Tragedi Berdarah di Shah Alam baru-baru ni seakan berulangnya tragedi berdarah di Batu Burok, Kuala Terengganu dimana anggota polis telah menembak secara membabi-buta di khalayak ramai seakan dunia ni dah nak runtoh, punya nak pertahan diri, sehingga 2 orang remaja yang tak tahu menahu, terkena tembakan peluru hidup dari anggota keselamatan ini...serupa alasan sang penguasa, nak pertahankan diri..ayat stendet laa...macam kat artikel yang sudah-sudah laa aku ada kata, aku pun nak jadi polis camni...
Dalam tragedi di Batu Burok tu, seorang dari dua mangsa yang terkena tembakan rambang polis hampir2 maut kerana kritikel kecederaannya, tapi yang best gilar, selepas kedua-duanya beransor sembuh dan keluaq dari spital, depa lak dituduh menyerang anggota polis dan cetuskan rusuhan...!!! alamok aii..sempoinyooo...mangsa tembakan lak dituduhnyo perusoh..??? menganggu tugas penjawat awam...??? tu dia laa melesia tanahairkuu...polis jugak baguihhh...ni di Shah Alam, sorang adik remaja, allahyarham Aminul Rashid Amzah mati kena tembak di belakang kepala dan esoknya dimuka depan kebanyakan sokabar, penjenayah mati ditembak...uishhh..sonangnya hangpa kata orang tu penjenayah, orang ni penjenayah...enna soreee batchaaa...???
Lagi satu kelmarin dulu ada berita yg pasai ada pergadohan dalam konsert di stadium Bukit Jalil, katanya pendatang Indonesia yang majoriti p tengok konsert tu pakat2 bergadoh pasai ada 2-3 puak dari daerah yang berlainan di Indonesia, yang peliknya.. depa dapat bawak masuk ke dalam stadium tu 2-3 guni senjata berupa parang panjang, golok, sabit dan benda2 tajam besi...mana p pihak polis? Takdak nak pi pantau ka keselamatan kat sana? SB-SB mana p? Awat tak kecoh sangat macam hangpa mai progrem Parti-parti politik Pakatan Rakyat..??? Pasaipa..?? Ni, bila depa dalam stadium dah bergadoh, baru hangpa mai rampas semua senjata..kata dapat rampas..cehh, pigidahhh...camna orang awam nak hormat kat hangpa macam ni...??? Ubah la sikett...
Pasai tajuk cerita ber-episod cam banner kat ataih, Bloody Monday cereka dari negara matahari terbit, Jepun...tima kaseh la pada sahabat aku, yang tolong 'burn' dvd cereka ni mula dari episod 1 sampai la ke episod ke-11...kalau dia tak 'burn' dan download dari internet, aku pun tak tau ada cerita sempoi camni.. Di Jepun pun depa berani cerita camna dalam pasukan task-force cam UTK kat Mesia, boleh ada spy dari pihak musuh dan jadi tali-barut a.k.a pengkhianat...jalan cerita yang dari mula asainya slow, lepaih tu makin lama makin thrill dan menarik wa cakap luuu...
Bukan tujuan nak promosi cerita Jepun ni, tapi memang pun best! Sebab dia tunjuk camna kelemahan-kelemahan dari dalam pihak kita sendiri dan tektikel pihak musuh maupun pengganas merancang nak serang pihak polis dan orang awam contohnya dalam cerita tu, di bandaraya ToKyo... pada sesapa yang nak tengok harap dapat la kot hangpa download direct dari internet, atau pi cari mana nak pi tau ada di kedai 'lanun cetak rompak' ataupun calling-calling Mr. Sabri Bukit Gelugoq yang cukop expert dan aktif dengan benda2 alah yang amat bermakna ni.. sekian adanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan