Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

6.2.10

MeLaYu Ka MaMak Yang TunJuk PeraSaaN Ni?

mamak kacukan melayu ka dia ni?

Bukan setakat bakaq 'roti nan', dengan memorandum sekali 'hangus' depa bakaq..tu diaa, bila dah marah, 'mamak' mestiiii...marii !! kah..kah..kah !

pandikar gunung keriang
- Kononnya selepas solat Jumaat tadi, sekumpulan kecil jemaah yang kebanyakannya terdiri dari mamak Penang yang perasan diri mereka Melayu telah mengadakan demonstrasi di sebuah masjid India Muslim di Jalan Macalister, Georgetown. Mereka mengadakan tunjuk perasaan kononnya kerana membantah layanan tidak mesra Kerajaan Negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Gan Kong Meng. Penunjuk perasaan membawa pelbagai sepanduk, yang antaranya berbunyi: "Lim Guan Eng, jangan uji kesabaran kami.
Melayu adalah tuan negeri ini!."

Penunjuk-penunjuk perasaan yang bernaung di bawah sebuah NGO yang menamakan diri mereka Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim telah menyampaikan ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng.

Beberapa perkara yang membuatkan saya tergelak mengenai demonstrasi ini ialah pertamanya, kebanyakan yang hadir ialah dari kalangan Mamak Penang yang membantah layanan tidak mesra kerajaan negeri terhadap kaum Melayu.

Presiden DPMPP itu pun dari namanya sudah boleh teka dia Melayu atau Mamak. Tapi tak apalah jika ramai Mamak simpati dengan orang Melayu, kerana itu hak mereka. Lagi pun apalah salahnya jika Mamak (saya pun ada darah Mamak Penang juga!) perasan diri mereka Melayu?

Kedua yang membuat saya tergelak ialah bila penunjuk perasaan itu membawa sepanduk "Melayu adalah tuan negeri ini". Yang membuat saya rasa kelakar ialah mereka yang berkata tuan negeri Pulau Pinang adalah orang Melayu, tapi Ketua Menterinya sejak 50 tahun dulu belum pernah seorang pun Melayu.

Ketika UMNO menguasai majoriti kerusi Pulau Pinang pun, Melayu tidak pernah jadi Ketua Menteri, apa lagilah kini bila DAP menguasai majoriti kerusi. Mengapa orang-orang ini tidak pernah berjuang untuk menjadikan Melayu sebagai Ketua Menteri sejak 50 tahun dulu? Lawak sungguh!


Ketiga, yang membuat saya tergelak ialah polis boleh pula keluarkan permit untuk tunjuk perasaan itu! Kalau yang minta kerajaan yang menguasai negeri itu (PR), bukan main susahnya nak dapat permit. Mentang-mentanglah yang minta tu NGO yang nama pun tak pernah dengar, terus saja bagi. Lawak...lawak.
(sumber)



- al-banjari online 2010


* p/s - jaga hangpa mamak yang menyamaq MELAYU...zulmamak nanti pi report kat Pertubuhan Mamak SeMalaya baru hangpa nanti kena buah cabai hangat punyaaa...mau tauuu...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

3 ulasan:

Mamu Kepunden berkata...

Tapi jangan lupa beb... Mamak yang ramai tuuuu.....

Awanama berkata...

salam to all..

betul la mamak yang ramai.melayu byk bebdk je.korang bayar berapa kat bebudak sek tu.kata hidup melayu tapi rambut kaler hijau(budaya melayu ke)yang perempuan lak leh pakai baju body duk kat perkarangan masjid hari jumaat lak tu(budaya melayu ke tu).aku pun ada kat situ nak p masjid solat jumaat kat masjid simpang 6.terus aku x jadi p masjid tu.last aku naik moto p masjid hasyim yahaya kat jalan perak nun.khutbah dia lagi bagus.ingat pasal mati..aku nak tanya pada pendemo kelmarin.tlg jawab ngan ikhlas.kalo ada pendemo kat sini la.leh ke wat demo buat macam tu(apa yang aku kata kat atas tu.demo sebut hidup melayu siap ngan takbir sekali tapi rambut tak ikut budaya melayu pakai lak baju body siap takbir lak tu.ulama mana korang ikut(pada pendemo)..

nanamerican berkata...

mamak atai lemak bawah semak

Related Posts with Thumbnails