Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

31.5.10

TenTera 1IsraeL LakNatuLLah Rampas KapaL & Bunuh Aktivis KeManusiaan..

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.
Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUANPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan. katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt. (aljazeera/ihhtv)

Sumber – http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=3817

* p/s - memang celakalah, haramjadahlah tentera zionis LakNatuLLah yang menyerang serta merampas kapal-kapal konvoi dari pelbagai negara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza..nah, inilah negara YaHuDi LakNatuLLah yang semakin hari semakin dicemuh oleh penduduk antarabangsa kerana kebiadapan sesuka hati menindas penduduk Palestina yang sedang dalam sengsara...terkini, bukan sahaja negara-negara IsLam Dunia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam tentera 1IsraeL LakNatuLLah, malah negara-negara EroPah juga mengutuk serangan dan rampasan biadap itu... Konvoi kemanusiaan menerusi NGO dari negara bukan Islam antaranya Greece dan Ireland...

Takbirr! SemoGa ALLAH S.W.T menempatkan para syuhada As-syahid serangan di sampingNya didalam SyurGa..serta, bantuan menumpaskan rejim ZioNis LakNatuLLah... Amin Ya Rhobbal Alamin...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

30.5.10

Abeh Semua Di Pecatnya...

semua boleh nilai sendiri la machaa...berapa ramai ni dalam dewan? bukan sorang dua yang tak suka dah, meluat dgn Presiden Paling Lama Di Dunia ni..???

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu telah memecat S Murugessan sebagai setiausaha agung parti itu. ~ berikut sedutan artikel dari malaysiakini dan lebihan lanjutan buleh dibaca DISINI aaa... ammakk..!!!

Isk isk isk...tu diaaa, presiden parti paling lama didunia...sami value yang takdak mana dah valuenya, selepas kalah menungging dalam pru-12 yang sudah...melampau-lampau sangat sampai pecat sapa-sapa yang kritik dia..enna daa..abeh, mujoq Najibs tadak kritik sama dia, kalu tidak dengan Najibs-Najibs kena pecat dengan diaa...kah kah kah kah...oitt...dia presiden laaa...ammmak! Najibs setakat Pengerusi Beer-enD sajaa...dia ni Presiden Seumur Hidop laaa...Diktator kaum India abad ini...kah kah kah kah kah kiokkk...

Terbaca la dalam paper Star kelmarin...Datuk Subramaniam bekas timbalan dia yang pernah beberapa kali lawan dengan si Presiden seumur hidop ni, kata dia...cakap si Sami langsung tak bley dipercayai, tak bley pakai...berapa lama daaahhhh...dok nak letak jawatannn...tak letak letak lagi...nuuu, ada hati bagitau taun depan aney nanti letak jawatan...dey poodahhh! Subra cabar dan ajak si Sami jom letak jawatan 2-2 orang sekali...ada berani? citt..enna porenggheeeyy..???

Hari ni, kat Dewan Mines kat KL...G.A.S = Gerakan Anti Samyvalue anjuran bekas-bekas orang kuat Sami sendiri yang berjaya kumpolkan hampir 5ribu orang ahli seluruh negara yang mau si Presiden tak sodar diri ni letak jawatan segera... dey! apa mau tunggu aaa...?? kasik cabut laaa...ciiittt..

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Mesej Penting! Dari Konvoi Life Line 4 Gaza...


Dari ketua misi LL4G-Malaysia, Tuan Hj Noorazman: Kami sedang berada di perairan Gaza, dalam jam 4.30ptg (waktu Malaysia) kami akan berdepan dengan kapal Israel. Pasukan konvoi LL4G Malaysia dan Indonesia diberi amanah utk menjaga keselamatan kapal konvoi. Dijangkakan komando Israel akan turun ke kapal melalui helikopter dan cuba merampas kapal konvoi tersebut.Mohon doa dan solat hajat dr semua muslim. ~ Sinar Hairan


* p/s - pernah beberapa kali mendengar siaran langsung perbualan antara ketua misi LL4G-Malaysia ini di siaran radio IKIM.fm dimana sejak dari berlepas dari KLIA ke Turki...dah tiba di Turki masih menunggu kapal konvoi dari Greece..dan bermacam halangan bakal ditempoh oleh konvoi ini yang berdepan tentera ZioNis Israel LaknatuLLah yang kejam, langsung tidak berhati perot, berhati binatang jika diusik konvoi bantuan kemanusian ini menuju ke Gaza, Palestin...

Semoga mereka semua dilindungi oleh Yang Maha Esa demi menyalurkan bantuan kemanusian kepada penduduk Gaza, Amin Ya Rhobbol Alaminnn... Allah Huakbar! Allah Huakbar! Allah Huakbar!


Laman Web : Lifeline 4 Gaza


29.5.10

Wa TaBik Sama Lu CM Lim Guan Eng...

Aiyaaa... ini kaki 'betting', kaki judi 'HALAL' takdak peluang la nak mau main judi bila mai World Cup 2010 ini maa...kat Penang saja buat setakat la ni..sama la dengan 3-4 kawasan sana di negeri Selangor... itu yang 'HALAL' disisi kerajaan pusat...a.k.a federal maa..lu mau main HALAL punya betting, ada lesen punya judi, lu pi la sana negeri lain..Perak ka, Terengganu ka, Kedah ka, Nogori Sombilan ko, MeLaka ke, Sabahan ka... LaGi ReAL lu olang sindili pigi ApriKa SelaTan teruih maaa...lagi syiokkk..

Apa pasai ini Ketua Menteri Cina sanggop mau kasi 'potong' itu federal punya lesen judi HALAL aaa??? Pasai aaa..dia celedik punya olanggg...pasai itu betting lapat lesen punya aaa, nanti buleh gadoh-gadoh...lawan-lawan, utang buleh juta2 looo... Lu p k la sendili beladerrrr.... Otak ada, pandai-pandai lu olang laaa... Camana pun, wa manyak lespek ini CM Penang... Wa Tabik Sama Lu Mr. CM....

berita asai kat [SINI] dan jugak ada [SINI] aaa...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

22.5.10

Abuya 'Hidup Semula' Untuk Tutup Isu Judi HaLaL...

Heboh berita kembalinya Abuya dimainkan media. Ramai yang tersentak dengan kembalinya Abuya. Paling tersentak dengan isu ini Muhyiddin Yassin juga dan mengatakan kerajaan akan memantaunya. Hishammuddin juga berkata sesiapa yang membawa ajaran yang bercanggah dengan ajaran Islam diawasi kementeriannya. Sedap bunyinya.

Ngo-ngo bersedia juga memantau. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) akan memantau kubur Abuya. Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Pengerusi Nakhaie Ahmad juga sedia membantu. Baguslah semangat yang ditunjukkan. Perkara khurafat, perkara yang menyesatkan akidah kena bendunglah.

Pengikut-pengikut Abuya sendiri menyatakan sememangnya mereka menerima hakikat Abuya sudah meninggal melalui sidang medianya. Namun kenapa isu ini disensasikan oleh media terutamanya Berita Harian. Mereka seronok. Ada udang sebalik batu.

Sebenarnya mereka hanya ingin menutup isu judi 'halal' yang diriuhkan sekarang. Bagaimana judi bola sepak tajaan kerajaan BN mendapat tentangan tetapi orang-orang Umno diam seribu bahasa. Muhyiddin dan Hishammuddin sepi sepinya berkenaan isu ini. Mungkin Muhyiddin dan Hishammuddin merasakan ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam kerana mengaji kitab tidak sempat habis kerana gurunya mati. Sedangkan ini juga lebih teruk melibatkan akidah kerana menghalalkan yang haram.

Janganlah pula selepas ini Muhyiddin ingin memantau judi 'halal' kesayangan mereka supaya tidak menjadi haram pula. Janganlah pula Hishammuddin juga berceramah mana-mana judi yang dibuat kerajaan maka halallah ia dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Sememangnya Abuya hidup kembali, dihidupkan media kerana isu lain. Janganlah ingin menutup bangkai gajah dengan tapak tangan.

~ ek-ele & sumber gambar dari :~ {sini}

* p/s - betoi betoi betoi...memang toya matmin punya paper2 hamjadah, pro-apCo-amNGOk ni..media2 depa dok riuh rendah kata yg pengikut abuya nak idopkan balik kumpulan depa, abuya tak mati la ghaib...toya punya media...hangpa dapat arahan soh tutop isu JUDI HALAL ka..??? toyaa... hoi hoi hoi..MonGGoL Dah PuLanG...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

PerKOSA Tak Mau DEMO, Tapi Cabar Negeri Pakatan...

Selaku Presiden Perkasa saya mencabar Pemuda PAS desak kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah untuk haramkan penjualan Nombur Ekor (Empat Digit) megnum, TOTO, DAMACHAI dan Loteri saperti yang dibuat oleh kerajaan Kelantan. Bukankah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dibawah kerajaan Pakatan Rakyat? Gajah didepan mata yang di langgar sedang mata melihat kuman di seberang. Saya Cabar jika mereka ada Telor dan Anak Jantan,Desak Kerajaan Pakatan Rakyat menghapuskan semua bentuk judi di negeri dibawah Pakatan Rakyat. - Perkasa

Dan yang ini... bertambah2 sengal jadinya.... belum makan paracetamol lagi agaknya... tu yang jadi gilababi tak ketahuan....

Ehmmm.... haruskah gua "Brain Surgery" kepala otak Presiden Katak Perkosa nih....???? Cuba tanya pakcik google... katak perkosa nih... ada otak tak...??? Pasti pakcik google jawap... ada otak. Dan cuba tanya lagi kat pakcik google... katak perkosa nih... ada akal tak...??? Pasti pakcik google jawap... pertanyaan anda tidak di temui....???

Sebabnya... dia kan katak... hanya ada otak tapi takda akal....!!!!

sumber dari :- ISA - IkutSukaAku (kasik kredit sama dia..tq bro..)

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

18.5.10

Patot La Supp-Bn KaLaH Di Sibu...

kah kah kah kah...ropa-ropanya orang iban, melanau, dayak kat Sibu dah celik IT la bro...Malaysiakini sampai 'jem' la nak access tak blehhh...pasai ramai dah celik IT ropanyaaa....pakai bungkuih laaa apCO-bn kalau seluroh pelusok tanahair bleh dapat semua maklumat cam dalam gambaq kat ataih tu noooo....???

sumpit bleh kot online saja...kah kah kah kah...

hoi hoi hoi... MonGGoL Dah Pulangg....!!!

* sumber gambar dari : Justice For ALL

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

17.5.10

Nak Ada PRK Pekan Pulak..???

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu yang berakhir semalam.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

"I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,"
kata Najib.

Menurut Karpal, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

"Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, PM akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan," kata Karpal.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi membincangkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 1Malaysia diciplak dari One Israel. ~ malaysiakini

* p/s - kah kah kah kah...kasian Najib nak kena taok dalam penjara...baru nak ada akai, mentang-mentang hang pm, bleh janji suka-suka hati? tak ikut undang2 pilihan raya? hemtam sembrono aja? kalau kat negara lain, kompom masok dalam...tak kira negara komunis ka, yahudi ka..undang-undang tetap undang-undang la kawannn...mesia ni guna undang-undang apa?

hoi, hoi, hoi... monggol dah pulangg... hey, hey, hey...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

16.5.10

Sibu : KoMpoM PR Rampas Parlimen SIBU...

TERKINI:


kah kah kaH pemimpin2 BN dah meninggalkan pusat pengiraan undi KAH KAH KAH

kah kah kah.....

WOIT.... hang nak lari ke mana?.... kah kah kah

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


TANGKAP JANGAN BAGI LARI.... LARI KE AUSTRALIA ... BAWA LARI DUIT DAN EMAS
...kah kah kah...


JAM 8.20

7 saluran lagi belum kira , 103 saluran dah kira, PR dahului 3944, tak termasuk undi pos 2809
~ TT

hoi hoi hoi...hey hey hey... kompom PR Dah MENANG..!!!

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

SiBu : MaT MonggoL Dah Pulanggg...

Hey hey hey.. Hoi hoi hoi....

MaT MonggoL Dah BLaH La Dari Sibu....kah kah kah kah... katanya DaH SibuK... kah kah kah... sebab sampai setakat jam 7.39 petang / malam sat2 ni.. DAP leading dengan 16,178 BN - 13,156 Ind - 135 Majority - 3.022 (info dari Twitter TPUnmasked LIVE dari Sibu)

Sama hayati dan pakat hinggot pala dengan lagu KHAS, yeh yeh.. Monggol Dah Pulang dari XPDC...

Hoi hoi hoi... hoi hoi hoi...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

15.5.10

LaGi PoLis JaHat : "Kepala Saya Berdentum..."

KUALA LUMPUR 14 MEI: Mangsa kekasaran polis pada perhimpunan membantah lesen judi bola di Masjid Jamek Kampung Baru petang tadi, Muhammad Karim Abdullah kesal menganggap polis cuba bertindak kasar dalam menyuraikan program itu.

"Saya sedang memegang pembesar suara itu, tiba-tiba pihak polis merampasnya dari tangan saya, mereka menolak dan memukul saya. Saya jatuh, berdentum kepala saya dan keadaan ini yang membuatkan keadaan bertambah kecoh.

"Mulut saya berdarah dan kepala saya sakit akibat ditolak dan terjatuh ke bawah terkena ekzos motosikal," katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Lebih 1,000 orang termasuk orang bukan Islam menyertai perhimpunan membantah kelulusan lesen judi bola sepak sempena kejohanan Piala Dunia, di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru petang tadi.

Perhimpunan selepas solat Jumaat itu hanya berlangsung selama kurang dari lima minit berikutan larangan pihak berkuasa, malah seorang petugas PAS turut dikasari polis.

Mereka membawa kain rentang dan sepanduk mengecam tindakan kementerian kewangan yang diterajui datuk seri najib razak kerana meluluskan lesen judi bola walaupun mendapat bantahan rakyat.

Namun, Umno Barisan Nasional (BN) dalam usaha menutup kelemahan mempergunakan institusi polis bagi menggagalkan perhimpunan aman ini.

Polis dikatakan memberi masa lima minit kepada mereka untuk berhimpun tetapi belum pun tempoh itu berakhir, kira-kira 20 anggota polis menyerbu menyebabkan kekecohan itu berlaku. - tvselangor

* p/s ~ macam ni ka polis jaga keamanan? macam ni jaga keselamatan? awat perhimpunan depan masjid jamek tu jadi rusuhan terok sangat ka? awat yg bodo sampai tahap dungu sangat, kerajaan bagi lesen judi world cup tu hangpa dapat syer berapa ploh per'sen'..??? pikiaq la sama, jangan dok jadi kuda-kayu semua nak ikut arahan pihak atasan saja..akai ada ka..??? macam ni nak orang hormat kat hangpa..??? kerana nila setitik, rosak susu satu kilangg...hoi, hoi hoi, monggol dah pulanggg..hey, hey, hey...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

14.5.10

TERNOW! 1,000 Berhimpun Bantah Lesen Judi Bola..PoLis Mengganas..!!!

3.01 pm

KUALA LUMPUR 14 MEI: Lebih 1,000 orang menyertai perhimpunan membantah kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia yang diluluskan Kementerian Kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.

Perhimpunan yang turut disertai masyarakat bukan Islam berlangsung kira-kira lima minit berikutan arahan polis yang melarang, bahkan mengarah mereka segera bersurai seusai solat Jumaat.

Seorang petugas perhimpunan dipercayai ahli Pas mendakwa dikasari polis tetapi dilepaskan selepas perbincangan polis dengan Setiausaha Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad.

Pada perhimpunan itu, Kamaruzzaman mendesak kerajaan Umno Barisan Nasional menarik semula lesen judi bola kerana ia bakal memberi kesan negatif kepada bangsa dan negara.

~ tvselangor

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

13.5.10

Abuya Ashaari Dalam Kenangan...

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.

Al-Arqam yang diasas dan dipimpin oleh Ashaari diharamkan pada tahun 1994 selepas ajarannya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam.

Sehubungan dengan pengharaman itu, Ashaari juga dikenakan hukuman dibuang daerah.

Allahyarham pada suatu ketika dahulu itu yang mempunyai lebih 10,000 pengikutnya dan memiliki perkampungan mereka sendiri di Singai buluh, Kuala Lumpur.

Ashaari pernah mendakwa beliau pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau dan beberapa pengikutnya ditahan pada tahun 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan mereka ditahan tanpa dibicarakan.

Selepas

dua tahun dalam tahanan, Ashaari dikenakan hukuman buang daerah di Selangor.

Bagaimanapun, Ashaari kemudiannya dipindahkan ke Labuan pada tahun 2000 selepas pihak berkuasa mendapati ada pihak-pihak yang cuba mempengaruhinya supaya menghidupkan semula pergerakan tersebut.

Hukuman buang daerah itu kermudian ditarik balik pada Oktober 2004. ~ malaysiakini

* - salam takziah diucapkan kepada keluarga Almarhum, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para para solihin didalam syurga Allah... Al-Fatihah..

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

12.5.10

SomBong Dan AnGkuhnya Orang Ini...

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan mengulas tuntutan keluarga Aminulrasyid Amzah - pelajar 14 tahun yang ditembak polis hujung bulan lalu agar pihak kerajaan dan polis memohon maaf kepada mereka.

"Saya tidak mahu komen kerana ia mempunyai implikasi undang-undang," kata Musa pada sidang media di Putrajaya.

Semalam keluarga Aminulrasyid merayu supaya pihak polis juga membersihkan nama Aminulrasyid daripada dilabelkan penjenayah.

Laporan NST hari ini juga membuat spekulasi bahawa permohonan maaf adalah antara beberapa langkah yang dicadangkan oleh panel khas yang ditubuhkan oleh Kementerian dalam Negeri bagi menyiasat kejadian itu.

- selebihnya baca kat [sini] ~ malaysiakini

* p/s - hebat sangatkah saorang yang berjawatan Ketua Polis Negara ni? Awat sombong dan angkoh sangat ni? Macam ni contoh sebagai saorang pemimpin Tinggi Polis Raja DiMesia? Macam GenGster saja bagi statement...awat arwah Aminul Rashid tu perompak bank ka? Peragut ka? Penjenayah Antarabangsa ka? Cehhh...bikin malu ajaaa...macam ni ka nak orang hormat kat hangpa pasukan polis...??? Hah...??? Jawab la sendiri...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

8.5.10

BlooDy SaturDay...

Allahyarham Aminul Rashid mati ditembak pada hari Isnin, pagi tadi, hari Sabtu di Seremban, seorang lagi remaja belasan tahun cedera parah setelah ditembak oleh seorang anggota polis... Berita nya ada DI SINI...

Abeh tu, polis tu tembak pasai pa? budak tu rempit nak langgaq kereta peronda ka..??? kata dia tembakan dilepaskan sebagai tanda 'amaran' saja...tapi lepas nak tangkap, baru sedaq yang dia ditembak...apa jenih prosedur hangpa ni pakai? takkan hambat tak dapat teruih tembakkk...gengster kaa...??? kuasa..memang hangpa ni gila kuasa, mabok kuasa..yang terang lagi bersuloh, hangpa semua ni SALAHGUNA KUASA...!!! Akai ada kaa..???

Yang PASTI, remaja yang telah DITEMBAK tu, bukannya seorang PENJENAYAH maupun PENYAMUN...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

6.5.10

Bloody MonDay...


Tragedi Berdarah di Shah Alam baru-baru ni seakan berulangnya tragedi berdarah di Batu Burok, Kuala Terengganu dimana anggota polis telah menembak secara membabi-buta di khalayak ramai seakan dunia ni dah nak runtoh, punya nak pertahan diri, sehingga 2 orang remaja yang tak tahu menahu, terkena tembakan peluru hidup dari anggota keselamatan ini...serupa alasan sang penguasa, nak pertahankan diri..ayat stendet laa...macam kat artikel yang sudah-sudah laa aku ada kata, aku pun nak jadi polis camni...


Dalam tragedi di Batu Burok tu, seorang dari dua mangsa yang terkena tembakan rambang polis hampir2 maut kerana kritikel kecederaannya, tapi yang best gilar, selepas kedua-duanya beransor sembuh dan keluaq dari spital, depa lak dituduh menyerang anggota polis dan cetuskan rusuhan...!!! alamok aii..sempoinyooo...mangsa tembakan lak dituduhnyo perusoh..??? menganggu tugas penjawat awam...??? tu dia laa melesia tanahairkuu...polis jugak baguihhh...ni di Shah Alam, sorang adik remaja, allahyarham Aminul Rashid Amzah mati kena tembak di belakang kepala dan esoknya dimuka depan kebanyakan sokabar, penjenayah mati ditembak...uishhh..sonangnya hangpa kata orang tu penjenayah, orang ni penjenayah...enna soreee batchaaa...???


Lagi satu kelmarin dulu ada berita yg pasai ada pergadohan dalam konsert di stadium Bukit Jalil, katanya pendatang Indonesia yang majoriti p tengok konsert tu pakat2 bergadoh pasai ada 2-3 puak dari daerah yang berlainan di Indonesia, yang peliknya.. depa dapat bawak masuk ke dalam stadium tu 2-3 guni senjata berupa parang panjang, golok, sabit dan benda2 tajam besi...mana p pihak polis? Takdak nak pi pantau ka keselamatan kat sana? SB-SB mana p? Awat tak kecoh sangat macam hangpa mai progrem Parti-parti politik Pakatan Rakyat..??? Pasaipa..?? Ni, bila depa dalam stadium dah bergadoh, baru hangpa mai rampas semua senjata..kata dapat rampas..cehh, pigidahhh...camna orang awam nak hormat kat hangpa macam ni...??? Ubah la sikett...

Pasai tajuk cerita ber-episod cam banner kat ataih, Bloody Monday cereka dari negara matahari terbit, Jepun...tima kaseh la pada sahabat aku, yang tolong 'burn' dvd cereka ni mula dari episod 1 sampai la ke episod ke-11...kalau dia tak 'burn' dan download dari internet, aku pun tak tau ada cerita sempoi camni.. Di Jepun pun depa berani cerita camna dalam pasukan task-force cam UTK kat Mesia, boleh ada spy dari pihak musuh dan jadi tali-barut a.k.a pengkhianat...jalan cerita yang dari mula asainya slow, lepaih tu makin lama makin thrill dan menarik wa cakap luuu...


Bukan tujuan nak promosi cerita Jepun ni, tapi memang pun best! Sebab dia tunjuk camna kelemahan-kelemahan dari dalam pihak kita sendiri dan tektikel pihak musuh maupun pengganas merancang nak serang pihak polis dan orang awam contohnya dalam cerita tu, di bandaraya ToKyo... pada sesapa yang nak tengok harap dapat la kot hangpa download direct dari internet, atau pi cari mana nak pi tau ada di kedai 'lanun cetak rompak' ataupun calling-calling Mr. Sabri Bukit Gelugoq yang cukop expert dan aktif dengan benda2 alah yang amat bermakna ni.. sekian adanya...

4.5.10

Melepas Laa Sapa Yang Tak 'Klaim'...

Seperkhabaran dari blogger usopsontoroyo a.k.a ucop, ada sebilangan kawan2 dia di tempat keja dah terima cek bayaran balik baki @ belence pay-out dari pelaburan SwissCash yang kalau tak silap aku bulan sudah ada 'third-party' @ 1konsalten dilantik SC = Suruhanjaya Sekuriti untuk buat urusan bayaran balik kepada semua pelabur di Mesia...

Ikut daripada prosider @ SOP nak klaim nampak cam berat cam gilar2 jaa..ropanya member2 ucop ni bagitau, " alahai..buat ja surat bodo, kosong..bagitau ID dgn nama, no.k/p saja.." pasai dia buat lagu tu saja..dapat la cek rm700 - rm800...sapa nak bagi kat hangpa..??? Kementerian Kebajikan?? Yayasan Petronas..??? kah kah kah kah...keraih lagi la pada kawan2 semangsa yang tak klaim pasai tempoh pun sat saja..2 minggu saja tempoh untuk buat urusan...mana nak dan anne...??? kena pi hantaq key eel lak opis konsalten tuu...bukan nak mengata dan bangkang 300%, depa buat cara klaim tu sat sepasai, ketat sangat syarat2 pakat takot..dah tu sebagai cara nak pelepas kes saja laa..dah settle bab bayaran pada semua pelabur...sapa lambat habok la hangpa dapat... Aserehe betoiii...kah kah kah kah... Apserenapete lerrrr....

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Pakar CSI Tawar Bantuan Kepada Keluarga Mangsa...

Pakar forensik Amidon Anan (gambar) - yang pernah terlibat dalam kes berprofil tinggi seperti pembunuhan Canny Ong dan Altantuya Shaariibuu - menawarkan khidmatnya bagi membantu keluarga pelajar 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis, Isnin lalu.

Menurut bapa saudara dan jurucakap keluarga mangsa, Kamarudin Hasan, bekas polis berpangkat superitenden itu adalah satu-satunya pakar yang menawarkan khidmatnya di samping barisan peguam dari NGO dan parti politik.

Bercakap kepada pemberita selepas 20 minit berbincang dengan Amidon di rumah keluarga Aminulrasyid, Kamarudin berkata pihaknya sedang menimbang tawaran pakar forensik itu.

"Kami sudah sampai ke tahap persefahaman dengan Amidon, tetapi kami mempunyai keluarga yang besar dan kami mahu mendapatkan nasihat daripada mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Amidon yang juga bekas ketua jabatan forensik unit Penyiasatan Jenayah Tempat Kejadian turut dilaporkan pernah terlibat dalam penyiasatan insiden bangunan Highlands Towers yang runtuh pada 1993.

~ LAGI BERITA [DISINI]

* p/s - lagi kemaih la siasatan dalam kes profil tinggi ni, bagi aku memang berprofil tinggi..sebab babitkan penguasa paling berkuasa di bumi Melesia...Polis Raja Di Mesia...bekas staff Jabatan ForenSik Pakar CSI Bukit Aman ni sendiri akan bongkar apa yang betoi2 terjadi...dengan CSI hangpa jangan dok main2, don pley-pley aaa...tengok la siri CSI kat Astro AXN...New Yok ada, Miami ada..Las Vegas ada...hang hakim ka, Ketua GenGster ka..samua depa cekop serupa jaa...tu tera Yahudi punya siasatan dan undang2... Tegakkan Keadilan kepada semua mangsa kekejaman di bumi Melesia...!!!

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

3.5.10

Jangan Di Pertikai Tugasan Polisi Ya Pakk...

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, mengingatkan orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar tidak mempertikaikan tugas polis berikutan insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah yang mati akibat terkena tembakan polis pada Isnin lalu.

Beliau berkata, polis mempunyai tugas dan tanggungjawab bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara dalam membanteras jenayah.

"Apa yang mereka (NGO) nak cakap itu hak mereka dan tunggu sehingga siasatan kita selesai. Saya mahu menjalankan siasatan secara adil untuk mencari keadilan," katanya.

Musa berkata demikian kepada pemberita selepas melawat anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Sarjan Roslan Bachik, 49, di Hospital Serdang yang patah kaki kanan akibat dirempuh penunggang motosikal yang cuba melarikan diri dalam sekatan jalan raya petang kemarin.

Beliau berkata, kes yang membabitkan anggota polis sehingga mengalami kecederaan atau kematian dalam menjalankan tugas tidak mendapat perhatian daripada NGO atau masyarakat.

"Sebagai contoh kes yang melibatkan seorang anggota trafik kita kelmarin sehingga patah kaki kanan, ini disebabkan oleh anak orang yang 'baik-baiklah' sehingga jadi macam ni," katanya.

Katanya, walaupun polis berjaya melaksanakan tugas dengan baik namun ia tidak pernah dipuji dan dihargai masyarakat.

"Jangan perlekehkan tugas polis kerana kita mempunyai tanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara.

"NGO yang campur tangan dalam tugas polis tidak prihatin dengan tugas kita melainkan pihak kerajaan yang mengambil berat terhadap anggota polis yang cedera atau maut dalam menjalankan tugas," katanya.



Musa berkata, kertas siasatan berhubung kes Aminulrasyid, 15, akan diserahkan semula kepada pihak Peguam Negara dalam masa terdekat selepas siasatan kes tersebut lengkap.

Jumaat lalu, pihak Peguam Negara menyerahkan semula kertas siasatan itu dan mengarahkan polis melakukan siasatan lebih lanjut.

Semalam tiga saksi utama, Azamuddin Omar, 15, rakan kepada Allahyarham Aminulrasyid serta kakak dan abang iparnya iaitu Tuty Shaninza Anom Amzah, 36, dan Muzafar Mahali, 36, dipanggil semula untuk memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Dalam kejadian 2 pagi itu, Aminulrasyid mati terkena tembakan yang dilepaskan polis yang mengejar kereta yang dipandu remaja itu sepanjang enam kilometer pada kadar kelajuan tinggi sebelum terbabas di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor.

- Bernama

* p/s - allo? mana undang-undang ada pakai? tak ble pertikai? biaq saja polis, pihak berkuasa buat salah takpaa..??? pihak berKUASA pukoi, boleh ? tak salah...??? nak pertahan diri?? aku pun nak jadi polis camni..enna daa batchaa...sereee...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Saksi UtaMa : Aminulrashid Tidak Rempuh...

Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis.


"Apabila ditembak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak," katanya pada sidang media di rumah keluarga Aminulrasyid, hari ini.

Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.

Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.



Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.

Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil," katanya.

Menurut peguam keluarga berkenaan, N Surendren, tidak perlu diadakan inkues kerana tidak ada pertikaian mengenai cara remaja itu meninggal dunia.


Kamaruddin juga membidas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan berkata pihaknya sedia mengundurkan polis jika orang ramai tidak lagi mahu mereka menguat-kuasakan undang-undang.

"Kami hormati polis tetapi mungkin ada yang diibaratkan sengai 'buah busuk' di kalangan mereka," katanya.

Keluarga berkenaan juga merayu kepada semua pihak bagi menghentikan spekulasi dan membuat kenyataan yang boleh melukakan perasaan ibu Aminulrasyid.

Antara kenyataan itu, termasuk dakwaan bahawa dua remaja berkenaan adalah penjenayah dan keluarha mereka patut dipersalahkan kerana membiarkan budak-budak berkenaan memandu tanpa lesen pada waktu tengah malam.

"Ada juga ura-ura bahawa kakak mangsa akan juga didakwa kerana keretanya digunakan," katanya lagi. ~ malaysiakini

* p/s - dah lama dah alasan bodoh polis nak pertahan diri lah, yang paling UTAMA, hangpa tu bertindak ikut prosedur, SOP ka? ada jawab ka ane..??? bila kereta tu bergerak, belum tentu pemandu yg tekan pedal minyak ane...ada tembakan balas ka kat hangpa sampaikan hangpa masih terus menembak...??? heran betoi aku...sejahil aku pasai kuatkuasa ni, buleh gak pikiaq lagu tu...memang betoi la cam dalam cita indu ka industan ka...polis manyak jahat juga..1-2 orang saja kot manyak baik, tarak busuk punya orang..semayang punya orang...citt..ammak..!!!

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails