Isterinya Zurina Yosof, 34, dan empat anaknya, Mohd Jibrail, 9, Amirah Balqis, 7, Mohd Mikail, 6, dan Mohd Atid, sembilan bulan, serta anak saudaranya Mohd Harun Hamili, 8, turut mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam ketika mereka dalam perjalanan dari Pekan menuju ke Rompin selepas pulang ke kampung isterinya di Kelantan.
"Mohd Johari (foto) yang sedang memandu kenderaan itu terlelap menyebabkan kenderaan jenis Toyota Fortuner itu terbabas dan terbalik sebelum terbakar," katanya ketika dihubungi hari ini. Yahaya berkata mereka sekeluarga bernasib baik kerana sempat keluar dari kenderaan itu sebelum ia terbakar sepenuhnya.
Katanya, mereka diselamatkan oleh saudara-mara yang turut berkonvoi dan dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan.
BERNAMA
* - nyawa dan umur kawan ni maseh panjang, kalo tak.. ada pulak PRK kat area Rompin Pahang ni... bukan nak mintak laa..tapi ni semua keja Yang Maha Esa, Dia masih bagi peluang dan cobaan serta dugaan... Dan puak2 UBN ni kalo meninggai baru depa rela nak ada PRK...kalu tak payah cakap laaa...
2 ulasan:
Syukur lah selamat.
Sekurang kurang nya masih ada lagi masa untuk melakukan/menambah amal kebaikan dan perintah Allah S.W.T.
Jangan lalai bahawa kematian bole berlaku bila bila masa.
Jgn jadi mcm satu MP tur.,di langgar kereta waktu melintas jalan tengah tengah malam berhadapan Ampang Park beberapa tahun dulu.
Nyaris tidak maut waktu juga.,
Sekarang nie dia dah lupa kejadian tur,dgn perangai nya menjadi jadi,.
Sombong bongkak wajah nya senantiasa bengis, saolah olah die tidak akan mati dan berhadapan soal jawab dgn Allah.
Biarkan die.
Sesuatu kejadian yang berlaku tur ada hikmah nya bagi orang yang beriman.
sapa dia MP / Ahli Parlimen tu? alaa...bagitau laa..bukan dia nak saman pun kalau betoiii... kasi tau ajaaa...
Catat Ulasan