Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

9.2.10

Zulkifli Noordin Berkempen Di Media Ameno-Bn...

Apabila TV3 menjemput YB Zul Kulim menjadi tetamunya dalam segmen 'Soal Jawab' malam tadi (Isnin 10.00 malam), saya tertanya-tanya mengapa Zul yang dijemput? Dia bukan kepimpinan tertinggi PKR, dia cuma seorang Ahli Parlimen yang kebetulan agak celupar. Apakah keceluparannya itu yang barangkali menarik perhatian TV3 untuk menjemput Zul menjadi tetamunya, kerana ia boleh dipergunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu?

Mungkin mereka berharap Zul akan menggunakan keceluparannya dalam wawancara itu untuk menghentam kepimpinan PKR dan PR. Dan esok media pro-BN yang sedang ternganga mulutnya untuk menggigit PR akan menulis, "Zul bidas PKR" atau "Zul bidas Anwar" atau "Zul bidas PAS" atau...atau...dan lain-lain. Mungkin itu sebabnya?

Tapi ia tidak jadi seperti itu ketika wawancara selama satu jam berlangsung. Memang Zul pandai main strategi. Dia tidak bidas kepimpinan PKR dan Pas secara terus terang dalam wawancara itu. Sebaliknya dia puji Anwar melangit dalam wawancara satu jam itu sebagai seorang yang suka berterus terang, menyokong perjuangan Islam dan kalau tegur Anwar tegur secara berdepan ..bla..bla..

Zul tahu ramai mata yang menonton wawancara itu. Dia menggunakan peluang untuk menonjolkan dirinya sebagai pejuang Islam yang tidak berkrompomi dengan mana-mana pihak, walaupun dengan partinya sendiri. Zul juga meminta PKR, Pas dan Umno duduk semeja membincangkan masalah orang Islam yang menjadi majoriti di negara ini. Katanya Murshidul Am dan Presiden Pas sudah menghulur tangan dan Umno tidak wajar berburuk sangka lagi dengan Pas.

Dalam cuba mengelak untuk mengutuk PKR, akhirnya dia terperangkap juga dengan soalan hos Datuk Ahmad A.Talib apabila Zul tidak menafikan mungkin akan keluar dari PKR jika pendiriannya tentang Islam tidak selari dengan pendirian kepimpinan PKR. Apabila ditanya, parti mana yang dia pilih jika keluar PKR, dia menjawab ia soalan spekulatif yang cuma boleh dijawab bila tiba saatnya kelak.


Tapi apa yang ditunggu-tunggu oleh TV3 untuk dijadikan juadah bagi hidangan tajuk berita pagi esok akhirnya tiba juga. Apabila Ahmad A.Talib meminta komen Zul mengenai "krisis PR di Pulau Pinang", maka Zul pun menggunakan kesempatan itu untuk menghentam DAP sepuas hatinya. Zul berkata semua masalah dalam PR hari ini adalah berpunca dari DAP. ADUN Lunas keluar PKR adalah kerana DAP, Perak jatuh ke tangan BN juga kerana DAP dan ribut dalam cawan yang melanda kerajaan PR di Selangor juga adalah kerana DAP. Dan akhirnya Zul memberi cadangan paling radikal untuk difikirkan oleh kepimpinan PKR dan Pas: keluarkan saja DAP dari PR!!

Walaupun banyak menghentam DAP, tapi sempatlah juga si-Zul ni bagi sebiji peluru menembak Umno, tapi sikit saja....Dia kata dia tidak mahu jadi seperti Umno yang hanya bertindak membela Islam untuk kepentingan politik, sedangkan ketika Mufti Selangor (Datuk Ishak Baharom) dipecat dahulu, Umno tidak bertindak apa-apa.

Agak-agak hasil wawancara dengan Zul di TV3 ini akan keluar atau tidak dalam media kita pagi-pagi hari ini (Selasa)? Mungkin tidak keluar dalam media, tapi kemungkinan lebih besar akan keluar, kerana ada sesuatu dalam kenyataan Zul dalam wawancara itu yang menguntungkan BN. Jika keluar tajuknya bukan "Zul puji Anwar" atau "Zul saran PKR, Pas dan Umno duduk semeja" atau "Zul bidas Umno hipokrit tidak bela Ishak Baharom".

Yang mungkin media kita akan tulis ialah "Zul bidas DAP", "Zul: DAP dah tunjuk belang" atau "Zul: Tendang DAP keluar dari PR!"

~ pendikar gunung kriang

* p/s - pecat saja wakil rakyat yang mengarut macam ni, serupa 2-3 orang lagi kat Penang yang dok melalak macam gila-meroyan, macam baru mati bini... diri hangpa sebagai wakil rakyat pun baru setaun jagung, turun jengok pengundi2 pun takdak, nak komen pasai orang lain...piiiiiii raaaahhhhhhhh....

khakkk tuihhh...nak lompat p melingkop buang la hangpa, macam kalihammm... abeh dok bising melalak apa jadah lagiii...????


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

4 ulasan:

Unknown berkata...

dah terkeluar semua yang mana selama ini zul memang berdendam dgn dap...syabas zul memang percakapan mu berbau perkauman...masuk umno jer zul..kepala tarak pening

Tanpa Nama berkata...

Apabila dua parti politik yang paling radikal di dalam perjuangan masing-masing di Malaysia boleh mencari titik persamaan dan saling faham memahami tentang perjuangan antara satu sama lain, maka terhasillah satu kesepakatan yang amat kuat untuk menentang tipu daya UMNO/BN.

UMNO sebenarnya lebih takut dan gerun dengan kesepakatan yang ditunjukkan oleh PAS-DAP, sebab itu pelbagai ungkapan bagi memburukkan pakatan ini giat dijalankan. Kedua-dua mempunyai matlamat yang sama cuma pendekatan berbeza. Di dalam hal ini PKR adalah pemangkin antara kedua-duanya, yang menjadi penentu baik atau buruknya kedua-dua hubungan ini.

Jadi kukuhkan kesepakatan ini, maka jahanamlah UMNO/BN. Sekian untuk renungan.

wifi berkata...

yang bawah2 ni kereja macam nak mampoih nak bagi orang atas naik last2 depa ni yang senang hati mak bapa depa nak lompat sana sini..lain kali suruh depa gantung bendera sendiri..jaga jalan sendiri..berkempen sendiri...baru depa tau....

diaBlo berkata...

yaa..sokong wifi jugakk...PRU ke-13, calon mesti turun pasang bendera, pasang poster sendiri...baru ada akai...ramai akar umbi yg selalu sangat jadi balaci dah meluat ka hangpa wakil2 rakyat syok sendiri...!!!

Related Posts with Thumbnails