oleh Angkasanuri |
Saya seringkali melahirkan kebimbangan tentang keselamatan negara dari ancaman luar terutama pintu keluar masuk sempadan negara. Masih ingat lagi kehilangan dua kontena cip komputer dari terminal kargo di Bayan Lepas tidak lama dulu? Begitu juga dengan rampasan dadah yang beratnya hampir 1 tan di Rompin Pahang. Ini belum termasuk dengan betapa mudahnya pendatang haram membolosi sempadan negara dan begitu bergaya ' mengeksport' motorsikal milik rakyat negara ini untuk digunakan di negara jiran. Tetapi apa yang saya ingin utarakan bagaimana enjin jet yang sebegitu besar boleh 'dieksport'' ke Eropah? Adakah pihak berkuasa di lapangan terbang, pelabuhan dan pintu sempadan tak dapat mengesan enjin yang begitu besar merentasi sempadan negara? Sejak bila pula Malaysia jadi pengeksport enjin pesawat pejuang? - dari harakahdaily Apa punya mangkok la sapa yang terdesak sangat sampai pi juai enjit jet TUDM? India besi buruk ka? Blah lerah rumah aku ni kat Bayan Lepaih, dalam seminggu musti 3-4 kali lori kompeni India besi buruk dok 'round' mai tanya, " aney, ada ka besi burok mau juai..barang2 lama ka?"...naik heran aku kerap sangat depa mai, macam la area umah aku tu area kilang besi...lagi jauh la sungai besi..isk, tensen aku.. Dah la enjin jet TUDM pi 'ghaib' dan dengaq cerita di Bernama,(cerita kat SINI) la ni dok ada di Amerika Selatan dah enjin jet tu...baru nak sedaq kott??? Apa raaaa.... Sampaikan atlit Mesia yang dah susah-payahkan diri kat Sukan SEA Laos dengan pingat Emas pun sangkut tak dapat balik Mesia, kapai terbang TUDM tak bleh sampai sana...isk isk isk...kasiannnn... [nah baca kat bawah ni]
Skuad Bola Sepak Negara Terpaksa Tangguh Perjalanan Pulang KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Skuad bola sepak bawah 23 tahun negara yang dijadualkan pulang ke tanah air Jumaat petang terpaksa menangguh kepulangan mereka apabila pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengalami masalah teknikal. |
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
2 ulasan:
tak lama lagi a.t.m jadi kedai half cult(kedai potong),apa mau semua ada,kereta kebal ada kapal terbang ada tak lama lagi kapal selam pulak!!!
kah kah kah...aritu M-16, machine gun dan bla bla bla.. ada jugak dilarikan dari kem Grik dan pengkalan hulu..tu pun rasonya dah masok katalog kedai half-cut..last2 of story, Al-Maunah jadi kambin itam...
Catat Ulasan