Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

21.7.09

Isu Vigil / Lilin : Kenyataan Media ADUN Titi Serong... ~ malaysiakini


Sekadar bergambar di dalam gelap dengan memegang lilin pada malam 18 July dihadapan Wisma DAP setelah beberapa ucapan untuk memberi semangat kepada penyokong PR yang hadir. Jangan pula memutar belit gambar ini kononnya begitu dan begini....

Ekoran dari kematian secara misteri yang menggemparkan seluruh negara ke atas Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SPRM Selangor, dan membawa kepada beberapa sidang media dan perhimpunan yang diadakan diseluruh negara termasuklah yang telah dianjurkan olah Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dihadari oleh DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan saya sendiri..

Isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Berkebetulan sebagai seorang Cina Islam saya rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebut Akhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-

"Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam"

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutnya memegang lilin pada acara keagamaan itu, (ni majlis keagamaan ka..??) perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini" Katanya kepada Sinar Harian semalam"

Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upacara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00 pagi 17 Julai , bertempat di wisma DAP Ipoh. Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar (saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upucara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoalkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".

6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur oleh Bapak Prof. ni Kenapa hanya berdiam diri...??? Paling besar dalam persoalan upacara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.

Allahu Aklam....

Kenyataan media pada 20 July 2009

Drs.Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong /
Ketua Penerangan PAS Perak.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini kena keluar fatwa mengenai ulama dan pemimpin umno yang bisu mengenai kebenaran.....

maw berkata...

sekadar memasang lilin sebagai tanda haormat tidak mananya terpesong akidah,jika dibandingkam dengan pencabulan hak kemanusian dan menzalimi mangsa adalan lebih terang lagi nyata berdosa dan salah disisi hukum tuhan islam itu sendiri.apatah lagi menolak perlaksanaan hukum hudud dikalangan pemimpin kerajaan.dimana suara halilintar bijak pandai ,ulama,dan professor2 semuanya?.janganlah dek sebatang lilin boleh jadi buta tidak dapat membezakan a forest and a tree.

delilah berkata...

sebenarnya islam itu mudah, yang menyusahkan adalah budaya. masyarakat melayu ni ramai yang tidak tahu membezakan antara budaya dan akidah, tuntutan alquraan dan sunnah atau budaya. orang islam ini ada 2 jenis,yang betul2 ikut quraan dan hadith-akhlaknya mulia. jenis yang kedua ni pulak yang ngaku islam(islam keturunan) tapi ikut nafsu, selagi sesuatu itu bukan berunsur keagamaan jangan mudah menuduh seseorang itu sesat. kalau tolak hudud itu terang2 sesat. kalau tolak adanya mas kahwin dlm islam -sesat tapi kalau kata hantaran tu wajib dlm islam juga sesat, kerana hantaran tu hanya budaya dari masyarakat cina asalnya.

din berkata...

ajar dia buat block yg sempoi no.lepas tu sy .

7seven berkata...

prof nampaknyer dh jd ular dlm semak...hehehe..yg paklah duk kalung patung2 kt tugu negara tu ape hal..zambry lak syok sendiri duk cabar nik aziz keluar fatwa isu lilin..jd mb pun mb rayuan..yg duk rampas kuasa kt perak tu zambry tau ke hukum??

pria malaya berkata...

Vigil lilin: Apabila diri tersepit antara dua situasi...

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/07/vigil-lilin-apabila-diri-tersepit.html

lala.. berkata...

takpe,kita PR memang dah tau umno/bn ni memang buta perut xtau yang mana halal yang mana haram..suruh profesor2 mufti2 umno haram jadah ni jaga dlm seluar sendiri dulu..

cu tuk merah... berkata...

salam semua,
Apabila orang bukan Islam menyoalsiasat ,mendera ,membogel dan seumpama...terhadap tahanan Taliban...orang bukan Islam juga mempersoalkan tindakan askar bersekutu..tetapi...begitu anih apabila ulama kita cuma ...?
Mungkin masih tertidur...atau berkhayal?...aaaaaaaaarr

haby berkata...

Ni...apa rah..
hampa tak ingat ka...masa pentas roboh di kuil kat KL tu...sapa pemimpin Islam ada kat sana?
lepaih tu...sapa pemimpin Islam yang siram air di tokong Budda..masa hari lahir Budda...siap berlapis2 lagi..ada di siarkan di akhbar cina....

Ulamak...tak tau kot no!

Hijat Panjang... berkata...

salam wak haby...

mana ada ulamak dah aihhh...ulaq dalam semak ada laaa...kekekekekeke

Related Posts with Thumbnails