Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

4.6.09

Ahli Majlis BOIKOT Majlis Pelantikan YDP Baru...??? ~ malaysiakini

Ahli majlis PKR bantah pelantikan presiden MPSP
Low Chia Ming | Jun 4, 09 11:15am
Lapan ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dari PKR, memboikot majlis angkat sumpah presiden MPSP yang barunya, Mokhtar Mohd Jait pagi ini.

Mereka bertindak demikain sebagai membantah pelantikan kakitangan awam memegang jawatan tersebut. 

Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan majlis tersebut melihat hanya tiga ahli majlis PKR yang masuk ke dewan. Mereka ialah Amir Ghazali, Mahamad Hashim dan Farid Arshad. 

Bagaimanapun, Amir dan Mahamad memberitahu kemudiannya bahawa beliau tidak menghadiri majlis tersebut.

Selain mereka berdua, turut tidak hadir ialah ketua wip PKR di MPSP, Johari Kassim, Che Mat Hashim, Rynu Shanmugam, Goh Choon Aik, Mohd Kamil Abu Bakar dan Zaini Awang. 

MPSJ mempunyai 24 ahli majlis yang terdiri PKR (9), DAP (10), PAS (2) dan NGO (3).

Mereka mendakwa, sebelum ini, Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mencapai kata sepakat untuk melantik seorang ahli politik sebagai presiden MPSP sehingga pilihanraya tempatan menjadi kenyataan.

Bantahan tersebut dilihat sebagai cabaran pertama terhadap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman, yang mengangkat jawatan tersebut kelmarin.

Mansor yang juga timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang mengumumkan pelantikan Mokhtar semalam. 

Beliau juga turut mengumumkan pelantikan presiden baru Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Sementara itu, Johari memberi amaran bahawa beliau dan lapan orang ahli majlis tersebut dari PKR, mungkin akan letak jawatan serentak sebagai membantah pelantikan Mokhtar.

Difahamkan, di kalangan PKR negeri, Johari dillihat sebagai 'orang kuat' pengerusi PKR Pulau Pinang, Zahrin Hashim.

Sementara itu, Mansor telah meminta badan perhubungan PKR Pulau Pinang menyiasat ketidak hadiran ahli majlis PKR di majlis angkat sumpah presiden MPSJ pagi ini.

* p/s - gantung saja kesemua Ahli Majlis tuu....nak boikot konon...buat la perangai tu macam Pemerintah sikit...dah dok perintah la ni...hangpa bukan Pembangkang lagi....kalau nak jawatan tu setakat nak bercakap dan ugut nak letak jawatan, tok menakan aku pun retiii....LETAK la JAWATAN semua hangpa kalau berani...!!!! 

Ahli majlis yang boleh buat keja dan sepatutnya buat keja hangpa kondem sampai terperosok terok...baguih la hangpa noooo....buat la kerap-kerap....
--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

6 ulasan:

aloha2 berkata...

letak la jawatan kita sama2 tengok

amk tulen berkata...

ada berani kah...johari kassim tu gila jawatan,,dia yg nak jadi ydp mpsp...suruh dia cermin muka sikit...cuba tanya dia tu bahagian mana yg cadang nama dia sebagai ahli majlis...kalau kata lantikan negeri, bila yg neg mesyuarat setuju lantik dia...dia kroni dato zahrain yg sebenarnya...Amizudin bin Ahmat (Din Binjai) tu dulu amk neg putuskan supaya kekal sebagai ahli majlis tapi disingkirkan sebab bongkar kes kuari melibatkan orang kanan dato zahrain...kini terbukti kuari org kuat dato zahrain dan kuad kuari didenda 6.1 juta sebab menipu kerajaan negeri...apakah ini keadilan...org yg bongkar kes kuari disingkirkan dan dituduh pula tanpa bukti kononnya dapat imbuhan 5ribu sebulan...pkr tubuh badan siasatan tapi org kuat dato zahrain (jamil jari 6) tak hadir...tapi tiada tindakan pun dikenakan terhadapnya...di manakah keadilan...

DIN berkata...

BIASALAH HIJAT BUAT KERJA BETUL KENA BUANG,PANDAI KIPAS JADI AHLI MAJLIS.HADIAH I KENA BAGI KAT DIN BINJAI BARU BETULLLLLLLLLLLLLLL

Tanpa Nama berkata...

depa nie memang cap ayam...nak letak jawatan, letak la...perangai cam haram sekoq2...baru bagi ahli majlis dah terhegeh-hegeh...keja cam haram jadah.Yang dato zahrain pun kepala penyamun dalam PKR. Jamil jari enam sekarang dah masuk dalam negeri...dato bawak masuk...bahaya..dato nie memang barua.. ada fair ngan minah ronggeng

DIAM JOE DAH MAI berkata...

Aduh,masih panas lagi isu ni...macam mana pula isu YDP MPSP

http://diamjoedahmai.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,bro kita jgn ikut cara umno dan be end , buat pilihan sendiri siapa SAJA yg dia suka.kita kena buat mesyuarat ahli ahli yg berkenaan dan jgn buat ikut kroni plak.PKR MACAM TU LA ASAL USUL DARI ORANG UMNO BE END GAK.BAKI-BAKI TAIK YG BUSUK TU MASIH ADA...MACAM SIAL.../????BELUM APA-APA DAH BUAT KELAM KABUT. BAGI TAU KAT PUAK PKR NIE KENA BAGI MOTIVASI SIKIT ,SEBAB BANYAK YG PANDAI.




"HABIS-HABIS PANDAI BODOH DAN BENAK.

Related Posts with Thumbnails