Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

27.3.10

Laporan Polis Terhadap Unsur Provokasi Ingin Gagalkan Mesyuarat Agung..

Setiausaha PKR Cabang Bayan Baru, Sdr.Salehuddin turut hadir di Balai Polis Bayan Baru (berbaju hijau, disebelah Sdr.Azrizal)

AJK serta ahli-ahli PKR Cabang Bayan Baru bersama AMK Cabang Bayan Baru turut hadir bersama memberi sokongan moral terhadap laporan polis oleh Sdr. Azrizal di Balai Polis Bayan Baru.

Risalah-risalah provokasi & fitnah dihantar melalui pos ke rumah ahli-ahli PKR kebanyakan disekitar Bayan Baru.



Petang tadi (26hb Mac 2010, Jumaat) PKR Cabang Bayan Baru melalui Sdr Azrizal Tahir, Ketua AMK Cabang Bayan Baru telah membuat 2 laporan polis di Balai Polis Bayan Baru. Laporan pertama berkenaan penyebaran risalah fitnah dan senaskah buku bertajuk ' 50 kemusykilan Manusia bernama Anwar Ibrahim ' yang memburuk-burukkan Pemimpin Pakatan Rakyat manakala laporan kedua berkenaan SMS (khidmat pesanan ringkas) provokasi berkenaan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Bayan Baru.

3 jenis risalah yang bertajuk :-
1. KEDUDUKAN ISLAM TERCABAR
2.KESUCIAN ISLAM TERCABAR
3.DISKRIMINASI DAP
telah dihantar melalui pos bersama senaskah buku yang bertajuk " 50 kemusykilan Manusia bernama Anwar Ibrahim " kepada beberapa AJK Cabang B.Baru.


1 SMS provokasi untuk menggagalkan Mesyuarat Agong Tahunan PKR Cabang Bayan Baru seperti berikut " Mesyuarat Agong Cabang pd 27/03/10 ditunda, tarikh akan diberitahu kelak, sebab R.O.S tidak beri kebenaran, tlg sebarkn kpd semua ahli pkr Bayan Baru. (salehudin bin pandak s/u Cabang Bayan Baru) " telah dihantar kepada kebanyakan ahli PKR Cabang Bayan Baru.


Bagi pihak kami dari Cabang Bayan Baru menyanggah fitnah dan tohmahan serta provokasi yang cuba menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bayan Baru yang akan diadakan pada 27 Mac 2010 Sabtu bertempat di B-Suite, Bukit Jambul, Bayan Baru yang telah dihantar oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengucar-kacirkan PKR Cabang Bayan Baru dengan "menjual" nama setiausaha PKR Cabang Bayan Baru .

- sumber gambar & berita dari zulmamakpng, t/kaseh bro...

* p/s - yang masalah sesangat ler kritikel, depa-depa ni yang takdak keja nak buat keja, pi hantaq kat umah penyokong Pakatan Rakyat, ahli PKR, pembangkang TEGAR...tak jadi kudis, panau maupun kurap laa...semua dah tau mana Jauhari, mana Manikam... Kah kah kah... Ngooookkkk laaa hangpaa... Sepatutnya nak kasi brainwash atau nak promote hasil kerja hangpa, pi la hantaq kat penyokong parti atau ahli yang dok 'ataih pagaq'..jenih 50-50 pasai politik... Ngookkkk... Yang tu pun nak kena ajaq kaa...??? Enna daaa...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails