Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

28.1.10

TerHOT! Siapa AhLi ParLiMen PkR BerpaLing TaDah...???

Crawling by


Khabar angin kini bertiup kencang kononnya seorang pemimpin kanan PKR akan berpaling tadah dan menyertai sebuah parti lain yang mesra dengan Barisan Nasional.

Ahli parlimen dari Pulau Pinang itu juga dikatakan sudah mendapat persetujuan daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain untuk turut melompat. Dia juga didakwa sedang memikat beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain lagi.

Rancangan mereka ialah menjadi ahli bebas sebelum menganggotai Parti Cinta Malaysia (PCM) yang baru ditubuhkan dan dipimpin oleh Tang Weng Chew.

Bulan lalu, ahli dewan undangan negeri PKR Gabriel Adit Demong menyertai parti baru yang berpangkalan di Pulau Pinang itu sebagai ketua Sarawaknya.

Meng
ikut sumber, pemimpin PKR itu telah berjumpa dengan presiden Umno dan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tindakannya serta memohon kemungkinan diberikan jawatan dalam kabinet.

Jika perkara itu menjadi kenyataan, ia adalah keputusan politik yang paling mengejutkan selepas BN berjaya merampas semula Perak daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Sekiranya semua itu menjadi kenyataan, hasrat BN mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen akan termakbul. Mereka kini hanya kekurangan lapan kerusi untuk meminda sebarang perlembagaan mengikut sesuka hati.

- Malaysiakini


* p/s - siapakah gerangannya si ahli parlimen bertuah yg akan lompat si katak lompat? Adakah Dato' Zahrain - Bayan Baru? Yusmadi Yusoff - Balik Pulau? Tan Tee Beng - Nibong Tebal? Atao Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh? Jeng jeng jeng...



--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/




5 ulasan:

Paku Seqepih berkata...

Dari maklumat yang boleh dipercayai, Tan Tee Beng lah orangnya.....

Hijat Panjang... berkata...

salam Paku Seqepih @ Md Arop...

tima kaseh atas info yg boleh dipercayai hang tu...kompom noo tee beng Ahlil Parlimen hang yg nak lompat si katak lompat nooo...dia dah frust la tuu...ok la jugak dah tau ahli parlimen Nibong Tebal sendiri...kusss semangat...ingatkan balik pulau atau bayan baru....hehehehehehe

Paku Seqepih berkata...

Sorry la no, blog ni takdak kena mengena dgn Md Arop.
Depa org besaq...
Kita ni sapa? Rakyat marhaen saja.
Tapi tetap takkan berkompromi dgn kemungkaran.
Org BN ka PR ka yg buat tak betoi tetap ditentang...

'Paku dulang.........Paku Seqepih,
kata kat org...kita kadang2 terlebih'

Din berkata...

tunggu dan lihat, siapa yg si katak hidup tipu rakyat tu.

Hijat Panjang... berkata...

alahai Arop, pedulikkan la sapa besaq ka kecik..mengaku pi laa..bukan kena bayaq punn...hehehe..jgn mara aaa..melawak jaa..

memang ramai Wai-Bee Wai-Bee PKR terutamanya yg menang serupa bidan-terjun tempohari dlm PRU-12 Mac 2008...mana mai pun tak tau, tup2 jadi calon..dah tu mana nak sangka..MENANG pulak tuu...


dlam hati langsung takdak niat nak serve the people, berbakti kepada rakyat marhaen ataupun rakyat jelata umumnya...pasaitu ahli parlimen PKR berapa sangat yg betoi2 berjiwa rakyat dan sehidup semati demi rakyat...kalo Tian Chua insyaAllah memang jenih habis-habisan...yg lain, hampehhh...takdak kepentingan, mau kepentingan, lompat la katak si katak lompatttt...

Yappedeyyy... Selamat Hari Thaipussam diucapkan pada yang beragama Hindu...

ApSeReee...

Related Posts with Thumbnails