Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

24.9.08

Hahahaha...!!! Berita Lawak Hari Ini Dalam Mesia..!!!






Hahahahahaha....(gelak pun dah nak macam Tukar Tiub dah...) Berita Terkini yang telah diterima..Pada jam 12tengah malam ni...harga minyak akan TURUN sebanyak rm0.10 seliter..hahahahaha...sempoi mencukop....
Penang dok mai kata...SEKUPANG saja....huiiiyyyooooo...BERITA TERGEMPAQ ni woooiiiii...hehehehehe...

20.9.08

Program Amal Jejak Fakir Siri Ke-4 Telah Bermula...!!!



Salam Perjuangan...!!! Salam Reformasi...!!!

Program Amal Tahunan anjuran Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Pulau Pinang telah bermula dengan sesi pembungkusan secara rapi dan mengikut standard ISO:9001....

Upacara yang telah dirancang sejak seminggu yang sudah, yang telah pun dilakukan secara berganding bahu selepas solat sunat Terawikh..bertempat di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam...Kehadiran AJK AMK serta sukarela hampir 40 orang...

Pada hari Ahad ini, 21hb September bermula jam 8:30pagi gerombolan konvoi AMK P.Pinang akan bermula dari bahagian Bukit Mertajam menyampaikan sumbangan serta bantuan kepada Fakir Miskin di setiap bahagian yang telah di kenal pasti oleh ahli2 dan jentera2 di setiap bahagian...hinggalah di bahagian yang terakhir pada hari tersebut iaitu Permatang Pauh dan bertempat di Yayasan Aman, Penanti konvoi AMK Jejak Fakir ini akan berbuka puasa bersama Ahli Parlimennya, Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim di sana...


Nantikan kemaskini serta updet terkini yang akan menyusol....


- sumber gambar dari blog malaysiabiz-aloha

Surat Rakyat Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia...!!


Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,

YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi.
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, MALAYSIA.

18hb Sept. 2008

YAB Dato’ Seri,

Per: Mohon pertimbangan wajar YAB Dato’ Seri demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara Malaysia tercinta.

Sebagai rakyat Malaysia negara berdaulat, saya, Mohd Sofi Yassin merakamkan jutaan tahniah kepada YAB Dato’ Seri kerana dalam tempoh pentadbiran lima tahun, YAB telah berjaya melalui dua pilihanraya umum dengan jayanya.

2 Sepertimana yang telah diketahui umum, Ketua Pembangkang, YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim telah mengutus surat kepada YAB Dato’ Seri memohon pertimbangan bagi memberi laluan kepada satu ‘Sidang Khas Parlimen’ diadakan pada hari Selasa 23hb September 2008.

3 Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kestabilan politik dan ekonomi negara, saya dengan rendah diri memohon jasa baik dan pertimbangan wajar YAB Dato’ Seri agar apalah kiranya dapat mohon mengadap ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi menyampaikan hasrat ini.

4 Sebagai rakyat, pertelingkahan berpanjangan antara dua kumpulan parti politik amat mengganggu dan membosankan. Justeru, izinkan saya mencadangkan agar permohonan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim diambil kira sebagai satu langkah bagi meleraikan kekusutan yang berlarutan ini.

5 Andaikata dalam persidangan khas parlimen itu nanti, apa pun keputusan dan perakuan daripada kesemua wakil rakyat haruslah kita sebagai hamba ALLAH yang menjalankan amanahnya menerima dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan.

6 Saya penuh yakin sekiranya ketelusan ini dilakukan, rakyat Malaysia keseluruhannya akan menerima YAB Dato’ Seri sebagai seorang Perdana Menteri yang berhemah dan memahami hasrat serta kehendak nurani rakyat terbanyak.

7 Andaikata permohonan mengadakan persidangan khas parlimen ini ditolak, maka saya juga penuh yakin pandangan serta persepsi rakyat terhadap YAB Dato’ Seri dan seluruh anggota kabinet akan tercalar dan tidak manis untuk diperkatakan.

8 Saya menaruh penuh keyakinan bahawa dengan mengadakan persidangan khas ini akan dapat membantu menghilangkan keraguan rakyat baik terhadap pentadbiran YAB Dato’ Seri sendiri maupun terhadap YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta gabungan Pakatan Rakyat.

Mengakhiri permohonan dan cadangan saya ini, saya mendoakan agar YAB Dato’ Seri serta keluarga dan rakyat Malaysia keseluruhannya akan sentiasa berada dalam peliharaan dan keberkatan kurniaan Illahi.

Terima kasih dan Salam takzim,

Ikhlas dari


………t.t…………..
Mohd Sofi Yassin,
Kuala Lumpur.
sofi@kerajaanrakyat.com
http://www.kerajaanrakyat.com/

sk : YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.

Nota:
a. Surat ini telah saya faxkan ke Pejabat Perdana Menteri (03-88883444)
b. Akan saya sampaikan kepada YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Tropicana.


- sumber dari blog UmmiHanni & Kerajaan Rakyat



Salam...
Kalaulah reramai antaq atau fakskan surat camni kat opis Pak Lah, kompom atau mungkin lembut sikit kah ati pak lah nak terima cadangan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim...ada sebabnya broo...

17.9.08

Blogger Kickdefella Ditahan Polis...!!!


Kickdefella Ditahan Polis Di Kota Bharu


Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini.
Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (kickdefella.wordpress.com) itu ditahan di rumahnya.

Syed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa.
Mereka turut merampas laptopnya.

Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.
Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.

Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai ‘kurang ajar’.

Perdana menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

“Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia,” perdana menteri dilaporkan berkata.
Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.

Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.




Syed Azidi a.k.a Kickdefella ditahan polis

Saya baru menerima panggilan dari seorang teman yang bekerja di Global Media Channel memberitahu bahawa Syed Azidi yang menggendalikan blog Kickdefella ditahan polis dibawah Akta Hasutan.

Saya kemudian menelefon Bariah Ishak isteri kepada Syed Azidi.
Bariah memberitahu bahawa sekumpulan polis dari Bukit Aman menahan Syed Azidi dirumahnya di Kota Bharu pada lebih kurang pukul 5 petang.

Sekumpulan polis tersebut memberitahu bahawa Syed Azidi ditahan dibawah Akta Hasutan berikutan dengan laporan polis yang dibuat terhadap blognya di Kuala Lumpur.
Beliau yang merupakan pengasas kepada Gerakan Bloggers United kini dibawa ke Kuala Lumpur.

Laporan lanjut menyusul kemudian.
- sumber dari blogger Amin Iskandar a.k.a Black.

Jejak Fakir: AMK Permatang Pauh jejaki fakir miskin..

Angkatan Muda M.P - Matang Pauh bersama Timb. Ketua Menteri 1 (sumber foto: Harakahdaily)

PERMATANG PAUH, 17 Sept (Hrkh) - Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Bahagian Permatang Pauh turun padang menjejaki keluarga miskin untuk menyampaikan bantuan barangan seharian sempena Ramadan dan sambutan Aidilfitri akan datang.


Timbalan Ketua AMK Bahagian, Afzal Ahmad berkata, tujuan utama program ini ialah untuk melihat sendiri di samping membanci kadar kedaifan tegar yang masih membelenggu masyarakat Islam di parlimen itu.


Malahan program itu juga turut memperkenalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Penanti dan Permatang Pasir serta meningkatkan emej parti di Seberang Jaya.


Melaksanakan program 'Jejak Fakir' semata-mata membantu mereka yang perlu tanpa mengira fahaman politik. Semua rakyat Islam yang miskin akan diberikan sumbangan yang termampu, " terangnya.


AMK Permatang Pauh juga berterima kasih pada semua penyumbang bahan makanan seharian serta Adun Penanti yang bersusah payah mencari dana tambahan untuk menjayakan program tahunan itu.


Sementara itu, Adun Penanti merangkap Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairuz Khairudin dalam kenyataan, ingin mengangkat martabat AMK Permatang Pauh menjadi AMK paling aktif di Pulau Pinang.


Program kepemudaan katanya, telah dan akan disusun mengikut keperluan naluri pemuda sesuai dengan slogan 'lawan tetap lawan'.


"Saya difahamkan, AMK telah buat plan tindakan dan apa yang penting ialah pelaksanaanya biarlah berjalan dengan baik dan tersusun.


Sekarang kita sebagai kerajaan akan diperhati dari segenap sudut maka harus ia dibuat sebaik mungkin demi manafaat semua kaum di negeri ini, " tambahnya sambil menafikan khabar angin beliau tidak pernah turun padang meninjau permasalahan rakyat.
- sumber berita dari laman Harakahdaily
Salam Perjuangan..!! Salam Ramadhan...!!!
Terima kasih kepada Angkatan Muda M.P kerana menyusun plan tindakan a.k.a strategi awal terdahulu dari AMK Negeri sendiri.. Tahniah! dan Syabas!
AMK Negeri sendiri terkebelakang disebabkan jangka proses tertunda sebelum bulan puasa tempohari kerna bertempur di perbatasan P.44... Jika tidak, seperti 3 tahun sebelum ini, pada pertengahan bulan puasa dan minggu ke-3 dah dilaksanakan siri jelajah Jejak Fakir oleh segerombolan AMK Negeri mengelilingi Pulau Pinang.
Pada 19hb September (Khamis ini) jam 9.30malam di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun, AJK AMK Negeri akan berganding bahu bersama, menyuson serta mem'packing' barang2 yang akan dimasokkan ke dalam set untuk Jejak Fakir.
Pada 21hb September pulak (hari Ahad) jam 8.30pagi, konvoi AMK Negeri akan memulakan siri jelajah bermula dari Bahagian Bukit Mertajam dan berakhir bagi sesi di Seberang di Bahagian Permatang Pauh. akan berbuka puasa bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Yayasan Aman, Penanti.
Sesi kedua pulak pada 28hb September (hari Ahad) jam 8.30pagi, konvoi akan bermula di sebelah Pulau mulai Bahagian Tanjong dan berakhir serta berbuka puasa di Bahagian Balik Pulau. Berita serta pautan gambar2 misi amal ini akan di posting secepat mungkin selepas Program Jejak Fakir Ke-4 ini berjaya...

16.9.08

Tiada Angan-angan Mat Jenin Dalam Politik Bro...

Tuan Guru Dato' Haji Nik Aziz Bin Nik Mat - Mursyidul Am PAS




KOTA BHARU, 16 Sept (Hrkh) - Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kata kerajaan baru karut. Manakala ada pemimpin parti lain pula sebut jangan jadi angan-angan Mat Jenin.


Mengulas perkembangan itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertukaran kerajaan bukan sekadar gimik politik.


“Usaha ke arah membentuk kerajaan baru pada 16 September dengan diketuai Parti KeADILan Rakyat tidak boleh disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin.


“Ini kerana istilah angan-angan Mat Jenin itu tidak ada pada orang politik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian sambutan ulang ke-18 Tabung Serambi Mekah di sini, hari ini.


Perdana Menteri hari ini dilaporkan berkata, rancangan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan baru 16 September sebagai karut dan ia seumpama cerita kosong.


Manakala ada pemimpin lain pula menyebut jangan jadi macam Mat Jenin jika kerajaan baru tidak berteraskan Islam.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemerintahan diterajui Umno dan BN sekarang tidak menunjukkan matlamat yang jelas sama ada menuju pemerintahan Islam atau mengamalkan demokrasi.


“Kerja-kerja Umno dan rekod buruknya menjadikan parti itu Islam pun tidak, demokrasi pun tidak,” katanya.


Oleh itu beliau berkata, mengapa Umno tidak menukar dasarnya seperti dilakukan PAS di Kelantan melaksanakan polisi pentadbiran mengikut kehendak Islam sejak lebih 18 tahun lalu. - mj
- sumber dari weblog Tranungkite & dari blog no2umno

TERKINI...!!! Pak Lah Mahu Anwar Tunjuk Nama Ahli Parlimen...


TERKINI...!!!!
Pak Lah Badawi telah menjawap kepada surat Pakatan Rakyat kepada beliau..
Dia tak akan berjumpa dengan pemimpin Pakatan Rakyat..
Beliau hanya mahu berjumpa Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya nama-nama Ahli Parlimen Be-EnD yang mahu berhijrah telah ditunjukkan kepada umum..yang mana mereka tu bersetuju sekarang ini menyokong penuh Pakatan Rakyat..
Nantikan maklumat lanjutan terkini.... Tunggu..!!!

Pembetukan Kerajaan: Kenyataan Penuh Anwar Ibrahim


Selasa, 16 September 2008
— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

PETALING JAYA, MALAYSIA, 16 SEPTEMBER 2008
Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.

Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.

Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.

Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.

Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.

Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak.
Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;

4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.

Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.

Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Kerajaan PR 16 September: Pak Lah kata "karut"..atau dia yang takot..??


Sambutan Hari Malaysia dan perutusan 16 September di Stadium Kelana Jaya semalam.

- sumber dari blog Perisik Rakyat

15.9.08

Selamat Hari Malaysia 16 September...!!!


Hari Malaysia adalah hari untuk semua Rakyat Malaysia. Tarikh keramat 16 September 1963 menyaksikan pembentukan sebuah negara persekutuan Malaysia yang berdaulat dan bebas merdeka. Pada hari tersebut 45 tahun lalu rakyat Malaysia seluruhnya bersatu bersetuju untuk hidup bersama di dalam keadaan aman damai serta makmur perkasa.
Terbentuknya Malaysia menandakan harapan menggunung rakyat negara ini agar kerajaan yang memimpinnya sentiasa berlaku adil kepada semua, tidak mengenal batas kaum. Namun apa yang berlaku selepas 45 tahun Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin UMNO semakin rakus berkuasa. Semangat Pembentukan Persekutuan Malaysia dan Pengisytiharan Kemerdekaan diabaikan agar mereka dapat terus berkuasa.
Penggunaan undang-undang kuku besi digunakan sewenang-wenangnya manakala retorik perkauman sering digunakan untuk melaga-lagakan rakyat yang berbilang kaum. Kini sudah tiba masanya untuk kita rakyat Malaysia memastikan semua ini tidak lagi berterusan. Marilah kita semua mendakap Perubahan. Marilah kita beramai-ramai berkumpul untuk menentukan hala tuju baru negara ini.
Oleh itu bersempena Hari Malaysia 16 September 2008 Pakatan Rakyat bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia pada 15 September (Isnin) di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor, bermula dari jam 7 malam.
Program bermula dengan Majlis Buka Puasa, Solat Maghrib, Isya, Tarawikh dan diikuti dengan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat. YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Guru Dato' Seri Hadi Awang akan menyusul selepas Solat Tarawikh di lapangan stadium. Program kemuncak adalah perutusan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia 16 September.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri LETAK JAWATAN..!!!

Mantan Menteri Di JPM


TERKINI...!!! Menteri Hal Ehwal Perundangan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah meLETAK JAWATAN. Surat perletakan jawatan telah diserahkan di pejabat Perdana Menteri Putrajaya pada jam 2petang tadi.


Beliau sebelum ini yang kurang bersetuju dengan tindakan kerajaan sedia ada kerana menggunakan akta rimba, I.S.A terhadap pemimpin parti politik, pengendali laman web dan wartawan akhbar pada hari Jumaat lalu. Bagaimanapun wartawan akhbar Sin Chew Daily tersebut telah pun dibebaskan pada petang hari Sabtu.


- maklumat lebih lengkap dan lanjut boleh di dapati [DI SINI], [siNi] dan juga [SINI]

PKR Tak Terlibat...!!!





Info Terkini...!!! PENAFIAN dari Parti KeADILan Rakyat (PKR) yang tak terlibat menganjurkan perarakan ke Istana Negara esok 16hb September. Orang ramai dinasihat agar TIDAK terpedaya dengan maklumat palsu yang disebar pihak tak bertanggungjawab...
Harap maklum...
- berita lanjutan buleh didapati [DI SINI]

Hahaha...Dolah Badawi Panggil David Cooperfield...!!!



- sumber dari kartunis Re4maC.. RoNasiNa

13.9.08

Ketua Menteri Pulau Pinang minta wartawan dan Teresa Kok dibebaskan segera..!!!

Terkini dari Pulau Pinang..!!!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta supaya kerajaan dan polis membebaskan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dan Anggota Parlimen DAP, Teresa Kok yang ditahan menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi.
- sumber dari Malaysiakini.

Terkini Dari IPK Pulau Pinang..

Berita dari website Sin Chew Daily mengenai penahan wartawan mereka di [SINI]


Di IPK Pulau Pinang sekarang ini, ratusan pemimpin dan penyokong PR serta wartawan berkumpul memberi sokongan moral kepada tahanan ISA ke-2, Tan Hoon Cheng (gambar diatas) serta membuat bantahan penahanan tersebut. Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng turut kelihatan di situ bersama pimpinan PR yang lain sambil menyalakan lilin tanda sokongan moral.

Dato' Zahrain, Ahli Parlimen B.Baru serta exco k'jaan negeri dan pimpinan PKR negeri sekarang bersama pimpinan DAP negeri mengadakan Mesyuarat Tergempar di kediaman Ketua Menteri, Encik Lim Guan Eng.


- sumber laporan melalui telefon dari Sdr Zulfazdli Md Noordin yang berada di perkarangan IPK Pulau Pinang.

Ops Lalang II Bermula..!!!




ISA: Teresa Kok turut ditahan

Pemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.
Beliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.


Difahamkan, ahli Parlimen Seputeh itu ditahan pada kira-kira jam 11.18 malam ini.Beliau yang juga exco kerajaan Selangor ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.


Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.


Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengesahkan penahanan Teresa.Menurutnya, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.


- sumber dari Malaysiakini & berita terdahulu mengenai penahanan RPK.


Terkini di IPK Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato' Zahrain Mohd Hashim bersama ratusan penyokong PR berkumpul untuk melakukan Laporan Polis terhadap pencabulan hak asasi terhadap Tahanan ISA hari ini RPK dan terbaru seorang wartawan suratkhabar Sin Chew Daily yang ditahan dirumah beliau di Bukit Mertajam serta Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di KL.


Berita lanjut serta terkini akan menyusol...

10.9.08

Taiwan Di Landa Gempa Bumi..??

Salam semuo...especially brader MSK @ Perakexpress.com...


Hehehehehehe...


kat sini lah aku dapat tau yang gempa bumi di Taiwan ruponya pada taun 2006 yang lalu...ampehh toiii...


Dan Mesia lak dengan k'jaan Taiwan lak mana ada hubungan diplomatik..??? Dan sebab tu la kedutaan Mesia takdak kat sana...


Serta dapat tau teman blogger, si aloha2...minggu ni ka minggu nak mai ni baru Taiwan akan di landa gempa bumi..hehehehe...betoi ka dak ntah laaa....

Dan seperkara lagi, pasai destinasi Taiwan & Las Vegas,US yang di gembar gemburkan oleh seantero blogger dan media elektronik sebelom ni, aku ada dapat info yang ada satu kasino paling basau kat Taiwan yang bernama "LAS VEGAS" dan cawangan yang akan dibuka AKAN DATANG hanyalah di negara jiran, Singapora...


Kat [sini] la berito yang terkezutkan bewak.....hehehehehe...Jgn mare aa brader MSK...



ApSeReNaPeTe betoooiiii......

9.9.08

Sempoii..sempoiii..bagus! Langkah Paling Bijak..

Gerakan Pulau Pinang putus hubungan dengan Umno negeri

Gerakan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar semalam ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dalam mesyuarat tergempar itu, kata Dr Koh, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.


Beliau turut membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana "telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat".


Menurut Dr Koh lagi, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN.


Dalam sidang akhbar pada jam 10.30 malam tadi, Dr Koh berkata, pemimpin dan ahli Gerakan amat terperanjat dan marah dengan perbuatan tersebut.


Menurutnya, mereka kecewa dan sedih kerana ramai pemimpin badan perhubungan Umno negeri yang hadir di situ, telah membiarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seumpama itu.


Dr Koh juga berkata, amaran Ahmad supaya masyarakat Cina tidak bersikap seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali.



- sumber dari Malaysiakini


* - sempoi! sempoi! suasana politik negeri Pulau Mutiara semakin bercahaya..!!!

Juga dari sumber Malaysiakini mengenai usul serta cadangan Wanita Gerakan supaya keahlian Ahmad Ismail dilucutkan serta dikenakan tindakan I.S.A... HaRia PeNanG HaRia..!!

8.9.08

Berita Terkini Lagi Sensasi...!!!



TERKINI..!!! Informasi diterima pada jam 12:07:56 melaporkan Parti KeADILan Rakyat Sabah Negeri Di Bawah Bayu, keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu isytiharkan kerusi Parlimen Pensiangan yang di MENANGI TANPA BERTANDING oleh Joseph Kurup (Be-enD) pada PRU-12 yang lepas TIDAK SAH....


Lawan pulakkkk... Ya..!!! Lawan Tetap Lawan..!!! Cam blogger Mat Comot penah kata, "Lawan Tetap Lawan, Lawan Sampai Pengsan.." Ya..Lawan... Jom kita pakat pi Pensiangan la lepaih ni bro,sis semuooo..... Takdak malam dahhh..Siang ajaaaa..... Pensiangan Bahh...



Hehehe....ApSeRe..

2.9.08

Marhaban Ya Ramadhan..& 16 September...

Jadual Masuk Waktu Imsak & Berbuka Puasa untuk Negeri Pulau Pinang dan sewaktu dengannya...

Salam semua...



Selamat Bersahor dan Berbuka Puasa kepada muslimin & muslimat yang di panjangkan umor serta di murahkan rezeki hingga kita bertemu lagi bulan penuh keberkatan, bulan RAMADHAN AL-MUBARAK..


Kalau dikampung2 atau orang2 'LAM' a.k.a orang lama,orang veteran biasanya depa panggil bulan posa.. Yang di surau dan masjid akan mulanya 'MOREH' berbuka Puasa dan juga selepas Terawikh..



Dulunya sistem atau adat MOREH ni best masa aku kecik2 kat kampung aku ni...setiap rumah dalam kampong telah pun di jadualkan pada sekian-sekian hari untuk mai antaq,mai sedekah kat surau paling kurang 3jenis kueh ataupun hidangan..sehari musti 3 rumah akan mai antaq di surau beserta duit nak bancuh ayaq...meriah ooo time tuu..sempoii..macam2 kueh hangpa bleh makan..kenduri oooiii...



Tapi zaman canggih dan pesat telah merubah segalanya..la ni kampung aku dah tak jalankan adat MOREH cam dulu lagi..la ni dah ada orang sponsor siap 1bulan..abeh adat tradisi.. Cuma yang dok ada la ni kat masjid di area pekan aku, MOREH nasik minyak oleh golongan BERADA, SENANG LENANG, ADIK-BERADIK, SYARIKAT2, KOPERASI2 serta INDIVIDU2 tertentu yang dah dijadual siap sepanjang bulan Ramadhan ni pada sekian hari akan adakan kenduri MOREH bukak posa...




Camana pun suasana sekarang ni tak lah semeriah zaman dulu yang saling berganding bahu sesama geng kampung bergotong royong..kongsi kueh hang, kueh aku...best oo time duluuu.. La ni dah tak sesempoi dulu...


Ok..mengenai tarikh keramat 16 September lak yang dok 'countDown' lagi berapa hari lagi nih..14 HARI saja lagi, memang akan berlaku kerna berlaku dalam bulan yang penuh BERKAT iaitu bulan RAMADHAN AL-MUBARAK..tidak mustahil akan berlaku peristiwa PENUH BERSEJARAH dalam memori tanahair...jika tak silap aku, Nabi Junjungan Muhammad S.A.W pun dulu pernah menawan atau menubuhkan kerajaan ISLAM dalam bulan Ramadhan nih...Peperangan di zaman Rasullullah dulu pun banyak yang berlaku di bulan Ramadhan dan KEMENANGAN banyak dicapai di bulan yang MULIA ini...




ni lah road-tax moto aku... 16 September tuu...
(p/s: blurkan no.plate atas sebab2 keselamatan)


Yang best nyer 16 September nih tarikh 'keramat' jugak untuk aku...sebab pada tarikh tu cukai jalan a.k.a Road-Tax moto aku 'due'...hehehehe..secara kebetulan sajer tuu...Yang terkejut bukan aku sorang, malahan pak polisi trafik semasa buat spot-check via road-block pun penah terkejut dan terus tak cakap bnyak suroh aku cepat2 jalan..ok,ok,ok katanyaa...hahahaha...dia pon phobia kot dengan tarikh tu...


Camana pun kita nantikan tarikh 16 September ni bakal merubah seantero Malaya ke ARAH MALAYSIA YANG ADIL...!!!! REFORMASI...!!!!!! REFORMASI...!!!!! REFORMASI...!!!!!




Hehehe.....ApSeRe....
Related Posts with Thumbnails