Sewaktu saya menjadi pelajar di ITM, gerakan mahasiswanya walaupun tidaklah sehebat zaman Anwar, tetapi masih boleh dikira berbisa juga di peringkat dalaman.
Saya tidaklah bercadang untuk masuk bakul dan angkat sendiri.
Alhamdulillah, kumpulan kami yang boleh dikatakan sederhana dalam semua bidang - akademik, sukan, persatuan pelajar, kerja amal siswa, pergaulan (dengan batas) dan sebagainya, mudah memasuki alam pekerjaan.
Ada pula satu golongan sahabat-sahabat kami yang menjadi ulat buku. Kerja dia belajar siang malam. Setiap semester keputusan peperiksaan cemerlang - CGPA 3.6 ke atas malah ada yang termasuk senarai cemerlang dekan.
Selepas tamat pengajian, segelintir dari puak ini payah mendapat kerja tetap sehingga ada yang berniaga insuran, menjual produk secara piramid, jualan langsung yang lain dan sebagainya. Bukan minat mereka ke arah itu, tetapi kata mereka, 'terpaksa'.
Sehinggalah berlanjutan tujuh lapan tahun - mereka berjaya dalam temuduga dan bekerja dengan BPR (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
Ada dari mereka yang pernah terlibat secara langsung dengan kes Pairin Kitingan di Sabah dan melahirkan rasa meluat akan 'ending' kes tersebut.
Ketika di kampus, mereka ini tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti persatuan, sukan, kurang bergaul dan hanya tahu 'study' sahaja. Mereka sendiri bersetuju telah menjadi 'bengap' kerana kurang berkomunikasi.
Apabila 'join' dengan BPR, hubungan mereka dengan dunia luar semakin sempit. Sudahlah tidak pandai berkomunikasi, tak erti macamana nak membawa diri. Bukan semua. Ini segelintir yang saya maksudkan.
Cuba bayangkan, apabila 'the real case' berada dihadapan mereka, apakah cara atau pendekatan yang mereka gunakan. Harimau yang lapar? Kucing kejar tikus ? Saya tidak nafikan mereka dihantar berkursus.
Namun bagi saya dunia teori sangat berbeza dengan dunia amali.
Saya bersyukur - ramai dari sahabat-sahabat ini setelah beberapa tahun di BPR sudah meninggalkan agensi berkenaan dengan pelbagai alasan - meluat, double-standard, hipokrit, takda gigi, terima arahan orang atasan, susah buat kerja dan pelbagai lagi.
Kawan-kawan atau sahabat yang masih di SPRM, diharap minda anda akan menjadi lebih terbuka, pandangan lebih meluas dan akan menjadi manusia sejati.
Empatilah dengan kes. Bayangkan kes dihadapan anda adalah ibu, ayah, kakak, abang, adik dan mertua anda. Jangan ghairah dan bongkak dengan akta SPRM.
Di zaman Musa Hitam, ada kawan-kawan anda juga terlibat dengan kes rasuah. Masih anda ingat. Beberap bulan yang lalu, saya pernah menasihatkan seorang daripada rakan anda yang terlibat memijak perut isterinya yang sedang mengandung.
Anda bukanlah maksum. Anda juga bukan malaikat.
Jika betullah apa yang dihebohkan tentang SPRM, kami kira ketua anda lebih lebih layak digelar bengap dan bangang. Makan gaji buta.
Anda ada dua pilihan. Jadilah macam sahabat-sahabat saya. Tinggalkan agensi itu jika kekuatan dalaman anda tidak berkeupayaan.
Atau, kekallah di lorong itu.
Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...
Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...
Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid
Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid
20.7.09
Pegawai SPeRMa Bengap Ka...??? ~ malaysiakini
sumber dari : blog Al-Kerohi
potongan jawapan kepada artikel diatas...
ABG MAT TAK TERLIBAT SECARA LANGSUNG/RESMI DENGAN SPRM. TAPI PERNAH BERSEMUKA DENGAN SEORANG PEGAWAI BPR ATAS URUSAN LAIN. KETIKA ABG MAT MENGAJAR DISEBUAH SEKOLAH MENENGAH, ADA SEORANG BAPA PELAJAR YG DENGAN GAHNYA DATANG BERJUMPA ABG MAT DAN MARAH2 KERANA BERTINDAK KE ATAS ANAKNYA YG KURANG AJAR TERHADAP ABG MAT SEBAGAI GURU.
TAK PERLU ABG MAT TERANGKAN APA KESNYA CUMA NAK MAKLUMKAN BHW SI BAPA DENGAN EGONYA BERJUMPA ABG MAT DAN MENDABEK DADA MENGATAKAN "NI CIKGU KENAL SAYA NI SIAPA?" ABG MAT JAWAB: "SAYA TAK KISAH SIAPA ENCIK, KALAU DATANG JUMPA SAYA CARA BAIK SAYA LAYAN CARA BAIK, TAPI KALAU DATANG JUMPA SAYA SECARA BONGKAK, SAYA PUN BUKAN TAK KURANG HEBATNYA!"
LANTAS DENGAN SUARA TINGGI DIA MENJAWAB "SAYA NI PEGAWAI BPR, PERNAH MENYOALSIASAT ORANG..." ABG MAT JAWAB: "SAYA APA PEDULI? KALAU SETAKAT PEGAWAI DATANG BAWA KERETA SENDIRI, SAYA TAK HERAN....SAYA PUN SEBELUM JADI GURU PERNAH KERJA DENGAN JABATAN LAIN DAN PERNAH ADA DREBAR....TAK KISAH PUN. MANA LEBIH HEBAT JAWATAN SAYA YG ADA DREBAR PERIBADI DENGAN ENCIK YG BAWA KERETA SENDIRI?..." BALAS ABG MAT LALU BERITAHU APA JAWATAN ABG MAT SEBELUM TU. TERKEDU SI BAPA TADI LALU MINTA MAAF...KEMUDIAN BARU BERITAHU APA HAJAT DATANG JUMPA.
DIPENDEKKAN CERITA SI BAPA TADI MENUKARKAN ALIRAN PENGAJIAN ANAKNYA (DI SEKOLAH YG SAMA) DENGAN PERSETUJUAN PENGETUA DAN ANAK BELIAU. SEBENARNYA ANAK ITU TADI TAK MINAT DENGAN ALIRAN SAINS, CUMA SIBAPA YG PAKSA MENYEBABKAN ANAK TADI MEMBERONTAK DENGAN CARA MELAWAN GURU..
RINGKASNYA SI PEGAWAI BPR NI MEMANG TAK TAHU HORMAT GURU YANG MENGAJAR ANAKNYA.....APA LAGI NAK HORMAT ORANG LAIN TERUTAMA YNG DISYAKI BERSALAH. ADAKAH SEMUA PEGAWAI BPR (SEKARANG NI SPRM) BEGITU? ABG MAT TAK TAHU.....HARAP2 TIDAK!
* p/s - dengar khabar2 angin sepoi2 bahasa Mongolia, tadi pagi segerombolan anak muda kumpulan kecil Pegawai-pegawai Khas Exco dan Y.B-Y.B ADUN mahupun Ahli Parlimen Pakatan Rakyat p serah Memorandum secara rasmi kat Pejabat SPeRMa Pulau Pinang...??? Betoi kaa..??? Senyap ja sampai lewat petang takdak apa up-det pun..??? SPeRMa soal-siasat hangpa pulak ka..??? Pakai nampak dahhhh..... Ada yang jatuh bangunan pulak ka lepaih ni..???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
sharpshooter saja naik kat atas sekali (bangunan sebelah) pasal nak jdi sniper. Dah selamat antar chek update keraniopis atau sharpshooter
kusss semangattt....
mujurlah ada jawapan dari hangpa2 delegasi yg pi hantaq Memo-Randum kat Pejbt SPeRMa...ingatkan dah dok dalam... Zulmamak Kasi Pecah ok ka??? Dia tak pecah pintu pejabat SPeRMa...??? Senyap ja tak Up-Det apa...
tak pa pejabat SPeRMa pulau pinang tak tinggi sgt cuma risau kot2 keraniopis atau tunsaban terjun bangunan SPeRMa pulau pinang tu boleh retak seribu loo...
Salam Semua'
apa pun....kematian bukan lah satu perkara yang boleh dipermainkan,tak ada sebab untuk sesiapa pun untuk mempergunakan isu kematian sesaorang demi "kepentingan politik"..pihak tertentu....
alahai...sedihnya menjadi rakyat Malaysia pada masa kini....macam kisah klasik Hang Tuah!...aaaaaarr
Catat Ulasan