANG NI...


22.8.08

Kempen Wanita Be-EnD di P44 P.Pauh...



Hehehehe....di cedok a.k.a cilok dengan izin dari blog memberku tentang Kempen Jihad oleh makcik Sharjihat Jalil bersama bala tentera wanita be-enD di seantero bumi Parlimen Permatang Pauh sekarang nih...



Teruja lagi menggagumkan para penduduk setempat kiranya dapat sorang ustazah kelas fardhu ain atau sekolah pondok a.k.a sekolah agama rakyat cam dalam gambaq kat ataih ni, mengajaq serta melancarkan Kempen Jihad ala-ala marathon Wanita mahupun juga di sertai oleh sebilangan kecik ahli gedik Puteri Be-enD...



Hebat kan tuan-tuan dan puan-puan Kempen sebegini di adakan...Hebattt...!!!! Mau sangat nak ciplak idea oranggg....Jihad Lah....



Yang sempoi-nya hangpa tengok la sebidang Billboard kat Matang Pauh yang terang lagi bersuloh kat bawah ni memaparkan MESEJ yang JELAS untuk semua orang yang tak cetek akal pahami....



Hehehehehe.... ApSeRe....

20.8.08

Konspirasi Politik Untuk Jatuhkan Kerajaan PR Perak



Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak membabitkan kes 2 orang EXCO Parti KeADILan Rakyat hari ini.


Kerajaan Pakatan Rakyat Perak menegaskan bahawa wujudnya 1 konspirasi politik tertinggi dengan tujuan cuba menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.


Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekeras-kerasnya menafikan kewujudan Projek Perumahan yang dikatakan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar.


Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga TIDAK PERNAH MELULUSKAN apa-apa projek perumahan di Sri Iskandar seperti yang diwar-warkan setakat ini.


Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga menegaskan bahawa mustahil bagi YB Jamaluddin dan juga Kapten Osman meluluskan apa-apa projek perumahan kerana ianya adalah DILUAR BIDANG KUASA MEREKA.


Sebagai sokongan kepada kedua-dua EXCO yang ditahan berkenaan dengan kes yang disebutkan, 1 KEMPEN SOLIDARITI telah dilancarkan untuk YB Jamaluddin dan juga YB Osman.


Sebagai langkah pertama KEMPEN SOLIDARITI, 1 perhimpunan akan diadakan pada jam 9:00 pagi esok di perkarangan Mahkamah Majistret Ipoh.


Seterusnya pada jam 2:30 petang 1 lagi perhimpunan akan diadakan di Mahkamah Tinggi dimana Hakim akan membuat keputusan untuk menilai semula perintah tahanan reman kedua-dua tertuduh.




-berita lain boleh di layari di SINI

Pelan Kecemasan & Halangan 16 September..



Sekiranya ada kebenarannya tajuk di atas, maka perancangan asal Pakatan Rakyat harus difikirkan balik, iaitu perlu dilihat semula Pelan Kecemasan ”CONTINGENCY PLAN”, sama ada perkara di atas tidak termasuk dalam satu daripada urutan proses mengambil alih Putrajaya.


Kenyataan SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di bawah, boleh membawa maksud mungkin ini adalah usaha-usaha terakhir kerajaan umno/bn ini, bagi merencatkan perancangan tarikh penghijrahan MP BN pada 28 Ogos seperti kata YB Zulkifli Nordin dan pengambil alihan Putrajaya pada atau sebelum 16 September .


Kalau sekiranya tarikh angkat sumpah ”YB” Dato’ Seri Anwar Ibrahim ”DILAMBAT–LAMBAT” sehingga 13 Oktober 2008 Isnin, [ setelah parlimen berehat daripada 1 September hingga 12 Oktober kerana menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya ], iaitu tarikh mula persidangan Parlimen yang akan datang, di mana persidangan sekarang akan berakhir pada 29 Ogos, iaitu tarikh pembentangan bajet 2009.


Mengikut jadual persidangan, PARLIMEN KE-12 2008 TAKWIM DEWAN RAKYAT PENGGAL PERTAMA, MESYUARAT KETIGA, bermula 18 Ogos dan berakhir 11 Disember 2008, Khamis iaitu selama 41 hari.


Beberapa pilihan, mungkin boleh jadi terjadi;-


I] Pada 27, 28 atau 29 Ogos, sekiranya ”YB” Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dijemput dan dibenarkan mengangkat sumpah, proses dan tindakan berhijrah boleh dan harus dilakukan dengan segera. Tetapi, kemungkinan ini, sangatlah kecil, iaitu kalau mengikut kenyataan SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di bawah, ”YB” Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ”TIDAK” akan dibenarkan mengangkat sumpah pada tarikh-tarikh tersebut, dalam bahasa yang sopannya ”TIDAK PERLU TERGESA-GESA”Sebab-sebab nya kita boleh membuat tafsiran sendiri.


ii] Pada 27, 28 atau 29 Ogos, sekiranya ”YB” Dato’ Seri Anwar Ibrahim, TIDAK dijemput dan dibenarkan mengangkat sumpah, proses dan tindakan berhijrah juga, boleh dan harus dilakukan dengan segera, tetapi PR kekurangan satu [ 1 ] kerusi.


Sehubungan dengan itu, angka yang selamat dan selesa harus perlu lebih daripada 30 [ atau 43 ]. Kita perlu memahami, kerajaan umno/bn tidak mungkin akan menyerah dengan mudah Putrajaya, kerana risiko yang akan dialami oleh pemimpin-pemimpinnya, dalam semua hal dan sudut seperti peluang-peluang perniagaan [ nombor wahid yang difikirkan ], kesalahan-kesalahan rasuah, jenayah dan lain-lain sedia menunggu mereka ini.


iii] Sekiranya tarikh 16 September DITUNDA, maka proses berhijrah boleh dan akan dilakukan bermula 13 Oktober, iaitu tarikh persidangan Parlimen disambung semula.


Tetapi, ianya tidak perlu ditangguhkan lagi, kerana penangguhan kepada tarikh lain, akan memberikan ’advantage’ kepada kerajaan umno/bn memanipulasi dan dari segi psikologi nya Pakatan Rakyat, telah tewas dan kecundang, kerana tidak tetap pendirian, mungkir janji dan berdolak-dalik, atau perancangan Pakatan Rakyat tidak sempurna, maka bagaimana untuk mengambilalih pentadbiran kerajaan pusat dan Putrajaya.


Sekiranya ini berlaku, semua saluran media kerajaan umno/bn, cetak & elektronik, seluruh ’think-tank’, semua Profesor-profesor [ walaupun ada orang kata Profesornya bertaraf Prof ”KANGKUNG” saja ] dan jurucakapnya akan diberikan ruang, slot dan peluang, untuk MEMBEDAL, MENGHENTAM, MENGHINA, MENCERCA, MEMAKI, MEHERDIK, MERENDAH-RENDAHKAN Pakatan Rakyat, selama 25 jam sehari.


Sanggupkah kita menghadapi situasi itu nanti?
Kita tidak punya pilihan Ke-2, 16 September MESTI berlaku penghijrahan 30 atau 43 atau lebih Ahli-ahli Parlimen BN kepada Pakatan Rakyat, sama ada Parlimen akan ”DIBENARKAN” tumbang atau tidak.


Angkat sumpah tak perlu tergesa-gesa



SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata proses angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru selepas keputusan pilihan raya kecil itu diketahui pada 26 Ogos ini, tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa.


Katanya lagi, Ahli Parlimen terbabit akan mengangkat sumpah mengikut amalan biasa iaitu selepas beliau dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


"Ia boleh dilakukan bila-bila masa tetapi tidak perlu tergesa-gesa untuk mengangkat sumpah. Apabila saya diberitahu mengenai perkara itu oleh SPR, saya akan berjumpa dengan pemenang pilihan raya berkenaan dan akan buat keputusan masa yang sesuai untuk melangsungkan proses angkat sumpah sebagai Ahli Permatang Pauh yang baru," katanya kepada pemberita apabila ditanya kemungkinan proses angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pada hari pembentangan Bajet iaitu 29 Ogos depan iaitu tiga hari selepas hari pengundian.


Pilihan raya Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon Barisan Nasional, Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Mamat.






Sumber dari- Ulit Mayang @ Laman Marhaen.

Info Terkini mengenai Pemenang Pingat Olimpik, Lee Chong Wei


Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei petang ini telah di 'larikan' oleh individu2 tertentu yang sehingga saat ini tidak dapat di hubungi oleh keluarga dan pihak media kerana pada malam ini dijadualkan satu Program Bersama TPM di Permatang Pauh, Majlis Penyerahan cek sebanyak rm300,000 kepada beliau.


Tindakan pihak tersebut tidak sepatutnya di politikkan pada saat bahang PRK P44 P.Pauh melanda untuk pihak Be-End meraih simpati serta kepopularitian jaguh negara kelahiran
anak jati Pulau Pinang.


Pejabat exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Komuniti Negeri Pulau Pinang melaporkan, sepatutnya beliau tiba dari KLIA ke Pulau Pinang untuk satu program bersama Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng telah 'di cilok' oleh individu tertentu tanpa sebab dan tanpa di beritahu ke mana hendak di tuju..


Maklumat lanjut akan menyusol...




Sumber berita sebelum ini dari KLpos & link INI

Siri Debat Antara Mantan KM vs KM Lim Guan Eng


Siaran Langsung di TV9 dan NTV7 jam 9 malam ini ...siaran tertunda (cam biasa la di TV3 suku) jam 12.30 malam.





Jangan lupa malam ini program Siri Debat Agendadaily yang mempertemukan dua orang kuat Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon.


Debat dibawah tajuk "Kisah Benar Disebalik Kontroversi Tanah di Pulau Pinang" itu akan berlangsung pada jam 9 malam 20 Ogos (malam ini) bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Ia akan disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini menerusi TV9 dan NTV7 manakala siaran tertunda pada jam 12.30 malam di TV3 suku.


Ini adalah debat kedua dianjurkan oleh Agendadaily. Debat pertama antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada 15 Julai lalu.


Guan Eng dedah surat penyelewengan tanah Pulau Pinang


PP: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini membidas bekas ketua menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mengaitkan bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes kegagalan kerajaan negeri dahulu menuntut baki bayaran penjualan tanah sebanyak RM9 juta dari sebuah syarikat di Pulau Jerejak.

Katanya, Koh kini cuba mengaitkan pihak lain sedangkan beliau (Lim) mempunyai bukti bahawa bekas ketua menteri itu tidak mengambil sebarang tindakan untuk mendapatkan semula bayaran daripada syarikat itu walaupun selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan dipenjarakan.

Beliau berkata, siasatan mendapati bekas setiausaha sulit menteri kewangan, Anuar Shaari pernah menghantar sepucuk surat bertarikh 22 Mei 1998 kepada Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Lim berkata surat itu meminta PDC meneliti dan memaklumkan kepada kementerian mengenai cadangan syarikat berkenaan walaupun tempoh yang diberikan untuk pembayaran adalah selama enam tahun.

Katanya, malangnya Koh tidak mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat yang membeli tanah di Pulau Jerejak itu dengan harga RM29 juta dan tidak membayar baki RM9 juta sehingga sekarang.

Lim berkata, beliau terpaksa mendedahkan surat itu kepada media sebagai menyahut cabaran Koh yang mengaitkan kononnya tindakan beliau adalah atas arahan Anwar yang juga menteri kewangan ketika itu.

Esok 20 Ogos (Hari ini) Lim dan Koh akan berdebat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur mengenai isu penyelewengan tanah di Pulau Pinang.





-sumber dari Agendadaily & KLpos

19.8.08

Terbongkar Jua Akhirnyaa..!!!

(Klik Untuk Besarkan Imej)


Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang bin Porigi, yang dikatakan 'imam' yang menjadi saksi sumpah mubahalah Sial Fool terdedah jua...

Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.


Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam.

Dan ini pula friendster si ramlang http://profiles.friendster.com/43341251

(steady-Lah 'imam'..posing maut lagi..)

sakan jugak 'imam' a.k.a saksi nih interested nak berfriendster2 lagi...mungkin untuk mudah orang buat aduan serta nak berdakwah kot...hehehe..

nampak sangat la mamat ni telah di kambing hitam-kan di kala hari penamaan calon PRK P44 tempohari...alahaiiii...naseb ko ler Labuuu......terlondeh jua akhirnya jubah kooo.....



- sumber dari blog aloha2 tochey,tochey..kamsiah,kamsiah..!!




Calon BN P44 P.Pauh ada PhD betoi ka??



"I cut and paste part of article dari Malaysiakini.

Please check Ariff Shah Calon UMNO di Permatang Pauh ni betul ke buat PhD.

Atau ini jenis PhD yang ramai artis2 di Malaysia dapat. Sekarang ni ramai artis dah ada PhD. Entah bila lah mereka ni sweat it out buat PhD.


An Old Timer: I read in one of the local papers that the BN candidate for Permatang Pauh, Arif Shah has a diploma in civil engineering from Grabel International and is currently pursuing a Ph.d from Edison University of Technology.


I did a quick Internet search and could not find any information on either of the institutions.
Could it be that Grabel International is one of those unaccredited private colleges located in one those shophouses in Chow Kit Road and could it be that Edison University of Technology one of those many diploma mills churning out Bachelors, Masters and Phd degrees at prices ranging from US$100 to US$1,000?


I believe Permatang Pauh voters want to know the truth about this guy's real academic qualifications for they want their MP to be honest with himself and the public.


If one does not have any real diploma or degree, just honestly say so. (maklumat yang di email..)


- dari blog chegubard

18.8.08

Kempen PRK P44 P.Pauh Bermula..!!!


Banner yang menarik isi-padu ayat serta kata-kata untuk di fahami oleh orang yang paham bahasa.. (dari senikata lagu rasmi parti ameno..kalau tak silap ler..)



Duit..Duit..di mana kao duit.. Dok nampak di Permatang Pauh la kali nih Duit akan Turon..!!!

Kepada pengundi di Permatang Pauh, kalau dah dapat 'pulus' tu hambek..sebat ajerr..janji pangkah tu lain noo...Kepala agong apa kira, janji lepaih duit minyak moto,keta,top-up henpon dan sewaktu dengannya..

Tak ambek satgi depa yg nak bagi tu kecik ati lakk..dah tu menimbun lak satgi stok duit tu nak di agih2kan..kalau dah ambek, stok cepat sket abeh...hehehe..

Terbaca artikel terkini dalam RencanaRakyat dan Mat Saman Kati ada rancangan untuk mengagalkan keluar-nya pengundi2 di setengah2 kawasan dalam Permatang Pauh, dengan mempolitikkan keadaan akan 'kacau-bilau' oleh penyokong2 Pakatan Rakyat yang berkempen untuk calon KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim..

Dah lama dahhh...apa nama, apa nama..??? dia yang kata, taktik lama la depa ni...takdak idea lain kaa...???

Pengundi2 Permatang Pauh bukannya bodoh nak di perbodohkan..lain la kalau di pendalaman yang memang dah sebati dengan budaya ganas dan bagi2 'RM' nih...tu pun saya pernah ke kempen P/raya DUN Sarawak 2004...hampir 4 tahun sudah, hangpa nak mai taboq duit..mai la,depa sapu serupaa...Pangkah depa pangkah lain..hahahahaha..padan muka,nak bagi sangatt...

Maunya depa tak sapu, janji saja nak buat yang tu, buat yang ni..jalan nak masok ke daerah Simunjan masa saya pi tu pun sekerat2 saja yang depa buat...insyaAllah pada tahun depan di khabarkan akan berlaku-nya p/raya DUN Sarawak..dan dari seorang teman yang bakal calon KeADILan di DUN Sarawak, (yang kerusi mana aku tak tau..) sekarang ni, bulan Ogos bulan kemerdekaan..Ketua Menteri, menganjurkan kempen bulan Merdeka selama setahun di seluruh Sarawak... sehingga-lah tahun depan sambung teruih kempen p/raya DUN... hebat sunggoh noo...

Lawan Tetap Lawan broo.... Kempen Tetap-Lah Berkempen.. Tolak Kempen Taktik Kotor..!!!

17.8.08

Hotline PRK P44 P.Pauh


HOTLINE ADUAN DAFTAR PEMILIH PRK P.PAUH 2008 -

017-4532539

Sila hubungi nombor talian seperti yang tertera di atas jika anda, sebagai pengundi kawasan Parlimen P44, Permatang Pauh menghadapi masalah seperti berikut:-

  • bermasalah atau tiada kenderaan untuk datang mengundi.
  • tidak dibenar oleh majikan keluar untuk mengundi.
  • ada pihak yang ambil kad pengenalan atau mengugut anda.
  • ada maklumat tawaran wang.
  • ingin menyemak dan mengetahui pusat mengundi.

Kami sedia membantu sila Hubungi ATAU Sms talian hotline dengan nyatakan nama dan no. kad pengenalan anda.

Ada maklumat yang diterima, pada 26hb Ogos hari Selasa ini iaitu hari mengundi:-

  • Hampir 1000 pengundi melaporkan hilang dari senarai pemilih setelah beberapa kali.
    mengundi di Permatang Pauh !!
  • Ada majikan dilaporkan tidak membenarkan pekerja keluar mengundi !!
  • Ada pengundi yang ditukar pusat mengundi tanpa dimaklumkan !!
  • Ada pihak yang mengutip kad pengenalan pengundi !!
  • Ada tawaran wang jika mengundi Be-EnD !!
  • Ada ugutan kepada pengundi !!

- sumber dari blog che'gu bard








13.8.08

PRK Parlimen Permatang Pauh bakal 2-3 Penjuru..??





AKIM yakin sokongan di Permatang Pauh


KOTA BHARU: - Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yakin mereka akan mendapat banyak sokongan daripada pengundi pada pilihan raya kecil di Permatang Pauh yang akan diadakan tidak lama lagi.


:Presidennya, Hanafi Mamat berkata, mereka meletakkan keyakinan kerana pengundi terutamanya pengundi di kalangan parti Pas mengetahui perjuangan dan matlamat AKIM dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam.


:“Sekarang ini jika dilihat Pas sudah banyak melakukan perubahan jadi kami membuat keputusan untuk mengekalkan matlamat perjuangan kami dan mengelakkan orang Melayu daripada terus diperalatkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan diri," katanya kepada :Sinar Harian: ketika ditemui pada majlis ceramah isu semasa yang diadakan di Kampung Gaung, di sini semalam.


:Beliau berkata, AKIM sudah putuskan calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh nanti dan calonnya masih lagi dirahsiakan daripada umum.


:Menurut Hanafi, calon tersebut boleh dikatakan anak tempatan dan akan memainkan peranan dalam menyelamatkan akidah dan iman orang ramai dan beliau yakin pengundi akan mula membuka mata mereka pada pilihan raya kali ini.


:Menyentuh mengenai peletakan jawatan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beliau berkata, keputusan tersebut adalah berlandaskan kepentingan peribadi bukannya atas dasar kepentingan rakyat.


:“AKIM mahu rakyat sedar bahawa mereka sudah dipergunakan dan inilah masanya untuk memilih parti yang betul-betul akan membela nasib mereka, bangsa dan negara,” katanya:.




*p/s- sumber dari Sinar Harian.

5.8.08

Atau Barisan Kabinet Baru Ini yang lebih afdhal..??


Salam...
Adakah Barisan Kabinet Baru Malaysia yang ini lebih boleh di terima akal dan lebih efisyen dari Barisan Kabinet Baru Malaysia 2008 yang sebelum ini telah dipaparkan..??
Cuba buat perbandingan..

Adakah Ini Kabinet Baru Malaysia 2008?



Salam Reformasi, Salam KeADILan...



AdaKah Ini Akan Menjadi Kenyataan..???


Jawapan-nya hanyalah sememangnya Parlimen Permatang Pauh akan terus dikekalkan dengan majoriti undi "super-duper" dan Pak Sheikh akan melangkah masuk ke Parlimen secara RASMI...



Jika...



Tanpa ada halangan 'kereta kebal' menuju Putrajaya...




InsyaAllah.....






*p/s - sumber dari email sorang handai taulan dan seperti yang pernah dipaparkan di laman blog sorang kenalan http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

(dan harap maaf kerana gambar dan tulisan nama MP yang terlalu kecil)




Related Posts with Thumbnails