Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

29.3.10

SharpShooter Pun Nak Mintak Naik Gaji Jugak...

Kementerian Pertahanan akan mengemukakan rayuan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam waktu terdekat untuk menimbangkan kenaikan dan pelarasan gaji bagi anggota tentera.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata rayuan itu selaras kenaikan dan pelarasan gaji anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diumumkan Najib baru-baru ini.

'Kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada PDRM yang memperoleh pelarasan gaji yang baru.

''Ini memudahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memohon kenaikan yang sama dalam waktu terdekat,'' kata beliau selepas merasmikan Ekspo Kerjaya, Pendidikan dan Inovasi di bandar tentera darat, Port Dickson hari ini.

Ahmad Zahid menjelaskan bahawa Kementerian Pertahanan semasa di bawah pentadbiran Najib pernah menghantar cadangan bagi kenaikan dan penyelarasan gaji anggota dan pegawai tentera kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

"Bila waktu yang sesuai, kita akan kemukakan semula kertas cadangan berkenaan dan tentulah bila ekonomi negara sudah pulih dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat, kita boleh memperolehinya," katanya kepada Bernama.

Malaysia mempunyai lebih 120,000 anggota tentera pelbagai pangkat yang berkhidmat dengan pasukan ATM seluruh negara.

Khamis lalu, sempena Hari Polis ke-203, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan anggota polis berpangkat konstabel akan dinaikkan kepada lans koperal selepas tiga tahun berkhidmat manakala mereka yang berpangkat lans koperal pula dinaikkan kepada koperal selepas lima tahun berkhidmat.

Selain itu, elaun RM200 juga akan diberikan kepada 33,000 anggota tugas-tugas am yang akan membabitkan kerajaan RM84 juta setiap tahun.

Mengenai perkembangan kes kemalangan pesawat Pilatus PC-7 MK 11 milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang terhempas di Sintok kelmarin semasa latihan dan mengorbankan juruterbangnya, beliau menafikan andaian bahawa kemalangan berpunca daripada masalah penyelenggaraan pesawat. - M'kini

* p/s - isk isk isk..memang tak patot la najisb ni, naikkan gaji 1Sektor Awam saja, ingat polis saja patot digaji-naikkan? ngok jugak penasihat hang, nu askar a.k.a mat terap..jaga keselamatan negara nuu..lagi la bahaya menentang musuh hari-hari...ramai sunggoh dah mati dalam perang setiap tahun di seluruh pelusok negara...isk isk isk..komunis bnyak dalam hutan...kena la buat operasi serius hingga terbunuh apabila pesawat tiba-tiba ilang enjin dan tiba-tiba terhempas apabila ditembak musuh...kasian, kasian...pada kru-kru angktan tentera batilion kapai selam Scorpene, harap tak terbunuh la pulak selepas ni, mana nak p tau kot2 tak bleh timboi pulak kapai tu lepaih ni...harap berdoa bnyak2...sekian..jazakallahh..

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

2 ulasan:

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ berkata...

salam bro...blogger sharpshooter tak dak elaun pun...macamana pulak

Hijat Panjang... berkata...

apa bro bro? ingat brok ka? sharpshooter dah dapat gaji pokok dari ADUN BUKIT TENGAH tu apa dia??? Nak elaun kalu pasai blog, pi tanya pakcik Muhyiddin, dia buleh bagi macam-macam elaun...

Related Posts with Thumbnails