Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

25.8.09

Perjuangan Sebenar YB Radzhi... ~ malaysiakini




Salam 2 all.


Semalam sahabat saya YB Mohd. Radzhi Salleh (Ahli Dewan Undangan Negeri N.34 Lunas) mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas.

Secara rasminya beliau menyatakan tidak dapat lagi menyokong kepimpinan PKR yang "perjuangan nya tidak lagi saperti perjuangan asal".

Bagaimanapun, YB Razhi mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah sebagai Exco Pelancongan dan Sumber Manusia memandangkan perlantikan beliau sebagai Exco dibuat oleh Sultan Kedah dan hanya Baginda yang boleh menentukan kedudukan YB Radzhi.

Tindakan YB Radzhi telah membawa spekulasi yang pelbagai. Ada yang menuduh beliau mempunyai masalah disiplin, ada yang mendakwa YB Radzhi gagal menjalankan tugas portfolio exco beliau, ada yang menyatakan kerana beliau disiasat oleh SPRM, malahan ada yang memfitnah menyatakan YB Razhi menerima sogokan daripada UMNO (tadi saya dimaklum kononnya jumlah sogokan adalah RM4 juta!). Termasuk ada desakan menuntut YB Radzhi meletakkan jawatan sebagai ADUN Lunas!

Saya mengambil sikap memahami tindakan YB Radzhi yang sejak daripada awal kemenangan pada 08 Mac 2008 telah membangkitkan beberapa isu yang beliau rasakan serius dan perlu tindakan segera. Saya yakin tindakan yang diambil oleh YB Radzhi adalah atas dasar prinsip dan bukan kerana masalah disiplin, siasatan SPRM, ataupun sogokan. Apatah lagi fitnah jahat yang menyatakan ianya berkaitan masalah wanita.

Saya ingin menegur rakan-rakan dalam PKR termasuk daripada Pakatan supaya jangan cepat memfitnah, membuat tuduhan liar dan menuding jari. Ingatlah setiap jari yang kita tuding kepada orang, tiga jari lagi menuding kepada kita.
Kalau kita menuduh YB Radzhi konon tidak berdisiplin, saya melihat YB Radzhi antara Exco yang sangat komited dan berdedikasi dengan amanah yang diberikan. Malahan awal-awal lagi beliau telah memanggil mesyuarat dengan pihak perhotelan yang terlibat di Pulau Langkawi kerana beliau mahu memberi jaminan kepada para penguasaha hotel antarabangsa di Langkawi bahawa Kerajaan pimpinan PAS Kedah tidak akan mengambil tindakan drastik yang boleh menjejaskan industri pelancongan khususnya di Langkawi. Ini kerana beliau menyedari industri perhotelan di Langkawi merupakan permata industri pelancongan bukan sahaja bagi Kedah, malahan bagi negara.

Malah beliau merancang untuk menjadikan Langkawi khususnya dan Kedah amnya sebagai kawasan pelancongan "syariah compliance" dan "halal tourism", demi untuk menarik pelancong khususnya dari Asia Barat yang semakin meningkat dan merupakan "economic tourist". Beliau sendiri telah pergi membuat lawatan kerja ke Dubai dan lain-lain tempat di timur Tengah.

Beliau sangat menaruh minat dengan konsep "halal hotel" yang dilaksanakan oleh pengurusan Hotel De Palma, Ampang Selangor yang katanya memenuhi cita-cita beliau untuk melaksanakan "halal tourism" di Kedah. Beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan dengan pihak pengurusan hotel De Palma untuk mempelajari konsep "syariah compliance hotel" ini.

Satu masalah serius yang difikirkan oleh YB Radzhi ialah mengenai perpecahan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, yang semakin ketara sejak pilihanraya 08 Mac 2008. Beliau antara orang paling sedih apabila Kerajaan PAS diugut oleh wakil tunggal DAP dalam DUN Kedah dalam isu penutupan pusat penyembelihan babi di Kg. Berjaya, Alor Setar. Beliau sangat teringin melihat pemimpin-pemimpin Melayu Islam daripada PAS, PKR dan UMNO duduk semeja untuk mencari kata sepakat demi ukhwah Islamiyyah dan maruah agama yang makin tercabar. Malahan beliau pernah memberitahu cita-citanya agar dapat Tuan Guru Haji Hadi, Dato Seri Anwar duduk berbincang dan bermuzakarah bersama dengan Pak Lah (PM masa itu).

Selain itu, YB Radzhi juga menghadapi masalah untuk menyelenggara dan memantau kawasan DUN Lunas. Ini adalah kerana kami ADUN dan MP daripada Pakatan di Kedah, khususnya daripada PKR tidak mendapat sebarang bantuan atau peruntukkan kewangan untuk menjaga kawasan masing-masing. Kami bergantung sepenuhnya kepada elaun dan pendapatan sebagai ADUN dan MP. Ini ditambah pulak dengan masalah dalaman, jentera dan cabang PKR di Padang Serai yang tak habis-habis dilanda masalah dalaman. Termasuk ketiadaan kerjasama daripada beberapa orang pimpinan tempatan.

Walaupun YB Radzhi menerima sokongan penuh Ketua Bahagian dan AJK PKR kawasan, namun terdapat segelintir pimpinan tempatan yang kerana keangkuhan dan ego masing-masing enggan mengiktiraf kepimpinan kawasan. Sebab itu saya tidak hairan apabila Pemangku Ketua Bahagian Sdr. Jamaluddin Abu Hassan berserta beberapa ratus ahli PKR cabang Padang Serai menyokong tindakan YB Radzhi dan turut bersama beliau mengisytiharkan keluar daripada PKR.

Seperkara yang akhir-akhir ini sangat merisaukan YB Radzhi ialah apabila ada persepsi timbul seolah-olah PKR khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya sudah mula dikongkong oleh sekumpulan mereka yang mempunyai agenda tersendiri yang boleh menghakis dan mencabar kedudukan Islam dan bangsa Melayu. Mungkin persepsi beliau silap atau tidak, namun itulah yang beliau rasakan.
Apapun, saya menghormati keputusan sahabat saya YB Radzhi. Saya seru rakan-rakan lain dalam PKR dan Pakatan supaya menghormati pendirian beliau.

Sebagai pejuang hak asasi manusia, sepatutnya kita menjadi orang pertama menmghormati keputusan beliau kerana itu adalah hak asasi beliau untuk memilih dan menentukan parti mana yang beliau mahu sertai. Saya berpendapat desakan menyuruh beliau mengosongkan kerusi DUN Lunas hanya kerana beliau memilih untuk tidak bersama dengan PKR adalah satu desakan yang bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menghormati, malahan kekadang sampai mempertuhankan prinsip hak asasi manusia. Ini jelas apabila YB Dato Nasaruddin (BN-Parit) memilih meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, tapi lepas tu buat u-turn balik), kita tidak pulak mendesak beliau mengosongkan kerusi DUN Parit, sebaliknya kita telah berkompang sakan menyambut "penghijrahan" beliau.

Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah, tapi bila membawa faedah kepada kita baru jadi betul. Call a spade a spade-yang benar tetap benar walaupun pahit bagi kita.
Melainkan kita ini pengamal fahaman double-standard, saya berpendapat pendirian kita mesti istiqamah dan konsisten. Kalau kita boleh terima YB Dato Nasaruddin dahulu, mengapa kita tidak boleh menghormati keputusan YB Razhi. Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah dan tidak betul, tetapi bila membawa menafaat dan faedah kepada kita baru jadi betul. "Call a spade a spade". Yang hak tetap hak walaupun pahit untuk kita menerimanya.

Pada saya, sepatutnya apa yang terjadi memberikan kita peluang dan ruang untuk mencerminkan diri kita dan memperbaiki kelemahan yang ada.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada YB Radzhi. Semoga ALLAH memberikan beliau petunjuk dan kekuatan dalam perjuangan beliau untuk Islam dan ummatnya, insyallah. Kepada YB Radzhi, mungkin beliau perlu menimbang untuk menyertai jemaah yang ada, dan dalam pertimbangan itu, jangan lupa kepada PAS, Insyallah!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Ramadhan 1430
24 Ogos 2009
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu P.18


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

6 ulasan:

marhaen Reformasi berkata...

sepatutnya YB Radzhi ni tukaq parti saja...pi masuk PAS...tak payah lompat keluaq...pikir-pikirkan lah...

Tarzizi berkata...

kalau la betul perjuangannya, kenapa masa masuk bebas terus bagitau yang die sokong umno tu..?? bukan ke die tak suka umno pasal umno ni korup kepada YB Zul tak payah la nak tegakkan benang yang basah .... tujuan die satu je untuk hancurkan pakatan... dan tentu ada wang mari punye la kan....

Hijat Panjang... berkata...

tak baik berburuk sangka dengan sesama islam... biarkanlah kita bersangka baik-baik saja...

bulan ini pulak bulan mulia, hormatilah ia sebaik-baiknya...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak letak jawatan.
Kenapa nak menyusah orang lain.
Kenapa masuk PKR.
Kononnya melayu berpecah, kenapa tak stay dari awal duduk dalam umno dalam saja.

albinjayie berkata...

ijat....
aku rasa ini bukan berburuk sangka, ini adalah strategi. sebagai kawan, aku rasa hang sebagai blogger jgn copy n paste ja pandangan orang lain, cuba selidik benda ni betui2 dr blogger yg lain...kalau hang rasa dia betui, masukkan fakta yang betui...

kalau hang rasa dia katak, taruk kaw2. mcm aku sms dulu, kalau dia bersangka baik dan berprinsip, dia kan ada saluran, kenapa tak adu pada MB, Anwar dan majlis tertinggi PR. dia exco pa, takkan tak dak suara..mcm 2 ekoq kat perak gak, exco gak...

ini keluaq pkr terus nyatakan sokongan pada pm bn...apa kes? bagi aku statement tu pun nampak dia dah di beli..n bangang.

satu lagi...betui ka dia menang adun tu sebab orang kenai dia...aku rasa dia menang adun tu pun sebab orang pilih pakatan rakyat, siapa mamat ni dulu...ye lah dia ada jasa dia, namun sebagai orang yang berikrar utk berkhidmat pada rakyat melalui parti, adakah ini tindakAN dia...

dia risau perpecahan melayu islam? habis dia keluar dari PR apa dia boleh buat? lg la susah sebab no say...

jadi pd aku....apa alasan pun....that was a stupid reason...cukupla jgn bodohkan melayu lagi....

Hijat Panjang... berkata...

salam albinjayie...

aku paham dan setuju bangat dengan cadangan dan nukilan dari tuan hamba...ok, mesej diterima dan nukilan anda amatlah dihargai...

Related Posts with Thumbnails