Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

15.2.10

Betoi Ka HanG CaKap Ni Ezam...???

Tindakan Zahrain Akan Beri Kesan Besar Kepada PKR - Ezam

JASIN, 15 Feb (Bernama) -- Tindakan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberi kesan besar kepada parti itu, kata bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor.

Ini kerana katanya, bekas pemimpin PKR di Pulau Pinang itu amat rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus membawa tanggapan tindakan Zahrain tersebut berasaskan faktor yang kukuh.

"Saya ingin tegaskan Zahrain bukan calang-calang ahli politik, saya antara orang yang terlibat menubuhkan PKR, saya tahu semua pemimpin PKR dan saya boleh nyatakan Zahrain merupakan pemimpin PKR yang cukup matang, yang halus pertimbangan politiknya, yang berprinsip dan cukup tajam dalam pengamatan realiti dan cabaran politik.

"Justeru apabila Zahrain membuat keputusan keluar parti, saya percaya ia memberi kesan yang besar kepada parti PKR," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis Ceramah Perdana di sini, Ahad malam.

Zahrain, yang jugas bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang mengumumkan keluar daripada parti itu pada Jumaat lepas selepas tidak berpuas hati dengan sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Mohamad Ezam juga percaya jejak langkah Zahrain akan diikuti oleh pemimpin lain dalam PKR.

-- BERNAMA

Kami menyediakan langganan
berita melalui perkhidmatan
Newswire.

1 ulasan:

Aa berkata...

Ezam tolong aku nak muntah

Related Posts with Thumbnails