Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

20.12.09

Kuang Jaq : Tuntut Pengerusi Be-enD & YDP MAIPP...


3 Muharram 1431
oleh Cina Islam.

Semasa Pakatan Rakyat semakin menguat dan menawarkan alternatif terbaik untuk rakyat Malaysia, pada hari yang sama kita menyaksikan pergolakan dalaman Barisan Nasinal yang semakin parah dan semacam menambah luka yang memungkinkan tidak terubat lagi.

Media melaporkan Umno (baca : Ameno) mahukan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang kini dipegang oleh Gerakan diserahkan kepada parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan perikatan itu di peringkat negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno (baca : Ameno) negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata permintaan itu adalah munasabah kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.

Dakwanya "Parti komponen lain tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang," selepas mempengerusikan menyuarat Badan Perhubungan Ameno negeri semalam.

Jawatan pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil Umno (baca : Ameno) jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan selama itulah tidak pernah ada pemimpin UMNO (baca : AMENO) memegang jawatan Ketua Menteri sampailah Pulau Pinang di kuasai oleh Pakatan sejak 8 Mac 2008 lepas.

Walaupun Zahid mengatakan hasrat UMNO (baca : AMENO) adalah untuk menguatkan BN namun yang saya nampak ianya makin melemahkan dan mengkucar-kacirkan BN di Pulau Pinang. Nampaknya UMNO (baca : AMENO) menampakkan belangnya yang sebenarnya di Pulau Mutiara, bak kata pepatah "habis manis sepah dibuang". itulah perangai AMENO yang sebenar iaitu sangat mudah melupakan jasa orang lain.

Dalam masalah sekarang jasa Parti Gerakan yang selama ini menempatkan Pulau Pinang dalam cengkaman BN sekian lama atas jasanya menang besar di situ seakan dilupakan langsung olen pemimpin AMENO.

Sepatutnya AMENO dan BN mesti terus diajar kerana dia cukup kurang ajar kepada jasa orang yang mendahuluinya. Tanpa menafikan memang semua calon Gerakan kalah dalam Pilihan Raya yang lepas namun adakah itu ukuran segera untuk menafikan kejayaan sebelum ini?

"Tidak semestinya saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Ameno negeri dilantik sebagai Pengerusi BN negeri, jawatan itu mungkin boleh dipegang oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri atau Ketua Pembangkang," katanya.

Semakin kurang ajarnya Zahid dan AMENO Pulau Pinang bila mereka menuntut kerusi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) .Adakah mereka masih tidur dan tidak menyedari bahawa Pulau Pinang sekarang di bawah Pakatan Rakyat..??? Siapakah yang berhak menentukan kerusi tersebut. Siapakah Zahid yang memandai untuk "berkokok" dalam masalah ini..???

Tuntuan ini bagi saya tidak lebih dari membuka pekung didada dan melahirkan hasrat jahat AMENO Pulau Pinang (macam la ada hasrat baik sebelum ni...) yang semestinya ditolak secara total di Pulau Pinang dan di masa akan datang.

Yang Dipertua MAIPP ketika ini, Shabudin Yahaya yang juga ADUN BN Permatang Berangan akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Selamat Bersara Shabudin dari jawatan itu dan saya yakin Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan memperkenankan cadangan yang di kemukakan oleh Kerajaan Negeri yang sah dari Pakatan, bukannya mendengar nasihat dari pembangkang di Pulau Pinang yang cukup kurang ajar !

2 ulasan:

tanpa nama berkata...

ya..umno pulau pinang auta ja lebih especially ketua pembangkang pulau pinang..kawasan haram x mai melawat pon..dok sembang dalam sidang dun ja lebih..

jajarbink berkata...

Yang nak jawatan pengerusi tu ...ok lah pasai itu musibah dalaman UMNo/BN. Yang nak jawatan Ketua MAIPP tu yang tak tahan lawak nie.

Aduhhh !!! depa ingat Pulau Mutiara nie Putrajaya kaa ?? Dah lah kena hambat keluar gara2 tunjuk punggung di dewan yang mulia, ada hati plak nak kukuhkan perikatan haprak nie.

Koyak laaa gambar dan suruh menyembah melutut mintak maaf baru erat perikatan tu. Makin hari makin SARKIS puak2 ini.

Senang aje nak lenyapkan anasir2 haprak yang songlap khazanah negeri ini pada PRU13 nanti.
Letak calon PAS atau PKR ( satu lawan satu ) di setiap kerusi yang depa tanding.

Kawasan cina Umno boleh telan air liur aje , calon Gerakan akan kena lebih teruk dari yang lepas. Timbalan Presiden pun dah bye2 masuk tong taik cop Umno ( Tong Baru..Taik Lama ) iaitu PCM. Nanti sebulan dua pecah laa macam Parti Makkal Sakti ciplak.

Kesimpulan...UMno dah busuk sampai Usus dan kena bakar atau tanam dari dibiar kan lagi merayau sana sini macam.... ( Zombie Kg Pisang )


* - ameno koko ni memang kuang jaq, alif mim nun wau = sarkis... *&*())_^$%^#$#+_)(@#@#@

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails