Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

12.8.09

Dengaq Boleh, Percaya Jangan... ~ malaysiakini

BN akan tunai janji ikut peti undi

BN akan menunaikan janjinya di kawasan peti undi yang dimenanginya walaupun calonnya kalah dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.
"
Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi," kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. "

Jika di satu kawasan peti undi itu mahukan jalan, jika peti undi itu BN menang, kita akan bagi jalan kepada mereka. "

Walaupun calon kita kalah, jika di mana-mana peti undi kita menang, kita akan tunaikan janji kita kepada peti undi yang menang selepas pilihan raya itu," katanya selepas mesyuarat Umno bahagian itu malam tadi, lapor Bernama.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS pada 31 Julai lalu.

Penamaan calon ialah pada 17 Ogos ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, Mohd Hamdan memperoleh 11,004 undi menewaskan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Abdul Jalil juga berkata mesyuarat bahagian itu memutuskan untuk tidak mengemukakan nama bakal calon untuk bertanding di DUN Permatang Pasir.

Sebaliknya, kata beliau, ia menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk memilih daripada empat nama yang disenarai pendek oleh Umno pusat berdasarkan maklumat dan pandangan umno bahagian.

Menurutnya, calon-calon yang disenaraikan itu adalah anak tempatan dan berumur antara 40 dan 60 tahun.

Calon muka baru

"Calonnya adalah dari golongan profesional, mampu berkhidmat, diterima masyarakat, mempunyai ramai saudara di kawasan itu dan anak tempatan Permatang Pauh," katanya sambil menjelaskan bahawa semua calon yang disenaraikan adalah muka baru.

Menurutnya, nama calon akan diumumkan pada 4 petang Jumaat ini serentak dengan pelancaran jentera pilihan raya BN Permatang Pasir.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan pula berkata penyokong PAS di Permatang Pasir seharusnya sedar bahawa parti itu tidak diberi pengiktirafan sewajarnya oleh kerajaan DAP-PKR Pulau Pinang.

"Pada tahun 1999 MIC pernah menang satu kerusi sahaja tetapi tetap diberi jawatan exco dalam kerajaan negeri (pimpinan BN) dan ini menunjukkan semangat setiakawan dan keikhlasan antara parti komponen BN," katanya selepas menyuarat mengenai persediaan pilihan raya kecil itu malam tadi.

Tetapi, katanya, kerajaan Pulau Pinang sekarang mengetepikan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri walaupun Mohd Hamdan merupakan wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri.

Ahmad juga berkata walaupun PAS menang dengan majoriti besar pada pilihan raya umum lepas, ia tidak bermakna penduduk kawasan itu tidak akan berubah fikiran pada pilihan raya kecil ini.

"Pada tahun 1995 kerusi Permatang Pasir dimenangi oleh BN. Pada tahun 1999, 2004 dan 2008 pula BN kalah kepada calon PAS. Ini bermakna fikiran rakyat sentiasa berubah," katanya.

- dari Malaysiakini

*p/s- dengaq boleh la kata-kata dari puak ameno ni...percaya jangan sekali..dah lama dah 50 tahun dok taboq janji segala janji...silap la kalau strategi ngok hangpa bawak mai macam di Manek Urai...makan diri laa...ni Permatang Pasiaq laaa...makan pasiaq la hangpaa...

5 ulasan:

akira® berkata...

salam bro,

Duit RM100k yang dijanjikan untuk masjid masa PRK P44 pun baru lansai setengah. Itupun masa PRK N12 yang lepas. Suruh puak2 ameno ni lansai lagi RM50k, baru buat janji2 baru.

Slalu cakap tak serupa bikin!!

Ctm baban Baru... berkata...

Salam,
Nampak gayanya tok ketua umno ni dah tahu tak dapat memenangi hati pengundi diPermatang Pasir,jadi di pun keluarkan kalam...kalu menang satu peti undi pun tak pa...hampa akan dapat habuan!teruk betoi puak ni....kira nak julap aja!
ajak la pengundi, mengundi cara yang lebih baik "Untuk Masa Depan"..bukan undi nak jalan tar,nak titi lintas sungai...kita nak ubah semua ni...pengundi bukan lagi bodoh,boleh di"gula gula"!

Ctm Bayan Baru... berkata...

Salam,
Nampak gayanya tok ketua umno ni dah tahu tak dapat memenangi hati pengundi diPermatang Pasir,jadi di pun keluarkan kalam...kalu menang satu peti undi pun tak pa...hampa akan dapat habuan!teruk betoi puak ni....kira nak julap aja!
ajak la pengundi, mengundi cara yang lebih baik "Untuk Masa Depan"..bukan undi nak jalan tar,nak titi lintas sungai...kita nak ubah semua ni...pengundi bukan lagi bodoh,boleh di"gula gula"!

kerispuaka berkata...

janji ameno janji palsu,dasar pendusta.

mohd berkata...

dia tau KALAH dah pasai itu dia kata bagi jalan walaupun KALAH

Related Posts with Thumbnails