Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

28.2.10

Syafia Humairah...Amanlah Mu Di Sisi-Nya..Al-Fatihah

Sedetik ditakdirkan diri mu berada di kembara dunia. Segalanya bermula dengan kepayahan. Kunjungan belaian kasih sayang yang diharapkan insan tersayang punah dimamah hari.


Diri mu hanya sempat di kembara dunia hanya tiga tahun. Itupun bermula dengan penuh kepahitan dan keangkuhan insan yang bernama manusia. Mungkin Allah lebih menyayangi mu dari menghadapi sengsara hidup tidak setanding usia mu. Allah lebih merelakan diri mu berada di sisinya. Sepatutnya diri mu dipenuhi belaian dan kasih sayang tapi apakan daya, manusia berhati iblis menjadikan diri mu sandaran amarahnya.

Syafia Humairah...

Sesungguhnya dirimu tidak selayaknya menghadapi saat-saat sukar mengharungi kehidupan, Dirimu belum sempat merasa damainya hidup di kembara dunia lantas dirimu diperlakukan sedemikian rupa. Menjadi doa dan pengharapan damai hidup yang sepatutnya diperolehi dicemburui kerasukan manusia berhati binatang.

Dirimu yang tidak tertahan menanggung sengsara, menghembuskan sisa-sisa degup jantung dengan takdir yang memilukan. Allah lebih menyayangi dirimu, berada dekat dengan-Nya. Semoga pemergian dirimu meninggalkan bekas dan teladan untuk yang hidup. Dengan Rahmat Allah S.w.t. dan doa bersemadilah diri mu dengan aman di kembara seterusnya.

Syafia Humairah...amanlah mu di sisi-Nya. Al-Fatihah...
- ikhlas dari blog ek-ele.co.cc

27.2.10

Blog Hit Dah Menjengah 111,111 Lebih...

Tengah malam 26hb Februari, awai pagi Jumaat duk tak duk, hit blog ni dah pun mencecah ke angka 111,111... terima kasih yang paling tak terhingga pada semua pengunjung tetap maupun tak tetap.

Bagi aku, blog yang tak sempoi mana ni, cuma nak sampaikan mesej serta khabaq berita pada semua yang inginkan maklumat terkini, terkena, terbaru, tercanggih, terhangit dan macam-macam lagi 'ter' yang relevan untuk masa kini.

Jika masih belum kelewatan, salam takziah ikhlas dari hati kepada sdr.Zulkarnain Mohamed Ali a.k.a Zul Onenie @ blogger Tun Saban Balek, yang telah kehilangan insan tersayang iaitu tok mertua (tok kepada isteri beliau) yang telah meninggal dunia pada 23hb yang lalu (hari Selasa) akibat sakit tua. Semoga keluarga beliau dalam penuh kesabaran menghadapi dugaan. Al- Fatihah. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama para solihin di Syurga.

Kepada semua muslimin dan muslimat, salam Maulidur Rasul / Maulud Nabi diucapkan agar dapat dicontohi serta diambil iktibar dari perjuangan dan nilai-nilai yang baik dari keperibadian Nabi Muhammad s.a.w, junjungan besar kita. Jadikan Rasullullah sebagai IDOLA dan ikutan kita semua.

Camana pun tima kaseh, tengkiu, uma nandre, kamsiah, tochey, arigato gozaimas serta syukran jazilan kepada semua yang sudi menyokong dan menyelusuri segala gerak-geri berita, maklumat yang telahpun dikemas-kini di dalam blog ini. sekian adanya...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

26.2.10

SAH..!!! GPMS Dah Tukaq Nama...

Jangan la sampai orang kata Gabungan Pondan Melayu Semenanjung

Bernama semalam melaporkan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan pelawaan pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) sebagai sesuatu yang tidak berfaedah kerana langkah itu tidak akan mengubah nasib orang Melayu di Pulau Pinang.

Setiausaha Agungnya Zambri Mohd Isa berkata kerajaan pakatan pembangkang yang meneraju negeri itu sepatutnya menganjurkan dialog dan mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di situ.

"GPMS berbesar hati dengan pelawaan Pemuda parti-parti pembangkang itu tetapi berdebat bukanlah cara penyelesaian terbaik dalam menangani permasalahan itu," katanya.

Apa pun, GPMS kelihatan lebih bertamadun berbanding Pemuda Umno yang dilaporkan mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda PR. Takat berani koyak surat, tak macho la. Debat la. Orang tua-tua kata, berani kerana benar.

Walaupun begitu, nampak tak jantan bila GPMS menolak cabaran debat itu. Takut nanti orang tuduh depa sebenarnya Gabungan Pondan Melayu Semenanjung. Setakat ni, saya dah dengar orang kata depa sebenarnya Gabungan Penipu Melayu Semenanjung.

Tak elok la kalau GPMS buka jalan untuk orang tuduh depa macam-macam.


- penarik beca..

* p/s - Baru sat-sat ni dapat SMS dari sorang rakan, katanya... " Info bru. Gpms negeri PP tolak surat jemputan DEBAT (tak mahu terima). "... ~ macam ni pun ada ? punya penakot pait...orang nak ajak berdebat, bukan nak ajak main congkak atau main dam ulaq... kah kah kah... apa punya gabungan turr laaa...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

25.2.10

Blogger Pro-Be End Bongkar Jenayah Di UNISEL...???

Seorang pegawai kanan Universiti Industri Selangor, yang didakwa sebagai 'perogol' dikatakan menjadi ancaman di kalangan mahasiswa di unviversiti berkenaan.

Papa Gomo, yang mengaku sebagai seorang blogger yang pro-Barisan Nasional menimbulkan isu berkenaan dalam blognya dan menggesa kerajaan negeri Selangor supaya segera bertindak.

"Menteri Besar Khalid Ibrahim mesti segera bertindak berhubung perkara itu. Bagaimana seseorang yang didakwa sebagai perogol boleh dibiarkan bergaul dengan pelajar?" soalnya ketika dihubungi menerusi email.

Secara sinisnya, beliau berkata individu yang dilantik awal tahun lalu, tidak sepatutnya dibenarkan memegang jawatan berkenaan meskipun beliau merupakan kroni menteri besar.

Pegawai kanan itu didakwa merogol seorang pelajar berusia 26 tahun ketika beliau mengajar di Universiti Putra Malaysia, dua tahun lalu.

Menurut laporan polis bertarikh 11 Mac 2009 yang diterbitkan di laman sesawang Papa Gomo, pelajar itu dirogol sebanyak tiga kali di pejabat pegawai berkenaan pada Disember 2008.

"Beliau mahu saya menjadi isteri ketiga, tetapi apabila saya enggan, dia merogol saya sambil mendakwa cara itu sahaja yang akan membuatkan saya berkahwin dengannya. Tetapi sehingga sekarang, beliau masih tidak mahu bertanggungjawab," dakwa mangsa itu yang namanya telah dipadamkan dalam laporan polis berkenaan.

Balai polis Dengkil mengesahkan laporan polis telah dibuat. Bagaimanapun, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim tidak mahu mengulas.

- malaysiakini

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Walaweehh...!!! MB Mahkamah Saman 100 Juta Laa...

enna daa em-bi? tarak duit ka lu punya negeri perak sana...??? ammakk...

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain mengenai artikel yang disiarkan dalam Suara Keadilan.


[Berita penuh menyusul]

- Malaysiakini

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

24.2.10

Juara RakYat Konon... PeniPu RakYat Adalaa...

tergelak jugak berok dalam gambaq ni...kah kah kah..kui kui kui...bikin malu kompeni saja..


Tergelak besar saya dengan gelagat Umno yang akhir-akhir ini cuba mempromosikan dirinya sebagai juara rakyat, tapi bila dicabar ke hadapan, kecut habis dari hujung hingga ke pangkalnya! Sekali lalu, juara rakyat ini cuba menjadi hero dalam banyak isu, terbaru isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

Tapi akhirnya juara rakyat kantoi sendiri bila negeri-ngeri yang dikuasai BN seperti Johor, Pahang dan Perlis juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul.

Dan petang tadi, juara rakyat ini sekali lagi bikin 1Malaysia gelak besar apabila parti itu menerusi Pemuda Umno Pulau Pinang dan algojo setianya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) menolak Debat Perdana Rakyat 2010 yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Bagi membuktikan pepatah Melayu tidak 'tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah' itu betul, Pemuda Umno dan DPMMPP memberi dua alasan kelakar mengapa mereka enggan berdebat. Pertama, mereka hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng saja dan tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' (Pemuda PR). Kedua, mereka enggan berdebat dengan Pemuda PR yang dianggap sebagai 'kuda tunggangan' Guan Eng.

Jadi kini Sang Juara telah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Jika cabaran daripada 'ikan bilis' untuk bedebat pun juara rakyat sudah nampak pucat muka dan ketaq lutut, apa lagi nak berdebat dengan 'ikan jerung' bernama Guan Eng yang telah lulus ujian ketahanan diri setelah dipenjara selama 18 bulan kerana membela budak perempuan Melayu yang dirogol oleh seorang pembesar Umno itu? Jika dengan 'kuda tunggangan' Guan Eng pun Pemuda Umno dan DPMMPP tak berani bertarung, apa lagilah nak bertarung dengan pemilik kuda yang pastinya lebih tangkas dari kudanya itu?

Alahai Pemuda Umno, alahai DPMMPP, tak payahlah menipu Melayu lagi. Cukuplah setengah abad hangpa menipu Melayu, menjual tanah Melayu, menyewa permit dan lesen orang Melayu kepada kaum kerabat hangpa daripada kaum Gerakan dan MCA. Semua orang Melayu Pulau Pinang tahu penipuan hangpa, semua orang Melayu tahu sebelah dari teloq hangpa sudah kena rebus oleh Gerakan dan MCA sejak setengah abad dulu lagi. Dengan teloq yang tinggai sebelah lagi itu hangpa memang tak berani berdebat punya, tak payahlah beri alasan-alasan yang tak logik itu lagi!!

Berdebat pun kecut teloq, nak jadi juara rakyat konon....piiiiirah!!

- Oleh : Pendikar Gunung Kriang

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

22.2.10

Pemuda AmeNo & Dewan Perniagaan Melayu Penang TAKDAK TELOQ...

Surat Untuk Norman Zahalan, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Di Terima Oleh Setiausaha Kerja UMNO Pulau Pinang En Ramlan Ishak (tapi klik tengok pada attachment surat kat atas, tarikh pun dah gabra, pi boh esok 23hb...hehehehe...)

Surat kepada Rizal Faris, YDP Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang Di Terima Oleh Setiausaha Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang En Masri Mahmood.



Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.

Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.

Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (gambar kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.

"Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya," katanya.

Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk "Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran" adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan.

"Jika mereka (DPMMPP dan Umno benar-benar mahu menjadi pejuang isu-isu rakyat di Pulau Pinang, ini peluang mereka.

"Bermula pada hari ini (22 Februari 2010) kami memberikan tempoh selama seminggu kepada mereka untuk mengumpul bahan debat dan seterusnya menyahut cabaran. Kemuncak kebenaran yang dinantikan oleh seluruh rakyat Pulau Pinang adalah di Debat Perdana Rakyat 7 Mac ini, di Seberang Jaya," tambah Syed Mikael lagi.

Beliau juga menasihatkan golongan itu supaya tidak berlagak 'jaguh' di sebalik alasan lapuk yang dikeluarkan tetapi 'menikus' bila berhadapan dengan rakyat.

Menurut Syed Mikael lagi AMKPP bersama-sama dengan Pemuda Sosialis DAP dan Dewan Pemuda PAS menasihatkan DPMM-GPMS-UMNO supaya tidak bacul dan segera menyahut cabaran debat berkenaan.

"Buktikan anda adalah anak jantan dan bukan bacul. Jadilah 'juara rakyat' di saat rakyat memerlukannya, dan bukan hanya menjadi 'juara rakyat'," katanya.

- Malaysiakini

* p/s - memang tak layak la hangpa ni nak kritik pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang kununnya tindas serta nafikan hak Melayu-Islam kat Penang ni...cittt...baru ajak berdebat, dan-dan kata nak Debat dengan YAB Ketua Menteri saja la pulakkk... piiiiii raaaahhhhh....dengan anak-anak muda Pakatan Rakyat pun tak berani, ada hati nak lawan dengan YAB Lim Guan Eng, nihhh...bukan taraf a.k.a Level hangpa laaa...ngoookkkk...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Melayu Dan Mamak Penang...

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Isu perarakan maulid di Pulau Pinang menjadi kecoh. Ramai wartawan menghubungi saya bertanya tentang hukum perarakan maulid Nabi s.a.w itu. Ia sangat menarik. Sejak sekian lama orang Melayu berarak barangkali mereka terlupa bertanya asal-usul perarakan tersebut.

Banyak isu-isu yang akhir ini menjadi universiti terbuka untuk rakyat. Ya, seperti mana yang kita tahu bahawa sejarahwan Islam sepakat baginda Nabi s.a.w lahir pada Hari Isnin, cumanya mereka berbeza pendapat tentang tarikh lahir baginda s.a.w. Kita biasanya mendengar disebut pada tarikh 12 Rabi'ul Awwal. Namun ramai pengkaji yang menyatakan bahawa tarikh sebenar maulid baginda ialah pada 9 Rabi'ul Awwal.

Antara yang berpegang dengan tarikh ini al-Syeikh Safiyy al-Rahman al-Muabarakfuri iaitu penulis kitab Sirah terkenal Rahiq al-Makhtum. Di samping di sana ada beberapa tarikh lain yang disebut oleh pengkaji sejarah yang lain. Kegagalan untuk memberikan tarikh yang disepakati itu antaranya berpunca dari para sahabah, tabi'in dan tabi al-tabi'in atau disebut generasi salafus soleh tidak merayakan Maulid Nabi s.a.w.

Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) mencatatkan bahawa cadangan agar tarikh Maulid Nabi s.a.w dijadikan tarikh kiraan tahun Islam pernah dibuat kepada 'Umar bin al-Khattab. Namun beliau tidak menerimanya.

Kata seorang pengkaji Sirah yang juga merupakan tokoh politik dan Ahli Parlimen Jordan, Dr Muhammad 'Abd al-Qadir Abu Faris:

"Pada pendapat kami –Allah lebih mengetahui-, hikmah di sebalik penolakan Umar itu kerana beliau mempelajari dari Rasulullah s.a.w agar kita berbeza dengan Yahudi dan Kristian. Orang Kristian menentukan tarikh berdasarkan kelahiran Nabi Isa bin Maryam a.s. Mereka berlebihan dalam memuji dan membesarkan baginda sehingga sampai ke peringkat ketuhanan. Mereka kata: dia anak Allah, kadangkala "dia Allah" dan dia satu dari yang tiga.

Tujuan 'Umar itu agar orang Islam tidak terjatuh seperti Kristian dalam berlebihan membesarkan Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w sendiri telah memberi amaran agar tidak berlebih-lebihan dalam memuji baginda. Sabda baginda: "Jangan kamu memujiku berlebihan seperti Kristian berlebihan memuji Isa bin Maryam. Aku hanya seorang hamba Allah. Katakanlah: "Hamba Allah dan rasulNya" (al-Bukhari). Maka Umar tidak menjadikan maulid Nabi s.a.w sebagai permulaan kalendar Islam untuk mengelakkan generasi kemudian menyeleweng" (Abu Faris, al-Hijrah al-Nabawiyyah, m.s 16, Jordan: Dar al-Furqan).

Inilah ulasan Dr Abu Faris dan pendapat ini dikongsi oleh ramai pengkaji yang lain.

Tanpa syak umat Islam berbangga dengan kedatangan Nabi s.a.w. Kelahiran yang membawa kebahagiaan dan rahmat kepada dunia sejagat. Cumanya, dalam proses mengelakkan persamaan di peringkat itu mereka tidak mengadakan sebarang perayaan khas. Bukan bererti mereka tidak menghargai. Sebaliknya generasi Salafussoleh merupakan zaman yang paling menghormati, mengikuti dan menghargai Nabi s.a.w.


- Gambar Hiasan

Mereka terjemahkan itu semua dalam tindakan dan perbuatan mereka. Mereka mengamalkan sunnah baginda dan menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang ditegakkan oleh baginda. Hakikatnya, mereka merayakan pengutusan Nabi s.a.w sebagai rasul sepanjang hayat mereka. Namun apabila muncul zaman Kerajaan Syiah Fatimiyyah di Mesir, perayaan Maulid Nabi s.a.w secara besar-besaran diadakan. Sebab itu dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi'ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s.

Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta'la billah. Kemudian ia dihidupkan oleh beberapa pemerintah yang lain. Para ulama pula berbeza pendapat tentang hal ini. Ada yang membantah habis-habisan. Ada pula yang mengizinkan dengan bersyarat tidak mengadakan sebarang ibadah baru sempena Maulid, iaitu seperti solat Maulid, atau puasa maulid, atau seumpamanya. Sudah pasti mengingati maulid dengan mempelajari Sirah baginda, berdiskusi mengenainya dan mengingatkan tentang kepentingan menghayati perjuangan baginda, tidaklah salah.

Adapun Kerajaan Fatimiyyah, mereka mempunyai agenda politik yang tersendiri. Mereka ingin berkempen kepada kekuatan aliran syiah mereka. Beberapa pemimpin sunni kemudiannya mengadakannya juga atas berbagai tujuan yang lain. Ia berlangsungan dalam kebanyakan negara sehingga dibawa ke negara kita ini.


- Gambar Hiasan

Melihat kepada sejarah perayaan maulid, maka jelas bahawa isu perarakan bukan isu pokok dalam ajaran Islam. Ia sangat sampingan. Bahkan perayaan itu sendiri antara amalan yang menimbulkan pro dan kontra sepanjang sejarahnya. Tidak mengadakan maulid tidak menjejaskan sebarang akidah atau amalan Islam. Tentu pasti, tidak berarak maulid tidak memberikan apa-apa kesan kepada kehidupan seorang muslim.

Cumanya, kita agak terkejut mengapa soal Islam dan umatnya cuba diuruskan oleh seorang pemimpin yang bukan Islam. Ini menimbulkan berbagai persoalan. Saya tidak fikir Ketua Menteri Pulau Pinang sampai ke peringkat perbahasan ilmiah seperti yang disebut kebanyakan sarjana tentang amalan maulid ini. Maka, apakah tujuannya? saya tidak jelas.

Namun masalah umat Islam Pulau Pinang lebih besar dari tidak dapat berarak maulid. Tidak berarak maulid bukan masalah. Apa yang menjadi masalah mereka terpinggir dan seakan ada usaha ingin menghalau mereka keluar dari pulau itu sejak sekian lama. Keadaan yang dicipta yang menghimpit kehidupan mereka di pulau tersebut sehingga mereka yang berkerja di situ lari mencari penempatan di Seberang Perai, atau Kulim dan Sungai Petani, Kedah.

Lonjakan harga rumah dan pengkhianatan sesama agama dalam pengurusan tanah dan harta telah bermula sejak sekian lamanya. Sebahagian yang bertempik sakan hari ini kononnya membela melayu Pulau Pinang, tangan mereka juga tidak lebih bersih daripada tangan-tangan kotor yang ada pada hari ini.

Bukan baru, atau setahun dua melayu terpinggir. Sudah lama. Malang sebuah negeri yang pernah dalam satu masa Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang berasal darinya, tetapi umat Islam negeri tersebut sedang dihambat oleh suasana, rencana dan pengkhianat 'orang lain' dan sesama bangsa.

Sultan Muhammad Jiwa telah menjual Pulau Pinang kepada Inggeris. Di situ segala bermula. Cumanya, disebabkan suasana yang lebih bebas dari kongkongan pemikiran feudal, negeri ini sejak dahulu terkenal dengan melahirkan atau memberi ruang kepada tokoh pemikir dan orang yang petah berbicara.

Saya puji bukan kerana saya orang Pulau Pinang. Semaklah sendiri. Namun ternyata, hambatan kuasa ekonomi lebih kuat dari ketajaman fikiran dan kepetahan lidah. Pemikiran-pemikiran yang baik pun tidak mampu menghadapi kekuatan dan pengkhianatan sesama bangsa atau agama. Bukan perarakan maulid yang menentukan survival 'melayu Pulau Pinang'. Ya, 'survival melayu'. Itulah bahasa yang sering mereka gunakan "melayu Pulau Pinang". Saya antara orang kurang selesa dengan perkataan perkauman yang seperti itu. Sebutlah 'umat Islam Pulau Pinang'. Dada agama jauh lebih luas dari kesempitan bangsa. Insan boleh menjadi muslim walaupun dia dilahir tidak muslim.

Namun, seorang bukan melayu tidak boleh bertukar menjadi melayu. Isu bangsa sentiasa sempit. Isu Islam sentiasa luas dan memberi rahmat untuk semua. Hakikatnya, yang mengangkat sedikit sebanyak nama orang Islam di Pulau Pinang bukanlah melayu tetapi 'India Muslim' Pulau Pinang. 'Depa panggil mamak'.

Kedai mamak nasi kandar dan kedai emas 'keling' (india muslim) yang menyebabkan kita dapat melihat orang Islam berniaga di Pulau Pinang. Bukan tiada peniaga melayu tulen, tetapi tidak begitu banyak. Alhamdulillah, mamak Penang sudi untuk mereka dipanggil 'orang melayu'. Maka, masih terdengarlah kewujudan melayu Pulau Pinang.


- Gambar Hiasan

Sudah lama isu bangsa cuba diangkat. Cukuplah wahai melayu semua parti politik. Kekuatan kita ialah Islam. Berjuanglah atas semangat Islam. Ia lebih merangkumi setiap individu dan lebih adil untuk semua insan. Melayu Pulau Pinang tidak akan bangkit sekadar perarakan maulid. Sudah sekian lama kita berarak, apa hasilnya?! Dapat kita beli tanah, lot kedai dan rumah di Pulau Pinang lebih banyak?!

Kembali melihat isu dengan kefahaman Islam yang tulen dan merancang sebagai seorang muslim, bukan sekadar seorang melayu. Orang lain merancang, kita juga mesti merancang. Kita mengharapkan kekuatan semangat Islam dan pertolongan Allah, bukan sekadar semangat bangsa dan keris Hang Tuah.

- dari blog Dr.Mohd Asri

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

20.2.10

Ooiiittt... Peraturan Biasa Pun Salah Ka..???

Pejabat ketua menteri Pulau Pinang hari ini menjelaskan arahan melarang semua pelawat dan pegawai selain kakitangan pejabat itu daripada memasuki ruang pejabat ketua menteri di tingkat 28, Komtar adalah peraturan pentadbiran biasa.

Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri, Farida Hani M Yacob berkata arahan itu bukan bermaksud tidak membenarkan pelawat datang ke pejabat ketua menteri, tetapi sebaliknya ia bagi memastikan orang ramai tidak sesuka hati memasuki ruang pejabat itu.

"Jika dia (pelawat) nak jumpa pegawai tertentu contohnya nak jumpa saya, saya boleh bawa dia masuk ke ruang pejabat. Itu tidak ada masalah.

"Cuma kadang-kadang pelawat yang datang tak buat temu janji. Kita tak tahu apa urusan dan kita tak boleh benarkan orang sesuka hati keluar masuk pejabat Ketua Menteri," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa tingkat 28 dan beberapa tingkat yang lain di Komtar diwartakan sebagai zon larangan dan pelawat perlu mendapatkan pas pelawat daripada pengawal di tingkat tiga untuk pergi ke tingkat-tingkat berkenaan.

"Bukan bermaksud zon larangan itu kita tak bagi orang naik. Orang boleh naik dengan kebenaran iaitu setelah mendapatkan pas daripada pengawal di tingkat 3 dan selepas itu bolehlah pelawat itu naik ke tingkat 28 dan jumpa pegawai yang beliau ingin jumpa," katanya.

Semalam, Pemuda Umno menyelar tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang melarang semua pelawat dan pegawai selain kakitangannya daripada memasuki ruang pejabatnya di tingkat 28.

Ketua Penerangan Pemuda Umno (baca : AmeNo) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata arahan yang dikeluarkan dalam satu memo bertarikh 28 Jan lepas itu menyukarkan orang ramai untuk membuat urusan secara terus di pejabat ketua menteri.

- Bernama


* p/s - tu dia laaa...ngok betoi, lain kali nak hentam orang tu tanya la duluu...ni dakk, tau nak mainkan isu saja... tu la tau serbu tembok tak pakai helmet... yang mana satu peraturan, yang mana bukan peraturan pun tak tauu..memang terok la hangpa ni dah takdak ISU...cehhh...

Nihhhh... Piiiii Rahhhhh...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

15.2.10

Betoi Ka HanG CaKap Ni Ezam...???

Tindakan Zahrain Akan Beri Kesan Besar Kepada PKR - Ezam

JASIN, 15 Feb (Bernama) -- Tindakan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberi kesan besar kepada parti itu, kata bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor.

Ini kerana katanya, bekas pemimpin PKR di Pulau Pinang itu amat rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus membawa tanggapan tindakan Zahrain tersebut berasaskan faktor yang kukuh.

"Saya ingin tegaskan Zahrain bukan calang-calang ahli politik, saya antara orang yang terlibat menubuhkan PKR, saya tahu semua pemimpin PKR dan saya boleh nyatakan Zahrain merupakan pemimpin PKR yang cukup matang, yang halus pertimbangan politiknya, yang berprinsip dan cukup tajam dalam pengamatan realiti dan cabaran politik.

"Justeru apabila Zahrain membuat keputusan keluar parti, saya percaya ia memberi kesan yang besar kepada parti PKR," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis Ceramah Perdana di sini, Ahad malam.

Zahrain, yang jugas bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang mengumumkan keluar daripada parti itu pada Jumaat lepas selepas tidak berpuas hati dengan sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Mohamad Ezam juga percaya jejak langkah Zahrain akan diikuti oleh pemimpin lain dalam PKR.

-- BERNAMA

Kami menyediakan langganan
berita melalui perkhidmatan
Newswire.

14.2.10

BIMBANG TIDAK DICALONKAN SEMULA : 5 Lagi MP Keluar PKR...???

Oleh G. Manimaran


KUALA LUMPUR, Feb 14 — Lima lagi Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) disebut-sebut bakal keluar parti itu — sebahagian daripada tindakan wakil rakyat yang dikatakan kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya PKR sendiri.

Mereka dijangka membuat pengumuman tentang pendirian masing-masing dalam beberapa hari lagi, tindakan yang dikatakan akan menguji kepimpinan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini berhadapan dengan kes liwat buat kali kedua sejak 1998.

Kelmarin, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Hashim memutuskan untuk keluar PKR berkuat kuasa serta-merta, sekali gus bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Bayan Baru.

Beliau merupakan Ahli Parlimen PKR yang pertama berbuat demikian selepas dipilih pada 8 Mac 2008.

"Berdasarkan maklumat semasa, akan ada empat hingga lima wakil rakyat yang mahu keluar PKR, akan umumkan pendirian mereka selepas sambutan Tahun Baru Cina (yang bermula hari ini)... tunggu sidang media kedua depan," kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider.

"Ahli-ahli Parlimen melibatkan beberapa negeri termasuk Pulau Pinang," kata sumber itu lagi. Sidang media pertama merujuk kepada pengumuman Zahrain dua hari lalu.

Kesemua wakil rakyat itu merupakan mereka tiada jawatan penting dalam parti sama ada di peringkat negeri ataupun pusat sekarang.

Kata sumber, mereka berbuat demikian atas beberapa alasan termasuk disebabkan perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan dan ideologi perjuangan PKR sekarang.

Tanpa menamakan nama wakil rakyat berkenaan, sumber itu berkata, mereka akan keluar PKR untuk bertindak sebagai anggota Dewan Rakyat yang bertaraf Bebas.

"Sama ada mereka akan menyertai parti lain pada masa depan akan mereka tentukan kemudian," katanya.

Satu lagi sumber memberitahu turut akan mengambil langkah itu ialah pemimpin kanan PKR Pulau Pinang bukan bertaraf wakil rakyat.

Pada Mac 2008, PKR memenangi 31 kerusi Parlimen, PAS 23 manakala DAP pula 28. Daripada 31 kerusi Parlimen dimiliki PKR, empat melibatkan Pulau Pinang.

Selain Zahrain tiga yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmadi Yusoff (Balik Pulau).

Selain nama Zahrain, Yusmadi dan Tan, turut terlibat dalam spekulasi ini sejak dua minggu yang lalu ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, Datuk Rashid Din (Merbok) dan Azan Ismail (Indera Mahkota) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) serta Loh Gwo-Burne (Kelana Jaya). Tetapi kecuali Yusmadi, semua telah menafikan desas-desus itu.

Zahrain bersama Tan telah diputuskan untuk disiasat oleh lembaga disiplin PKR. Zahrain sebelum ini menafikan akan keluar PKR tetapi berbuat demikian selepas dua minggu lalu mengecam keras Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Anwar sendiri.

Tan sebelum ini pernah memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau juga akan keluar PKR jika keadaan "mendesak".

Sebelum ini, Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa tiga hingga empat Ahli Parlimen parti itu akan keluar dan sedang dipikat Barisan Nasional.

Angka itu dikatakan boleh mencecah tujuh hingga 10 orang bagi memberi kelebihan dua pertiga kepada Barisan Nasional di Parlimen.

Sumber itu juga tidak menolak beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri juga akan keluar PKR, mengikut langkah beberapa wakil rakyat yang telah berbuat demikian sebelum ini iaitu membabitkan kerusi Behrang, Changkat Jering, Lunas dan Pelabuhan Klang.

"Beberapa Adun yang tidak berpuas hati kemungkinan keluar hujung bulan ini," katanya lagi.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh sebelum ini berkata tujuh Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan keluar parti merupakan mereka yang bimbang tidak akan dicalonkan semula dalam pilihan raya umum ke-13 disebabkan prestasi tidak memuaskan.

* p/s - jeng jeng jeng... sapa pulak dah dari penang? adakah yusmadi kawan rapat tun saban balek merangkap orang kampong sabri bg? atau tan tee beng rakan karib aloha2? al-kataki ni bakal berbunyi memandangkan penang la ni lama dah tak ujan...baguih la hangpa ni melingkop p...bunyi deraih2 skit...bagi ujan turonnnn....kah kah kah...

13.2.10

Dah Keluaq Parti, Tapi Tak Reti Nak Letak Jawatan...???

Zahrain has quit all posts in PKR and left PKR why has he still not resigned from IGP as Chair and Director.

Bayan Baru member of parliament Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim's reasons for leaving PKR is clearly due to his self-admitted private interests and personal unhappiness over my refusal to fulfil his requests in the Island Golf Properties Sdn Bhd(IGP). Zahrain had begun his statement outlining his reasons for quitting all positions in PKR and becoming an independent MP by repeating his false allegations that he was removed as Chairman of IGP even though I have immediately rebutted yesterday that this is not true. PDC has informed me that no letter has been sent by either PDC or IGP to any director of IGP, including Zahrain of any changes. Zahrain has been the Chairman and Director of Island Golf Properties Bhd since 9th July 2008.

Zahrain is clearly unhappy with me for refusing to accept his and IGP recommendation to approve a RM 2 company to operate and manage Bukit Jambul Golf & Country Club. PDC Board meeting on 10 February 2009 rejected Zahrain and IGP's recommendation that the RM 2 company be selected. Instead the PDC Board agreed with my recommendation that a fresh open tender be called.

I made a recommendation for a fresh open tender for the management of BJCC on two important reasons. One, to allow a RM 2 private company to win the tender for running BJCC, that involves expenditure of tens of millions of ringgit, would make a mockery of the meaning of open tender system. Two, the RM 2 company had no track record of running a golf club and was established on 29 Sept 2008. The RM 2 company was established a mere two months before the tender, clearly with the sole intended purpose of bidding for the tender in December 2008.

I had refused to heed requests to follow the recommendation by Zahrain and IGP to select the RM 2 company. Instead I had insisted on full compliance with the PDC Board's directive that a fresh open tender must be held in line with the CAT principles. The fresh open tender exercise was carried out last year with 7 interested applicants.

The PDC Board decided on 9 February 2010 meeting to select a company that offered a combined value of more than RM 40 million to BJCC over 10 years. The company selected has a track record and most importantly its paid up capital is not RM 2.

The question now that since Zahrain has quit all posts in PKR and left PKR why has he still not resigned from IGP as Chair and Director. Why has he not done the honourable thing by also quitting as Chairman of IGP when he can quit from PKR? By failing to do so, is this the private interest that Zahrain is talking about? Zahrain should know that he was appointed on the basis he is PKR MP. Now that he is no longer PKR MP would he resign honourably.

- Lim Guan Eng weblog..

* p/s - and 1more thing, kalau zahrain kritik yang kerajaan PR Penang terok sangat dipimpin YAB Lim Guan Eng, komunis la diktator la, FAP tu sapa bagi? AmeNo-BeeR EnD bagi kott..??? Letak Jawatan la Presiden FAP tuu... Macam la baguih sangat prestasi bola Penang di bawah kendalian hang Zahrain oooii... Sembang bagi orang bimbang...

Masok PKR tapi Otak n Hati masih 'kaw-kaw karat' AmeNo... Tiket2, PAS2 Bola di Stadium Bandaraya pun dengaq cerita dari sumber yang PALING dipercayai iaitu Ismail Md Ali mantan Pengerusi Tetap Bahagian Bayan Baru, di bahagi-bahagi kat kroni2 saja.. Orait ka macam tu? Style AmeNo la macam tuu... Dari awai dah nampak kebobrokan hang Zahrain... Apa cita orang kanan dan orang kuat hang Jamil JJ6?

Zahrain Letak Jawatan Presiden FAP, Pengerusi IGP dan Lembaga Pengarah Anak Syarikat PDC...!!!

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Blogger Zulmamak Turut Sertai Ahli Parlimen BEBAS...???

Terkezut wal-Berokz la jugak aku bila arakian menerima satu khidmat-pesanan-ringkas (SMS) dari blogger terkenal lagi tersohor, ZulmamakPng (blog dia kat SINI) atau lebih dikenali sebagai " Kasi Pecah Laa.." yang mungkin turut sertai gerombolan Ahli Parlimen Katak Bebas Bayan Baru... Betoi ka? Ada sesapa dapat dak SMS cam aku dapat ni..???

Petikan SMS seperti berikut :~ " Maaf sy ada d kl brsama dz n mail kerang.. Xdpt hadir ke pc d htel sri msia mlm ni "

* p/s - untuk makluman dz tu = dato' zahrain & mail kerang tu = ismail md ali mantan pengerusi tetap cabang bayan baru... betoi ka zulmamak kasi pecah pun lompat sekali dengan depa ni..??? pasai memang pun dia tak kelihatan bersama semua kat sidang Media Cabang Bayan Baru di Hotel Seri Malaysia Bayan Baru... Mana dia p hah..???

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

12.2.10

Keluar Parti ~ Pecahnya Tembelang...


Pecah Tembelang: Zahrain Akhirnya Keluar PKR

Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat bebas.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini.

Katanya beliau bertindak keluar dari PKR kerana ragu dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya lagi, beliau akan menjadi ahli parlimen yang berprinsip dan tidak menyokong BN.

Juga Komen dari blog Kelab Greenboc seperti di bawah...

3 comments:

Anonymous said...

Prinsip taik kucin hang!!! Dulu ezam pun macam ni kata pasai prinsip.


telukkumbaq said...

prinsip pungkoq hang !!!



Anonymous said...


Datuk Zahrain Mohd Hashim keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat bebas kerana ragu dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Benarkah begitu...?

Adat berpolitik, mana ada yang elok semuanya. Kalau nak kepastian sila rujuk pada Tun Mahathir yang berpengalaman selama 22 tahun sebagai PM Malaysia. Apa yang akan dia buat pada orang yang ragu dengan kepimpinannya...? Jawapannya boleh ditanya pada Anuar Ibrahim.

Lain orang lain pula pandangannya walaupun kita boleh meneka bahawa pada kebiasaannya orang yang keluar parti adalah kerana mereka tidak dapat menangkap apa yang mereka kejarkan.

Ada orang keluar parti kerana suaranya tidak dipedulikan oleh ahli parti kerana segala ideanya lebih kepada pembaziran dan hipokrit.

Ada juga kerana mereka tidak tahan dibuli oleh orang yang benci pada kewibawaannya yang dilihat bakal jadi pemimpin tertinggi parti.

Apakah ketiadaan Datuk Zahrain Mohd Hashim berserta beberapa orang yang yang lain dalam PKR akan jadi penyebab parti itu akan berpecah dan akhirnya musnah..?

Kalau sudah tidak ada persefahaman apa guna tunggu lagi, keluar sajalah... memekak, melolong macam anjing nampak hanturaya bikin apa..? akibatnya menambah kebencian orang pada diri sendiri.

Datuk Zahrain Mohd Hashim tidak perlu gembira melihat keadaan PKR. Anak muda yang bersemangat patriotik dalam PKR telah besedia menggantikan tempat yang kosong.

"Yang patah akan tumbuh..., yang hilang akan berganti..." Parti UMNO mesti ditentang sehingga mati.
--


Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Zahrain Akhirnya KELUAR...

Ahli Parlimen Bayan Baru akhirnya KELUAR dari Parti politik yang dianutinya sejak keluarnya DS Anwar Ibrahim dari tahanan Penjara Sungai Buloh pada tahun 2004.

Terus di amanahkan sebagai Pengerusi Perhubungan Keadilan Pulau Pinang setelah kembalinya DS Anwar Ibrahim dari Alpha Clinic, Jerman dan pada awalnya mendapat tentangan hebat dari majoriti bahagian-bahagian di Pulau Pinang.

Beliau sekarang telah menjadi Ahli Parlimen BEBAS... Bebas sebebas bebasnyaaa...

- berita lanjutan bleh didapati di SINI

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Buku Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya Akan DiHARAMkan..???

Buku Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya telah siap. Cetakan pertama hanya 3,000 naskah sahaja. Buku ini diterbitkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Bagi 100 pertama yang membuat pembelian secara pos akan mendapat buku ini bersama VCD khas percuma juga terbitan SAMM. Buku dan VCD khas percuma akan dihantar kepada pemesan dengan harga RM15 termasuk kos pos. Di pasaran biasa buku tanpa VCD dijual dengan harga RM 15.00

Cara pembelian melalui pos: Hantar wang pos / cek RM15 atas nama BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN dan hantar ke No. 338, Jln.
Kenanga 3, Taman Bukit Chedang, 70300 Seremban. (Rujuk di sini)

P/s: Baik beli cepat sebelum buku ini kemungkinan 'diharamkan' oleh pihak-pihak yang terkena pedas cili yang berdesing.

Berkaitan:
Buku Where is Justice? Death and Brutality in Custody dirampas

Laporan laman The Malaysian Insider

PETALING JAYA: Buku berjudul "Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya" — wanita Mongolia Altantuya Shariibuu yang dibunuh kira-kira empat tahun lalu secara senyap-senyap — mula diedarkan di seluruh negara.

Sebanyak 3,000 naskhah dikeluarkan sebagai cetakan pertama, tetapi ia tidak boleh diperoleh di kedai-kedai buku yang normal. Sebaliknya, ia diedarkan menerusi pos atas pendekatan kenalan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah gerakan muda bukan berstruktur yang menghimpunkan anak-anak muda Malaysia dari pelbagai latar, yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan.

Salah seorang anggota SAMM, Badrul Hisham Saharin memberitahu buku ini dikeluarkan kerana tidak mahu menganggap kes Altantuya sebagai kes pembunuhan biasa dan sudah berakhir.

"Ia perlu dirungkai kerana ia menggambarkan isu krisis kehakiman, persenjataan dan keselamatan negara, rasuah, kronisme dan seumpamanya yang semakin bejat dalam menghimpit hidup rakyat yang smemangnya terhimpit," kata beliau.

Buku setebal 80 halaman ini menghimpunkan ringkasan peristiwa pembunuhan Altantuya dengan menyatakan latar belakang kes, terjemahan laporan akhbar Perancis, kenyataan penyiasat persendirian dan temu bual dengan P. Balasubramaniam. Ia diakhiri dengan surat terbuka SAMM.

Muka depan dihiasi dengan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Balasubramaniam dan kenyataan tertuduh-tertuduh kes pembunuhan Altantuya.

"Kes Altantuya belum tamat selagi mereka yang terbabit selain dari mereka yang membunuh dihumban ke penjara dan menerima hukuman setimbal," kata Badrul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat ketika ditemui di Rembau baru-baru ini.

Kata beliau, rancangan untuk menerbitkan buku itu sudah lama dimulakan tetapi tertangguh beberapa kali disebabkan masalah kewangan. Urusan percetakan selesai fasa pertama akhir bulan lalu.

"Sehingga kini kami telah mengedarkan hampir 1,000 buku... sasaran kami ialah mereka bukan kalangan ahli PKR semata-mata, tetapi di luar lingkungan penyokong PKR," katanya.

Menjawab soalan sebab perlunya mengeluarkan buku sedemikian, Badrul yang juga editor buku memberitahu, "ramai tertanya kenapa isu Altantuya menjadi pilihan kerana ia menjadi isu besar yang penuh misteri".

Dalam kata-kata aluannya Badrul atau dikenali sebagai Che'guBard berkata, isu itu melibatkan imej negara.

"Isunya terkait sehingga perdana menteri dan persoalan keselamatan negara. Ramai yang masih tidak faham. Ketika beberapa teman dari SAMM ditahan kerana terlibat membangkitkan isu ini ada yang memandang sinis dengan persoalan kenapa perlu membela pelacur.

"Ada yang menyokong pula sehingga melihat isu ini isu skandal seks semata-mata. Namun ia jauh dari itu...," kata beliau sambil menambah, ia dihasilkan semudah mungkin bagi pemahaman rakyat biasa.

- Buana Dunia...

* - juga ada artikel menarik rentetan sejak 'femesnya' buku nukilan Che'gu Bard ini kat [SINI]

11.2.10

TiGa Wai-Bee PKR DiJangka Keluar Parti Minggu Depan...???

Dari blog Malaysian Waves

Mengikut maklumat dalaman yang saya dapat, dan saya berdoa maklumat saya ini salah, 3 orang wakil rakyat PKR yang bermasaalah akan keluar parti minggu depan. Mereka adalah YB Zahrain (yang ditolak PKR Penang), YB Wee Chee Keong ( yang menyebabkan kematian Tee Beng Hock dengan tuduhan ada exco Selangor terlibat dalam triad) dan YB Zulkifli Nordin yang terkenal lebih UMNO dari UMNO sehingga membuat laporan polis kepada YB Khalid Samad.

Ini adalah sebahagian dari projek UMNO dan Najib membeli wakil2 rakyat Pakatan Rakyat. Kemuncak perancangan mereka adalah percubaan membeli PAS supaya melompat ke Barisan Nasional.

Marilah kita sama-sama membuat solat hajat supaya Allah SWT mengagalkan usaha Barisan Nasional dan UMNO ini. Nasihat saya pada YB Zulkifli Nordin, lepas ni bila ada kedai judi baru dibuka, pergilah buat solat hajat dan tahlil doa selamat.

Apa bodoh sangat ke nak sokong UMNO? UMNO selama ni sokong Islam ke? UMNO selama ni jaga Islam ke?

Kepada YB Zahrain dan Wee Chee Keong, memang orang dah lama nampak perangai kamu. Dan ramai yang dah meluat dengan kamu semua.

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Artikel BloG Di Tarik Balik...??? Why? Wai Wai-Bee?

salam...

malam tadi selepas Maghrib saja la bukak blog nak tengok2 apa up-det dalam laman sesawang (bahasa rasmi..) website, weblog politik serta tak politik...

tiba-tiba terpandang up-det blog kira-kira 3jam sebelum tu, kat blog YB Kulim Bandar Bharu (KBB) yang femes masuk Tivi3Suku baru ni, ada buat artikel yang tajuk pun sempoi punya Kontroversi la jugak, " GUAN ENG MEMANG OTAK KOMINIS "

bila saja klik pada artikel tu..ingatkan masuk la teruih ke blog tu, ropanya dah TAKDAK..ELEK..org India kata "takdak"...teruih terpampang n appear ' Page Not Faun ' lebih kurang camtu la bunyinya..dan lebih tu pandai2 la hangpa tengok pada attachment yang aku sempat 'print-screen' tadi kat ataih ni..

bukan la nak backing atau taksub sangat dengan Ketua Menteri PR Penang ni, tapi apa yang masalah sangat hinggakan Y.B KBB attack sampai terok lagu tuu...??? kan sama-sama pimpinan PR? nak tegoq dengan cara macam tu elok dah ka? hmmmmm...

yang betoinya, bukan nak kontroversikan artikel atau blog Y.B KBB ni, tapi yang betoi masa tu, memang kenyataan, artikel tu memang pada segi logik serta teknikel, dah ditarik balik ataupun sedang di DRAFT balik atau SAVE DRAFT untuk penambahan ataupun penyedap cerita...camna pun nantikan up-det seterusnyaa...

ApSere...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

10.2.10

Siapa Ejen AmeRika...???

Supercarrier USS Nimitz docks at Port Klang.
Author_photo("S Vicknesan")
S Vicknesan: Feb 8, 1012:08pm

One of the world's largest aircraft carriers, the nuclear-powered USS Nimitz, is currently docked at Westport, Port Klang and will remain there until Feb 11 on a four-day port call.

The supercarrier and USS Pinckney are part of the US Navy's Nimitz Carrier Strike Group (CSG) which arrived into Malaysian waters yesterday. Carrying a crew of 4,500 including 400 women, the Nimitz prior to this spent a week working with the Royal Malaysian Navy and the Royal Malaysian Air Force in a series of surface and air at-sea engagements as part of an exercise dubbed 'Theater Security Cooperation'.

"We are honoured to work together with Malaysia and believe that a strong relationship between our two navies contributes to peace, security and stability in the region," Rear Admiral John W Miller (below, second from right) Commander Carrier Strike Group 11 told reporters on board.

"It is always great to work with the professionals of the Royal Malaysian Navy," he said, adding among the basic naval exercises conducted was simulated targeting.
While in Malaysia, the Nimitz's sailors will participate in seven community service projects to carry out improvements at homes for the underprivileged in the Klang Valley. These projects are coordinated in cooperation with the Rotary Club of Pantai.

They will also be taking the opportunity for rest and recreation (R&R) with visits arranged for adventure trekking, rock-climbing, golf and a tour of Malacca.

20,000 meals day.
The Nimitz Carrier Strike Group, on a routine deployment in the region, has as its Commanding Officers Captain Paul O Monger (above, third from right) and Captain Bret C Batchelder (CAG) Carrier Air Wing 11 (extreme right). Commissioned in 1975, the Nimitz's 333-metre length is only surpassed by the USS Enterprise's 342 metres. The former, however, is the undisputed heavyweight displacing 102, 000 tonnes to the latter's 93,500 tonnes.

Reaching more than 23 storeys high and spread over 4.5 acres, the Nimitz is home to four F-18 strike fighter squadrons comprising 45 F-18 Super Hornets of the Foxtrot and Echo variants. It also hosts helicopter anti-submarine and combat squadrons, an electronic attack squadron and a explosive ordnance disposal mobile unit.

The Nimitz reaches a top speed of 30 plus knots courtesy of its two nuclear power plants the cooling of which is taken care by four distilling units which enable her engineers to make more 1,500 litres of fresh water a day for the propulsion plants.

The carrier can accommodate a maximum crew of up to 5,000 for whom more than 20,000 meals are prepared daily. She can stock a 70-day supply of refrigerated and dry goods. The ship's medical services include a dental facility staffed by five dentists. Crew also have access to laundering and tailoring services among others.

Catapult launching.
The Nimitz launches her fighter jets using four steam catapults. These 'cats' propel the heaviest aircraft from the deck at speeds in excess of 270 km/per hour, these speeds reached from a standing start in less than three seconds.

Aircraft are launched in a 100 metre 'catapult stroke'- an equivalent land-based take-off would require more than 2,000 metres of runway. The catapults consist of a large piston underneath the deck and only a small device engages the aircraft's nose gear above deck. When the fighters are ready for take-off, the pilot increases the thrust of the jet engines and the catapult accelerates the plane to launch speed. Using all four catapults, the Nimitz, can launch aircraft at a rate of one every half-a-minute.

Selama ni juak2 UMNO ke hulu ke hilir menuduh Anwar Ibrahim menjadi agen asing. Namun, semalam, salah sebuah kapal pengangkut kapal terbang, USS Nimitz, telah berlabuh di Port Kelang.

Kapal ini pernah terlibat dalam banyak operasi yang telah mengakibatkan kematian ratusan ribu umat Islam. UMNO buat keputusan untuk bekerjasama dengan kapal yang telah membunuh ratusan ribu nyawa umat Islam.

Jelas, UMNO sebuah parti yang "Kata Dulang Paku Serpih". Di satu waktu buat tuduhan rambang ke atas Anwar Ibrahim. Di waktu yang lain menjadi pencacai Amerika dengan membantu kapal-kapal Amerika berlabuh dan menambah bekalan serta mengadakan latihan bersama dengan Angkatan Tentera Laut dan Angkatan Tentera Udara Malaysia.

Kalau UMNO bukan barua Amerika dan Yahudi, mengapa boleh diizinkan Tentera Laut Amerika berlabuh di Port Kelang? Hanya barua Amerika dan Yahudi sahaja yang akan memberikan keizinan sebegini.

UMNO memang parti munafik dan talam dua muka. Apa yang keluar dari mulut mereka adalah pembohongan semata-mata.

Benar nasihat kawan saya tempohari:

" Kalau orang UMNO sebut "Tuhan itu Satu" pun kamu jangan percaya. Bukan sebab apa yang dia sebut itu tidak betul, tapi sebab yang sebut itu adalah orang UMNO".

Bagi saya, UMNO adalah parti di mana semua orang munafik dalam Malaysia berteduh. Munafiqeen mendapat kekuataan dengan bersatu di bawah UMNO.

Lagi pula, UMNO ditubuhkan untuk memecah belah orang Melayu, bukan untuk menyatukan orang Melayu.

- Tulang Besi.


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

9.2.10

Kisah Benar : Pendemo NGO Di Penang...

(memang betoi la geng 786 da mamak pedukang yg ramai join demo ni...bukan zulmamakpng blogger aaa..)

Saya berjaya bercakap dengan salah seorang kawan saya dari Penang. Beliau ni agak mahir jugak selok belok politik Penang ni. Saya terus tanya pasal kes demo di Penang baru-baru ni. Saya kata dahsyat punya marah puak2 tu sampai bakar gambar Guan Eng.

Dia cakap jangan tertipu dengan aksi-aksi agresif puak-puak tu. Dia kata kepala-kepala demonstrans tu adalah kroni-kroni Nor Mat Yaakob. Masa Pak Lah tengah kuat, puak2 786 tu jadi sangat rapat dengan Koh Tsu Koon. Koh Tsu Koon dok bagi depa projek sampai tak mau.

Koh Tsu Koon pun tau Nor Mat Yaakob ni satu negeri dan kabel kuat dengan Pak Lah. Jadi, demi menjaga hubungan mereka, kepala-kepala demonstran ni diberikan banyak projek-projek dan kontrak-kontrak. Mereka macam buaya kenyang sepanjang Penang diperintah BN.

Dia kata lagi, Melayu-melayu UMNO Penang pun tak suka puak2 ni. Sebab tu demo di Penang minggu lepas, mana ada nampak muka Melayu sangat. Kalau ada pun Ibrahim Ali je. Ramai Melayu UMNO menyumpah puak2 ni sebab dulu, diorang ni yang monopoli projek dari kerajaan negeri.

Masa Nor Mat Yaakob kempen 2008 dulu pun, puak2 ni yang dah kenyang dapat kontrak, bukan nak tolong kawasan lain sangat. Semua tertumpu di kawasan Nor Mat Yaakob bertanding. Last-last bila result keluar, semua tergolek dog, tinggal Nor Mat Yaakob je yang menang.

Jadi, kawan saya kata demo di Penang tu bukan demo Melayu tetapi demo 786. Jadi, dia sendiri pun "tak lapaq nak turun".

Dia juga bagitau, puak2 786 yang demo tu juga sering sponsor Cikgu Azmi dan Teras. Ada kepala2 demo tu selalu bagi duit kat CIkgu Azmi untuk aktiviti-aktiviti TERAS. Tu yang semenjak PR menang, kita lihat Cikgu Azmi ni slow sangat dalam menyerang UMNO.

Dalam isu Kalimah Allah baru-baru ni pun, CIkgu Azmi bersengkongkol dengan UMNO dan NGO2 UMNO walaupun hukum tak berapa jelas samada ia haram atau tidak.
Saya kata saya ada dengar cerita Cikgu Azmi selalu dapat derma dari kepala-kepala 786 ni. Tapi, saya akan cuba cari bukti lagi.

Kawan saya kata, dia sendiri pun bengang dengan UMNO Penang. Dalam keadaan kalah pun, masih nak bergaduh sesama sendiri. Selama ni pun bukannya Melayu terbela di Penang.

Semenjak dari dulu lagi, bila ada orang-orang yang baik dan bijak serta berkelayakan masuk UMNO, orang itu akan dicari jalan supaya ditendang keluar dari parti. Kalau tiada salah, mereka akan buat cerita kononnya orang ini datuknya anak haram, nenek anak haram. Cerita2 fitnah ni diulang-ulang untuk buat orang2 yang baik dan layak ni "fed-up" dan menarik diri.

Tinggalah orang-orang yang tidak berguna dalam UMNO Penang yang terus memimpin di peringkat Cawangan dan Bahagian.

Kawan saya kata lagi, siapa di kalangan kepimpinan UMNO Penang yang kita nampak layak untuk memimpin UMNO Penang sekarang ni? Tiada langsung. Semua hempeh. Semua ada kes. Semua tak boleh pakai.

Oleh kerana itulah, dalam keadaan UMNO kalah macam ni pun, mereka tak boleh bangkit kembali. Mereka lebih suka bergasak sesama sendiri berebut projek2 Persekutuan dari mencari jalan membina UMNO semula.

Penghabisan dia kata, dia pun dah jadi NGO, tak mahu terlibat dalam UMNO Penang. Lantak la apa nak jadi.

Lepas tu saya minta diri sebab ada urusan di rumah.

- dari sumber Tulang Besi


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/


TERNOW!!! Dari Mahkamah Persekutuan...


Rayuan Nizar DITOLAK Sebulat Suara oleh Mahkamah Persekutuan dan memutuskan Zambry adalah Menteri Besar MAHKAMAH...!!!


Tammatttt.....

Zulkifli Noordin Berkempen Di Media Ameno-Bn...

Apabila TV3 menjemput YB Zul Kulim menjadi tetamunya dalam segmen 'Soal Jawab' malam tadi (Isnin 10.00 malam), saya tertanya-tanya mengapa Zul yang dijemput? Dia bukan kepimpinan tertinggi PKR, dia cuma seorang Ahli Parlimen yang kebetulan agak celupar. Apakah keceluparannya itu yang barangkali menarik perhatian TV3 untuk menjemput Zul menjadi tetamunya, kerana ia boleh dipergunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu?

Mungkin mereka berharap Zul akan menggunakan keceluparannya dalam wawancara itu untuk menghentam kepimpinan PKR dan PR. Dan esok media pro-BN yang sedang ternganga mulutnya untuk menggigit PR akan menulis, "Zul bidas PKR" atau "Zul bidas Anwar" atau "Zul bidas PAS" atau...atau...dan lain-lain. Mungkin itu sebabnya?

Tapi ia tidak jadi seperti itu ketika wawancara selama satu jam berlangsung. Memang Zul pandai main strategi. Dia tidak bidas kepimpinan PKR dan Pas secara terus terang dalam wawancara itu. Sebaliknya dia puji Anwar melangit dalam wawancara satu jam itu sebagai seorang yang suka berterus terang, menyokong perjuangan Islam dan kalau tegur Anwar tegur secara berdepan ..bla..bla..

Zul tahu ramai mata yang menonton wawancara itu. Dia menggunakan peluang untuk menonjolkan dirinya sebagai pejuang Islam yang tidak berkrompomi dengan mana-mana pihak, walaupun dengan partinya sendiri. Zul juga meminta PKR, Pas dan Umno duduk semeja membincangkan masalah orang Islam yang menjadi majoriti di negara ini. Katanya Murshidul Am dan Presiden Pas sudah menghulur tangan dan Umno tidak wajar berburuk sangka lagi dengan Pas.

Dalam cuba mengelak untuk mengutuk PKR, akhirnya dia terperangkap juga dengan soalan hos Datuk Ahmad A.Talib apabila Zul tidak menafikan mungkin akan keluar dari PKR jika pendiriannya tentang Islam tidak selari dengan pendirian kepimpinan PKR. Apabila ditanya, parti mana yang dia pilih jika keluar PKR, dia menjawab ia soalan spekulatif yang cuma boleh dijawab bila tiba saatnya kelak.


Tapi apa yang ditunggu-tunggu oleh TV3 untuk dijadikan juadah bagi hidangan tajuk berita pagi esok akhirnya tiba juga. Apabila Ahmad A.Talib meminta komen Zul mengenai "krisis PR di Pulau Pinang", maka Zul pun menggunakan kesempatan itu untuk menghentam DAP sepuas hatinya. Zul berkata semua masalah dalam PR hari ini adalah berpunca dari DAP. ADUN Lunas keluar PKR adalah kerana DAP, Perak jatuh ke tangan BN juga kerana DAP dan ribut dalam cawan yang melanda kerajaan PR di Selangor juga adalah kerana DAP. Dan akhirnya Zul memberi cadangan paling radikal untuk difikirkan oleh kepimpinan PKR dan Pas: keluarkan saja DAP dari PR!!

Walaupun banyak menghentam DAP, tapi sempatlah juga si-Zul ni bagi sebiji peluru menembak Umno, tapi sikit saja....Dia kata dia tidak mahu jadi seperti Umno yang hanya bertindak membela Islam untuk kepentingan politik, sedangkan ketika Mufti Selangor (Datuk Ishak Baharom) dipecat dahulu, Umno tidak bertindak apa-apa.

Agak-agak hasil wawancara dengan Zul di TV3 ini akan keluar atau tidak dalam media kita pagi-pagi hari ini (Selasa)? Mungkin tidak keluar dalam media, tapi kemungkinan lebih besar akan keluar, kerana ada sesuatu dalam kenyataan Zul dalam wawancara itu yang menguntungkan BN. Jika keluar tajuknya bukan "Zul puji Anwar" atau "Zul saran PKR, Pas dan Umno duduk semeja" atau "Zul bidas Umno hipokrit tidak bela Ishak Baharom".

Yang mungkin media kita akan tulis ialah "Zul bidas DAP", "Zul: DAP dah tunjuk belang" atau "Zul: Tendang DAP keluar dari PR!"

~ pendikar gunung kriang

* p/s - pecat saja wakil rakyat yang mengarut macam ni, serupa 2-3 orang lagi kat Penang yang dok melalak macam gila-meroyan, macam baru mati bini... diri hangpa sebagai wakil rakyat pun baru setaun jagung, turun jengok pengundi2 pun takdak, nak komen pasai orang lain...piiiiiii raaaahhhhhhhh....

khakkk tuihhh...nak lompat p melingkop buang la hangpa, macam kalihammm... abeh dok bising melalak apa jadah lagiii...????


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

8.2.10

Mabuk ~ Spider...






Mabuk

Sepuluh sembilan
Katamu satu pun tak boleh pakai
Sepuluh sembilan
Janjimu satu pun tak boleh pegang

Dunia dan apa isinya
Hanya kau punya
Segala-gala kau dah ada
Tak cukup kau masih minta tambah

Mabuk bukan mabuk
Mabuk nama mabuk cinta mabuk kuasa

Sepuluh sembilan
Bertemu tak satu bukan khayal
Sepuluh dan sembilan
Putihmu tak satu bukan sihir

Rembulan dan sinar cahaya Pada yang kau puja
Hanyalah serpihan
Bongkah melayang di angkasa

Rembulan dan sinar cahaya Hanyalah serpihan
Bongkah melayang di angkasa

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

6.2.10

Ustaz Shamsuri Pun 'Tentang' Kerajaan PR Pulau Pinang...???




Demonstrasi oleh dua NGO melayu iaitu PERKASA dan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang telah dianjurkan pada 5hb Februari 2010. Walaubagaimanapun mereka gagal menyerahkan berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyerahkan memo protes mereka.

Kita menyorot kembali beberapa peristiwa kebelakangan ini.Yang pertama adalah kritikan keras YB Zahrain kepada Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang dituduh sebagai anti melayuan dan mengenepikan kepentingan melayu.

Selepas itu ianya disusuli pula oleh Ustaz Shamsuri didalam satu ceramahnya telah mengeluarkan kenyataan berbentuk politik.Ustaz Shamsuri adalah Pengerusi Rangkaian Restoran Pelita yang mempunyai lapan cawangan di Pulau Pinang.Topik politik jarang jarang disentuh oleh beliau selama ini. Antara isu yang disentuh adalah Anwar Ibrahim dan Paklah adalah bertanggungjawab terhadap penjualan tanah tanah melayu. Mahathir pulak adalah penyelamat tanah melayu. Manakala Najib sedang cuba memperbaiki kerosakan yang dibuat oleh DS Anwar Ibrahim dan Paklah. Lim Guan Eng anti melayu dan Islam. Beliau hanya menumpukan kepada pembinaan to'kong sahaja dan mengabaikan Majlis Ugama Islam. Peniaga peniaga melayu ditindas sedangkan peniaga peniaga cina dibiarkan tanpa sebarang tindakan diambil.

Saya mula dah mencium sesuatu akan berlaku dengan kedua dua peristiwa ini. Maknanya disini ianya telah dirancang terlebih awal. Sewaktu saya berjalan jalan disekitar KOMTAR pada hari demonstrasi saya terpandang dua poster yang digantung oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menafikan kenyataan balaci balaci UMNO berkenaan pada flyover berdekatan kompleks KOMTAR.

Pada poster poster tersebut tertera belanjawan peruntukan belanjawan Majlis Ugama Islam Pulau Pinang.Pada belanjawan 2008 (belanjawan diluluskan pd 2007) oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk aktiviti Majlis Ugama Islam adalah RM12.5 juta.Ianya meningkat kepada RM20.5 juta pada 2009selepas pentadbiran Negeri Pulau Pinang diambilalih oleh Pakatan Rakyat.Pada belanjawan 2010 pula belanjawan Majlis Ugama Islam telah ditambah kepada RM24.3 juta.Masa BN yang dianggap oleh UMNO sebagai pro melayu budget cuma RM12.5 shj.UMNO dan balaci balacinya tak pulak bising. Tapi bila budget Majlis Ugama Islam ditambah oleh DAP kepada RM20.5 juta dan ditambah lagi kepada RM24.3 juta tiba tiba UMNO dan balaci balacinya bising macam nak rak.Tak ke bangang punya manusia ni?

Seterusnya yang paling menarik adalah tindakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang terhadap penjaja penjaja tanpa lesen.

Tahun Melayu Cina India Jumlah

2008 785 (38%) 1082 (52%) 196 (10%) 2063

2009 815( 29%) 1727 (62%) 247 (9%) 2786

Jika diperhatikan dari statistik rasmi MPPP, peniaga Cina disaman lebih banyak jika dibandingkan dengan bangsa bangsa lain.Malahan ianya meningkat pada 2009 jika dibandingkan dari tahun 2008.Mungkin disebabkan penjaja cina lebih ramai agaknya.Jadi dimana penindasan saperti yang didakwa oleh kedua dua NGO melayu tu?

Kita sepatunya sedia maklum DPMPP memang meradang pada YAB Lim Guan Eng sebab mereka yang rata rata ahli UMNO yang dah biasa mendapat habuan kontrak secara percuma tanpa perlu bersusah payah memasuki tender merasakan LIm Guan Eng tidak berlaku adil.Mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan tender. Dah tentu mereka tidak biasa dan tidak kompetitif .Sebahagian dari ahli ahlinya cuma mempunya syarikat RM2 sahaja tetapi sering mendapat kontrak dari kerajaan negeri dulu.Yang mereka marah bukan tak dapat peluang langsung tetapi mereka marah sebab dah tiada hak istimewa UMNOputra.Jadi mereka dah tak boleh menjadi jutawan segera nampaknya.Mereka terpaksa bekerja keras saperti orang lain jika ingin menjadi jutawan.

Manakala PERKASA pula hanya lah golongan merapu diketua Ibrahim Ali .Siapa Ibrahim Ali.?Tak payah lah saya ceritakan sebab semua orang dah kenal. Tiada kredibiliti.

Demonstrasi ini sebenarnya gagal dan tidak menarik perhatian bangsa melayu secara umumnya.

Saya sendiri dah mula rasa hilang hormat kepada Ustaz Shamsuri
.Beliau tidak sepatutnya membenarkan dirinya diperkudakan oleh UMNO.Sesiapa yang membenarkan dirinya diperkudakan oleh UMNO akhirnya akan hilang kredibiliti .


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails