Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUANPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.
Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.
Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.
Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.
Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.
Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt. (aljazeera/ihhtv)
Sumber – http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=3817
* p/s - memang celakalah, haramjadahlah tentera zionis LakNatuLLah yang menyerang serta merampas kapal-kapal konvoi dari pelbagai negara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza..nah, inilah negara YaHuDi LakNatuLLah yang semakin hari semakin dicemuh oleh penduduk antarabangsa kerana kebiadapan sesuka hati menindas penduduk Palestina yang sedang dalam sengsara...terkini, bukan sahaja negara-negara IsLam Dunia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam tentera 1IsraeL LakNatuLLah, malah negara-negara EroPah juga mengutuk serangan dan rampasan biadap itu... Konvoi kemanusiaan menerusi NGO dari negara bukan Islam antaranya Greece dan Ireland...
Takbirr! SemoGa ALLAH S.W.T menempatkan para syuhada As-syahid serangan di sampingNya didalam SyurGa..serta, bantuan menumpaskan rejim ZioNis LakNatuLLah... Amin Ya Rhobbal Alamin...
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
1 ulasan:
mana amnoapco?mana PERKASAM?awat semua diam??yahudi jolok duit kat !$###$#$! hangpa ka??
Catat Ulasan