Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

20.2.10

Ooiiittt... Peraturan Biasa Pun Salah Ka..???

Pejabat ketua menteri Pulau Pinang hari ini menjelaskan arahan melarang semua pelawat dan pegawai selain kakitangan pejabat itu daripada memasuki ruang pejabat ketua menteri di tingkat 28, Komtar adalah peraturan pentadbiran biasa.

Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri, Farida Hani M Yacob berkata arahan itu bukan bermaksud tidak membenarkan pelawat datang ke pejabat ketua menteri, tetapi sebaliknya ia bagi memastikan orang ramai tidak sesuka hati memasuki ruang pejabat itu.

"Jika dia (pelawat) nak jumpa pegawai tertentu contohnya nak jumpa saya, saya boleh bawa dia masuk ke ruang pejabat. Itu tidak ada masalah.

"Cuma kadang-kadang pelawat yang datang tak buat temu janji. Kita tak tahu apa urusan dan kita tak boleh benarkan orang sesuka hati keluar masuk pejabat Ketua Menteri," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa tingkat 28 dan beberapa tingkat yang lain di Komtar diwartakan sebagai zon larangan dan pelawat perlu mendapatkan pas pelawat daripada pengawal di tingkat tiga untuk pergi ke tingkat-tingkat berkenaan.

"Bukan bermaksud zon larangan itu kita tak bagi orang naik. Orang boleh naik dengan kebenaran iaitu setelah mendapatkan pas daripada pengawal di tingkat 3 dan selepas itu bolehlah pelawat itu naik ke tingkat 28 dan jumpa pegawai yang beliau ingin jumpa," katanya.

Semalam, Pemuda Umno menyelar tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang melarang semua pelawat dan pegawai selain kakitangannya daripada memasuki ruang pejabatnya di tingkat 28.

Ketua Penerangan Pemuda Umno (baca : AmeNo) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata arahan yang dikeluarkan dalam satu memo bertarikh 28 Jan lepas itu menyukarkan orang ramai untuk membuat urusan secara terus di pejabat ketua menteri.

- Bernama


* p/s - tu dia laaa...ngok betoi, lain kali nak hentam orang tu tanya la duluu...ni dakk, tau nak mainkan isu saja... tu la tau serbu tembok tak pakai helmet... yang mana satu peraturan, yang mana bukan peraturan pun tak tauu..memang terok la hangpa ni dah takdak ISU...cehhh...

Nihhhh... Piiiii Rahhhhh...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

1 ulasan:

mamu parpu berkata...

helo bro grombolan........

hangpa ni puak mamak penang dah tak dak ke isu yg bejerenih sikit....
pasai peraturan macam tu pun hangpa nak buat gempaq....
kamjat betoi laa hangpa nie

nak masuk pejabat guru besaq pun kena buat appointment la bro...
bukan boleh pakai seghebu macam hangpa tu....
pi laa loncat depan pejabat mana pun mesti orang tak bagi punya....
hat tu pun tak reti nak pikiaq ke...

tok sah dok cari publisiti murah laa.....dah jadi pekasam tawaq dah hangpa tu........
nak popular pun cari laa isu standard sikit.......
buat malu mamu saja....he he he

Related Posts with Thumbnails