Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

21.3.10

Kaki Katak Dalam Mee Goreng...

KUALA LUMPUR 19 Mac - Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.

Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.

Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.

Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.

Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.

Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan, katanya di sini hari ini.

Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.

Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.

Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.

Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Admin – saya pernah beli Nasi Goreng Pattaya kat kedai di Gombak tengok2 ayamnya tak mask lagi. Masih mentah. Rasa nak muntah pun ada. Bagitahu kat tokey kedai dia amik balik rasanya dia goreng ayam tu dengan nasi goreng tu. Last2 bla jer. Tak sanggup nak makan and tak nak makan dah kat situ. Sekitar kawasan seri Gombak, nama kedai dirahsiakan.

- berita-harian-online (BHO)

* p/s - kah kah kah...la ni phobia bila dengaq 'katak'...hahahaha, biasa la musim katak-katak melompat dalam arena politik tak kurang hebatnya, cipta rekod Malaya tu beb! Dah tu semalam di Bayan Lepas, macam dah nak hujan lebat betoi, ropanya tak turun jugak...ber'kuwap' la sampai pagi...member ada kata.."macamana nak hujan? Katak Ong tak bunyi panggil hujan, macamana hujan nak turun"..kah kah kah...

- sumber gambar dan gambaq kaki katak yg dimaksudkan lebih jelas boleh didapati di [SINI]

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails